DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 5
Hari ini aku nak cerita pasal drama Melayu pula. Aku cukup benci tengok adegan yang melibatkan hospital dan doktor. Semuanya dibuat terlalu superficial atau simple. Apa salahnya dia minta dulu pendapat mereka yang arif sebelum shoot adeganadegan di hospital. Biar nampak real sikit. Ini main belasah je.

1. Doktor biasanya sentiasa segak dan kemas sepanjang masa. Long sleeve, bertali leher, white coat dan stetoskop sentiasa di leher. Baju sentiasa licin tanpa kedut walaupun ketika attend kes tengah-tengah malam buta. Tali leher memang langsung tak tinggal. Muka pun tak pernah nampak penat. Skrip untuk doktor biasanya ayat-ayat buku teks. Penggunaan istilah-istilah perubatan digunakan tanpa kewajaran. Ayat-ayat klise adalah kami sedang menjalankan pemeriksaan, kami sedang menunggu keputusan ujian darah, dan yang paling bangsat adalah kami sedang mencuba sedaya upaya.

2. Dalam kes-kes kecemasan, cardiac monitor hanya diletak di sebelah pesakit. Kalau perhati betul-betul, monitor tu tunjuk flatliner bermaksud pesakit dah takda denyutan jantung. Tapi kalau perhati betul-betul ada tulis lead off berkelip-kelip kat bawah monitor. Itu bermakna ia tak disambung ke pesakit. Sekadar jadi tontonan sahaja.

3. Bila berlaku kecemasan seperti pesakit collapsed atau tiba-tiba pengsan, doktor dan nurse akan cepat-cepat datang. Biasanya tak sampai pun 10 saat. Doktor dan nurse macam dah ready kat depan pintu gamaknya. Doktor akan cepat-cepat letak stetoskop kat dada pesakit, suluh mata dan pegang pergelangan tangan. Lepas tu dia geleng kepala dan kata pesakit dah takda. Mudahnya kerja doktor.

4. Pesakit yang koma atau pengsan mana boleh letak kat wad biasa dengan saudara-mara di sekelilingnya. Pesakit sekadar diberi IVDrip dan face mask. Sepatutnya dia diasingkan dan dipasang dengan segala monitor di sekelilingnya. Barulah nampak real sikit.

5. Watak utama biasanya akan kena barah otak atau kanser darah. Dua penyakit ini yang selalunya jadi favourite dalam skrip drama Melayu. Hero dan heroin muda dan sihat walafiat tiba-tiba jatuh pengsan dan keesokan harinya dah disahkan kena penyakit tersebut. Selalunya diberitahu dah tak boleh dirawat dan akan mati dalam tempoh yang singkat. Pada dasarnya, kedua-dua penyakit ini memang jarang berlaku. 12 tahun aku kerja sebagai doktor, aku belum pernah jumpa pesakit aku kena barah otak. Kanser darah ada dalam 10 kes sepanjang pengetahuan aku. Itu pun tak separuh yang meninggal dunia. Selebihnya masih boleh dirawat. Kenapa tak dibubuh sakit yang lebih kerap berlaku seperti demam denggi ke, cirit birit ke, sakit apendiks ke.

6. Doktor bedah mana ada yang pakai baju bilik bedah sampai keluar dewan bedah Ini siap dengan face mask lagi keluar dari bilik bedah semata-mata nak jumpa keluarga pesakit. Lagi satu mana ada pesakit boleh mati semasa di bilik bedah Itu dah kira medical error/negligence dan boleh kena siasat. Istilah kami dah cuba sedaya upaya digunakan sewenang-wenangnya.

7. Kadang-kadang pesakit-pesakit miskin yang kononnya takda duit, masih boleh dapat bilik special bila di hospital. Bilik kelas satu gitu.

8. Kalau kes-kes serangan jantung, pesakit akan cuba sedaya upaya cari ubat yang biasa dia makan dan selalunya ubat GTN yang selalu letak di bawah lidah. Cari ubat bukan main dramatik lagi, ingat dah nak mati sangat dah. Tapi bila jumpa ubat, tak sampai dua saat dah sihat balik dah. Padahal ubat tu berkesan selepas beberapa minit dan bukannya beberapa saat.

9. Kalau kes-kes pesakit jadi gila atau hilang ingatan, lakonan jadi gila memanglah mudah. Baju compang-camping, rambut kusut-masai dan cakap benda yang bukan-bukan. Itu dah kira gila dah. Padahal, hanya chronic schizophrenia yang macam tu. Banyak lagi jenis-jenis gila yang lain seperti Obsesive Compulsive, Paranoid, Delusional dan macam-macam lagi yang mempunyai karakter berbeza.

10. Kes serangan stroke atau angin ahmar yang paling aku suka. Baru keluar wad seminggu, muka dah herot sebelah. Kaki dan tangan dah keras. Padahal, tanpa penjagaan yang sempurna dan selepas beberapa bulan tangan dan kaki baru boleh keras dan kejang.

11. Kes house call atau doktor datang ke rumah lagi tak logik. Doktor bila datang, pegang pergelangan tangan je dah tahu segala-galanya tentang penyakit. Lepas tu beri satu suntikan dah boleh sihat. Masa zaman P Ramlee dulu bolehlah.

Pada aku, skrip drama kita sangat terbatas. Ianya juga terlalu terikut-ikut dengan drama-drama Indonesia ataupun barat. Tiada istilah drama Malaysia. Konsep muhibah jarang diterapkan. Skrip yang mengajak kepada perubahan positif seperti daripada susah menjadi senang, daripada miskin menjadi kaya jarang dijumpai. Biasanya yang kaya jadi lupa daratan ataupun yang hidup senang-lenang tiba-tiba menjadi susah atau bankrap. Drama Melayu suka kepada pergolakan rumahtangga. Suami ada hubungan dengan perempuan lain, suami nak kahwin lain, isteri yang curang, suami isteri selalu berperang. Kenapalah mereka tak tunjukkan yang sebaliknya