Halusinasi Penglihatan (Visual Hallucination):
Pesakit melihat sesuatu dengan jelas, namun ia tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Contohnya, dalam cerita Solat, Razak dapat melihat seorang perempuan yang ditemani oleh dua orang anaknya, namun mereka tidak dapat dilihat oleh Aiman. Dalam cerita itu juga, salah seorang pesakit mengamuk apabila ada jembalang hitam yang sering mengikutinya.
Halusinasi Pendengaran (Auditory Hallucination):
Pesakit mendengar suara yang tidak dapat didengari oleh orang lain.
Contohnya: Razak dapat mendengar suara-suara perempuan dan lelaki. Tindakannya yang mengamuk di ladang kelapa sawit dan membaling barang di rumahnya juga adalah salah satu reaksi kepada suara yang didengarinya. Suara itu juga pernah menyuruhnya untuk membunuh ibunya sendiri.
Halusinasi Pergerakan (Tactile Hallucination):
Pesakit berasa seperti sesuatu bergerak pada badannya. Contohnya, pesakit merasakan bahawa ada ulat yang berjalan di bawah kulitnya.
Halusinasi bau/ rasa (olfactory/ gustatory hallucination): Pesakit dapat menghidu/ rasa sesuatu yang tidak dibau atau dirasai oleh orang lain.
Dah jelas ke maksud halusinasi Jom kita tengok point seterusnya pula.
Percakapan Yang Tidak Teratur/ Merapu (Disorganized Speech):
Pesakit schizophrenia boleh bercakap secara normal atau mempunyai masalah dalam pertuturan mereka. Antara beberapa jenis masalah pertuturan termasuklah:
Pressure of speech : pesakit bercakap dengan banyak
Poverty of speech : hanya bercakap sedikit sahaja
Mute : tidak bercakap walaupun sepatah perkataan
Loss of association : perkataan yang diucapkan tiada kaitan antara satu sama lain
Irrelevant : memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan
Incoherent : memberi jawapan yang tidak difahami maksudnya
Kelakuan Yang Luar Biasa / Pelik (Disorganized Movement):
Contohnya : Adam yang menganggap dirinya sebagai seorang wali melutut di tepi seorang pesakit sambil mengangkat tangan dan membaca jampinya.
Simptom negatif:
Affective Flattening: Ekspresi muka yang berkurangan. Contohnya, tidak senyum apabila gembira
Alogia or Poverty of Speech: Percakapan tidak lancar
Avolition: Hilang minat dan tidak bermotivasi melakukan sesuatu perkara yang diminati
Terdapat penyakit mental lain yang boleh mempunyai kriteria seperti penyakit Schizophrenia. Sebagai contoh, pesakit Bipolar disorder boleh mengalami delusi atau halusinasi. Simptom delusi atau halusinasi juga dipanggil sebagai simptom psikosis.
Kebanyakan pesakit schizophrenia (80%) adalah bujang atau bercerai dan 70% pula tidak mempunyai pekerjaan. Penggunaan dadah di kalangan pesakit ini juga banyak iaitu sebanyak 80%. Dari segi prognosis (ramalan kesan penyakit) pula, kurang daripada 10% pesakit schizophrenia boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa. 50-60% pesakit pula masih mempunyai simptom namun boleh berfungsi dalam kalangan masyarakat, manakala 20% pesakit pula terjejas fungsinya dan kerap dimasukkan ke dalam hospital.