A.I.D.S. - 5
Firma Guaman Osman Thazilan, Ho Gaik Kim dan RakanRakan adalah syarikat guaman yang tersohor di ibu kota. Firma tersebut terletak di pusat bandaraya. Kes-kes besar yang membabitkan jutawan, CEO badan-badan korporat dan orangorang ternama tanahair kebanyakannya merujuk ke firma ini. Kehebatan firma ini bergantung pada kemampuan peguampeguamnya yang berjumlah seramai tujuh puluh orang.

Baizura Marwan adalah salah seorang dari peguam-peguam tersebut. Lebih lapan tahun Baizura menghambakan dirinya dengan firma ini. Dan karier tetap nombor satu. Baizura yakin wanita boleh melakukan sesuatu yang hebat.

Pejabatnya pagi itu seperti biasa sentiasa sibuk. Firma sedang mengendalikan suatu kes yang melibatkan pembunuhan seorang CEO konsortium Amerika. Tingkat enam terletak bilik persidangan peguam-peguam ditinggalkannya lemah, letih dan kecewa metah.

Baizura mendaki tangga ke tingkat sembilan. Lif berdebah, asyik jahanam, rungut Baizura. Firma hebat tetapi kemudahan macam sial, sumpahnya lagi. Dia terus mengheret cela ke biliknya.

Baizura sesungguhnya tidak faham. Prestasi hebat bagaimana yang mesti diraihnya untuk merebut kes-kes besar yang bakal menjadikannya terkenal. Dia berasa seperti dianaktirikan. Dia yakin rakan-rakan kongsi firma mengamalkan pilih kasih. Dia sedar dia cukup berkemampuan untuk mewakili firma dalam apa jua kes. Baizura yakin sekali dengan kebolehannya.

Semakin dikenang, semakin sakit hatinya. Dan kian bertambah prasangka. Baizura membuka lemah pintu bilik. Seorang rakan, Ahlamy sudah pun terduduk bersandar di sofa.

Senyum Ahlamy lebar.

Tahniah Bai, aku yakin mereka....

Kau jangan nak tambah kemarahan aku. Baizura tiba-tiba berkasar.

Aiiikkkk, kenapa

Aku gagal dapat kes tu. Mereka beri kepada Zuhdi. Eiiii.... Baizura geram.

Ahlamy tercengang mendengar. Kenapa begitu jadinya Baizura membeliakkan matanya. Dia kini duduk di kerusi sandarnya dengan wajah garis seribu hampa.

Kau dah senior, dekat sepuluh tahunkan Dah tu lepasan luar negara pulak. Eiii, mereka memang tidak adil.

Emmm, kau ni memang menghasut. Diam sajalah! Bentak Baizura.

Ahlamy menarik muka masam. Habis tu

Habis apa lagi Dah terlepas kes tu. Mereka beri aku kes bodoh.

Kes bodoh

Baizura mendongakkan kepalanya memandang ke siling. Dia sengaja membiarkan Ahlamy tertunggu-tunggu.

Kes seorang lelaki pecahkan vas di sebuah kedai antik.

Ahlamy gelak besar. Terpingkal-pingkal ketawanya. Baizura geram. Dia membelalakkan mata.

Cukuplah tuuu.

Ketawa Ahlamy mereda. Namun dia masih berasa lucu. Mana tidaknya, seorang peguam yang yakin dengan kebolehan diri, diperlakukan seperti pelajar guaman tahun satu.

Nanti nasib kau seperti aku juga! Bentak Baizura menakutkan Ahlamy.

Aku tak hairan sangat. Im not ambitious macam kau.

Baizura mencapai akhbar di atas meja. Dia malas meladeni Ahlamy. Matanya berlari membaca muka pertama. Dan diselak perlahan-lahan tanpa menghiraukan Ahlamy yang menceceh entah apa-apa.

Baizura sedang menyelak muka ketiga apabila matanya tiba-tiba menjerat sesuatu yang menarik perhatian.

Jesse Steven Wakili The Observer Untuk Anugerah Jurnalis Terbaik.

Baizura mencapai telefon.

***

Restoran itu terletak di Hotel Gragery International. Setiap waktu makan tengah hari pasti sesak. Apatah lagi pula hotel lima bintang ini bersambung dengan pusat membeli-belah Ecco Store, sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Asia Tenggara. Pengunjung yang kepenatan tentu sahaja singgah sebentar di restoran yang menyediakan makanan ala barat ini.

J.C melangkah masuk lemah. Dia letih. Akan tetapi dia tidak dapat menolak tawaran makan tengah hari bersama Baizura. Seorang kawan lama. Dia dapat melihat Baizura melambailambaikan tangan dari sudut kanan restoran. J.C segera ke meja itu.

J.C long time no see! Baizura hampir-hampir menjerit keriangan di dalam restoran itu. J.C menghulurkan tangan untuk bersalaman. Baizura menepis tangan J.C sebaliknya menghadiahkan ciuman di pipi kiri.

Congratulation. Aku baca dalam akhbar pagi tadi. Terkejut maut!

J.C duduk di sisi Baizura.

J.C apa dah jadi Kau kurus betul. Dan pucat macam mayat. Kenapa Baizura tidak putus-putus bersuara.

Cuba kau beri peluang untukku bernafas. Tetap macam dulu. Tidak berubah langsung kau. J.C ketawa kecil. Dia ingin mengelak persoalan kesihatan dan perubahan fizikal.

Kau kerja keras ya Tengok sampai tak jaga makan minum. Kurus betul. Tengah hari ni aku belanja. Hahhh, makan banyakbanyak. Baizura menatap muka J.C. Dia masih seronok.

Berapa lama kita tidak berjumpa ya J.C memandang balas Baizura.

Entah, ada lapan atau sembilan tahun. Lama ya!

Lihat kau, masih lagi macam dulu. Ramping lagi. Dah kahwin

Baizura ketawa kecil. Kahwin

Kenapa kau dah jadi golongan yang menentang perkahwinan J.C lega dapat membawa Baizura jauh dari soal dirinya.

Belum ada jodoh. Apa lagi nak dikatakan. Baizura mula melihat menu.

Kau pesan. Biar aku bayar.

Jangan. Biar aku saja yang bayar.

Baizura menjegilkan biji matanya. Kan aku dah kata tadi. Aku yang ajak kau keluar. This time aku bayar. Next time kau bayar. Enough. Adilkan

Setelah memesan makanan Baizura kembali galak berbual dengan J.C.

Kau pesan terlalu banyak. J.C gusar.

Ketam, udang, merpati, sedikit saja. Tak larat habis. Kita bawa balik. Baizura tersenyum gumam.

Kenapa Bai, kenapa tiba-tiba teringatkan aku.

Ehhh, celaka kau. Kita tak berjumpa sekian lama-kan Tentulah aku nak tahu perkembangan kau cute. Kita dulu sahabat baikkan

J.C tersenyum dibuat-buat. Dia angguk saja. Ingin menyedapkan hati Baizura. Macam nilah aku. Journalis, sibuk sentiasa.

Ya. Eh! Tahniah sekali lagi.

J.C melihat wajah Baizura. Tiada isyarat kepura-puraan. Ucapan tahniah itu ikhlas. Mulus.

Ingat tak lagi kita tinggal bersama-sama di hostel dahulu. Seronokkan.

J.C ketawa perlahan. Aku masih ingat kelucuan yang kau timbulkan. Ahhh, sampai sekarang aku ingat lagi.

Apa dia Baizura cuba mengingat-ingatkan segala kenangan indah.

Ingat tak yang kau selalu beli ayam yang disembelih dari peniaga

Arab di Hemingway Street.

Ya ingat, kenapa

J.C ketawa meledak-ledak kini. Bila ketawanya reda dia kembali bersuara seraya menahan lucu. Ayam yang kau belikan selalu hilang dicuri entah siapa. Jadi kau sebagai pelajar undangundang buat gempar satu hari apabila kau tempelkan kertas bertulis: Awas. Jangan Sentuh. Ayam Ni Adalah Satu-satunya Bukti Pembunuhan. Masih ingat J.C meneruskan ketawanya.

Oooo, ya memang ada yang mencuri ayam aku tu. Eh! Tapi bila tipu begitu ia berkesan. Tidak ada siapa pun berani sentuh ayam aku tu. Baizura tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia juga ketawa.

Pelayan datang dengan hidangan. Lazat. Ketam kukus dan sambal udang, ada merpati golek dan nasi putih semangkuk besar. J.C berkerut melihat makanan sebegitu banyak. Dia tidak bernafsu sedikit pun.

Sekarang kita makan. ajak Baizura.

J.C tersenyum tawar. Dalam paksa dia menyumbat mulutnya dengan paha merpati. Baizura terkebil-kebil melihat J.C makan tanpa selera.

Kenapa, tak sedap Kau tak boleh makan merpati ke

Eh, tidak. Aku kenyang sebenarnya. Tea time tadi banyak kuih karipap yang aku makan. J.C berbohong.

Laaa, banyak ni. Habiskanlah.

Emmm, tadi kau cakap nak bawa pulang, pack saja. Kata J.C dengan wajah lucu.

Baizura ketawa. O.K nanti kau ambil sedikit.

***

Musim bunga sentiasa romantik. Plum putih segar dan matang di taman, aprikot mulai menawan dengan daphne sedang bersemarak. Lilac ungu serta spirea halus, juga azalea merah sedang menguntum. Butterbur, horsetail dan primrose yang berwarna lembut mendatangkan rasa harmoni di hati. Honey suckle dan verbena membebaskan aroma segar dan harum memikat. Ah, musim bunga. Seperti hatiku jua, mekar dengan cinta. Parah dengan rindu.

Baizura duduk di bawah pohon birch yang tinggi dan tegap di hujung Central Park. Dia menyilangkan kaki dan bersandar. Setia menanti. Biarpun seribu tahun lagi.

Baizura tersenyum riang. Hatinya mekar dan kembang dengan asmara dan kasih.

Baizura mendongakkan kepalanya ke atas. Langit bersih. Biru nilakandi. Di sebelah sana ada awan yang berambal-ambalan. Matahari tidak begitu terik. Cuaca bagus metah.

Dia melemparkan pandangannya nun jauh ke sana. J.C sedang berlari-lari anak dari jauh. Baizura tersenyum lebar. Jiwanya rasa besar. Dia semakin cair dengan bahang cinta. J.C bersedialah. Aku juga tahu perasaanmu itu.

Dari kejauhan kau begitu kacak sekali. Bangun badanmu yang sasa. Ya, paling aku suka, matamu itu. Cantik birunya. Hidung mancung dengan bibir yang comel. Hebat apabila kau berjambang. Ah, siapakah yang tidak tertarik denganmu. Aku yakin lelaki juga pasti merinduimu.

Maaf Bai aku terlewat. Teksi susah nak dapat. Khabarnya mereka mogok. Bantah dasar Datuk Bandar yang baharu.

Baizura tersenyum kemudian ketawa kecil. Tiada sebab aku nak marah. Kau datangkan Dari kau tak datang langsung biarlah lewat.

Ya lambat asalkan selamat.

Baizura menatap wajah J.C. Wajah penawar segala duka. Kenapa kau mencuri hati ini Kau pemuda nakal. Pencuri!

Kenapa Kata ada hal penting. Dan apalah yang berahsia sangat itu sampaikan kena berjumpa di sini. Di asrama pun boleh. J.C masih terengah-engah. Duduk di sisi.

Baizura terus merenung jauh ke dasar mata biru J.C. Emmm, betul kau nak tahu

J.C angguk. Dia berasa seolah-olah Baizura bermain teka-teki. Lihat bunga-bungaan itu J.C. Cantikkan

Ya, cantik sekali. Aku paling suka musim bunga. Kenapa

Baizura melarikan matanya ke arah rumpun-rumpun bunga berhampiran bangku marmar tempat mereka berdua duduk. Lihat plum itu. Apa warnanya

Putih. J.C menjawab sepatah. Dia menyorokkan bingung yang menerpa hadir di benaknya.

Lilac

Ungu.

Azalea.

Merah.

J.C menarik nafas dalam. Kian buntu. Baizura sedar keresahannya. Dia ketawa kuat.

Kenapa

Emmm, warna-warna itu mempunyai makna. Kau tahu

J.C geleng kepala laju. Dia tidak sabar. Kenapa kau berfalsafah

Kau tahu warna putih itu tandanya ikhlas, suci dan putih. Tiada kemunafikan atau kepura-puraan.

Habis J.C mengeluh.

Warna ungu itu tanda sayang. Baizura ketawa lagi.

Jadi

Warna merah itu mekar. Garang sekali. Tanda cinta yang tidak berbelah-bahagi. J.C gelisah.

Itulah perasaanku. Baizura merenung tajam wajah J.C.

Kepada siapa Boleh aku tahu J.C tiba-tiba tersentak. Menumpang juga riang.

Bodohhhhh! Kau J.C. Aku mencintaimu! Jerit hati Baizura sekuat-kuatnya.

Siapa

J.C, aku sangat mencintaimu. Dalam ketar ia terlafaz.

Aku Bai mencintai aku J.C melopong dengan suara tersekatsekat dia bertanya.

Baizura mengangguk. Rona mukanya merah malu.

Bai, kau bermain-main. J.C kemudian ketawa kecil.

Tidak. Jawab Baizura tegas. Dia berdiri menghadap J.C.

Aku juga tahu perasaan kau J.C.

Bai. Hentikaannn.

Baizura terkejut metah. Kenapa J.C Tell me that you dont love me!

J.C geleng bertalu-talu. Love affair menjejaskan dan juga membahayakan perhubungan kita. Persahabatan kita.

Baizura memandang muka J.C dengan rasa tidak percaya.

Sekadar sahabat

J.C cuba tersenyum sambil mengangguk. Dia memegang pipi Baizura dan berkata.

Sahabat baik.

Baizura menitiskan air matanya. J.C mengesat. Cinta Baizura hancur berderai pagi itu. Luluh hancurnya cinta bersaksikan rumpun bunga-bungaan di Central Park.

***

Hung Zhi Cheng terduduk kepenatan di kerusi sandar. Dia mengambil diari pengurusannya yang selesa di atas timbunan fail. Tangannya pantas menyelak. Melihat-lihat jadual perancangannya dan pertemuannya hari ini.

Sepuluh pagi, Doktor Pakialetchimy. Zhi Cheng bercakap kepada dirinya sendiri.

Dia melihat jam tangannya. Ada setengah jam lagi sebelum pertemuan itu berlangsung. Zhi Cheng mencapai fail CGH/95. Ada beberapa helai dokumen dan surat rasmi yang perlu ditandatanganinya. Dia membaca kertas-kertas penting di hadapannya itu. Setelah berpuas hati dia menurunkan tandatangan.

Zhi Cheng teringatkan pertemuan dengan J.C tempoh hari.

Benarkah dia begitu iri hati dengan kejayaan J.C Segi kedudukan, jawatannya lebih tinggi. Segi pencapaian, dia juga sering dipuji ibu pejabat. Kejayaan J.C sepatutnya juga kejayaan The Observer. Zhi Cheng berfikir-fikir, wajarkah dia memisahkan pasangan kerja yang ideal itu. Gabungan Pauletta dan J.C memang mantap. Mereka cekatan dalam tugasan yang diserahkan. Hasilnya cukup memuaskan. Malahan jualan The Observer meningkat secara mendadak dengan kebolehan anak-anak buahnya ini. Wartawan-wartawan cawangan Kuala Lumpur sering dijadikan contoh dan rujukan oleh cawangan-cawangan lain.

Dengkikah aku Pertanyaan itu bersarang dalam benaknya.

Zhi Cheng duduk bersandar sambil menggigit hujung pen. Kepalanya oleng ke kiri sekejap kemudian ke kanan pula. Atau adakah aku menyukainya Aku mencintainya Ah, mustahil!

Pintu diketuk. Lamunan Zhi Cheng terhapus. Tanpa disuruh Doktor Pakia sudah pun masuk dan duduk di hadapannya.

Macam biasa setiap enam bulan sekali. Ada bawa

Semua laporan kesihatan kakitangan dah aku serahkan kepada setiausaha kau di luar. Itu saja yang aku nak maklum. Doktor Pakia bersuara hormat.

Semua Biar aku semak setiap fail. Zhi Cheng ingin bangun. Doktor Pakia kelihatan serba salah. Dia berwajah bimbang.

Kecuali....

Kecuali

Kecuali J.C.

Zhi Cheng mengemaskan duduk. Kenapa dia

Dia ada doktor peribadi sendiri. Aku terima laporan dari doktornya saja. Cuma Doktor Faridah itu belum serahkan laporan kesihatan J.C lagi. Entah kenapa dia tak mahu melalui aku terus. Doktor Pakia membocorkan rahsia. Setelah bertahuntahun berpakat dengan J.C.

Kau ada nampak dia baru-baru ni Zhi Cheng kian tertarik dengan misteri di sebalik cerita ini.

Emmm, ada sekali dua di tempat letak kereta. Pakia lebih jujur kali ini.

Aku nampak perubahan ketara pada dirinya. Apa pandangan kau Zhi Cheng membeliakkan matanya. Nampak hodoh. Errr, biasa saja. Emm, cccuma kkkurus sedikit.

Ooo, kau doktor, Pakia. Aku tak tahu apa. Tolonglah lebih jujur. Aku tahu dia sakit, mustahil tanpa sebab dia jadi begitu teruk! Zhi Cheng membentak. Dia sedar Doktor Pakia menyembunyikan sesuatu.

Bbbiasa sssajaa.

Zhi Cheng mengeluh. Matanya dipanah ke muka Doktor Pakia. Ada sinaran menuntut pada kedua belah mata tersebut. Kau tahu, ada beratus-ratus klinik lagi di Kuala Lumpur ni yang sangat berminat untuk menjadi klinik rujukan kesihatan The Observer. Amat malang kalau klinik kau ingin melepaskan saja apa yang kami tawarkan.

Pakia menahan geram. Ugut dan ancaman.

Aku tak tahu apa. Dia melalaui doktor peribadinya. Cumaaa...

Cuma apa

Doktor Pakia berasa menyesal terlanjur. Aku cuma syak saja.

Zhi Cheng tersenyum suka. Sekarang kau mahu bekerjasama. Errr, J.C mungkin menghidap penyakit berbahaya.

Zhi Cheng tersentak. Entak kenapa gelisah. Berdebar-debar.

Maksud kau Tolong spesifik.

Pakia menyumpah-nyumpah diri sendiri. Itu cuma kemungkinan! Kenapa mesti beritahu Zhi Cheng

Maksud kau Doktor Pakia

Emmm, dia ada kesan lecetan pada tengkuk dan pipinya tempoh hari.

Kesan lecetan Zhi Cheng makin tidak sabar. Dadanya dirasakan berombak-ombak.

Kanser kulit KS. Pakia menarik nafas dalam ketika melafazkan ayat itu.

Teruskan.

Errr, KS hanya dihidapi oleh pppppesakit...

Zhi Cheng menanti dengan wajah tertanya-tanya. Pesakit apa

AIDS.

Hahhh Zhi Cheng kepucatan.

***

Melissa duduk di belakang stereng kereta dengan hati yang marah. Namun sengaja dia menahan. Norman dengan air muka tidak peduli, duduk di sebelah. Seperti batu duduknya, keras tanpa menoleh ke arah Melissa. Sebaliknya tekun memerhatikan sesuatu di hadapan. Melissa jadi bosan.

Kenapa kau selalu begini bila kita keluar

Norman tidak menjawab. Hanya mendiamkan diri.

Dingin tanpa sebab. Apa salah aku Norm Melissa melihat muka Norman, tunangnya. Sungguh kacak tetapi wajah itulah yang tidak dapat dimengertikannya sehingga hari ini sejak dari hari pertunangan mereka dahulu.

Norman tiba-tiba tersenyum. Kau tidak bersalah apa-apa.

Melissa terus menatap mata Norman. Akhirnya kau membuka mulut!

Norman ketawa. Melissa kebingungan. Sesungguhnya Norman tidak mudah difahami, Apa akan jadi pada perhubungan kita seterusnya

Ketawa Norman mereda. Seperti yang kau mahukan.

Melissa keluar dari kereta. Cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Norman menurut.

Aku tak mahu bertengkar di hadapan rumah dan biarkan jiranjiran aku melihatnya.

Fine. Kata Norman sepatah. Dia menghempaskan punggung di atas sofa.

Aku mahu kahwin Norman. Dah berapa tahun dah kita tetap begini. Melissa berteriak. Dia hampir-hampir menangis. Dan sampai bila

Norman membeliakkan matanya. Jangan kau tengking aku!

Melissa menangis. Hatinya hancur. Jiwanya kosong dan kosong. Norm, kau ada masalah, aku yakin, tetapi kenapalah kau tak pernah berkongsinya dengan aku. Aku ni Lis, bakal isteri kau. Melissa tersedu-sedu.

Norman mencebik.

Melissa menghampiri Norman. Duduk di sisinya. Air mata kian susut. Dia meletakkan kepala di atas bahu Norman, penuh manja. Norm, aku sentiasa mengimpikan kasih sayang sebenar dari kau.

Norman membiarkan.

Melissa melekatkan pipinya ke pipi Norman. Mata terpejam dengan raut wajah penuh mengharapkan cinta. Aku mencintai kau Norm, sepenuh hati ini. Entah berapa kali harus aku beritahu kau. Jangan kau ragui.

Melissa mengangkat mukanya, menentang wajah Norman. Dia memegang pipi Norman lalu perlahan-lahan dia mengucup bibir Norman. Asyik. Nafas Norman bergelora. Melissa merangkul Norman semakin ganas. Dada Norman turun naik kencang. Lalu Melissa terus mengucup. Dia ingin terus tenggelam. Dia nekad sekali ini. Tangannya menyeluk seluar. Norman menolak Melissa ganas. Kau fikir aku siapa

Melissa terkejut metah. Ghairahnya patah tiba-tiba. Bibir terketar-ketar dan rona muka pucat. Norm aku mencintaimu, aku sanggup....

Kau fikir aku anjing Sentiasa bernafsu kepada kau

Normannn. Tangis Melissa pecah kembali.

Biar aku pergi. Norman bingkas, meluru ke kereta di luar. Melissa mengejarnya. Maafkan aku!

Tolong, kita memang tidak boleh bersama. Tidak sependapat. Tidak dalam semuanya.

Kereta itu mengundur keluar dari garaj dan sekelip mata meluncur laju meninggalkan Melissa yang masih di garaj dalam keadaan buntu bercampur bersalah. Terus menangis teresakesak.

Norman terus memecut. Fikirannya berserabut. Kenapa kau menolak hidangan tadi Sajian mentah yang hebat Kenapa Norman Kenapa kau tidak mahu menerima Sesekali menukar selera.

Kereta Norman dipandu laju ke pusat bandaraya.

Norman mendaki tangga elektrik. Kadang-kadang dia membiarkan tangga yang berjalan secara automatik itu membawa dirinya ke tingkat kedua, Hotel Gragery. Hotel tersebut bersebelahan dan bercantum dengan Pasaraya Ecco. Dia hampir mencecah ke tingkat itu apabila matanya terserempak dengan seseorang.

Nun kecil sekali, J.C dan Baizura sedang ketawa mesra di dalam restoran Hotel Gragery International.