Kristal Berdarah - 5
BAB 4

Perbincangan mereka masih belum berakhir. namun perbincangan itu tidak lagi berkisar tentang urusan pejabat. Tumpuan mereka sekarang adalah kepada perkara pokok. Perkara yang membabitkan pendapatan tam ba han sebanyak RM90 Juta.

Mata Ramlan berkerdip. Kau nak tengok pertunjukan ular

Pertunjukan ular Suhaili merenung tajam, seolaholah mengesyaki sesuatu.

Kenapa kau tanya Takkan kau tak tahu lagi

Ramlan teringatkan nota yang diterima daripada Jalil sebelum dia turun untuk makan malam tadi. nota yang sudah terperonyok itu dikeluarkan dari koceknya. Dia menyerahkan kertas kumal itu kepada Suhaili.

Suhaili mengerut dahi dan mula membaca barisbaris ayat pendek yang tertera pada kertas tersebut.

Sebaik sahaja dia selesai membacanya, dia terus memandang Ramlan dengan pandangan yang tidak berkerdip.

Kalau kau nak tahu, Salman sebenarnya terlalu takut kan ular. Lebih takut kalau dibandingkan dengan aku. Suhaili menyengih.

Suhaili kembali menghirup tehnya. Umur kau berdua lebih kurang sebaya. Tapi aku hairan, macam mana kau lebih berjaya berbanding anak aku tu. Fikiran Salman langsung tidak menampakkan dia sebagai seorang lelaki dewasa. Dia langsung tidak memikirkan cara untuk men cari pendapatan sendiri, sebaliknya lebih gemar kepada sesuatu yang bersifat hiburan.

cara kau bercakap macam menyindir aku aje. aku pun tak tahu sama ada aku dah berjaya atau tidak.

Kau terlalu merendah diri. Ramlan tersenyum.

Suhaili menghirup teh yang masih berasap. aku dah selesai makan.... Membiarkan katakatanya tergantung sebentar. aku nak ke pasar tu. Kau mesti ikut aku.

Kau terlalu romantik sebagai seorang wanita yang dah berusia.

Suhaili tersenyum. Wajah Ramlan ditenung dengan mata bersinarsinar. Kalau kau ulangi lagi katakata tu, aku akan pecat kau dan cari peguam lain.

Sejak bila pula kau berjaya Mereka samasama ketawa.

Pasar itu penuh sesak. Pada waktu siang, mungkin pasar itu dijadikan pasar basah dan apabila malam menjelang seperti sekarang pasar itu dijadikan pasar malam.

Di suatu sudut, suara riuhrendah dan cahaya lampu beraneka jenis, menggamatkan suasana. Kawasan itu agak asing bagi pelancong dan pengunjung. namun jikalau dibanding kan dengan kawasan lain, kawasan itu lebih hidup.

Kawasan sekelilingnya dipagari atap zink. Orang ramai bersesak di kawasan tersebut. Pelbagai gelagat boleh diperhatikan.

beberapa pasangan mengambil kesempatan kesesakan tersebut dengan berpeluk antara satu sama lain. ada juga beberapa orang pemuda mengasak gadis berbaju kurung ataupun berskirt pendek sambil berpaling dan tersengih kepada kawan. Mungkin hajat di hati telah ditunaikan sekalipun hanya sekadar menggesek.

Suhaili dan Ramlan mencelah antara orang ramai yang berdiri. beberapa orang daripada pengunjung tersebut melemparkan pandangan ke arah mereka. Ramlan terus menggenggam tangan Suhaili dengan erat seolaholah ti dak mahu membiarkan Suhaili pergi jauh daripadanya. Dan Suhaili pula tidak kekok langsung sekalipun yang meng genggam tangannya itu adalah peguamnya sendiri. Malahan dia lebih sibuk memerhatikan keadaan sekeliling bagaikan sedang mencari sesuatu.

Orang ramai memerhatikan kita, beritahu Ramlan kepada Suhaili.

Mungkin mereka hairan tengok kita. Suhaili cuba men cari punca mengapa mereka menjadi tumpuan.

Mungkin juga. atau boleh jadi juga mereka tidak per nah melihat orang Semenanjung di sini, balas Ramlan.

Kau tengok tiang lampu tu... Telunjuk Suhaili meng hala ke arah sebatang tiang lampu yang dicat merah.

Untuk apa pula mereka cat tiang ini dengan warna merah tanya Ramlan.

Mungkin untuk sesuatu petunjuk. atau boleh jadi juga melambangkan sesuatu, kata Suhaili dengan nada perlahan dan bersahaja.

Tiang lampu berwarna merah itu mereka tinggalkan. Me reka terus menghayun langkah. Sesekali mereka terpaksa berhenti dan membiarkan para pengunjung tapak pesta itu pula lalu akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Di situ orang ramai tidak menjadikannya sebagai kawasan berdiri atau berbual.

Kau tak apaapa Ramlan merenung Suhaili yang ter mengah. Ketika itulah dia terpandang seorang tua se dang berdiri di belakang Suhaili.

Tak apaapa. cuma aku tak pernah berada dalam keadaan tempat yang sebegitu sesak seperti tadi, ujar Suhaili.

nampaknya ada orang sedang memerhatikan kau dengan penuh minat, kata Ramlan. Matanya tidak lepas daripada memandang orang tua tersebut.

biarkanlah. Mungkin dia juga sama seperti mereka tadi.

Ramlan mengangguk biarpun dia tidak dapat mele kangkan pandangannya daripada orang tua itu.

Mari kita masuk, ajak Suhaili.

Ramlan terus menoleh. Terlihat papan tanda menga takan ada silap mata di dalam sebuah kawasan tertutup. Dan sebaik sahaja dia melemparkan pandangan ke arah orang tua tadi, orang tua itu telah menghilangkan diri entah ke mana.

Ke mana pula dia pergi

Siapa Suhaili mengerutkan keningnya. Sekali gus me me gang belakang tengkuknya. Dia turut mencari walaupun dia tidak tahu apa yang dicarinya.

Orang tua tadi!

ah! Kau ni adaada saja. biarkanlah dia. Takkan kau nak berjalan dengan dia dan tinggalkan aku di sini pula tanya Suhaili. Dia cuba tersenyum.

Ramlan tersenyum kelat. Mereka melangkah masuk ke kawasan tertutup tersebut. Ramlan menggunakan wang nya sendiri untuk membeli dua keping tiket yang dijual di pintu masuk kawasan itu.

Ketika mereka masuk, pemain silap mata itu telah pun memulakan persembahannya. Terpaksalah mereka merabaraba mencari tempat kosong.

Persembahan silap mata yang dilangsungkan tidak dapat menarik minat Suhaili. Dia mengadu pedih mata. Mungkin kerana asap rokok di dalam kawasan tertutup tersebut.

Walaupun berasa rugi kerana terpaksa keluar lebih awal, Ramlan terpaksa mengikut rentak Suhaili.

Kenapa cepat sangat tanya Ramlan sebaik sahaja mereka keluar dari tempat tersebut.

asap rokok dalam kawasan itu membuatkan aku kelemasan. Mata aku pun pedih.

Kau kata nak tengok silap mata.

betul... tapi bukan seperti ini. Teruk. Lebih baik tak tengok daripada menyusahkan diri. Tak enjoy langsung!

Tak apalah... mungkin kita boleh datang lain kali, kata Ramlan cuba memujuk hatinya sendiri.

Mereka berjalan menuju ke pertunjukan yang lain pula. Tetapi kemunculan seseorang membuatkan Ramlan terpaku. Dia berhenti. Suhaili juga ikut berhenti.

Orang tua itu masih berdiri menghadap mereka. Dia tersenyum kepada Suhaili. namun wajahnya seperti mengharap sesuatu daripada Suhaili. Tangannya ditadah memohon simpati. Suhaili mengeluarkan sekeping wang kertas berwarna merah dan menyerahkannya kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu berlalu meninggalkan mereka. Sebaikbaik sahaja orang tua peminta sedekah itu menghilangkan diri, Ramlan menarik lengan Suhaili.

Kalau kau terus bersikap macam ni, aku percaya, kita akan susah.

Suhaili mengerutkan keningnya. Kenapa pula

aku takut, kau bagi seorang, berpuluh lagi akan me nyer bu dan mengharapkan kau akan bagi sedekah sa ma seperti yang kau lakukan kepada kawan mereka tadi, Ramlan merungut.

Ramlan... ada masanya kita harus sedar, wang ringgit bukanlah ukuran sesebuah kasih sayang. Malah wang ringgit juga tidak membayangkan yang kita bersimpati terhadap seseorang. Wang ringgit adalah alat untuk kita... memudahkan kita. Kau tahu, setiap kali aku keluarkan duit, aku anggap duit tu adalah satu pelaburan saja. Tak lebih dari itu, Suhaili bersuara dingin.

Pelaburan Kau menganggap, memberi sedekah se bagai satu pelaburan Ramlan benarbenar hairan. Suhaili tersenyum. Kemudian mengangguk.

apa maksud kau Ramlan mengerutkan dahinya.

Mungkin suatu masa nanti aku boleh gunakan pemin ta sedekah itu untuk kepentingan diri aku. Suhaili meng angkat bahu.

Pelik betul perangai kau ni. Selama aku jadi peguam, baru kali ini aku dengar bagi sedekah kepada seorang fa kir sebagai pelaburan.

aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku cakap. Mungkin kerana hari telah malam. Tambahan pula tempat ni terlalu asing bagi aku. Memang aneh. Suhaili mengekek ketawa. entah apa yang menggembirakan hatinya, Ramlan tidak mampu meneka.

Kita berada di Sarawak, Suhaili. Kau ingat kita masih di Kuala Lumpur

Tak... tapi... Suhaili memeluk tubuhnya sendiri. Kau sejuk Kau nak pakai jaket aku

Terima kasih. Tak payahlah. aku tak sangka tempat ni terlalu ganjil. cuba kau tengok, perhatikan betulbetul cara hidup mereka. Suhaili memuncungkan bibirnya ke arah beberapa orang bumiputera tempatan yang bercacah dan berpakaian adat.

ah, kan negeri ni terlalu luas

Jangan nak buat kelakarlah! aku serius ni. Ramlan terdiam.

cuba kau bayangkan, kalaulah tempat ni sama ma cam KL, kau fikir apa yang boleh kita jumpa di puncak gunung

Tiada yang lebih bernilai daripada jambatan emas Sultan Mahmud untuk Puteri Gunung Ledang, Ramlan terbahak.

Tak ada kaitan langsung. Salman dah cuba menyeles aikannya tapi dia tak berjaya. aku fikir kau tentu dapat gambaran jelas tentang tempat tu.

Ramlan kembali mengingati tempat yang bakal merek a tuju nanti. Tempat yang akan mengembalikan nostalgia silam antara dua beradik yang telah terpisah lama. Se ka li gus membuatkan salah seorang daripada mereka men jadi lebih kaya dari sebelumnya.

Mungkin. Tapi kau harus bersama aku malam ni...

Sorry! aku tak memerlukan kau malam ni. aku hanya mengaitkan perspektif dengan fakta tu.

Ramlan menarik muka masam. Marilah balik.

Mereka berjalan di celah orang ramai. Tetapi ada se sua tu yang menarik perhatian mereka. Orang ramai berkumpul di suatu tempat. Mereka saling berpandangan dan berbual antara satu sama lain. Kemudian mereka melemparkan pandangan ke arah sesuatu yang berada di tanah. Sesuatu yang tidak terlihat oleh Ramlan dan Suhaili kerana orang ramai melindungi dengan kaki serta tubuh mereka.

apa pula tu Suhaili terus bersuara tanpa meman dang Ramlan.

Jom kita tengok!

Suhaili tidak memberikan kata putus, tetapi langkahan Ramlan memaksa dia melakukan perbuatan yang sama.

Mereka terus mencelah. Orang ramai yang berada di situ memperlihatkan wajah tidak senang dengan tindaktanduk Suhaili serta Ramlan.

Hah! Orang tua tadi! nafas Ramlan hampir terhenti.

Di atas tanah, lelaki tua peminta sedekah tadi terkejang kaku. Matanya terbeliak. Duit sepuluh ringgit pemberian Suhaili, masih tergenggam di tangannya. Mulutnya tern ga nga. Dari tepi mulutnya kelihatan darah merah yang masih segar.

Kepala peminta sedekah itu rebeh. Mungkin dikapak atau dipukul dengan kayu. Otaknya yang diselaputi de ngan darah kelihatan tersembul sedikit. Rambutnya yang dilekati darah bercantum antara satu sama lain.

ada orang bunuh peminta sedekah malang ni, salah seorang daripada saksi, bersuara. entah kepada siapa.

Siapa yang bunuh Ramlan pula bertanya.

entahlah! Kalau tahu siapa pembunuhnya, dah tentulah pembunuhan ni takkan berlaku.

Ramlan bagaikan terpukul dengan jawapan spontan itu. bagaimanapun dia mengakui kebenaran katakata tersebut.

Suhaili menarik tangan Ramlan. Dia tidak mampu lagi melihat keadaan seorang lelaki mangsa jenayah. Dia mahu beredar dari situ. badannya berasa seram sejuk.

Siapalah yang buat kerja macam tu Ramlan terus bersuara.

Suhaili tidak kuasa hendak menjawab. Dia terus ber jalan. Ramlan hanya mengikut ke mana hala kakinya melangkah. Tetapi akhirnya dia menyedari sesuatu. Se suatu yang benarbenar berlainan.

Suhaili! aku rasa kita dah salah jalan.

Suhaili berhenti. Memandang sekeliling. betul ke

Masa kita nak ke mari, kawan aku di pejabat dah bagi nasihat. Katanya, jangan berjalan tanpa orang tem patan yang menjadi tunjuk arah di sini. Tempat ni mempu nyai terlalu banyak persamaan dengan kawasan seki tarnya.

Jangan jadi bodohlah. Mungkin tadi kita tak perasankan lorong ni. Mungkin kita berjalan di lorong yang sama.

itulah yang aku maksudkan. Semua lorong kelihatan sama. Susun bangunan, hutan, lorong tanah merah, be lukar, manusia sekelilingnya... semuanya sama.

Kau jangan nak mengarutlah. ini bukan cerita fiksyen di panggung wayang. bandar ni bukannya besar sangat. Sedangkan di Kuala Lumpur pun kita tak sesat, macam mana pula di sini kita boleh sesat. Kalau dah susah sangat, kau tanyalah orang ramai.

Takkan mereka tak tahu tentang banglo tu.

Payah benar untuk Ramlan menerima pendapat Suhaili. Suhaili bercakap berdasarkan egonya. Suhaili ti dak bercakap berdasarkan pengalamannya yang sebenar. Mungkin kerana Suhaili sering dibantu oleh orang lain sepanjang dia hidup.

Di suatu sudut gelap...

Pandangan tajam seorang pemuda terus mengekori pergerakan Suhaili dan Ramlan. Sesekali dia menghisap asap rokoknya dalamdalam. Ketika Ramlan dan Suhaili meng hadap ke arahnya, dia segera menyembunyikan rokoknya. Dia tidak mahu Suhaili dan Ramlan menyedari kehadirannya.

itu baru permulaan. Kau berdua akan tengok kekeja man yang lebih hebat, dia mendengus kuat.

Pisau besar yang baru sahaja mendapatkan mangsanya yang pertama hari ini, diselitkan ke celah pinggangnya. Dar ah merah lelaki tua peminta sedekah yang melekat pada mata pisau tersebut sudah dicuci. Dia tidak mahu darah mangsa yang seterusnya bercampur dengan darah peminta sedekah itu.

Dia tidak dapat membayangkan betapa keseronokan membunuh sebenarnya cukup tersendiri. Membunuh itu adalah suatu seni yang jarangjarang dapat dinikmati oleh orang lain selagi mereka tidak membunuh. Hanya pembu nuh sahaja yang tahu bagaimana perasaan itu bercecap.

Semasa mata pisau bergerigisnya meradak di rusuk mang sanya tadi, lelaki tua itu berpaling sejenak ke arah nya. namun mata pisau yang diradak terus dipulaspulas sebelum dia menghentak kepala lelaki tua itu dengan sebilah kapak kecil sehingga terjeluak isi otaknya.

bau darah dan otak sememangnya hanyir tetapi ke ha nyiran itu hilang apabila keseronokan telah mula hinggap di hati. Kalau diturutturutkan hatinya, ingin sahaja dia mengkuliti lelaki tua itu. Dia tidak akan mem biar kan mangsanya terus mati sebaliknya, dia akan menyiatnyiat kulit dan daging sambil mendengar lelaki tua itu melolong kesakitan sambil meminta tolong.

Mungkin selepas itu dia akan menyimbah air garam bagi menambahkan festival pembunuhannya. atau paling tidak pun, memerah air limau nipis ke bahagian kulit yang telah tersiat untuk melihat sejauh mana mangsanya boleh bertahan.

Selepas itu, dia akan mula mengerat setiap sendi se masa mangsanya masih hidup dan bernafas. Dia akan membuatkan mangsanya itu melihat sendiri bagaimana setiap sendi tubuhnya dikeratkerat dan ditayangkan di hadapan matanya.

Dan akhir sekali, barulah dia mula menghiris teng gorok mangsanya perlahanlahan dengan penuh teliti. Dia ti dak mahu tidak ada urat yang tidak putus apabila mata pisaunya mulai menghiris nanti.

apabila Ramlan dan Suhaili menghilang di

sebatang lorong, dia segera keluar dari tempat perse m bu nyiannya. Langkahnya begitu pantas. Dia tahu siapa yang sedang menanti kedatangan Ramlan dan Suhaili. Dia akan men unjukkan kepada mereka berdua, bagaimana keha diran mereka di tanah Sarawak ini akan disambut dengan kekejaman dan keganjilan.

Matanya terpandang seseorang. bakal mangsa!

Ha, aku akan tunjukkan kepada wanita kaya itu baha wa hidup sebenarnya tidaklah selama mana. Jadi, dia tidak perlulah nak menyombong atau mengangkat diri.

Tetapi ketika dia sudah melihat mangsa yang seterusnya, dia kehilangan jejak Suhaili dan Ramlan.

Mana pula mereka dah pergi Takkan mereka dah jumpa jalan balik ke banglo tu dia bertanya kepada diri nya. niat untuk membunuh, terus hilang. Jejak Suhaili

dan Ramlan perlu dicari.

Pisau besar yang tersisip di pinggang seluar dikeluar kan. Dia cuba meraba ketajaman mata pisau tersebut. Dia berpuas hati. Sememangnya pisau itu disediakan untuk menagih darah mangsanya.

Dia sudah bersumpah. Dia tidak akan melakukan tika man atau tetakan lebih dari dua kali. Dan dia sebe narnya berjaya. Kesemua mangsanya menemui ajal dengan sekali tetakan dan tikaman.

Dia terus memandang ke sekeliling. Dia cuba mencari Suhaili dan Ramlan. akhirnya dia terpaksa meninggalkan tempat itu apabila Suhaili dan Ramlan tidak kelihatan di manamana.

Hatinya benarbenar hampa dengan keadaan tersebut. Jikalau tidak, sudah tentulah Suhaili dan Ramlan akan melihat satu lagi pembunuhan yang membabitkan mereka. Jikalau tidak, sudah tentulah Ramlan dan Suhaili akan berasa serik untuk berada lebih lama di Sarawak.