TORA DATANG LAGI - 5
Sejenis perkhidmatan mencetak kad nama yang disediakan oleh sebuah syarikat. Pembeli akan diberikan katalog yang lengkap dengan tema dan gambar yang telah disiap sediakan lengkap dengan kod masing-masing. Pembeli tidak boleh memilih sendiri gambar dan template mengikut suka hati dia.

Katalog kad nama ini mempunyai pelbagai pilihan tema dan gambar yang boleh diletakkan pada kad nama.

Antara yang popular ketika itu adalah Titanic, Backstreet Boys, NSYNC, Mickey Mouse, Dragon Ball Z dan lain-lain lagi. Pembeli akan mengisi borang pesanan yang disediakan

dengan mengisi nama, alamat, nombor telefon dan kata-kata ucapan. Syarat untuk mencetak kad nama adalah pembeli haruslah mencari 6 lagi pembeli lain. Apabila selesai mengisi 7 borang pesanan, pembeli tadi akan akan diberi satu lagi set kad nama secara percuma.

Borang akan diposkan ke syarikat berkenaan menggunakan sampul yang disertakan berserta dengan wang pos. Jika tiada pekerja yang tidak buat kerja, kad nama akan diterima tidak lebih dari tempoh 2 minggu.

Selang beberapa minggu selepas itu, syarikat berkenaan akan menghantar katalog dan borang yang sama kepada kepada setiap seorang 6 pembeli lain tadi dan perkara ini akan berterusan tersebar kepada semua orang. Selain kad nama, syarikat ini juga turut menyediakan perkhidmatan mencetak sticker.

Dengan memiliki kad nama, keyakinan setiap orang untuk memulakan perkenalan akan meninggi. Nampaklah bergaya dan ada taste sikit.