Nanang, janda anak tiga kematian suami beberapa tahun lalu. Usianya hampir sebaya Karkuma. Kini Nanang tinggal di rumah orang tua suaminya. Nanang mengambil alih tempat suaminya menanggung keluarga, bapa dan ibu mertua yang sudah uzur dan tiga orang anak.
Nanang menyara hidup keluarga dengan mengambil upah memasak di rumah orang-orang kaya Nabui setiap kali mereka mengadakan majlis keramaian. Sememangnya budaya orang Nabui, sering mengadakan pelbagai upacara memuja berhala di rumah masing-masing, selain majlis keramaian peribadi bagi golongan bangsawan.
Petang itu, Nanang bertandang ke rumah Sirehpani seperti biasa. Dia membawa semangkuk pati jus buah-buahan. Nanang seorang yang terkenal dengan resipi jus buah-buahan ciptaannya. Jus buah-buahannya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya sangat sedap.
Dan, jus nenas yang Nanang sediakan untuk Sirehpani pada petang itu, sangat luar biasa.
Sireh, nen sari nenas baru, daku buat untuk mika, kata Nanang semasa menghulurkan mangkuk jus nenas yang baharu dibuatnya kepada Sirehpani.
Dengan penuh besar hati Sirehpani mengambil mangkuk jus nenas di tangan Nanang.
Aneh warna sari nenas nen, Nanang Tanya Sirehpani kehairanan.
Ooo..sari nen bukan calang-calang, yang inen daku perah dari buah nenas putih campur dengan tiga ragam rempah wangi, kata Nanang.
Melihat sahaja jus nenas itu Sirehpani sudah terliur, bayangkan apabila meminumnya. Berselera sungguh Sirehpani, tidak sabar-sabar hendak meminum jus nenas itu, tetapi ditegah Nanang.
Tunggu, dak usah minum dulu, kata Nanang.
Aa..aa
Sari utu belum sebati. Kalu udah sebati baru diminum akannya, beritahu Nanang pada Sirehpani yang berselera memerhatikan jus nenas itu.
Ooo...bila kelak sebatinya untuk daku minum Tanya Sirehpani.
Nanang memandang ke arah langit di luar, Kala matahari nak tenggelam nanti, dikau minumlah akannya.
Begitu pesan Nanang yang mahu Sirehpani meminum jus nenas itu di waktu senja. Sirehpani mengangguk, akur dengan pesanan Nanang.
Mereka duduk berbual sambil menikmati ubi ketela rebus, sejenis ubi keledek tetapi lebih manis dan kecil-kecil bulat serta tidak bersabut, yang disediakan Sirehpani.
Awok gemar makan ubi nen, Kata Sirehpani.
Udah ku tau nengar selalu dikau saji akan ubi yang serupa inen buatnya, jawab Nanang yang berselera menjamah ubi ketela.
Selepas menghabiskan sepiring ubi ketela, Nanang menjenguk di luar jendela dan mendapati matahari mulai tenggelam, Nanang mengarahkan Sirehpani meminum jus nenas putih yang dibawanya tadi. Setelah Sirehpani habis meminum semangkuk jus, Nanang pun bingkas bangun, bergegas meninggalkan rumah itu.
Sirehpani kehairanan melihat gelagat Nanang yang langsung tidak menoleh kebelakang tetapi tidak terlintas apa-apa pekara negatif di dalam fikirannya.
Namun, lain pula yang bermain di dalam fikiran Mandeh, jiran yang tinggal berdekatan rumah Karkuma. Mandeh dan suaminya, Tuk Pagai adalah teman baik ibu bapa Karkuma. Mereka telah mengenali Karkuma sejak dia lahir. Maka tidak hairanlah Karkuma sangat sayangkan mereka dan mereka juga menyayangi Karkuma dan Sirehpani seperti keluarga sendiri.
Sedu akannya hati emak, tengok si Nanang utu kerap nengar bertandang di rumah Sireh belakangan nen, Mandeh menepuk-nepuk dada sambil tarik nafas.
Naluri inen berbisik-bisik, agan si Nanang utu jahat terhadap Sireh, kata Mandeh kepada menantu perempuannya, Saruni yang dari tadi mendengar sahaja leteran orang tua itu. Saruni ialah isteri kepada Teggal, anak tunggal Mandeh dan Tuk Pagai.
Mandeh mengintai-intai, bukan hendak menjaga tepi kain jiran tetapi perihatin dengan hal-hal jiran tetangganya terutama sekali Karkuma dan Sirehpani.
Usah gitu emak. Bukankah Al-Qufli ada pesan, Tuhan jijik tengok orang yang gemar bersangka-sangka pada orang lain, kata Saruni, mengingatkan Mandeh tentang pesan yang pernah diperkatakan oleh seorang lelaki yang menumpang di rumah mereka.
Syytdak usah dikau terlepas cakap pasal nama utu, sial akibatnya kalu orang lain tau di rumah nen ada simpan orang dagang. Dengan penuh rasa cemas Mandeh berpesan kepada Saruni, menantunya itu.
Maaf emak, daku lalai tadinya, Saruni menjawab lembut kerana dia memang tidak berniat untuk menyinggung mertuanya.
Perbualan Saruni dengan ibu mertuanya berakhir di situ sahaja. Dalam pada itu, Mandeh masih mengintai-intai, memerhatikan gelagat Nanang yang tergesa-gesa keluar dari rumah Karkuma. Kuat firasat Mandeh menyuruhnya segera pergi ke rumah Karkuma untuk pastikan mungkin apa-apa terjadi terhadap Sirehpani.
Benarlah firasat Mandeh. Dengan tidak disangka-sangka jus nenas putih pemberian Nanang membawa padah kepada Sirehpani. Mandeh tiba di rumah Sirehpani ketika dia sudah meminum jus nenas itu. Dalam sekelip mata selepas meminumnya, Sirehpani diserang sakit perut yang amat sangat dan terus rebah ke lantai. Mujur ada Mandeh membantu memberi penawar pada Sirehpani. Hampir dua jam baharu Sirehpani beransur pulih. Dia terkejut mendapati dirinya terbaring di tikar.
Erghhh...Mak Mandeh, Tuk Pagai...mmm...Saruni...apa yang terjadi Sirehpani bertanya perlahan. Mandeh, Tuk Pagai dan Saruni hanya mengangguk kepala. Mereka masih bimbang keadaan Sirehpani.
Awok mana, belum mulih Tanya Sirehpani pada Mandeh. Belum sempat Mandeh menjawab, kedengaran suara Teggal memanggil sambil memimpin Karkuma masuk ke rumah. Tuk Pagai berlari mendapatkan Karkuma di muka pintu, memimpinnya masuk.
Mangaseh, Tuk Pagai, kata Karkuma dengan lemah.
Apabila melangkah masuk rumah, Karkuma terperanjat melihat isterinya terbaring lesu di tikar. Sambil dipimpin oleh Tuk Pagai dan Teggal, perlahan-lahan Karkuma menghampiri Sirehpani. Mata bertentang mata, sepasang suami isteri hanya tersenyum sambil air mata mengalir. Mereka terlalu lemah untuk berkata-kata.
Karkuma disuruh berbaring di sisi isterinya. Mandeh menceritakan apa yang terjadi. Teggal pula memberitahu tragedi yang berlaku ke atas Karkuma di Bangkir Ghadabi.
Kala mana Karkuma rebah, tadi Tanya Tuk Pagai pada Teggal.
Kala matahari sedang tenggelam, jawab Teggal sambil menekup separuh mukanya dengan kedua belah tangan.
Sama jugalah Sireh pun rebah kala utu. Mentak ada petaka bakal datang! Tegas Mandeh.
Hisyymeta bunyinya cakap Mandeh nen Tanya Tuk Pagai kepada isterinya.
Entahlah, kalu ikut rasa hati, payah untuk percaya persetua tadi utu ghair berdaah. Akan daku selidik, begitulah desak hati Mandeh yang mula mengesyaki angkara Nanang. Mandeh memerhatikan Sirehpani dan Karkuma yang terbaring lemah. Hatinya jadi sayu, sedih dan kasihan pada mereka yang dikenalinya sebagai manusia budiman. Malah Mandeh mengasihi mereka seperti anak sendiri.
Karkuma dan Sirehpani yang tadinya lesu dan keletihan kini sudah tertidur. Teggal mendadak teringatkan sesuatu. Dia harus segera ke bangkir untuk kembalikan kereta lembu. Saruni, isteri Teggal ikut sama menemaninya. Mandeh mengajak Tuk Pagai menginap di rumah Karkuma, menemani mereka yang masih belum pulih sepenuhnya.
Apa kabarnya Al-Qufli, sorang di rumah sana Bisik Tuk Pagai kepada Mandeh.
Teggal dengan Saruni ada. Usah digusar akan hal Al-Qufli tu, taulah beliau, jawab Mandeh, perlahan. Tuk Pagai mengangguk tanda setuju dengan kata-kata isterinya.
Hampir seminggu Karkuma terlantar tetapi Sirehpani sudah sembuh sepenuhnya. Selama tiga hari tiga malam Mandeh dan Tuk Pagai berulang-alik ke rumah Karkuma menjaga mereka. Setiap hari Mandeh beri mereka minum air penawar yang dijampi Al-Qufli.
Ketua Warak Labot yang sentiasa ambil berat kesihatan Karkuma, juga ada mengirim air jampi serapah yang dibuatnya melalui Teggal untuk disampaikan pada Karkuma.
Sayangnya, Teggal pula tidak amanah. Dia tidak menunaikan amanat Ketua Warak Labot apabila dibuangnya air jampi itu di jalanan. Entah mengapa, Teggal seakan-akan sudah hilang kepercayaan terhadap ajaran Huku. Seakan-akan dia tidak percaya lagi kepada Dewata dan tidak takut akan dibuang dari bangkir.
Masuk hari ketujuh, Karkuma sudah berselera makan dan sudah boleh berkata-kata walaupun tubuhnya masih belum kuat sepenuhnya.
Yayi, apa kabarnya pepokok di laman rumah Itulah ayat pertama yang dituturnya.
Dan begitu juga pertanyaan Karkuma kepada Teggal sebelum kembali bertugas di Bangkir, setelah dia diberi cuti sakit untuk beberapa hari. Semuanya mengenai pokok-pokok bunga di bangkir. Dia seperti tidak sabar hendak kembali bertugas kerana mahu melihat pokok-pokok bunga peliharaannya.
Apa agaknya nasib pepokok bunga di bangkir Tanya Karkuma kepada Teggal, pembantunya itu.
Ada sikit yang masih bernyawa. Dak usah ditatap akan hal utu, hal tubuh badan aba Kuma perlu segar dulu, Teggal tenang menjawab tetapi nada suaranya berbunyi sayu.
Hakikatnya, keadaan di bangkir pada hari itu telah menjadi sejarah bagi Teggal.
Dikau-dikau, kemari! Jameng memanggil Hakap dan Teggal dengan serius. Mereka menghampirinya.
Bermula harinen, gawai dikau berdua daku buang! Kata Jameng dengan nada keras seperti orang yang tidak ada perasaan.
Err...Warak Tinggi...err Hakap seperti keliru.
Errapa! Cukuplah segini ghair Karkuma saja yang pelihara taman bangkir. Mika-mika udah dak ada guna, reti! Jameng meninggikan suara untuk menunjukkan ketegasannya dan keputusannya itu adalah muktamad. Teggal menunduk sahaja mengikut perintah dan beredar dari situ. Tetapi Hakap tidak puas hati, dia masih mahu berbincang dengan Jameng.
Dikara Warak Tinggi yang disanjungi, apa adanya salah hamba dihukum segini rupa, sesudah hamba laksana akan segala gawai meracun pepokok di taman, bagai yang disuruh, Hakap bersuara penuh resah.
Hal meracun utu, udah daku bagi upah pada mika. Mika lupa! Jameng menyondol dahi Hakap. Di bangkir nen udah dak ada taman bunga lagi, maka idak akan adanya si tukang kebun! Jameng membentak.
Hakap tercengang. Dia tidak sangka Jameng bertindak sedemikian terhadapnya sedangkan apa yang disuruhnya, dilaksanakan sebaik-baiknya. Perasaan Hakap bercampur antara takut dan marah. Dia masih tidak putus asa dan ingin pertahankan diri dengan alasan lain.
Tapi hal inen patut datang sahihnya dari Ketua Labot Tanpa disengajakan Hakap bersuara dengan nada agak tinggi. Dia tahu itu mungkin satu kesilapan besar, lebih-lebih lagi meninggi suara di hadapan Jameng.
Hey bahlol! Patutnya mika udah tau, andai kabeh pepokok bunga mati, gawai apa lagi untuk mika buat di sini! Jameng menunding jarinya tepat ke muka Hakap.
Mika sapa, dengan bagaknya menanya-nanya daku! Dugal daku menengok mika. Nuju berambus mika dari sini! Jameng menengking dengan wajah bengis. Hakap benar-benar mengundang api kemarahannya.
Hakap terdiam. Timbul rasa menyesal di hatinya. Tetapi kayu yang sudah jadi arang, tidak mungkin peroleh pokok yang subur. Hakap sangat terhina dengan tindakan Jameng. Terasa dirinya dipergunakan oleh Jameng untuk kepentingan dirinya.Jameng yang melihat Hakap terkesima, merenung tajam mata Hakap.
Hey! Rahsia inen, mika kelan sampai mati. Kalu bocor, mika daku sumpah jadi dungu penaka keldai! Jerkah Jameng ke arah Hakap yang tunduk membatu. Jameng meninggalkan Hakap tanpa rasa belas kasihan.
Mendengar ancaman sumpah dari Jameng, Hakap tercungap-cungap ketakutan. Wajahnya pucat. Dia ketakutan kerana dia tahu tidak mustahil Jameng boleh berbuat apa yang diperkatakannya tadi.
Hampir semua penduduk Pulau Nabui tahu bahawa Jameng memiliki ilmu sihir yang dahsyat, jika dia sumpah seranah seseorang diiringi mantera jampi serapahnya, pasti orang itu bertukar menjadi separuh orang separuh binatang seperti yang berlaku pada orang-orang Nabui Hakir.
Apabila kelegaan mula terasa di sudut hati Hakap, tidak semena-mena air bening membanjiri kelopak matanya. Sesungguhnya baharu dia sedar, dia bukan sahaja mengkhianati Karkuma, tetapi dia turut mengkhianati dirinya sendiri.
Celakanya, dak patut ku bentak warak Jameng tukang sihir utu tadi. Padan muka ku si Hakap dungu! Hakap membebel pada diri sendiri akibat kesalahannya. Hatinya menyesali perbuatannya hingga menjahanamkan diri sendiri.
Orang yang lalu lalang hairan melihat Hakap cakap sendirian macam orang tidak siuman. Apabila ada yang menegur atau memanggilnya, langsung tidak dihiraukan. Dia terus berjalan sambil membebel seorang diri.
Tanpa gawai, apa nak ku bagi keluarga ku makan Bisik hati Hakap, bersoal jawab pada dirinya sendiri. Apabila tidak bercakap, dia akan berjalan laju. Apabila bercakap dia berjalan perlahan. Begitulah hingga dia tiba di rumahnya.
Apa yang akan daku buat, selain tukang kebun Udah ku ranapkan gawai ku. Daku memang celaka, dungu penaka keldai! Hakap terus dikutuk oleh dirinya sendiri.
Tidak semena-mena, Hakap bertukar menjadi separuh manusia, separuh keldai. Telinganya, mulutnya dan giginya seperti keldai. Dari paras lutut ke bahagian kakinya ialah kaki keldai. Peliknya, Hakap sedikit pun tidak menyedari perubahan dirinya. Dia terus berjalan pulang hingga tiba di rumahnya. Apabila pintu rumah diketuk dan dibuka, ibu Hakap terus pengsan.
Ayah Hakap terkejut. Hampir separuh nyawanya hilang terlihatkan wajah Hakap. Mujurlah ayahnya kuat semangat dan kembali tenang. Ayahnya kemudian memberikan cermin kepada Hakap.
Aaaaah!!! Hakap meraung sekuat hati. Raungannya berbunyi sama seperti keldai.
Ibunya yang mulai sedar dari pengsan, apabila melihat dan mendengar Hakap meraung seperti keldai, kembali pengsan. Ayah Hakap bingung mengawal perasaan. Dia tunggu Hakap berhenti meraung.
Berita Hakap kena sumpahan tersebar di seluruh pelosok kampung. Ramai tahu itu perbuatan Jameng tetapi tidak seorang pun berani mengesahkannya. Berita itu turut tersebar hingga ke Kampung Seruntum.
Pada hari itu, cukup sembilan hari Karkuma diberi minum air penawar oleh Mandeh dan dia sembuh sepenuhnya. Karkuma turun ke halaman dan berjalan mengelilingi rumahnya. Dia berhenti pada pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Sirehpani. Dibelainya pokok-pokok bunga itu dengan penuh kasih sayang seperti membelai isteri tercintanya. Sirehpani sudah lali dengan gelagat Karkuma.
Tetapi yang menjadi tanda tanya Sirehpani ialah di mana Nanang Mengapa bayangnya pun tidak kelihatan bertandang ke rumahnya sejak hari dia diberi minum jus nenas putih Bekas jus nenas putih yang diberi oleh Nanang, masih ada di dapur, belum dipulangkan.
Keesokannya, awal pagi, Karkuma sudah tiba di bangkir untuk memulakan tugas selepas sembilan hari cuti sakit. Ketua Labot menyambut kehadiran Karkuma penuh ceria.
Tetapi ceriakah Karkuma apabila melihat pokok-pokok bunga yang telah dianggap sebagai sahabat selama ini, kini habis semuanya mati Taman Bangkir Ghadabi tidak lagi boleh digelar taman syurga. Ia sekarang kelihatan seperti taman neraka, seperti yang dikehendaki oleh Warak Jameng. Dedaun dan dahan-dahan kering sahaja tinggal bertaburan di bumi.
Idak ku jangka perpisahan nen berlangsung untuk selama-lamanya, bisik hati Karkuma.
Dia mencangkung bertafakur meratapi kematian sesuatu yang dicintainya. Tangannya menekup muka. Dia mahu menangis semahunya kerana terlalu sedih melihat kematian sahabat pokok-pokok yang sangat disayanginya. Hati dan mulutnya mahu meraung. Bukan sekadar sedih tetapi meluahkan rasa marah terhadap dalang yang melakukan semuanya itu. Tetapi dia berfikir itu semua adalah perbuatan bodoh. Tidak ada guna meratapi pokok yang sudah mati.
Patah tumbuh, hilang berganti. Kata Ketua Warak Labot dengan yakin. Dia mengerti perasaan Karkuma.
Dulu asalnya dikau sorang bergawai di taman bunga bangkir nen, ya Tanya Ketua Labot. Karkuma mengangguk hairan. Kini, dikau sorang jugalah akan bergawai di taman inen.
Ketua Labot dengan tenang memberi semangat dan kata-kata rangsangan kepada Karkuma. Agan apakah cakap Ketua Labot utu Karkuma termangu-mangu.
Gawai si Hakap dengan si Teggal udah tamat, jawab Ketua Labot.
Karkuma berasakan dadanya seperti hendak meletup, seperti ada halilintar menerjah telinganya mendengar berita itu. Tidak perlu
Dibuang Dengus hatinya.
Dikau kembali akanlah kehijauan di taman bangkir inen, mentak bolehlah Hakap dengan Teggal kembali bergawai di sini, Ketua Labot menepuk-nepuk bahu Karkuma. Dia beredar meninggalkan Karkuma bersendirian di taman yang sepi itu.
Berat sungguh dugaan yang harus dilalui Karkuma pada hari itu. Jauh lebih berat dari hari pertama dia mula bekerja di situ, 22 tahun yang lalu.
Karkuma membulatkan tekad untuk mengembalikan kehijauan di Taman Bangkir Ghadabi. Dia mahu suasana sekarang yang sepi dan mati ditukar menjadi riang, biarpun kena bermula dari awal dan bersendirian melakukannya.
Tanpa disedari, sudah dua bulan Karkuma bertungkus-lumus seorang diri memulihkan Taman Bangkir Ghadabi. Malangnya usaha keras itu tidak memberikan hasil yang diharap. Karkuma gagal mengembalikan kehijauan dan suasana ceria taman itu. Inilah pertama kali dalam hidup Karkuma yang kini menjangkau 40 tahun, dia gagal berbuat sesuatu yang dikehendakinya.
Dia gagal mengembalikan keindahan taman bangkir itu seperti sebelumnya. Ini kerana racun yang diletakkan Hakap pada tanah di seluruh kawasan itu masih bersisa.
Kalau tanah ditimpa hujan setiap hari sekali pun, ia akan memakan masa yang lama untuk memulihkan kesuburannya. Tambahan pula kebelakangan ini, bumi di Pulau Tanah Nabui jarang ditimpa hujan dan Ketua Labot pula jarang dilihat bersiar-siar mengelilingi bangunan Bangkir Ghadabi.
Satu petang, sambil terbatuk-batuk, Ketua Labot mengarahkan salah seorang pekerja di dapur bangkir memanggil Karkuma untuk minum petang bersama.
Aba Kuma, Ketua Labot mau jumpa, di ruang dapur!
Karkuma tenang tetapi di wajahnya tergambar kemuraman dalam hati. Dia seakan-akan sudah tahu tujuannya dipanggil Ketua Labot.
Maaf akan daku, Karkuma. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Daku... Tersekat-sekat suara Ketua Labot.
Daku terpaksa tamat akan gawai dikau. Satu ungkapan yang sangat sukar untuk diluahkan Ketua Labot, bagai menelan pasir rasanya. Berat dia hendak sampaikan perkara itu pada Karkuma seorang pekerja yang taat dan rajin.
Tetapi dia tidak ada pilihan selain terpaksa memberhentikan Karkuma selepas melihat taman di Bangkir Ghadabi seperti sudah tidak boleh dipulihkan.
Karkuma gagal mengembalikan keceriaan taman yang suatu ketika dahulu menjadi sanjungan Sutan Lembayung.
Usah dipinta maaf utu dari hamba, wahai Ketua Labot. Idak ada salahnya Ketua Labot kepada hamba, kata Karkuma berhenti untuk menyapu air matanya. Karkuma mengerti mengapa Ketua Labot terpaksa membuat keputusan sedemikian.
Hamba yang patut menyusun jari sepuluh memohom maaf kepada Ketua Labot, atas sebab persetua yang menimpa taman bangkir. Kata-kata Karkuma terhenti, seolah-olah sangat sukar untuk menghabiskan perkataan itu.
Udah hamba buat sedaya upaya untuk pulih akan mulih taman utu, tapi hamba gagal, tersekat-sekat perkataan yang diatur Karkuma.
Sedih dia ketika itu bukan kerana diberhentikan kerja, tetapi kerana pokok-pokok peliharaannya semuanya mati di racun.
Karkuma dan Ketua Labot bersalaman dalam sebak. Melalui sebak itu, mengertilah sesiapa yang melihat, bahawa jalinan rohani mereka sangat rapat walaupun darjat mereka sangat berbeza.
Dapat ku rasa, persetua nen adalah atas kehendak Sang Dewata, kata Ketua Labot menarik nafas panjang sambil matanya merenung ke arah taman yang dipenuhi daun kering dan ranting reput.
Wahai anak ku, sambung Ketua Warak Labot sambil digenangi airmata. Idak lama kelak, mentak kemarau bakal melanda Tanah Nabui. Simpanlah sebanyak-banyak air di rumah. Sambungnya lagi dengan hati yang sungguh ikhlas kepada Karkuma. Lidah Karkuma kelu, hatinya tersentuh mendengar orang tua itu memanggilnya `anak.
Ketua Warak Labot berkata lagi dalam keadaan asyik terbatuk-batuk pula, Udah daku angkat dikau bagai anak darah daging ku. Sila akanlah dikau panggil daku `ayah, sambung Ketua Labot, memandang Karkuma dengan tenang.
Karkuma masih kelu. Ketua Labot menunggu seketika kalau-kalau Karkuma akan memanggilnya ayah tetapi Karkuma membisu. Karkuma terus membisu sewaktu berjalan pulang dikeheningan petang meninggalkan seribu makna.
Sememangnya, Jameng licik seperti belut dan lidah bercabang seperti ular. Rancangannya untuk merubah kepimpinan dan undang-undang tugasan warak di bangkir, hampir berjaya dilaksanakan dengan bantuan Langkus dan Dongga. Sudah sembilan bulan Ketua Labot diracuni sedikit demi sedikit. Tugas ini dilakukan dengan berkesan oleh Langkus. Racun yang diadun bersama serbuk teh, diminum Ketua Labot setiap hari.
Semua racun diperoleh dari Nanang, janda anak tiga itu. Nanang bukan sahaja pakar memasak dan membuat jus buah-buahan tetapi mahir akan adunan beracun, seperti racun berbisa dan racun halus. Racun halus membunuh pemakannya perlahan-lahan tanpa disedari. Si mangsa akan beberapa kali jatuh sakit, batuk-batuk dan demam, kemudian sembuh dan kemudian sakit semula, beberapa kali sebelum mati.
Hoi! Langkus memanggil salah seorang daripada kuli yang bertugas di dapur bangkir. Kuli Jianok menoleh dan alangkah terkejutnya dia melihat Langkus berdiri di muka pintu. Kuli Jianok lelaki dari puak Anyer dan tugasnya hanya melayan makan dan minum Ketua Labot.
Warak Langkus panggil hamba Kuli Janiok menuding dirinya sendiri apabila melihat Langkus menunjukkan jari ke arahnya.
Hem!
Kuli Jianok bergegas menghampiri Langkus. Sambut nen! Langkus hulurkan separuh guni serbuk teh kepada Jianok.
Mula dari harinen, hanya serbuk teh yang datang dari daku saja yang akan mika bagi untuk Ketua Labot minum. Mika reti! Bentak Langkus dengan serius.
Hamba reti, kuli Jianok mengangguk ketakutan.
Sememangnya semua pekerja dan kuli di bangkir takut kepada warak-warak, terutama sekali Warak Jameng. Walaupun pangkatnya hanyalah sebagai pembantu kepada Ketua Warak Besar Labot tetapi kuli-kuli lebih takutkan Jameng. Sifat kejam Jameng ada kelihatan tempiasnya pada Dongga dan Langkus.
Serbuk teh yang lain kabehnya bagi pada ku lekas, akan daku humban! Arahan dari Langkus itu menyebabkan kuli Jianok bergegas mengambil kesemua serbuk teh yang selama ini terdapat di dapur bangkir itu, diserahkan pada Langkus.
Serbuk teh yang inen, dak boleh dapat dari tempat lain, selain dari daku. Untuk tokok tambahnya nanti mika minta dari ku..reti Kata Langkus dengan bengis.
Hamba reti, jawab kuli Janiok ketakutan.
Betul reti!
Ya! Ya! Bersunguh kuli Jianok menganggukkan kepalanya, berasakan Langkus akan beredar segera tetapi Langkus masih ada sesuatu untuk diberitahu.
Dengar pesan ku, jangan berani dikau bocor akan hal inen. Kalu ada yang lain tau, tengkuk dikau...kerk! Langkus menunjukkan isyarat mengelar ke lehernya. Itulah isyarat pancung kepala buat kuli Jianok jika rahsia itu pecah.
Kuli Jianok faham, dia mengangguk sambil telan air liur.
Udah, pergi mika dari sini! Arah Langkus. Kuli Jianok terketar-ketar membawa guni serbuk teh beracun itu ke dapur bangkir. Langkus beredar dari situ sambil mengorak senyum, yang membawa seribu makna.
Di dapur, kuli Jianok segera mengisi serbuk teh ke dalam bekas teh biasa.
Kuli-kuli lain tidak seorang pun berani bercerita tentang teh yang diberikan oleh Langkus. Semuanya takut.
Ketakutan Jianok dan kuli-kuli lain adalah hakikat yang terpaksa diterima oleh kaum Nabui Hakir yang bukan sahaja bekerja di Bangkir Ghadabi tetapi juga di bangkir lain. Semua bangkir di setiap daerah di seluruh Tanah Nabui berada di bawah jagaan dan pimpinan Ketua Besar Warak Bangkir Ghadabi.
Dan sejak beratus-ratus tahun itulah juga, kaum Nabui Hakir dari puak Anyer, puak Sulu dan puak Tuban hidup di banjang sihir. Mereka dipagari sumpahan ilmu hitam yang belum pasti bila akan berakhir. Dan selagi mereka dianggap abdi oleh pemerintah, selagi itu mereka tidak dapat menuntut keadilan atau layanan saksama seperti bangsa Nabui yang lain.
Namun, ada khabar angin menyatakan sumpahan terhadap keturunan ketiga-tiga puak ini akan pulih apabila tibanya kelahiran pertama dari keturunan yang ketujuh dari mana-mana puak Anyer, Sulu dan Tuban yang berada di dalam tahun 990M, sekarang ini. Tetapi mereka hanya mampu menunggu dan berharap agar datang keajaiban itu satu hari nanti untuk merubah penampilan fizikal mereka, kembali sempurna seperti makhluk yang bernama manusia.
Masa terus berlalu dengan pantas. Tetapi tidak cukup pantas bagi Jameng yang bercita-cita mengambil alih kepimpinan di Bangkir Ghadabi. Dia sangat ingin berkuasa, memiliki ramai pengikut dan pembela yang setia padanya.
Walaupun mereka tahu Jameng orangnya pendendam dan kejam terhadap orang bawahan, mereka tetap mahu setia kepadanya kerana jiwa mereka sudah terlalu kotor, laksana sehelai kain bersih yang lama terbenam di dalam lumpur. Meskipun dapat dikeluarkan, namun kalau dicuci dengan sabun dalam air jernih yang tergenang, ia tidak dapat bersih lagi kerana lumpur telah jadi satu dengan tiap-tiap helai benangnya.
Tiga bulan telah berlalu. Pada hari itu, Jameng resah melawan tahap kesabarannya yang selama ini menunggu kematian Ketua Labot yang masih tidak kunjung tiba. Serbuk teh beracun sudah dua kali ditambah. Jameng mengarahkan Dongga ke rumah Nanang untuk mendapatkan bekalan tambahan lagi kerana nyawa Ketua Labot terlalu liat untuk dihapuskan.
Dikau tanya akanlah pada Nanang apa kena si kawak utu masih hidup, kendatipun udah segini lama, hari-hari teh utu beliau minum Kata Jameng kepada Dongga.
Ya dikara, akan hamba bertanya hal utu darinya. Tanpa segan atau takut, Jameng dan Dongga berbicara di kawasan bangkir secara terbuka. Maklumlah, Ketua Labot tidak daya lagi mempraktikkan ilmu ghaibnya untuk curi-curi dengar atau menyiasat kejadian di persekitaran bangkir.
Racun dari serbuk teh itu berjaya melumpuhkan ilmu ghaib yang dimiliki oleh ketua bangkir itu apabila dia kerap jatuh sakit kebelakangan ini. Jameng memujuk Ketua Labot supaya menurunkan ilmu ghaib itu kepadanya, tetapi Ketua Labot masih bertangguh-tangguh. Ini yang membuatkan Jameng bengang dan marah sekali. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja diradaknya perut Ketua Labot tanpa belas kasihan.
Biar putih tulang jangan putih mata, kata Jameng. Tetapi Jameng sedar tidak semudah itu untuknya menghapuskan Ketua Labot. Pengaruh setiap ketua warak di bangkir sangat besar.
Kedudukan Warak Besar Bangkir Ghadabi sangat dihormati kerana darjat seorang warak besar di situ ialah penasihat raja pemerintah negeri. Ketua Labot juga dianggap wakil Sutan Lembayung, pemerintah Pulau Nabui. Jika tidak kerana Sultan Lembayung sifatnya sama jahat seperti Jameng, mungkin sudah lama Jameng bermaharajalela di Tanah Nabui.
Jameng saudara sepupu Sutan Lembayung. Atas sebab itulah lagaknya seperti Tanah Nabui miliknya sendiri dan patutlah juga dia digeruni. Tidak hairanlah Jameng memilih untuk menjadi warak dan bercita-cita mengambil alih tempat Ketua Labot. Kalau Jameng dapat memegang jawatan Warak Besar, bermakna dia bertaraf sebagai penasihat kepada Sutan Lembayung.
Konspirasi yang dirancang oleh Jameng sudah diketahui Ketua Labot yang berkeras tidak akan menurunkan ilmu ghaibnya kepada Jameng. Sultan Lembayung sendiri tidak memiliki ilmu ghaib itu. Kalau Jameng dapat ilmu ghaib itu bermakna Jameng juga mempunyai rancangan untuk merampas takhta Sultan Lembayung. Itulah yang difikirkan oleh Ketua Labot, yang bertekad tidak akan menyalurkan ilmu ghaib kepada Jameng.
Biar hancur badan dikandung tanah, biar lebur raga ku dimamah usia, namun untuk daku pindah akan ilmu hilang kikis utu kepada Jameng, idak mentak, kata Ketua Labot pada diri sendiri.
Dalam pada itu, Nanang memberitahu Dongga bahawa si pemakan racun akan beberapa kali sakit sebelum racun itu mematikannya dengan perlahan-lahan .
Pesan akanlah kepada Jameng, kalu yang makan racun utu muda orangnya, maka bertahan lama juga untuknya, tapi kalu kawak orangnya, dak lama lagi matilah beliau. Err boleh daku tau sapa gerangan manusia utu Nanang bertanya selepas dia menerangkan perihal racun yang diberikannya kepada Dongga.
Usah tanya akan hal utu lagi kalu mau hidup. Dak usah ambil mudah, kalu mika bersetongkol dengan Jameng, ingat! Jawab Dongga serius.
Jawapan yang tidak disangka itu bukan sahaja mengejutkan tetapi juga menakutkan Nanang.
Errgh...ingat. Nanang ketakutan bercampur menyesal kerana bertanyakan perkara itu. Bungkusan serbuk teh beracun segera dihulurkan kepada Dongga dan perbualan mereka tamat di situ.
Berita serbuk teh Dongga sampai kepengetahuan Jameng. Langkus pun ada sama. Mereka sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat bangunan bangkir.
Lagi sepelayaran lamanya yang perlu daku tunggu Lama nengar! Jameng tidak puas hati apabila diberitahu bahawa satu bulan lagi baharu racun teh itu akan benar-benar membunuh Ketua Labot. Dia membebel sambil berjalan mundar-mandir di depan Dongga dan Langkus.
Lama udah daku rencana akan hal inen. Melayur jelak ku kalu harus menunggu lagi! Jameng menunding jari pada Dongga dan Langkus.
Mengkema masih gemar, saban hari berjalan keliling bangkir di kala senja
Jameng sebelum ini mencadangkan supaya amalan membaca mantera sambil berjalan mengelilingi bangkir dihapuskan. Tetapi cadangan itu tidak diterima oleh Ketua Labot.Majoriti warak-warak lain juga tidak setuju dengan cadangan Jameng. Maka itu, Jameng mahu mengambil jalan mudah untuk menyelesaikannya iaitu dengan merebut tempat Ketua Labot.
Hamba idak gemar! Pantas Dongga menjawab manakala Langkus menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan jawapan Dongga.
Kelak daku yang jadi ketua warak di bangkir inen, tentunya amalan kuno utu daku hapuskan..hemm Soal Jameng.
Dongga dan Langkus laju mengangguk. Jameng tersenyum. Kemudian dia kembali mundar-mandir di dalam bilik mesyuarat. Selepas masing-masing terdiam, Jameng bersuara, Daku ada helah!
Ya...apa Tanya Dongga. Mengkema rancang akanlah wara kilat, agan mengangkat daku sebagai Ketua Warak, untuk diganti isi tempat Ketua Warak Labot, atas sebab beliau yang udah gagai mau mati. Mengkema hasut kabeh warak-warak untuk dapat suara setuju! Hanya satu nafas Jameng melontarkan hujahnya. Apakah kami diberi hak segitu Tanya Langkus dengan berani. Apa gamaknya yang harus kami cakap andai hal inen disanggah oleh warak-warak lain Tanya Dongga pula.
Daku inen anak Datuan Tinggi, tau saja nanti daku seringai rancangan inen, jawab Jameng dengan penuh yakin sambil tersengih, membuatkan Dongga dan Langkus terkedu mendengar.
Mana larat si kawak yang dekat mati utu menentang daku Jameng tamatkan kata-katanya dengan ketawa berisi muslihat jahat.
Segak agam kalu dikara yang jadi Ketua Warak! Puji Dongga.
Ajengan licik! Sampuk Langkus yang nadanya nyata mengampu Jameng.
Seketika kemudian mereka saling berpandangan dan ketawa terbahak-bahak sebelum dikejutkan dengan ketukan pintu dari luar bilik mesyuarat. Langkus buka pintu. Seorang kuli dapur di pintu membawa dulang hidangan minum petang untuk mereka.
Hah! Udah sampai! Apa kena lambat Jerkah Jameng kepada kuli itu.
Prrang! Dulang di tangan kuli dapur terlepas. Bertaburan hidangan jatuh ke lantai bilik mesyuarat dek ketakutan yang amat sangat si kuli itu terdengar jerkah Jameng.
Jameng ketawa berdekah-dekah. Dongga dan Langkus terdiam kerana mereka menjangka Jameng mahu mengamuk. Kalau mengamuk, bermakna kuli dapur itu akan nahas dan celakalah nasibnya.
Lekas, bawa yang lain! Sergah Jameng lagi. Kuli dapur sungguh bernasib baik kerana angin Jameng agak baik petang itu. Mungkin kerana dia yakin niat jahatnya boleh berjaya.