P-JUN - 5
TOKYO, Jepun 10 Mei 2010

Aflah masuk ke makmal sementara kepunyaan delegasi pasukannya. Makmal itu disediakan untuk peserta-peserta ekspo menyimpan barang pameran mereka. Setiap peserta diberikan akses untuk memasuki makmal yang dikawal ketat melalui sistem komputer.

Dia menghampiri robot buatannya dan menarik kain gebar yang menutup robot itu. Dia memasang komputer riba yang disambungkan pada hasil kerjanya dan memeriksa segala program yang telah diatur. Memang dia tidak faham sangat isi kandungan program itu kerana rakannya, Rafiq yang lebih arif dan tahu apa yang telah dilakukannya.

Dengan penuh debaran, Aflah memasukkan cakera padat ke dalam komputer itu. Segala data yang ada dalam cakera padat itu dimasukkan terus ke dalam komputer.

Aflah!

Dia terpana. Satu suara mengejutkannya dari belakang. Dia kenal suara itu. Suara yang amat dinanti-nantikan olehnya.

Rafiq, bisik hatinya. Sebelum sempat dia hendak menoleh ke belakang, ada satu tolakan menolaknya ke tepi. Badannya terdorong ke kiri. Tempatnya diambil alih oleh Rafiq.

Apa yang kau dah buat, Aflah tanya Rafiq, sambil menggelabah menekan punat pada papan kekunci komputer. Aflah merapati rakannya.

Kaulah! Apa yang kau dah buat Kenapa nak berurusan dengan orang-orang jahat tu tengking Aflah.

Rafiq memandang tepat ke muka Aflah. Dahinya berkerut.

Bila masa aku bersekongkol dengan orang jahat Aku rasa kau dah dipengaruhi oleh lelaki itulah! balasan Rafiq menimbulkan persoalan pada Aflah. Niatnya untuk bertanya terbantut apabila mereka didatangi oleh dua orang lelaki berpakaian serba putih.

Hah, kamu berdua! Orang jahat! Rafiq, kau dah berurusan dengan dua orang ini. Mereka orang jahat! jerit Aflah ketakutan. Dia hendak melarikan diri tetapi sempat ditahan salah seorang lelaki tadi.

Sabar, dik! Dengar cakap kami dulu. Kami orang baik! kata lelaki yang menahan Aflah tadi. Langkah Aflah terhenti. Dia memandang kepada Rafiq mahukan penjelasan.

Aku tak boleh cakap banyak. Begini! Lelaki yang kau jumpa tu adalah ahli sindiket daripada kumpulan gelap yang ingin menguasai dunia. Mereka tahu kita sedang menghasilkan robot yang boleh mereka eksploitasikan. Cakera padat yang diberikan kepada kau tu mengandungi virus yang menyebabkan robot kita ni menyerang manusia dan memberikan maklumat kepada robot-robot lain di dunia untuk berbuat perkara yang sama. Mereka ini datang dari sebuah organisasi keamanan sedunia sedang memburu lelaki itu! Rafiq memberikan penjelasan sambil menjuihkan mulut kepada lelaki-lelaki yang berada berdekatan dengan mereka.

Jadi, aku ditipulah selama ini Kenapa kau tak beri amaran jerit Aflah dalam suasana kelam-kabut.

Aku tak rapat dengan kau orang berdua. Keselamatan kita tak terjamin. Sebab itu aku terpaksa mengelak daripada bertemu di makmal. Aku cuma boleh membantu dengan membina pengaturcaraan baru. Ia adalah program antivirus yang hanya boleh diaktifkan oleh aku! balas Rafiq. Jari-jemarinya terus ligat di atas papan kekunci.

Cepat, Rafiq! Jangan biarkan virus itu merebak ke dalam robot itu. Jika tak susah nak hentikannya! kata salah seorang lelaki berpakaian putih.

Saya tengah mencuba. Berikan saya masa. Virus yang mereka gunakan sangat kuat. Saya rasa habis memori lama yang telah dirosakkan virus ini. Banyak fail-fail penting diubah suai untuk menerima arahan baru. Virus ini bertindak sebagai penukar kod! terang Rafiq lagi. Peluh berceceran keluar. Aflah tidak betah membantu. Dia tiada kemahiran dalam bidang komputer. Rafiq pakar mereka.

Tidak lama kemudian, Rafiq melepaskan lelah. Virus berjaya dinyahkodkan. Dia memeluk Aflah. Hatinya terasa lapang.

Kita berjaya, Aflah!

Tak! Bukan aku! Kau yang lakukannya. Kau berjaya menghapuskannya! Aflah membalas perlahan, Rafiq melepaskan rangkulannya. Dia merenung mata rakannya.

Kau marahkan aku tanya Rafiq. Aflah menggeleng.

Aku tak marahkan kau. Kau sepatutnya marahkan aku. Aku tak sepatutnya percayakan lelaki itu. Aku hampir-hampir memusnahkan dunia. Aku yang bodoh! Aflah tiba-tiba meninggikan suara. Dia menyesali perbuatannya.

Tak! Kau tak bersalah. Kau cuma risau. Kau hanya dipergunakan oleh orang lain. Lelaki itu yang bersalah! kata Rafiq cuba menenangkan rakannya.

Haha... memang aku yang bersalah!

Mereka tersentak. Suara orang ketawa terbit daripada komputer riba bersebelahan mereka. Muncul juga wajah seorang lelaki, memenuhi keseluruhan skrin.

Hitler! kata dua orang lelaki yang mengiringi Rafiq.

Hitler soal Aflah kurang mengerti.

Benar! Aku Hitler! Pewaris kumpulan Nazi. Aku bukan Hitler yang sebenar tapi pemikirannya ada dalam kepalaku. Kau, memang budak genius. Kau dah hancurkan virus aku. Kawan kau ni yang bodoh! Haha... Aku takkan berhenti di sini. Pengikut-pengikutku ada di manamana. Banyak lagi virus akan tersebar. Setiap robot di dunia ini akan mengikut kata-kataku. Untuk menawan dunia. Kau semua takkan mampu untuk menggagalkan Projek Hitler!

Skrin itu menjadi gelap semula. Hanya suara Hitler kedengaran sayup-sayup sebelum lenyap. Semua yang ada di makmal itu diam. Tiada suara yang kedengaran.

Siapa lelaki tadi Adakah dia Hitler yang baru Aflah membuka mulut. Kedua-dua lelaki berpakaian putih itu memandang ke arahnya.

Dia adalah pewaris Hitler yang direka oleh sekumpulan proNazi. Hitler baru ini telah di-brainwash dengan pemikiran Hitler lama. Mereka berniat untuk menguasai dunia melalui teknologi, jawab salah seorang mereka.

Mereka sangat bahaya dan akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada terutama dengan mempergunakan projek kamu. Kami sedang memantau pergerakan mereka dan mungkin berpeluang menangkap mereka, sambung rakannya pula.

Jadi soal Aflah lagi. Kedua-dua lelaki saling memandang.

Jadi, pertolongan kamu dan Rafiq amat diperlukan. Mungkin juga rakan kamu yang seorang lagi boleh membantu! tambah lelaki itu sambil merujuk kepada Ikin.

Aflah berfikir sejenak. Rafiq meletakkan tangannya di atas bahu Aflah. Gayanya seperti memujuk. Aflah tersenyum.

Baiklah! Saya akan turut serta. Ini demi masa depan dunia ini! ujar Aflah setelah sekian lama membisu. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-dua lelaki itu. Mereka membalasnya.

Harap dapat berkerjasama! ujar lelaki kedua. Aflah menguntum senyuman. Rafiq juga begitu. Mereka ada misi baru. Misi menjejak Hitler. Apa pula kata Ikin