Ah, ini vintaj benar. Aku rindu semua ini. Aku capai beg yang berisi buku-buku perpustakaan yang hendak dikembalikan ke perpustakaan. Kesemuanya adalah karya-karya fiksyen sains yang cukup mengujakan apabila dibaca. Aku nak baca karya-karya yang lebih berat di bahagian dewasa. Karyakarya remaja terlalu mudah difahami. Aku tak rasa ia mencabar lagi.
Jika tidak silap, aku tadi telah ditembak mati. Namun situasi tidak seperti yang aku jangkakan. Ia seolah selitan memorimemori tambahan yang boleh berubah sekiranya situasi menjadi agak tidak menguntungkan sesuatu pihak.
The Things, The Phosphorus & The Martian.
Jika telahan aku tepat, si ayah dalam realiti ini bukanlah ayahku yang sebenar.
Namun aku harus berlagak tenang seolah tiada apa yang berlaku.
Ia tidak mudah. Aku mendiamkan diri. Aku memusatkan fokusku pada tugas membawa beg berisi buku ke kaunter pemulangan. Tiga orang pemuda dan seorang wanita pertengahan umur sedang ligat di kaunter melayan pengunjung-pengunjung perpustakaan yang agak ramai. Aku tidak ingat kaunter pemulangan buku ini boleh jadi sesesak begini.
Seingatku, perpustakaan pada masa kecilku, tidak sebegini sesak. Melainkan terdapat alterasi terhadap memori. Jika ini adalah perbuatan The Things ataupun The Martians, maka mengapa pula dia melakukanya Dalam keadaan aku ligat memikir, aku mengeluarkan satu-persatu buku yang aku pinjam dan melonggokkannya dia atas meja kaunter. Ayah pula mengeluarkan kad-kad perpustakaan dari dompetnya dan menghulurkannya kepada pemuda yang menjaga kaunter tersebut.
Ada sesuatu yang tidak kena pada situasi ini.
Tatkala kad bertukar tangan, ketika buku-buku diselak dan dimasukkan ke dalam troli buku yang dipulangkan, butirbutir perbualan orang-orang di sekitar dan deru pendingin hawa yang begitu mencengkam bertiup deras, aku rasa ia begitu surreal. Semua ini hanya imitasi. Namun atas dasar apa semua ini dibuat
Usai memulangkan buku, aku melangkah masuk melepasi alat pengimbas yang bertujuan untuk mengelakkan peminjampeminjam buku keluar dengan buku-buku curi. Aku menuju ke arah bahagian buku kanak-kanak. Aku mahu tahu sesuatu mengenai susunan buku. Mungkin ada kejanggalan lain. Aku lihat setiap meja penuh dengan pengunjung pelbagai usia. Masing-masing gigih menatap buku tanpa mengeluarkan bunyi. Ketika itu, aku sudah menganggap ayah tiada dalam konteks kewujudan. Mungkin dia sudah pergi ke tingkat atas yang menempatkan buku-buku dewasa.
Tak penting.
Aku pergi ke rak buku yang aku gemari. Ia tersusun dengan karya-karya Enid Blyton dan Detektif Salma. Apabila aku menjejak kaki ke dalam ruang yang terbentuk dengan empat buah rak yang bertindak selaku dinding empat penjuru itu, aku mendapati aku menginjak di atas lantai yang dilumuri debu-debu merah. Aku tunduk lalu aku kaut dengan tapak tangan dan meneliti debu-debu merah tersebut.
Memoriku selaku angkasawan menggamit semua pengetahuan baru tentang debu-debu merah itu. Ia mirip dengan apa yang aku pernah kutip semasa berada di Marikh. Namun ini adalah kali pertama aku mengenggam debu merah itu dengan tapak tanganku tanpa sebarang lapik. Satu sensasi aneh mula mengigit kulitku. Ia seolah ada sesuatu yang hidup di dalam debu-debu merah tersebut dan mahu menusuk masuk ke dalam kulit tapak tanganku. Aku lekaslekas menepuk tanganku untuk meleraikan setiap debu merah yang memalit tangan.
Namun aku terlambat. Darah mula menitis dari tapak tanganku. Aku merasa seolah ada puluhan jarum menusuk tapak tanganku dan disusuli sesuatu yang menjalar masuk ke dalam pembuluh darahku. Aku menggeletar kesakitan dan cuba menjerit tetapi tiada langsung suara terlontar. Aku perlukan pertolongan dari orang-orang di sekitarku.
Tiada sesiapapun yang peduli. Aku seolah berada di dimensi yang berlainan benar dengan yang mereka duduki itu. Kewujudanku seolah tiada di mata mereka.
Harapan kian tersurai menjadi debu merah. Sebelum rebah, aku rasa tubuhku dipaut. Seorang lelaki yang aku jangka berbangsa India, menahan tubuhku dari rebah dan menegakkan tubuhku agar terus berdiri tegap. Dia merenungku lama dan mengusap tapak tanganku yang berlumuran darah. Seraya itulah aku dapat rasa sesuatu yang menjalar masuk tadi kian aktif bergerak. Darah yang mengalir dari tapak tanganku memercik-mercik dan gugur ke lantai menyalut debu-debu.
Ketika itulah aku lihat cacing-cacing itu, halus dan ligat, menjalar keluar dari tapak tangan. Kelihatan ngeri, dan aku memalingkan wajahku dari melihat pemandangan ngeri itu. Namun aku tak dapat padamkan imej tatkala puluhan cacing-cacing halus itu menjalar keluar dari setiap koyakan sekecil jarum pada tapak tanganku itu. Aku pejamkan mata dan dapat merasa bagaimana pergerakan cacing-cacing itu buatkan tapak tanganku menggeletar hebat.
Tenang, dik. Kau boleh lalui semua ni ujar lelaki India tersebut.
Siapa.. siapa.. kau
Dia merenung ke atas seolah memikir sesuatu. Lalu dia tersenyum.
Untuk masa ini, kau panggil aku, Krishnan
Tak, tak.. maksud aku, kau ni manusia ke, atau..
Krishnan tersengih. Disoroti senyuman yang agak menakutkan. Seolah ada kejahatan terpahat di sebalik raut wajah itu.
Nampaknya kau dah sedar sikit. Aku.. Hmm.. mungkin sesuatu yang boleh kau panggil selaku, The Things
Seraya itulah satu kesakitan yang maha dahsyat mengigitgigit tapak tanganku. Itulah detik terakhir aku rasa cacingcacing merah yang menjalar dalam pembuluh darah di bawah kulit. Usai sahaja perbuatan memerah keluar cacing-cacing itu, Krishnan menolakku keluar dari ruang yang berlapikkan debu-debu merah itu. Debu-debu merah tidak lagi kekal selaku debu-debu merah. Ia kini longgokan cacing-cacing halus yang begitu jelas bentuk pergerakannya.
Aku akan sembuhkan kau. Jangan risau. Ini semua adalah satu percubaan untuk mengasimilasikan tiga kewujudan. Kau kena sabar
Kali ini, Krishnan membuatkan aku duduk bersila di sisi sebuah meja yang sedang dipenuhi pembaca-pembaca yang begitu robotik tegunnya. Pergerakan mereka sekata, belek satu muka surat dan berkalih ke halaman seterusnya dalam ritma sekata. Krishnan menggeleng kepala melihat telatah mereka. Salah seorang dari pembaca tersebut ditolaknya lalu jatuh ke lantai, menggigil serata tubuh untuk beberapa saat sebelum jasadnya terhenti.
Kerusi pembaca itu diambilnya, lalu dia mengarahkan aku untuk duduk di kerusi tersebut.
Aku memerhati sahaja jasad yang kaku di atas lantai itu.
Apakah budak kecil itu sudah mati Matanya terbeliak dan kelopak matanya masih berkelip. Jadi bolehlah disimpulkan bahawasanya budak itu belum lagi tercabut nyawanya.
Usah kau risau. Aku takkan bunuh orang. Oh, silap, aku takkan merosakkan apa-apapun dalam simulasi ini
Kata-kata Krishnan itu semakin menimbulkan keraguan. Aku merenungnya dengan pandangan tajam dengan harapan aku akan dapat lebih penjelasan.
Ohohoho. Jangan renung aku begitu, budak kecik macam kau, patut lebih ceria, begini
Lalu jari-jemarinya memicit-micit kedua-dua belah hujung bibirku agar aku tersenyum. Namun pantas aku tepis jarijemarinya itu. Aku tidak selesa diperlakukan begitu.
Seeloknya kau jelaskan kenapa kau buat semua ini ujarku, aku harap dia faham kebencian aku diletakkan dalam situasi penuh paradoks begini.
Haih, budak sekarang memang begitu serius tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita dari arah pintu masuk ke ruang pembacaan kanak-kanak ini.
Seorang wanita yang aku kira dalam usia 30-an, melangkah masuk dengan penuh elegan. Kasut tumit hitamnya berkilat dan kelihatan mahal. Bunyi tumit tinggi itu mencium lantai agak garang. Aku akui, dia seorang wanita yang agak menawan. Pemakaiannya merupakan gaun panjang hitam yang labuh dan bajunya juga diperbuat dari satin, cukup lembut tetapi tidak pula menampakkan bentuk badannya yang kurus. Anak matanya hitam dan galak. Rambutnya panjang lurus dibiarkan melepasi bahu, tampak ringan beralun dengan setiap geraknya.
Aku Mitchelle. Kami adalah The Things
The Things. Aku tidak pasti sama ada aku boleh memahami makhluk The Things ini atau tidak.
Tiada siapa akan menggelar dirinya The Things, jangan bergurau balasku. Terdapat hipokrasi dalam nada mereka memperkenalkan diri.
Kami tak kisah. Kami rasa, buat masa sekarang, kami lebih sesuai dikenali selaku The Things. Otak kau, akan lebih mudah menghadam kami selaku The Things. Ini dalam bahasa kau dalam bentuk yang dipermudahkan pantas Krishnan menjawab.
Mitchelle mendekatiku lalu merapatkan wajahnya ke wajahku.
Adik. Alam semesta ini terlalu luas untuk kau faham. Jadi kena ikut turutan. Kami akan buat kau faham sedikit demi sedikit ikut tahap pemikiran yang kau boleh cerna. Kita akan menghuraikan bagaimana kami datang ke mari. Aku dapat lihat puluhan soalan dalam kepalakau menjerit-jerit minta dijawabkan dan kau tak boleh nak telan semua jawapan yang akan kami beri
Kedua-dua belah tapak tangannya dipertemukan sebelum digayakan seolah sesuatu objek imaginari meletup.
Kalau kami gopoh, otak kau akan meletup! Boom!
Nampak gayanya masa dan setiap aspek yang aku miliki dikawal mereka sepenuhnya. Aku berharap mereka akan lebih telus dalam pekerjaan mereka ini dan tidak meletakkan aku dalam satu keadaan bahaya.
Namun aku tersengih sahaja sudahnya, kerana mengenang kenaifan diri. Aku kini mendepani The Things yang ditakuti oleh The Martian yang diketahui atas kelicikan mereka. Biar apapun harapan yang aku cuba genggam, nasib aku di tangan mereka. Dan mereka tidak punya belas kasihan. Atau setepatnya, nilai-nilai moral mereka mungkin tak sama langsung dengan apa yang aku genggam. Ia menakutkan.
Tenang. Kami akan kekalkan kau dalam bentuk ini buat sementara tingkah Mitchelle seolah dapat membaca fikiranku.