Mujurlah dia sudah tiba di apartmennya sendiri. Abriel membuka pintu apartmen dan menyalakan lampu. Pintu dikunci sebelum dia mencampakkan begnya ke atas sofa dan menuju ke dapur. Dia memutuskan untuk makan ramen saja kerana malas mahu memasak nasi.
Selesai makan, dia menghidupkan komputer dan mula membuat tugasannya. Mujurlah semua tugasan perlu diselesaikan dalam bahasa Inggeris, jadi tidaklah begitu susah. Dia masih belum benar-benar menguasai tulisan Hangul. Saat sedang khusyuk menaip, telefon bimbitnya bergetar. Nombor telefon yang tertera tidak dikenali. Dia mengangkatnya saja, mungkin teman sekuliah, fikirnya.
Hello
Annyonghaseo. Ini Abriel ujar suara itu. Suara lelaki Korea.
Ya, saya Abriel. Ini siapa
Saya pemilik bar The Theft. Di sini ada seorang pelanggan mabuk. Dia minta kamu menjemputnya sekarang. Dia kata kamu PA barunya.
Huh Abriel kehairanan. Gila! Bila masa aku jadi PA sesiapa Mungkin awak salah orang agaknya. Saya
Nama orang ini Jaejoong. Park Jaejoong yang artis tu, pintas lelaki itu cepat.
Abriel terdiam. Matanya melirik jam di dinding. Sudah setengah jam melewati tengah malam.
Tolonglah jemput dia. Dia tak boleh memandu dalam keadaan macam ni. Aku perlu tutup barku sekarang tapi aku tak boleh tinggalkan di sini. Tolonglah.
Hati Abriel luluh mendengar suara yang merayu-rayu itu. Baiklah. Sekejap lagi saya ke sana.
Dengan perasaan ragu-ragu, Abriel menaiki teksi yang membawanya ke bar yang bernama The Theft itu. Dia raguragu kerana hari sudah begitu lewat dan jalan sudah mulai lengang. Tidak lama kemudian, dia sudah berada di depan pintu The Theft. Dia membuka pintu. Suasanya di dalam hanya diterangi cahaya remang, seperti selayaknya sebuah bar.
Abriel mengatur langkah menuju ke bar di mana seorang lelaki sedang mengelap gelas-gelas yang sudah dicuci. Dia menuding ke arah sesusuk tubuh yang menelungkupkan wajahnya di meja bar. Yup, theres the troublemaker, gerutu Abriel dalam hati.
Abriel menggoyang tubuh Jaejoong sekuat-kuat hati. Jaejoong segera mengangkat kepalanya, wajahnya kebingungan. Dia menggosok-gosok matanya yang merah. Cepat bangun! Orang nak tutup bar pun tak boleh! bentak Abriel agak kasar.
Jaejoong tersengih bodoh sebelum menoleh ke arah lelaki di bar itu. Terima kasih pakcik! katanya sambil mengangkat tangan. Lelaki pemilik bar itu mengangkat tangannya juga. Jaejoong cuba berdiri, namun dia hampir hilang imbangan kerana mabuk. Mujur Abriel cepat menyambar tubuhnya.
Paut leher saya, arah Abriel yang dituruti Jaejoong dengan mata separuh tertutup. Bau soju menusuk hidung Abriel, membuatnya rasa mual tiba-tiba. Kenapa orang suka mabuk
Saat tiba di luar bar, dia menoleh kepada Jaejoong. Mana kereta awak Jangan cakap awak naik teksi datang sini gerutunya.
Jaejoong menuding ke arah sebuah Land Rover warna perak yang terparkir di satu sudut. Perlahan-lahan Abriel memapah Jaejoong menuju ke keretanya.
Kunci mana soalnya lagi. Jaejoong menyeluk saku belakang seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta. Abriel menekan butang penggera dan membuka pintu sebelah penumpang. Dia membantu Jaejoong duduk sebelum memasangkan tali pinggang keledar.
Harum bau rambut gadis itu mengkhayalkan Jaejoong. Rasanya dia lebih mabuk dari tadi. Namun dia menahan keinginan untuk memeluk dan mencumbui gadis itu. Dia harus didekati perlahan-lahan, getusnya dalam hati. Ada sinar luka di mata gadis itu yang mengisyaratkan agar Jaejoong harus mendekatinya dengan hati-hati, lembut dan perlahan. Walaupun dia tahu itu pasti boleh membuatnya gila kelak.
Sudah beberapa hari dia menahan keinginannya untuk menghubungi Abriel sejak memperolehi nombor telefonnya dari Yoonmi. Dia mahu Abriel merindui kehadirannya, walaupun mungkin tidak sehebat rindunya pada gadis itu. Ah, gila! Dia langsung tidak kenal dengan gadis yang sedang bersiap-sedia untuk memandu di sebelahnya sambil merungut-rungut sendirian itu. Dia cuba menahan senyum saat mendengar gadis itu mengomel-ngomel mengatakan semoga tidak ada polis yang akan membuat sekatan jalan raya malam ini kerana dia tidak mempunyai lessen memandu Korea.
Nak ke mana, hah soal Abriel jengkel.
Hmm
Rumah awak! Dekat mana
Jaejoong menoleh ke arah gadis itu. Pergi rumah awak je lah.
WHAT No. Saya tinggal sorang. Tak mungkin saya bawak lelaki balik rumah. Mabuk pulak tu!
Jaejoong tersenyum. Kalau perempuan lain pasti tidak akan menolak pelawaan itu. Memang gadis ini lain dari yang lain.
Tolonglah, ujar Jaejoong akhirnya. Kalau saya balik rumah sekarang mungkin akan ada peminat atau wartawan yang menunggu di depan rumah saya. Nanti akan jadi bahan gossip lagi.
Abriel merengus. Peminat awak gila ya Jam satu pagi menunggu di depan rumah orang Nak cari apa Tak ada mak bapak
Jaejong ketawa terbahak-bahak. Dia juga ingin tahu jawapan soalan Abriel itu.
Tidak lama kemudian, Abriel menghentikan kenderaan itu di tempat parkir apartmennya. Dia memapah tubuh Jaejoong keluar. Pakai topi awak. Nanti kalau ada orang yang kenal awak, jadi masalah pulak, arahnya.
Jaejoong mengangguk patuh. Mereka berjalan bergandingan menuju ke lif. Jaejoong memaut bahu gadis itu erat, mengambil segala peluang yang ada. Walaupun pergerakan mereka perlahan, akhirnya mereka sampai juga ke apartmen gadis itu yang terletak di tingkat lapan.
Abriel membuka kunci pintu dan menyalakan lampu. Dia menyuruh Jaejoong duduk di sofa sementara dia masuk ke dalam bilik. Jaejoong mengitarkan pandangannya ke sekitar apartmen itu. Warna biru menghiasi banyak bahagian apartmen itu. Dia suka warna biru rupanya.
Seketika kemudian, Abriel muncul bersama bantal dan selimut. Tidur di sofa. Ini bantal dan selimut. Saya Tidak sempat Abriel menghabiskan ayatnya, dia terhenti. Riak wajah Jaejoong menunjukkan yang dia akan muntah bila-bila masa. Bilik air! Bilik air! jerit Abriel panik. Dia menarik Jaejoong dari sofa dan menolaknya ke bilik air.
Jaejoong memuntahkan semua isi perutnya di dalam mangkuk tandas sementara Abriel memicit belakang lehernya. Dia malas mahu membebel kerana dia pasti lelaki itu pasti tidak akan mendengarnya. Sia-sia. Selepas mengeluarkan semua isi perutnya , Jaejoong terduduk di atas lantai di depan mangkuk tandas. Abriel bangun dan mengambil tuala muka sebelum membasahkannya dengan air panas.
Perlahan dia mengelap wajah Jaejoong yang pucat. Perkara itu mengingatkan dia pada rutinnya dahulu, menjaga dan merawat Ruben yang selalu muntah-muntah kerana rawatan penyakit kansernya. Entah kenapa kenangan itu perlu datang sekarang. Air matanya hampir jatuh tetapi ditahan.
Jaejoong melihat air mata yang bergenang di mata Abriel merasa bersalah. Maaf ye bisiknya perlahan.
Abriel tersenyum untuk pertama kalinya pada Jaejoong sambil menggeleng perlahan. Saya pinjamkan baju saya. Buka baju awak, ujarnya sebelum bangun dan berlalu. Beberapa minit kemudian, dia datang kembali dengan sehelai kemeja-T yang dirasakannya muat untuk dipakai Jaejoong. Dia tersentak saat melihat Jaejoong yang sudah tidak memakai baju, entah kenapa dia merasa malu. Dia menghulurkan kemeja T itu dan mengambil baju Jaejoong yang dikotori muntah dan membawanya ke belakang.
Terima kasih, bisik Jaejoong lagi.
Wajah Abriel masih berasa hangat saat dia memasukkan baju Jaejoong ke dalam mesin pencuci dan menekan butangnya. Kemudian dia membancuh secawan teh panas untuk Jaejoong dan membawanya kepada lelaki yang kini sudah kembali tersandar di sofanya.
Esok awak nak bangun pukul berapa soal Abriel.
Pukul lapan, ujar Jaejoong. Abriel mengangguk dan terus beredar menuju ke bilik tidurnya. Jaejoong ditinggalkan sendirian di situ.
Cawan teh diraih dan terus dibawa ke mulut. Panas! Shit! bentak Jaejoong yang hanya didengar Abriel sayup-sayup menerusi pintu biliknya yang sudah tertutup itu.
jjj
Pagi itu, Abriel tercegat di depan sofa, memerhati lelaki yang terbaring pulas di sofanya. Riak Jaejoong yang polos ketika tidur membuat dia kelihatan jauh lebih muda, seperti seorang kanak-kanak. Jauh bezanya saat dia terjaga. Sesekali dia seperti bergumam di dalam tidurnya.
Sejak tadi, Abriel cuba memberanikan diri untuk membangunkan lelaki itu tetapi dia tidak tahu caranya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyentuh lelaki itu. Namun akhirnya dia mencucuk-cucuk bahu lelaki itu dengan satu jari sambil berseru agak kuat. Bangun! Hey! Bangunlah! Dah pukul lapan ni! Nanti kau lambat! serunya berkali-kali. Suaranya semakin kuat kerana Jaejoong masih lagi lena diulit mimpi.
Akhirnya dia memutuskan untuk menepuk kuat betis Jaejoong sambil berteriak. BANGUN! CEPAT!
Jaejoong terlompat dari sofa mendengar bunyi yang kuat seperti hon sebuah treler itu. Matanya yang masih berat dipicingkan, mahu melihat siapa yang mengganggu tidurnya. Wajah Abriel yang masam dan merah padam perlahan-lahan menjadi jelas di pandangan.
Bangun cepat! Saya tak nak awak terlambat dan tak nak dipersalahkan kalau awak terlambat! ujar Abriel nyaring sebelum melangkah ke dapur. Bunyi sudip dan kuali berlaga di dapur menandakan gadis itu sedang memasak. Bau harum menusuk ke hidung Jaejoong membuat lelaki itu tersenyum.
Perlahan-lahan dia bangun menuju ke dapur, terus ke meja makan. Saat tiba di dapur, Abriel baru saja menghidangkan sesuatu di atas meja. Nasi goreng, udang goreng tepung, ayam goreng dan sup miso.
Melihat kehadiran Jaejoong, Abriel menjeling jengkel. Pergi mandi! arahnya tegas. Baju awak saya dah cuci dan gosok. Ini berus gigi dengan tuala. Cepat mandi, cepat makan, cepat balik! Saya tak suka awak lama-lama dekat
sini!
Jaejoong yang masih mamai tersengih bodoh. Ada ubat mabuk tak soalnya. Namun renungan tajam Abriel membuat dia membatalkan niat untuk menunggu jawapan daripada gadis itu. Dia mengambil tuala dan berus gigi yang diletakkan Abriel di atas meja dan terus beredar ke bilik mandi.
Selesai mandi, dia kembali ke meja makan dengan wajah yang lebih segar. Dia makan dengan lahap. Hatinya girang kerana sudah lama dia tidak menikmati makanan masakan rumah selepas bertahun-tahun. Abriel juga menuangkan susu untuknya. Selama ini sarapan paginya cuma bijirin sarapan dan jus buah. Dia perlu menjaga bentuk badannya agak tidak mudah naik.
Mereka makan tanpa bercakap. Jaejoong sangat suka dengan keadaan itu. Kesunyian adalah sahabat baiknya. Mungkin tak boleh terlalu sunyi. Setiap saat yang dihabiskan bersama Abriel adalah sangat berharga. Belum tentu lain kali dia akan dapat kesempatan seperti ini lagi.
Walaupun dia yakin, keadaan akan berubah suatu hari nanti. Biar masa saja yang menentukannya.
Saya
Abriel menarik muka masam. Saya tak nak cakap dengan awak!
Jaejoong mengangguk. Diam. Ah, keras kepala! Dia tahu Abriel akan bersikap sebegini. Dan sikap inilah yang membuat dia semakin tertarik pada gadis itu.
Selesai makan, Abriel menghulurkan kunci kereta sambil memberikan lokasi kereta Jaejoong diparkir semalam. Jaejoong mendengar penuh teliti.
Awak tak sudi hantar saya ke bawah ke soal Jaejoong penuh harapan.
Kenapa nak kena hantar Bukan susah pun nak carik kereta awak Ada satu je pokok besar kat bawah tu.
Jaejoong mengangguk lagi. Pasrah. Terima kasih. Nanti saya telefon awak.
Tak perlu! ujar Abriel agak kasar.
Saya akan telefon awak. Saya pergi dulu, kata Jaejoong tenang.
Abriel terpegun dengan ketenangan dan kesabaran lelaki itu walaupun dia sengaja bercakap kasar dengannya tadi. Kenapa dia berkeras mahu telefon aku Itu pertanyaan yang terngiang-ngiang di telinga Abriel. Aneh. Pintu sudah lama tertutup tetapi entah kenapa Abriel merasakan itu bukan kali terakhir mereka akan bertemu, sebaliknya baru permulaan. Dia mengeluh sebal dan meneruskan kegiatan hariannya seperti biasa.
jjj
Selepas makan tengah hari, seperti biasa Abriel akan ke tempat kerjanya, Kims Store. Dia suka bekerja di situ kerana keadaannya yang tenang dan ada sesekali loceng pintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang.
Sejak tadi teleon bimbitnya sudah berkali-kali berdering, tetapi setiap kali dia melihat nama pemanggilnya, dia memutuskan untuk membiarkan panggilan itu terputus sendiri. Lelaki itu berbahaya. Itu yang Abriel ulang kepada dirinya berkali-kali.
Saat mengemaskan kaunter majalah, dia melihat nama dan gambar kumpulan Blue menghiasi banyak kulit majalah. Dia mengambil salah satunya dan mula membaca. Gambar Jaejoong terpampang di dalam majalah, lebih besar daripada teman-teman bandnya yang lain. Ternyata dialah ahli Blue yang paling popular dan banyak peminatnya.
Daripada artikel yang mengiringi gambar-gambar itu, Abriel mengetahui yang lelaki bernama Jaejoong itulah yang paling nakal dan sangat menyukai soju. Boleh mati muda, getus Abriel dengan suara rendah. Sementara Yoohwan dikenali sebagai kaki perempuan yang boleh mencairkan hati mana-mana gadis sekalipun. Adakah itu dikira satu kelebihan Abriel tidak mahu tunduk kepada pujukan lelaki itu dan kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja.
Tiba-tiba fikirannya itu membuatnya agak kaget. Aku sukakan dia
Bunyi SMS yang masuk ke telefon bimbitnya mengejutkan lamunan Abriel. Dari Jaejoong. Mulanya Abriel mahu terus memadamnya tanpa membacanya tetapi kemudian dia berubah fikiran. Mari kita lihat apa yang dia mahu katakan, getusnya dalam hati. Dia menekan layar telefon bimbitnya dan SMS itu terpapar.
Saya tau awak takkan angkat telefon tapi saya cuma nak mencuba. Siapa tau tiba-tiba awak lembut hati dan sudi jawab panggilan saya. Sekarang saya tengah shooting beberapa talk show. Makan tengah hari tadi sedap, tapi sedap lagi masakan awak. Manager saya kata, pukul 8 malan nanti saya dah boleh balik. Awak dekat mana Pulang pukul berapa Nanti saya jemput awak, okey
Tidak kira dari sisi mana dia melihatnya, pada Abriel, SMS itu tidak ubah seperti SMS yang dikirim seorang lelaki kepada kekasihnya. Sejak bila aku jadi girlfriend dia Tibatiba hantar mesej buat report apa yang dia buat sepanjang hari tadi Dah gila agaknya! Dia ada terhantuk dekat mangkuk tandas ke semalam Atau mungkin dia masih mabuk
Abriel mengeluh. Ah, mungkin dia cuma nak mempermainkan aku. Menganggap aku sama seperti peminat-peminatnya yang akan tunduk dan berlutut di hadapannya, kemudian boleh ditinggalkan begitu saja. Kau salah pilih mangsa, si bodoh! Abriel mengutukngutuk dalam hati sambil memandang layar telefon bimbitnya. Kemudian dia mematikan telefon bimbit itu dan memasukkannya ke dalam saku seluarnya. Tak guna dilayan! Perhatiannya terus beralih kepada dua pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai.
jjj
Di suatu tempat yang lain, Jaejoong sedang menatap telefon bimbitnya selepas menghantar SMS tadi. Dia berharap Abriel akan membalasnya. Memaki pun tak apa. Tetapi kalau tidak dipedulikan langsung, terasa sakit juga hatinya. Hyung3, kenapa dari tadi pandang telefon Tunggu panggilan penting soal Yoohwan yang sejak tadi memerhatikan tingkah Jaejoong yang serba tidak kena.
Jaejoong tersentak dari lamunannya. Dia menoleh ke arah Yoohwan. Taklah sahutnya ringkas sebelum tersenyum. Pelik kau hari ni. Dari tadi sibuk dengan telefon. Hilang tumpuan pada kerja. Kau kenapa desak Yoohwan lagi.
Jaejoong hanya tersenyum. Walaupun hubungannya dengan Yoohwan dikira lebih rapat kalau dibandingkan dengan anggota Blue yang lain, dia tidak bersedia untuk menceritakan tentang perasaannya pada Abriel. Ada bisikan-bisikan halus yang menyuruh dia menyembunyikan
3 Panggilan hormat dan mesra seorang lelaki kepada saudara atau kawan lelaki yang lebih tua darinya.
gadis itu daripada perhatian lelaki lain. Menceritakan tentang Abriel hanya akan menjadikannya sasaran. Dia jarang bercerita tentang wanita. Dan kalau dia bercerita, pasti akan ada orang yang menganggapnya luar biasa. Dia tahu Yoohwan tidak akan bercerita dengan sesiapa.
Walaupun personaliti mereka berbeza, tetapi itu tidak menghalang mereka dari berkawan baik. Dia lebih tegas dan jujur dalam berkata-kata sehingga orang selalu menganggapnya tidak berhati perut dan bermulut lancing, walaupun dia tidak berniat jahat. Yoohwan pula orangnya lebih lembut, santun, agak sensitif dan perahsia walaupun dia tahu caranya berseronok. Mereka selalu menghabiskan masa berhibur dan minum bersama.
Tak nak cerita soal Yoohwan lagi, menyedari Jaejoong sudah kembali melamun. Okaylah, tak paksa. Chaekyeong telefon. Dia suruh aku mencari kau. Jawab panggilannya dan jangan susahkan aku. Berapa lama lagi kau nak leka dengan telefon kau tu Yang dah berlalu memang susah dilupakan tapi tolonglah professional untuk kebaikan bersama.
Jaejoong merenung Yoohwan tajam. Kenapa Sebab dia anak perempuan GM soalnya, merujuk kepada Chaekyeong yang disebut oleh Yoohwan tadi.
Yoohwan mengeluh berat. Bukan itu maksud aku. Tapi mulai sekarang kita akan selalu berurusan dengan dia. Peliklah kalau kau dengan dia tak boleh berurusan secara professional. Ilwoo hyung ada cakap, kan
Jaejoong mengangguk. Chaekyeong yang dimaksudkan itu juga merupakan bekas kekasihnya. Perpisahan mereka yang buruk dan penuh drama itu sempat menjadi bahan berita hangat di tabloid dan majalah-majalah selama berbulan-bulan. Itu tiga tahun lepas.
Kenyataannya, Jaejoong menangkap bekas kekasihnya itu tidur bersama lelaki lain. Bukan sembarangan lelaki tetapi pegawai atasan sebuah syarikat besar yang sangat dihormati dan sudah dianggapnya saudara. Sejak itu dia memadamkan nama Chaekyeong dari hidupnya. Dan saat itu dia tidak mahu memikirkan Chaekyeong atau sesiapa pun, melainkan gadis berambut hitam lebat yang menghantui tidurnya sejak kali pertama mereka bertemu.
Gabrielle.