HATIKU MILIKMU - 5
Aah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej, tambah Joe.

Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang yang berlatih sampai berdarah cam ni, Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.

Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja, Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.

Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain! Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.

Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.

Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.

Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!

Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.

(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)

Fathil, awak salah faham.. Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.

Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,

Bodoh! Memang kau salah faham Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.

Salah faham apa Aku tengok depan mata kepala aku sendiri Fathil menguatkan kenyataannya.

Aku pun tengok! tambah Joe.

Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we! Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri)

Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.

Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa, ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.

Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.

Umar merenung wajah Banna.

Banna, cedera nta teruk ke

Sikit je, balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.

Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,

Lupakanlah.. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni,

Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi, Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.

Tak per, Umar. Lupakan Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!! Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.

Banna, ana minta maaf! Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.

Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang.luv U!!

Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.

Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,

Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak per, balas Banna. Mengharap.

****************************************************

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar AlMujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.

Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa! iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.

Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang,Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.

Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.

Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,

Tunjuk apa

Abang kena janji takkan marah

Kenapa abang nak marah pulak

Janjilah dulu sayang

Okey,abang janji takkan marah Fika,

Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.

Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika Abang suka tak

Gurlp! Fika, pakai balik tudung tu! arah Umar.

Kenapa Abang tak suka rambut Fika ke Fika bersuara merajuk.

Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!

Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.

Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,ungkapan katakata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.

Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.

Gurlp! Diorang Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.

Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.

Kenapa abang pakai selendang Fika Luculah abang ni! Fika mencubit paha Umar.

Fika, apa yang kita buat ni berdosa! Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.

Tapiini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,

Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.

Jom balik! Umar mengajak pulang.

Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik Fika belum puas lagi bersama abang!wajah Fika penuh keliru.

Fika ada sakitkan hati abang ke Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!

Abang nak balik Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.