MAT DAN MEL - 5
Ada kalanya aku rasa manusia yang paling berhati busuk di dalam dunia ini adalah manusia yang berlagak baik dan alim. Dah banyak kali aku jumpa manusia-manusia macam ni, tetapi aku rasa dengan terciptanya Internet, manusia macam ini semakin bermaharajalela. Mereka tidak perlu lagi berselindung di sebalik topeng kealiman tetapi kini mereka hanya perlu berselindung di sebalik skrin komputer. Kini, setiap kali ada gambar artis yang kononnya kontroversi, bila gambar ini diletakkan di dalam forum-forum tertentu, mesti ada barua-barua ini yang akan bagi komen-komen pedas seolah-olah mereka ini sudah bagus sangat.

Hari ini bila aku layari Internet, aku dapat melihat satu forum yang memperkatakan sesuatu yang tidak melibatkan mana-mana artis tapi ada melibatkan diri aku. Aku jadi marah. Benda ni macam tak pernah selesai. Ada sahaja orang yang akan memperkatakannya.

Aku menggaru-garu kepalaku. Aku dapati tubuhku berlengas. Aku tak mandi lagi walau pun hari dah lewat malam. Aku fikirkan kembali apa yang aku buat sepanjang hari tadi. Aku rasa tak banyak. Aku pergi ke kuliah. Aku makan tengah hari dengan Melati. Setelah selesai menghadirikuliahku yang terakhir, aku pergi ke Mid Valley. Aku ke sana dengan niat untuk mencari kerja kosong. Tempat pertama yang aku tuju adalah ke kedai barangan sukan yang terletak di tingkat yang paling atas. Aku tahu di situ ada kerja kosong setelah melihat poster mencari kerja yang telah ditampal di luar kedai tersebut ketika aku ke sana untuk membeli kasut futsalku bersama Melati.

RETAIL STAFF WANTED PLEASE APPLY WITHIN

Jadi aku pergi mohon kerja di situ. Aku isi borang. Pengurus kedai itu aku rasa usianya sama macam abang Rostam - lewat 20-an. Namanya Andrew Loh. Dia nampak peramah. Dia tanya aku kalau aku minat bersukan. Aku beritahu kepadanya, dulu masa sekolah aku aktif dalam sukan olahraga. Sekarang pula aku gila main futsal. Lepas tu dia tanya aku bila aku boleh mula kerja. Aku kata esok pun boleh, tapi aku kena rujuk balik jadual aku. Dia tanya aku kalau aku boleh kerja hujung minggu. Tapi aku kata kalau boleh aku lebih suka bekerja pada hujung minggu - mulai hari Jumaat sampailah ke hari Ahad. Dia kata itulah yang terbaik sebab dia selalu kekurangan staf semasa hari hujung minggu sedangkan ramai pelanggan yang datang membeli-belah di hujung minggu.

Andrew ada juga tanya aku kalau aku pernah bekerja sebelum ini. Aku kata tak pernah. Jadi dia tanya aku kenapa aku tiba-tiba sahaja hendak cari kerja. Aku kata aku nak cari duit lebih. Aku tak pula cakap kepadanya aku dah gunakan duit biasiswa aku untuk bayar balik duit yang pernah aku ambil daripada Hasnah. Aku tahu, kalau aku tak kerja, aku tak boleh hidup kat KL ni.

Pagi tadi aku ambil kotak kasut aku lalu dalam kotak itu aku masukkan wang sebanyak RM1600, jam, dompet wang, rantai lengan dan beberapa keping CD yang telah dihadiahkan Hasnah. Aku tutup kotak itu, ikat dengan tali rafia lalu aku serahkan kepada Tamrin. Aku minta Tamrin serahkan kotak ini kepada Hasnah.

Tamrin ambil kotak itu daripada aku tanpa banyak soal. Aku rasa dia tak mahu masuk campur hal aku dengan Hasnah.

Aku sempat beritahu kepadanya bahawa aku akan pulang sedikit lewat kerana aku mahu pergi cari kerja di Mid Valley. Dia terkejut bila dia dapat tahu tentang hal ini daripada aku. Dia ingatkan aku bahawa keputusan peperiksaan aku selalunya cukup makan sahaja. Dia takut nanti pelajaran aku akan terjejas. Aku ingatkan dia yang aku tidak seuntung dirinya. Tiap-tiap bulan Abang Rostam akan hantarkan wang perbelanjaan kepadanya. Bukan sedikit pula tu!

Dia terdiam buat seketika. Kemudian dia kata dia akan cuba sedaya upayanya untuk memastikan agar pelajaranku nanti tidak akan terjejas dek kemahuan aku hendak bekerja. Dia kata dia akan bantu aku buat assignment. Aku cakap, bukan selama ini dia dah bantu aku untuk buat itu semua Dia tersengih sendiri.

Sebenarnya aku dah lama fikirkan tentang idea untuk bekerja sambilan ini, cuma mak aku pernah menegah aku daripada mencari kerja ketika sedang belajar. Dia mahu aku tumpukan segala perhatian aku kepada pelajaran. Mungkin dia tahu aku ni bukannya cerdik sangat. Mungkin dia juga tahu aku ni malas sikit nak belajar. Sampai sekarang aku tak tahu macam mana aku boleh dapat gred 1 untuk peperiksaan SPM dan seterusnya dapat buat matrikulasi di UM.

Mak ada cakap aku patut jadi contoh kepada Hani dan Nani adik-adik kembar aku yang berusia lapan tahun itu. Dia kata, kalau mereka berdua dapat melihat aku rajin belajar, pasti mereka juga akan rajin belajar seperti aku. Mak pernah kata aku sepatutnya mencontohi jejak bapa aku. Bapa aku dulu berasal dari keluarga yang daif. Dia berasal dari Keluang. Bapa aku telah bekerja keras sehingga dia berjaya mendapatkan biasiswa untuk belajar ke Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan. Di sana, kalau tak salah aku, bapa aku bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk semata-mata untuk tampung perbelanjaan dia itu. Dia pernah ceritakan semua ini kepada aku semasa aku berada di dalam darjah empat. Ketika itu dia marahkan aku kerana dia rasa aku boros. Suka berbelanja. Dia marahkan mak aku kerana ikutkan sangat kehendak aku.

Aku rasa memang betul cakap bapa aku. Memang aku boros. Aku tidak tahu bagaimana untuk berjimat. Selagi ada duit di dalam poket, selagi itulah aku mahu berbelanja. Macammacam yang ingin aku beli. Baju baru, kasut baru, beg baru, pendek kata, macam-macam lah! Sekarang, bila bapa aku dah tak bagi sesen pun kepada aku, aku rasa terdesak untuk cari wang sendiri. Aku rasa aku perlu berdikari sendiri. Jika tidak, sampai bila aku nak jadi begini

Tamrin ketuk pintu aku dari luar. Aku menyuruh dia masuk. Dia bawa kotak yang aku berikannya pagi tadi. Dia serahkan kotak itu kembali kepadaku. EH, APA HAL NI Tanyaku kepadanya.

Petang tadi aku berjumpa dengan Hasnah. Katanya.

Dia menggaru-garu belakang tengkuknya.

Jadi kenapa

Kau ni tak baiklah!

Tak baik apa ni Tanyaku kembali. Ada saja silap aku. Ada sahaja kesalahan yang aku lakukan. Aku ambil kotak rokok dari atas meja belajarku. Aku mahu hisap rokok tetapi Tamrin ambil batang rokokku dari mulutku lalu di letakkannya di atas meja. Dia tak suka lihat aku merokok di dalam bilikku. Dia ingatkan aku bahawa kami berdua hidup menumpang di rumah abang Rastam. Dia tak mahu bilik yang aku sewa itu nanti berbau macam bau bilik budak bujang mat rempit yang tak tahu jaga kebersihan.

Dia kemudian beritahu kepadaku Hasnah menangis di hadapannya tadi.

Kepalaku berserabut bila aku fikirkan tentang hal ini. Mengapa Hasnah perlu menangis lagi Bukankah aku sudah lepaskan dia pergi

Barang-barang yang kau pulangkan kembali tu mengingatkan dia kembali kepada masa-masa kau bersamanya, beritahu Tamrin.

SEBAB TU DIA MENANGIS

Ya.

Tamrin menggeleng sambil memandang ke arahku.

Aku pasti dia fikir aku ni manusia paling jahat yang pernah ditemuinya. Apa tidaknya, aku dah buat kawan baiknya menangis di hadapannya. Aku pasti Hasnah ada kutuk-kutuk aku di hadapannya. Bila perempuan dah marah, inilah jadinya. Bukannya aku tak biasa. Ada awek-awek yang aku tinggalkan berdendam dengan aku sehingga ke hari ini.

Tamrin beritahu kepadaku yang si Hasnah ni masih sayangkan aku. Tamrin sekali lagi ingatkan aku bahawa aku orang pertama yang Hasnah cintai.

Kau tahu apa itu cinta, Amat Tanya Tamrin tibatiba. Aku terkejut mendengar soalannya itu.

Aku tak mahu jawab soalannya itu. Sebenarnya aku rasa aku memang tak kenal apa itu erti cinta yang sebenar. Jika aku pernah bercinta dan kenal apa itu erti cinta yang sebenar pun, aku yakin aku ni macam kebanyakan orang Malaysia yang sering ditanya erti kemerdekaan setiap bulan merdeka tapi masih tak tahu bagaimana untuk memberikan jawapan di dalam ayat yang teratur dan indah. Aku bukan pujangga. Walau pun aku pandai mengayat dan pandai buat awek-awek cair dengan kata-kata aku, aku tidak pandai guna ayat-ayat yang indah untuk menjawab soalan Tamrin tentang cinta.

Aku ambil kotak yang Tamrin letak di atas meja. Aku dapati wang yang aku pulangkan kepada Hasnah langsung tak tersentuh. Aku mengeluh. Aku beritahu Tamrin jika Hasnah tak mahu ambil kotak ini kembali aku sendiri akan pergi ke rumahnya untuk jumpa ibubapa dia lalu serahkan kotak ini kepada mereka. JANGAN CABAR AKU, TAMRIN! KALAU AKU NAK BUAT AKU BUAT!

Tamrin tahu Hasnah masih belum beritahu kepada keluarganya bahawa kami telah pun berpisah. Di dalam kepalanya, dia masih fikir kami dapat bersama. Entah mengapa, dia mahu buktikan kepada ibu dan bapanya dia boleh mengadakan satu hubungan yang perfect dan berkekalan. Segala-galanya tentang dirinya perlu perfect. Kalau kau melihat keretanya bersih, langsung tak kotor di luar dan di dalam. Kalau kau masuk ke dalam bilik tidurnya, segala-galanya teratur. Pakaian yang dipakainya perlu ada koordinasi warna. Dia telah aturkan hidupnya agar dia boleh jadi seperti ibunya, seorang majistret.

Dia mahu pastikan tidak ada kecacatan langsung di dalam kehidupannya yang sempurna itu, sehinggakan dia pernah serahkan borang Putera UMNO kepadaku. Dia meminta aku supaya menjadi ahli Putera UMNO agar aku dapat merapati bapanya. Aku berkeras tidak mahu. Dia ridak memaksa, tapi caranya itu membuat aku rasa seperti dipaksa. Mungkin sebab itulah aku tinggalkan dia, walau pun aku sayangkan dia. Dia mahu mencari sesuatu yang perfect. Dia fikir aku ini perfect tetapi dia silap. Dia tidak kenal siapa aku sebenarnya...

Aku tak mahu masuk campur, kata Tamrin pendek.

Dia mahu lepas tangan. Dia kata ini masalah aku.

Jadi kau nak aku buat apa

Kau perlu jumpa dia sendiri. Bagi sendiri kotak ini kepadanya. Beritahu kepadanya supaya lupakan kau sahaja. Jangan berikan dia sebarang harapan bahawa kau dan dia akan bersama satu hari nanti.

Kenapa

Dia fikir kau marahkan dia... Dia fikir bila hati kau sejuk nanti kau akan kembali kepadanya.

Memang aku pernah fikir perkara yang sama. Tapi entahlah, hati aku keras.

Tamrin, aku dah dapat kerja part-time yang aku cari tu. Aku apply jer terus dapat, aku memberitahunya dengan harapan dia akan melupakan tentang hal aku dengan Hasnah.

Muka hensem macam kau ni kalau nak minta kerja senang jer dapat. Kalau takde kerja pun orang buatkan kerja untuk kau, kata Tamrin melulu. Aku cukup-cukup malas untuk berbual dengannya bila dia perli aku macam ni.