Itulah suara pertama yang singgah di telinga Nadhirah setelah bertahun-tahun dia meninggalkan bumi Malaysia.
As the weather look good with a clear and sunny day, we are expecting to land in Kuala Lumpur approximately ten minutes ahead of scheduled. I hope everyone will be having a pleasant flight with us. Thank you and please enjoy the rest of the flight.
Satu pengumuman yang seringkali dibuat oleh juruterbang kedengaran memenuhi ruang pesawat.
Can I have some orange juice please. Pinta Nadhirah spontan apabila dia disapa mesra oleh pramugari bertugas.
Jus oren yang dipesannya diletakkan dengan cukup sopan di depannya, Have a nice fight miss.
Thanks. Nadhirah tersenyum menerima minuman berkenaan.
Nadhirah memandang keluar melalui cermin kecil yang berada di tepinya. Hanya kepulan awan sahaja yang kelihatan di pandangan saat ini. Ingatannya kembali pada kenangan lampau.
Setelah menamatkan pengajian SPM di Malaysia, Nadhirah berkelana bersendirian di Melbourne dan akhirnya menetap di Gold Coast atas alasan mahu menguruskan syarikat hartanah milik arwah Mamanya yang semakin berkembang. Selama sepuluh tahun Nadhirah menghabiskan waktu untuk bekerja sambil belajar di Australia. Sejak itu, saban tahun ada sahaja alasan yang diberi oleh Nadhirah bagi mengelak desakan Papanya untuk pulang ke Malaysia.
Nad sibuk dengan kuliah. Paperwork Nad kena tolak dan Nad perlu stay sini untuk siapkannya. ini merupakan antara alasan paling disukainya ketika masih belajar di University Of Melbourne.
Bila dia mula bertugas di Delta Properties milik mamanya, dia mula memberikan alasan kesibukan kerja dan ada banyak benda yang perlu dia pelajari sebagai orang baru di Gold Coast.
Jika diikutkan hati, Nadhirah tetap enggan pulang lagi ke Malaysia. Namun, atas pujukan Alana dan desakan Tan Sri Malik yang semakin uzur, Nadhirah akhirnya mengalah. Walaupun banyak luka yang dihadiahkan oleh keluarga Papanya namun, Nadhirah pulang juga bagi membalas budi atas belas ehsan Papa yang membesarkannya.
Pada Nadhirah, dia beruntung apabila diterima oleh Tan Sri Malik sebagai anak walaupun sampai ke hari ini mulutnya tidak dapat mengajukan soalan yang masih beraja dibenaknya.
Siapa Natrah dan siapa dia di dalam hidup Tan Sri Malik. Kenapa Mamanya tidak bersama Papanya Kenapa mereka terbuang jauh ke Australia Kenapa kehadirannya seolah-olah satu bencana buat Mamanya Kenapa Papanya langsung tidak tahu akan kewujudannya selama hampir empat belas tahun
Ke semua soalan itu terus bermain di mindanya namun Nadhirah tiada kekuatan untuk bertanya apatah lagi dengan keadaan kesihatan Papanya yang semakin meruncing kini. Biarlah Mungkin suatu hari nanti soalan-soalan berkenaan akan terjawab juga. Nadhirah akan terus menunggu.
D
EAR! Telinga Nadhirah berjaya menangkap suara yang memanggilnya. Suara yang cukup dirindui.
Kuat panggilan Imran saat terlihat kelibat Nadhirah yang sudah pun kelihatan keluar dari balai ketibaan. Sepanduk yang dipegangnya diangkat tinggi agar Nadhirah perasan akan kehadirannya di dalam lautan manusia yang turut sama berada di situ.
Welcome home my sweety pie. Imran mengulang ungkapan sama yang tertera di atas sepanduk yang dibawanya.
Apa ni Segannya. Orang tengoklah. Nadhirah tersengih. Comel pula melihat Imran memegang sepanduk yang agak keanak-anakan itu.
Biarlah. Buat apa nak segan. Saya buat untuk awak baca bukan untuk dia orang pun. Manis benar jawapan yang diberikan Imran.
You look childish.
For you, I dont care about others. Pedulikan dia orang. Yang penting saya gembira. Tegas Imran. Tiada apa yang perlu dimalukan baginya. Keterujaannya menyambut Nadhirah pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun memujuk mengatasi segala-galanya.
Mereka sudah berkenalan selama hampir 8 tahun dan mula menjalin cinta sejak di universiti. Nadhirah muncul dalam hidup Imran ketika dia sedang berada di tahun akhir pengajian sarjana. Kedudukannya sebagai Ketua Persatuan Pelajar Malaysia di Australia telah membuka peluang untuk dia bertemu buat pertama kalinya dengan Nadhirah.
Pertemuan demi pertemuan akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati sehinggalah sekarang. Walaupun mempunyai perbezaan umur hampir empat tahun namun itu bukan masalah buat mereka. Hubungan yang terjalin tetap kukuh walaupun mereka terpisah beribu batu.
Happy konon. Macam mana boleh tahu yang Nad balik hari ni Nadhirah geram. Sudah hampir seminggu mereka berdua terputus hubungan. Imran langsung tidak menelefonnya.
Sorry... Saya baca semua mesej yang awak hantar tempoh hari, tapi tak sempat nak reply. Imran cuba meraih simpati.
Saya tahu awak sibuk, tapi at least reply lah mesej saya. You make me worry. Rajuk Nadhirah masih belum terubat.
Dont worry pasal tu semua. Awak dah ada di Malaysia sekarang. Dah tak payah nak mesej-mesej bagai, lepas ni kita jumpa face to face je. Senang. Imran cuba memujuk.
Ye lah tu. Entah-entah nanti lagi susah nak jumpa. Lagi susah nak dengar berita. Asyik sibuk je dengan kerja yang tak habis-habis tu.
Saya janji, awak akan ada ruang yang tersendiri dalam jadual saya. Kita boleh jumpa, boleh luang lebih banyak masa bersama. Saya janji.
Betul ni Janji Nadhirah akhirnya mengukir senyuman. Pujukan Imran berjaya mencairkan hatinya. Saya janji.
Imran adalah insan pertama di dunia ini yang berjaya membuatkan Nadhirah merasa dirinya juga punya harga, mengajarnya menjadi seorang insan yang punya hati, membuat dia sedar yang dia juga perlukan teman lantas membuatkan hati bekunya cair sedikit demi sedikit. Daripada seorang yang tiada apaapa, Imran telah mengajar Nadhirah supaya percaya diri sendiri dan disayangi. Lelaki ini terlalu besar kedudukannya dalam hidup Nadhirah.
Macam mana flight Imran memulakan perbualan sambil tangannya cekap memasukkan bagasi Nadhirah ke dalam bonet kereta.
Macam biasalah, sekejap awan tebal, sekejap hujan, sekejap petir. Long distance travel mesti ada semua tu. But its okay as long as saya boleh makan dan tidur, semua tu bukan masalah besar. Nadhirah dengan selamba memberi jawapan.
Syukurlah kalau macam tu. Lepas ni nak terus balik rumah atau singgah makan dulu Tanya Imran.
Awak hantar saya balik teruslah. Saya penat. Nak balik rumah dulu, rehat-rehat sekejap. Nadhirah membuat keputusan.
Masa yang terlalu lama di dalam penerbangan membuatkan badannya merasa lenguh dan tidak bermaya. Dia mahu segera ke rumahnya dan berehat.
Tak nak makan dulu ke Perut masuk angin pula nanti. Imran tahu benar akan habit Nadhirah yang selalu membiarkan perutnya kosong tak terisi.
Penat lah. Nak kunyah pun macam malas.
Uishhh macam ni teruklah saya.
Kenapa
Habis nanti awak penat, saya kena makan nasi kedai la ye
Bila nanti tu Nadhirah sedikit keliru mendengar kata-kata Imran.
Bila dah kahwin nanti lah.
Siapa entah nak kahwin dengan dia tu Sakat Nadhirah.
Awak tak nak kahwin dengan saya ke Imran membuat muka sedih.
Kalau macam ni lah awak punya lamaran, memang saya reject.
Janganlah reject. Awak tak kesiankan saya ke Kalau awak tolak, siapa lagi yang nakkan saya ni. Cebik Imran.
Takkanlah tak ada langsung orang yang nakkan awak Soal Nadhirah sambil menaikkan keningnya.
Ada, ramai. Tapi, saya tak nak dekat dia orang, saya nak awak seorang je. Imran membuat muka comel.
Ye la tu. Nak berbual sekejap pun susah. Sibuk memanjang dengan kerjanya. Saya ni asyik bersabar aja tau dengan awak ni.
Sebab itulah saya sayang awak. Hanya awak yang mampu bersabar dengan saya. Kalau orang lain di tempat awak rasanya dah bungkus beg lari. So, please dont leave me. Okay
Okey. Jawab Nadhirah pendek.
Jawapan Nadhirah berjaya melegakan hati Imran yang selama ini gundah. Walaupun segalanya masih lagi kabur namun sekurang-kurangnya jawapan yang diberi oleh Nadhirah boleh dijadikan pengubat.
By the way, awak tak beritahu saya pun rumah awak di mana Saya nak hantar awak ke mana ni Soal Imran yang sudah bersedia untuk memandu.
Opps lupa lah. Mana alamat rumah tadi ya Sekejap eh Nadhirah menyelongkar beg tangannya yang mempunyai beberapa kocek kecil.
Aik, saya tahulah awak dah dekat sepuluh tahun
tak balik Malaysia ni, tapi takkanlah awak dah lupa alamat rumah sendiri kot. Imran memalingkan mukanya melihat Nadhirah yang berada disebelahnya. Keningnya terangkat sebelah kerana sedikit terkejut dengan jawapan Nadhirah.
Bukan lupalah, saya cuma tak berapa ingat. Nadhirah berdalih kerana dia bukannya lupa tapi dia sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke rumah barunya itu.
Walaupun sudah bertahun mereka bersama, Imran langsung tidak tahu mengenai latar belakangnya yang sebenar. Selama ini Nadhirah hanya memberitahu bahawa dia cuma sebatang kara. Mama yang menjaganya sejak kecil sudah lama tiada, manakala Papanya hidup bahagia dengan keluarga baru.
Bukannya Nadhirah tidak mahu berterus terang, namun apalah yang ada pada dia untuk mengakui yang dia sebahagian daripada keluarga Tan Sri Malik. Dari dahulu lagi Nadhirah hanya menumpang teduh di rumah agam milik Papanya itu malah hubungan mereka anak beranak langsung tidak pernah diakui.
Nad...
Dia sedar dia hanya menumpang dan memang tidak layak untuk mengakui apa-apa. Jadi lebih baik dia menjauhkan diri selagi terdaya kerana jika pulang semula ke dalam rumah agam berkenaan hanya akan mengembalikan luka di hati.
Biarpun hasratnya untuk tinggal di luar belum lagi diketahui oleh Papanya, Nadhirah pasti itulah yang terbaik buat mereka sekeluarga. Kehadirannya cuma akan merosakkan suasana sahaja. Biarlah Papanya tenang hidup bersama Puan Sri Munirah dan anak-anak. Lagipun dia bukannya tinggal jauh malah rumah yang bakal didudukinya itu sememangnya rumah Nadhirah sendiri yang dibeli menggunakan duit tinggalan arwah Mamanya.
Nad... are you here
Oh, sorry! Pardon me...
Imran menggelengkan kepalanya, Bak sini alamat tu. Tak pun...
Sekeping kad kecil yang tertulis alamat rumah Nadhirah beralih tangan tanpa sempat Imran menghabiskan kata-katanya.
Wow, SP Utama Imran sedikit terkejut.
Walaupun dia tahu yang Nadhirah sememangnya mampu untuk membeli kediaman mewah berkenaan dengan menguruskan aset arwah Mamanya di Australia, namun bukan calang-calang orang mampu membeli rumah di kawasan kediaman elit berkenaan.
Ye lah SP Utama. Once belong to my mom and I just inherit it after she passed away. Itu sahaja penjelasan yang diberi Nadhirah.
Nadhirah jelas tidak mahu bercerita panjang mengenai kehidupannya. Cukuplah setakat itu yang diketahui Imran. Selebihnya biar dia simpan sendiri. Walaupun telah bertahun mereka menjalin cinta, Nadhirah masih gagal meyakinkan dirinya yang Imran bakal terima dirinya jika segalanya terbongkar. Mungkin kerana selama ini Imran masih gagal membuatkan Nadhirah merasa dia dilindungi dan terjamin dengan hubungan yang terjalin.
Selama lapan tahun bersama, Imran hanya tahu yang Nadhirah merupakan seorang staf syarikat hartanah di Gold Coast di samping sibuk menguruskan sedikit pelaburan hartanah milik arwah Mamanya. Hubungan cinta jarak jauh mereka sememangnya membataskan komunikasi antara mereka apatah lagi apabila masing-masing sibuk menguruskan kerjaya masing-masing. Ianya semakin renggang apabila Imran pulang ke Malaysia dan Nadhirah berpindah ke Gold Coast.
Im, you tahu ke macam mana nak pergi rumah I
Of course dear!
Nadhirah senyum. Sebenarnya jauh di sudut hati, status Imran sebagai anak kepada salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat Emerald Group milik Tan Sri Malik membuatkan Nadhirah ragu-ragu. Ditambah pula dengan jawatan besar yang baru disandang Imran selaku Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Operasi yang menggantikan bapanya yang bersara awal dari Emerald Group.
Tak mungkinlah ibu bapa Imran membenarkan seorang perempuan sepertinya masuk ke dalam keluarga berdarjat seperti mereka. Dia sedar diri bahawa Imran memang mencintai, tapi untuk memasang angan yang lebih jauh membuatkan
Nadhirah menjadi takut. Takut terjatuh sendiri.
Dekat dengan rumah saya juga. Imran tersenyum meleret. Memang dekat sangat dengan Seksyen 23 Shah Alam. Mudahlah dia bertemu Nadhirah lepas ini.
Tak sampai lima belas minit pun setelah Nadhirah menolak pelawaan Imran, dia kini memegang perutnya yang mula berbunyi.
Kenapa Soal Imran yang perasan akan kelakuan Nadhirah.
Lapar pula. Jawab Nadhirah pendek.
Tu la. Saya cakap tadi. Tengoklah, tak keluar dari airport lagi, dia dah lapar. Bukalah dashboard tu sekejap. Arah Imran pada Nadhirah.
Awak nak ambil apa
Tu ha awak punya bekal. Saya dah tapaukan.
Sebuah kotak tertera nama Mommys Deli sudah berada di atas ribaan Nadhirah. Dia tersenyum lebar sambil membuka kotak berkenaan.
Wah, sandwich. Thank you. Saya sayang awak.
But, promise me one thing. Pinta Imran.
Nak makan sandwich pun kena berjanji bagai ke Saya lapar ni.
Ada la. Buang sikap suka skip makan tu. Boleh tak You make me worry. Selalu sangat tak makan. Tabiat buruk tu tak baik tau untuk kesihatan awak.
Okey tak ada masalah. Ill try my best. Nadhirah berjanji sambil dia mula menyuap sandwich tuna kegemarannya.
Imran berjaya membuatnya rasa terharu dengan hanya memberikannya sandwich. Sesungguhnya hati Nadhirah kini penuh cinta. Rajuknya di awal tadi entah bila masa sudah dilupakannya.
Awak ambil cuti panjang atau berhenti terus Imran bertanya.
Ambil cuti panjang je. Saya balik ni pun sebab nak tengok Papa. Kalau keadaan dia dah bertambah baik nanti, saya akan balik semula ke Australia. Ulang-alik dari sini ke Australia. Stay sini seminggu, balik sana dua tiga minggu. Macam itulah rancangannya.
Tak penat ke nanti buat macam tu
Papa suruh saya balik Malaysia tapi saya pula tak boleh nak tinggalkan kerja saya di sana. I think this is the best solution for now.
Ikut awaklah yang mana awak rasa baik. Tapi, saya lagi suka kalau awak nak tinggal terus di sini.
Kenapa Awak nak offer saya kerja ke Nadhirah menjeling ke arah Imran yang sedang memandu.
Nak ke awak kerja dengan saya Imran mengangkat keningnya.
Tak kuasalah. Nanti asyik kena buli je dengan awak. Baik saya duduk rumah je. Nadhirah menolak.
Walaupun puas didesak oleh Tan Sri Malik, namun Nadhirah tetap juga berkeras. Dia enggan lagi tinggal bersama mereka apatah lagi bekerja di bawah satu bumbung. Nadhirah tidak mahu lagi mempunyai apaapa kaitan dengan keluarga Tan Sri Malik.
Lagipun dia mahu terus menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pengetahuan Imran. Itu sahaja yang penting buatnya kini. Nadhirah tidak mahu memikirkan kesan yang bakal diterima jika Imran tahu siapa dia yang sebenar. Statusnya selaku anak luar nikah benar-benar menakutkannya. Nadhirah tidak mahu kehilangan Imran atas sebab berkenaan.
Kalau awak nak, saya okey je.
Tawaran ini sememangnya berani diluahkan kerana Imran pasti Nadhirah akan menolak. Dia juga sebenarnya ragu-ragu. Tak mungkin dia akan membenarkan Nadhirah bekerja di Emerald Group. Sudahlah masalah yang tercipta dengan kedua orang tuanya belum lagi dapat diselesaikan. Takut juga Imran kalau Nadhirah dapat menghidu apa yang berlaku.
Okey, kita dah sampai, jom kita angkat bagasi awak ke atas sekarang. Saya tak boleh stay lama sebab saya ada meeting lagi 20 minit. Boleh tak cik intan payung Imran mengenyitkan matanya.
Kereta Nissan Skyline milik Imran diparkir betulbetul di hadapan bangunan apartment setinggi 15 tingkat itu. Setelah segala bagasi Nadhirah dikeluarkan dari bonet, mereka berdua terus menuju ke arah lif yang tersedia.
Saya ada meeting dengan client sekejap lagi nie.
Ujar Imran
Ada meeting Sibuknya awak
Ye la. Sibuk sikit. Imran memegang tangan Nadhirah.
Okey, tak apalah. Nadhirah melangkah longlai.
Dia yang kepenatan bertambah penat dengan layanan Imran terhadapnya. Bukan mahu mengadangada apatah lagi mahu merungut. Namun tingkah Imran kebelakangan ini menyebabkan Nadhirah sedikit berjauh hati.
Ala, janganlah macam ni. Senyum sikit boleh tak
Tak apalah. Saya faham. Melihat riak Imran yang penuh rasa bersalah Nadhirah berlembut hati. Biarlah dia bertolak ansur kali ini.
Thats my girl.
By the way, kita nak terus naik ke rumah awak ke Imran bertanya.
Nope, ada lagi urusan dokumentasi yang saya kena buat,jadinya saya nak kena pergi pejabat pengurusan dululah dekat tingkat satu. Nadhirah menjawab sambil dia sibuk mengemaskan rambutnya yang sudah kelihatan kurang kemas.
Awak tak payah naiklah ya Hantar sampai sini pun dah kira baik. Nadhirah membuat keputusan. Dia faham dengan kesibukan Imran tika ini.
Betul ni, awak boleh handle semua Imran memohon kepastian.
Awak, saya bukan budak umur sepuluh tahun, trust me. Saya boleh handle, dont worry. Nadhirah tahu apa yang bermain difikiran Imran.
Betul
Betul. Awak pergilah. Nanti lambat. Nadhirah meyakinkan Imran untuk beredar apabila dia melihat Imran sedikit ragu untuk melepaskan dia sendirian.
Okey, take care. Nanti malam saya call awak. Imran sempat menyentuh pipi Nadhirah sebelum beredar.
Make sure you call. Jangan lupa.
Okey. Rehat, nanti malam I will call you. Imran melambaikan tangannya sebelum keretanya meluncur laju meninggalkan Nadhirah di kawasan lobi kediaman SP Utama.