Baru sahaja hendak pejamkan mata, telefonku berbunyi. Galaxy A kucapai dan tertera nombor tanpa nama. Siapa pula yang telefon malam-malam
Assalamualaikum, siapa ni Soalku sopan.
Waalaikumussalam. Mak cik tak save lagi nombor saya Soal suara di sebelah sana datar. Macam berjauh hati aje dengarnya.
Malas nak save, jawabku selamba dengan nada paling malas.
Sampai hati. Saya save nombor mak cik.
Ish macam tak ada benda lain yang ingin dibicarakan je. Pasal tak save nombor pun boleh dijadikan isu. Kebudak-budakan sungguh! Namun aku tiba-tiba teringat akan persoalan yang bermain di mindaku sejak tengahari tadi.
Ha, macam mana Niel tahu akak ada dekat restoran tu
Perlu ke saya jawab Suara Niel senada.
Perlu! Penat fikir jawapan tahu tak, balasku dengan suara yang tegas.
Kereta mak cik yang warna hijau terang-
benderang tu, dari jarak lima kilometer pun saya boleh nampak dan kebetulan pula saya lalu dekat kawasan tu. Apa kata mak cik tukar warna kereta tu Sakit matalah. Selamba sahaja Niel suarakan pendapatnya.
Sedap aje mengata kereta orang. Akak suka warna tu, jadi suka hati akaklah. Aku tidak mahu kalah.
Masalahnya mak cik pandu kereta, duduk dalam tu tak nampak warna kereta sendiri. Orang lain yang nampak sakit mata. Tak faham betul dengan perempuan ni. Ada sesetengah tu pilih warna pink secerah-cerahnya. Cubalah jadi matang sikit pilih warna kereta, komen Niel tanpa berlapik. Ini sudah kira tahap mengutuk.
Habis tu warna merah menyala Ferrari dia tu sedap sangatlah mata memandang agaknya Ikutkan hati memang ingin sahaja aku melawan, tapi mahu sampai ke subuh pula bertengkar pasal kereta ni.
Macam mana Niel dapat nombor akak Aku terus berpindah ke persoalan lain pula.
Apa yang susahnya, telefon mak cik duduk dengan saya tiga jam. Dalam tempoh tiga jam tu macammacam saya dah buat dengan telefon mak cik. Lagi-lagi telefon yang tak ada password. Niel ketawa perlahan. Aku hanya mampu menutup mata beberapa saat. Geramnya!
Apa yang Niel buat dengan telefon akak, hah! Suaraku kali ini berubah menjadi serius.
Macam-macam saya godek. Niel masih ketawa.
Ya Allah, sabarkanlah aku! Maknanya semua gambar di dalam Galaxy A aku ni dah diselongkarnyalah, kan Hesy, mujur juga tiada gambar aku yang tidak bertudung.
Tahu tak akak boleh suruh polis tangkap Niel sekarang juga. Suaraku sengaja dikendurkan.
Atas jenayah apa
Pertama: Menculik. Kedua: Mengganggu ketenangan pagi kawasan perumahan dengan membunyikan hon banyak kali atau boleh dipanggil sebagai tresspassing. Ketiga: Mengaku sebagai adik. Keempat: Menceroboh telefon bimbit orang tanpa izin. Kelima. Aku terhenti seketika sambil berfikir.
Mak cik ni nampak benda tak elok aje tentang saya. Jahat sangat ya saya ni sampai yang baik-baik semua mak cik tak nampak dah. Suara Niel berubah sayu sedikit.
Tiba-tiba aku diselubungi dengan rasa bersalah. Siapa yang menolongku ketika aku takut dengan laut semalam Siapa yang selamatkan aku dari lelaki-lelaki bermotor dan bawa aku balik dengan selamat sampai ke rumah Siapa yang selamatkan aku dari makan tengahari yang merimaskan dengan Encik Fitri
Semua jawapannya adalah N.I.E.L. Niel.
Sorry Niel, akak tak sengaja. Janganlah kecil hati. Ya terima kasih untuk semuanya termasuk belanja makan tengahari tadi. Tapi, apa-apa pun akak tetap rasa nak marah sebab semua yang berlaku ni berpunca dari salah Niel. Aku mendengus perlahan.
Niat untuk berbaik-baik aku padamkan sejenak apabila terkenangkan kembali punca masalah kami yang sebenarnya.
Ish, tak akanlah orang yang macam mak cik tak percaya pada takdir Allah Sejahat-jahat saya ni pun tetap percaya dengan ketentuan takdir. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Bukannya saya sengaja nak culik mak cik pun. Dah tersilap culik, nak buat macam mana. Lagipun secara praktikalnya, bukan salah saya. Salah Bad dengan Tom yang tak tengok betul-betul. Bebelan Niel cukup panjang.
Itulah, lain kali upahlah penculik profesional. Sempat aku menjawab dalam hati.
Nelly macam mana Sengaja aku ubah topik perbualan.
Kenapa mak cik tiba-tiba tanya pasal dia
Niel nampak rileks aje. Mana tahu kut dah berbaik dengan dia.
Mestilah belum. Kalau tak, tak akanlah saya keluar makan dengan mak cik tadi. Cukup spontan jawapan Niel.
Maksudnya aku dipergunakan untuk mengisi kebosanannya. Sedihnya hatiku. Sedih, sedih, sedih.
Niel ni selain dari kena pergi Sekolah Budi Bahasa, rasanya kena pergi Sekolah Jaga Hati Orang, balasku dan Niel terus ketawa pendek.
Mak cik ni macam-macamlah. Mak cik pun kena pergi Sekolah Tidur supaya tidur tak mengigau. Oh panasnya jantung hatiku dengan perlian Niel. Membuak-buak rasa geram.
Okeylah, saya dah mengantuk ni. Selamat malam mak cik.
Talian terus dimatikan. Lagaknya seperti aku yang mengacau dia malam-malam begini. Sabarlah wahai hati.