Sesampai di ruang makan tiada sesiapa di situ. Namun sarapan sudah terhidang di atas meja. Ya Allah, mi kari! Sedapnya. Cepat-cepat dia menarik kerusi makan untuk duduk. Rasa dah tak sabar hendak merasai mee kari yang sudah menusuk rongga hidungnya.
Harap Encik suka.
Tiba-tiba Arissa muncul dari dapur bersama dulang teko dan cawan.
Memang saya suka. Mana awak tahu saya suka mi kari soalnya yang sudah menjamah mi kari itu beberapa sudu.
Badrul beritahu saya. Saya tengok bahan-bahan kat dalam tu ada. Jadi saya masaklah tadi, jelas Arissa yang sudah menuang air kopi ke dalam cawan. Badrul mana
Kat belakang. Sidai baju dia, jelas Arissa.
Duduklah, suruhnya.
Air kosong yang sudah disediakan berada di dalam gelas, digogoknya dengan rakus sekali. Pedas sungguhlah mi kari ni! Keluhnya sendiri.
Arissa akur lalu duduk tidak jauh dari Hakimi.
Esok kita ke Bank... lepas tu hantar duit tu ke tempat awak pinjam duit. Awak tahu tempat tu soal Hakimi masih memandang Arissa.
Mestilah saya tahu. Dah saya ke tempat tu dulu. Tidak tahu di mana datang keberaniannya ke tempat paling menggerunkan itu. Baru sekarang dia merasa takut.
Berani betul awak ya.
Hakimi sengih lalu menjamah mi kari yang ditambahnya tadi. Pandai Arissa masak, kena dengan seleranya. Gadis sebeginilah yang dicarinya.
Duit punya pasal Encik, sanggup buat apa je masa tu, keluh Arissa tunduk memandang meja makan berkaca itu.
Hakimi senyum sambil mengesat peluh yang meleleh di tepi pipi.
Kenapa awak buat pedas sangat kari ni ya Begitu pun dia terus menyuap masuk ke dalam mulutnya.
Badrul pesan kat saya suruh buat pedas. Bos suka pedas-pedas.
Kari tak payahlah pedas sangat, keluhnya.
Arissa ketawa kecil melihat Hakimi mengesat peluhnya berkali-kali.
Sedap Bos
Badrul muncul dari arah dapur lalu duduk berhampiran Hakimi. Kopi yang sudah dituang oleh Arissa diteguknya.
Yang kau suruh Arissa buat kari ni pedas-pedas kenapa jeling Hakimi.
Bos kan suka pedas berapi. Badrul sengih sambil meletak cawan di atas piringnya semula.
Itu kalau goreng! tekannya. Kena tukar bajulah lepas ni, keluh Hakimi.
Arissa sengih. Masak pedas salah tak masak pedas bising pula. Macam-macam.
Lepas hantar duit tu nanti saya boleh balik ke rumah saya ke soal Arissa ingin tahu kalau-kalau Hakimi punya rancangan lain untuknya. Terasa dirinya sudah diikat oleh Hakimi walaupun akad belum dilafazkan.
Awak boleh balik dan ambil baju je. Lepas tu datang balik ke sini semula. Banyak benda nak kena buat. Umi saya nak balik hujung bulan ni. Hujung bulan tinggal dua minggu je lagi. Kita kena kahwin cepat! laju tutur Hakimi kemudian menjelir lidahnya kerana terlalu pedas.
Bagai disambar petir dadanya disaat lelaki itu menyebut kita kena kahwin cepat. Memang tak sangka yang dia akan bersetuju dengan idea gila Hakimi.
Bos ni... dah tahu pedas tak payahlah tambah! Badrul bangun dan mengangkat mangkuk mi dan kuah kari tadi ke dapur. Kalau dibiarkan di situ alamat tak berhentilah Hakimi bersarapan dan mungkin makan tengah hari dengan mi kari.
Sedap tau tak! tingkah Hakimi.
Arissa, jangan masak sedap-sedap. Badrul muncul semula dari dapur.
Hakimi mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan dan kemudian bangun.
Saya nak tukar baju dulu. Dah berlengas dengan peluh. Hakimi melangkah menuju ke tangga lalu naik menuju ke tingkat atas. Betullah budak ni... buat aku berpeluh sampai lencun baju, keluhnya sendiri sebaik sampai di biliknya.
Hakimi masuk ke dalam bilik persalinan, kecil sedikit dari bilik yang diduduki. Baju yang dipakai ditanggalnya kemudian masuk ke bilik mandi untuk mencuci muka. Seketika dia kembali dan mencapai sehelai baju kemeja berwarna biru lalu disarung ke tubuhnya.
Selesai mengemaskan dirinya dia kembali melangkah keluar dari biliknya dan terus menuruni tangga menuju ke tingkat bawah.
Hari ni ada orang cuci rumah. Nanti dia masuk ke dalam bilik saya, nak cuci tu semua. Awak tolong perhatikan ya, pesan Hakimi yang sedang mengenakan kasutnya.
Encik percaya kan saya
Hakimi memandang Arissa. Macam mana boleh jadi begitu ya
Dah awak nak jadi isteri saya, saya kena percaya kan awaklah, tegasnya.
Arissa mengangguk beberapa kali.
Ya, baik Encik.
Hakimi memandang Arissa yang berdiri tidak jauh darinya dengan senyuman. Entah mengapa tutur Arissa membuat dia sentiasa senyum. Semakin lebar senyumnya melihat gadis itu berpakaian. Arissa masih memakai baju t-shirt labuh sehingga ke lutut dan berkain pelekat. Sama seperti orang pelarian menaiki tongkang.
Nanti awak masuk ke dalam bilik saya... tengok t-shirt saya kat dalam tu. Kut-kut ada yang boleh awak pakai. Entah macam apa je rupa awak sekarang ni. Karang terkejut pula budak cuci rumah tu. Hakimi ketawa kecil sebelum bangun dan melangkah ke pintu.
Arissa menjeling bengang. Menyampah!
Saya pergi dulu, kata Hakimi menoleh memandang Arissa.
Ya, jawab Arissa.
Hakimi melangkah ke arah kereta yang sudah pun sedia menunggunya di luar pagar. Sebaik berada di dalam kereta pintu pagar itu bertutup sendiri.
Arissa ni tak ada mak, ayah ke soal Hakimi memandang Badrul yang sedang memandu di sebelahnya. Hmm... dia tidak tahu tentang latar belakang gadis itu.
Dia anak yatim piatu Bos. Dibesarkan dekat rumah anak yatim... kat mana entah.
Hakimi mengangguk beberapa kali. Entah mengapa hatinya sedikit terusik dengan situasi diri Arissa.
UKANG cuci tu tak jadi datanglah Arissa,
Tkeluh Hakimi di sebelah sana.
Tak apa, Encik... saya boleh buat. Dia menawarkan diri untuk mengemas rumah itu.
Tak payah... saya bayar dia orang untuk cuci rumah saya. Nanti kalau awak dah buat, dia orang nak buat apa. Saya suruh dia datang lusa nanti! keras suara Hakimi di sebelah sana.
Arissa senyap.
Makan malam ni masak apa
Sambal belacan je kut. Spontan Arissa menjawab.
Hakimi sudah ketawa kuat di sebelah sana.
Tak apa, saya makan. Dapat makan dengan nasi panas-panas bersama ikan sepat masin, pergh! Meleleh pula liur saya ni. Dia menyambung tawanya namun tidak sekuat tadi.
Arissa senyum. Dahsyat juga lelaki ni. Sangkanya selera lelaki ni kebaratan tapi tak sangka sambal belacan dan ikan masin juga dibedalnya.
Saya ingat Encik suka western food.
Kenapa awak cakap macam tu Hakimi menyoal.
Yalah... orang kaya-kaya ni selera mereka lebih ke barat dari ke timur.
Hakimi ketawa untuk kesekian kali.
Tekak Melayu, tak ke mana. Tak mengenyangkan langsung makanan macam tu. Buat saya lapar lagi adalah.
Arissa senyap namun ada senyuman di bibirnya.
Dalam peti sejuk tu, dekat tempat sayur-sayur ada sepeket ikan sepat masin. Nanti gorenglah.
Wah, tahu sahaja benda-benda begitu lelaki ni! Agaknya dia yang membeli belah barang-barang dapur dan sebagainya.
Saya ingat nak masak ikan kerapu tiga rasa untuk makan malam. Tengok ada ikan kerapu dalam frezeer tadi. Itulah rancangan awalnya. Tapi dah Encik suruh goreng ikan sepat je, saya tak masaklah ikan kerapu tu ya, katanya sebagai ingin menduga lelaki itu.
Ehhh... jangan macam tu. Esok makan ikan sepat tu. Hari ni masak apa awak nak masak. Ada tawa kecil Hakimi di sebelah sana.
Lebar sengih Arissa.
Okeylah... saya ada meeting. Nanti apa-apa saya call awak. Assalammualaikum.
Waalaikumussalam, jawab Arissa lalu memutuskan talian
Arissa bangun dari duduknya. Berpusing dia memandang sekitar ruang tamu dan ruang makan itu. Apa yang patut dibuatnya sekarang Nak masak awal lagi. Baru pukul 10.00 pagi. Kembali dia duduk sambil membelek telefon bimbitnya.
Hello, Shima. Aku ni. Akhirnya dia menelefon teman baiknya di sebelah sana. Haa... apa halnya
Kerja
Habis... nak duit kenalah kerja, keluhnya.
Arissa senyap sambil melepaskan keluhannya.
Kau kat rumah bos kau lagi ke soal Shima di sebelah.
Aah, jawab Arissa.
Lama kau dekat rumah Bos kau ni, Ris.
Arissa senyap dan masih berkira-kira mahu menceritakan perkara sebenar pada temannya itu. Kembali kepalanya pusing dengan situasi dirinya. Rasa seperti mimpi je.
Kalau ada benda nak cakap, beritahu aku sebelum aku sibuk ni. Bos aku cuti dua hari. Pergi ke Langkawi. Arissa masih senyap.
Ris...
Aku bohong kat kau rengeknya.
Haa
Aku bohong kat kau, ulangnya.
Apa yang kau bohong soal Shima.
Bos aku.
Bos kau Kenapa
Sebenarnya bos aku tu lelaki. Dia pasti sangat yang Shima akan terkejut.
Apa Bujang Dah kahwin laju soalan Shima.
Bujang. Perlahan jawapan Arissa.
Apa!
Arissa senyap. Begitu juga dengan Shima.
Tapi, kami tak buat apa-apa tau. Dia nak tolong aku bayar duit along tu tapi aku kena tolong dia.
Wah... ini ada ubi ada batas, ada budi kena balas. You help me, Ill help you. Pandai sungguhlah dia orang ni ya...
Kau sindir aku ke rengek Arissa.
Taklah... tetapi itulah manusia. Selagi bernama manusia budi kena balas. Tak ikhlas dalam membantu.
Yalah, mana ada budi yang free sekarang, semua kena berduit! tegas Shima di sebelah sana. Arissa tidak bersuara.
Kau kena tolong apa
Nikah dengan dia. Ada keluhan di hujung katakata Arissa.
Apa! terjerit Shima di sebelah.
Betullah apa yang kau kata tadi. I help you, you help me.
Ya Allah, Ris... habis kau setuju ke soal Shima.
Apa pilihan yang aku ada Tiba-tiba dia seperti hendak meraung dengan keputusan menyetujui idea Hakimi. Namun dia tak sanggup untuk hidup sebagai pelarian dengan hutang Along. Hari ini mungkin dia terlepas, esok lusa, belum pasti lagi.
Jadi kau dah buat keputusanlah ya
Aah...
Tahniah. Tiba-tiba Shima ketawa.
Kepala otak kau! cemuh Arissa bengang.
Shima masih ketawa di sebelah sana. Eh, aku ada hal ni... nanti kita jumpa, sembang panjang-panjang, katanya sebelum menyudahi perbualan mereka.
Arissa memutuskan talian setelah menamatkan perbualannya dan Shima. Kembali rasa sunyi dan sepi melingkari dirinya.