Buat sekian kalinya Ryan ketawa. Fail peribadi milik Hani ditiliknya.
Kau dah datang ke dunia yang betul. Welcome to my world, Hani Abdullah. Kenapalah aku tak tahu kewujudan kau dari dulu Kalau tidak mesti... Ryan berjeda sebentar sebelum melambakkan ketawa.
Entah apa benda yang buat dia geli hati sangat.
Ke tepilah! Saya nak jumpa bos awak, Leez! Lantang suara itu menerjah telinga Ryan bersama pintu pejabatnya yang sudah terbuka.
Sebaik saja melihat tubuh yang masuk dengan muka menyinga itu, Ryan sembunyi senyum. Leez yang cuba menolak lembut badan Hani. Dia pandang riak wajah garang Hani.
Apa hal ni Soal Ryan bagaikan tidak mengerti apa-apa.
Maaf tuan, saya dah halang, tapi... Leez nampak serba-salah.
Hani di sebelah mencebik. Tak payah nak tayang muka serba-salah sangatlah! Bos kau ni memang patut diserang macam ni! Kalaulah dia terjumpa senapang tengah jalan tadi, dah lama dia tembak-tembak muka Ryan.
Its okay. Awak keluar dulu, suruh Ryan dengan gaya yang kononnya cool.
Leez akur. Perlahan-lahan dia bergerak meninggalkan Hani dan Ryan. Dalam hati lega juga sebab tak dimarahi Ryan. Tapi, apa yang bos dia dah buat sampai Hani datang serang macam tu Pekerja syarikat ni menggelarkan Ryan sebagai Topeng Raksasa, tapi sekarang ni kenapa Hani pula yang macam terpakai Topeng Raksasa pula
Hei, Lelaki Sepuluh Juta! Awak dah gila ke hah! Mencerlung biji mata Hani menikam wajah Ryan.
Memang gila bos sepuluh juta ni. Ada ke patut dia pinang aku! Dia ingat aku ni apa Memang tak lah aku nak kahwin dengan lelaki gila harta!
Ryan tersenyum sinis. Lelaki Sepuluh Juta ya Wow! Gelaran baru untuk dia! Bukan dia tak tahu yang pekerja syarikatnya menggelarkan dia sebagai Topeng Raksasa! Tapi, dia suka dengan gelaran tu. Memang dia perlu jadi raksasa untuk sakitkan hati orang yang bertanggungjawab dalam kematian...
Hoi! Awak dengar tak
Ryan tersentak, Awak je Hei, panggil aku tuan!
Tuan Sejak bila awak jadi tuan saya Lupa ke yang saya dah kena pecat. Jangan berangan jadi tuan lah. Ingat awak kaya, ada perniagaan besar, satu dunia ni kena panggil awak tuan Berangan! Hambur Hani geram.
Baru kau tahu siapa Hani Hei tengok kaki lah bro! Ingat aku ni perempuan gemah-gemalai yang akan akur dengan kau Mimpilah!
Kurang ajar. Cukup kurang ajar... kutuk Ryan penuh bersahaja.
Muka Hani terteleng ke atas.
Ya saya kurang ajar! Tapi, hanya dengan orang yang sama-sama kurang ajar! Jari telunjuk Hani terhala pada Ryan.
Wow! Amazing girl!
Sekarang cakap, apa motif awak hantar rombongan meminang ke rumah saya, hah Sambung Hani dengan jeritan yang mula keluar dari anak tekaknya.
Ryan mencebik. Sikit pun tak terkesan dengan jeritan Hani. Sesaat kemudian dia menggeleng kecil.
Tak payah jeritlah. Nanti rosak pula anak tekak tu. Cuba cakap lembut-lembut. Telinga aku masih belum bercerai dengan badan aku.
Aku dengar apa yang kau tanya. Tak perlu nak test suara dekat sini, lembut suara Ryan, namun cukup menyakitkan hati sesiapa saja yang mendengar.
Hani, lagilah sakit hati! Beria-ria dia marah, boleh pula mamat tu tayang muka seposen.
Huh! Telinga tak bercerai dengan badan konon! Patutnya nyawa kau tu bercerai dengan jasad! Desis Hani perlahan.
Terkejung Ryan mendengar desis perlahan yang keluar dari bibir gadis itu. Dia nak aku mati! Cis mulut tak bertapis!
Fine! Kita cakap elok-elok. Sekarang ni saya nak tanya kenapa awak hantar rombongan meminang ke rumah saya Nada suara Hani mulai kendur.
Easy question! Untuk apa aku hantar orang masuk minang Sebab aku... Ryan jeda.
Cakaplah cepat! Sergah Hani tak sabar.
RYAN jungkit kening, Sebab aku nak
kahwin dengan kau lah.
Kahwin
Yelah, kahwin. Tak kan nak berdansa pula
Hani bengang. Jawapan lelaki tu tak boleh pakai! Dia ni tengah main-mainkan aku ke apa Ke dia dah gila sebab terlepas kontrak sepuluh juta tu
Saya tahulah apa makna peminangan, tapi soalan saya sekarang kenapa awak masuk minang saya Awak baru pecat saya seminggu lepas sebab dah hilangkan kontrak bernilai sepuluh juta awak tu dan tiba-tiba, minggu ni datang masuk minang pula. Semua ni tak masuk akal, kecuali...
Kecuali apa Kedua-dua kening Ryan terangkat.
Kecuali awak dah jatuh cinta pandang pertama dengan saya. Hah! Entah-entah awak jatuh cinta dengan saya tak Mata Hani terbuntang luas bila kenyataan itu tiba-tiba muncul di kepalanya.
Mana tahu lelaki tu jatuh cinta pandang pertama dengan dia sebab dia la satu-satunya gadis yang berani buat lelaki tu hilang sepuluh juta tanpa memohon maaf
Bam!!!
Terhinjut bahu Hani dek hentakan kuat di meja. Hilang semua angan-angannya.
Aku... jatuh hati pada kau Pandang pertama Sarkastik bunyi suara Ryan tu.
No... no... no... Kau ingat aku ni jenis lelaki yang akan jatuh cinta pandang pertama Kau tengok aku betul-betul. Tak kan lah lelaki perfect macam aku ni nak sukakan perempuan macam... mata meliar kasar ke arah Hani.
Ditelek Hani atas ke bawah berulang kali, Kau... sambungnya kemudian.
Tercengang Hani dibuatnya. Pandangan tu macam jijik melihatnya. Lelaki ini dah melampau!
Perfect Awak kata diri awak tu perfect Awak buat lawak ke Kalau bukan suka, habis tu kenapa awak pinang saya
Sebenarnya Hani rasa hatinya terherdik sedikit. Malunya dia sebab perasan mamat tu jatuh cinta pandang pertama. Itulah kau Hani!
Perasan tak sudah-sudah.
Kau betul-betul nak tahu ke
Mestilah. Kalau tak, kenapa saya tanya.
Kalau kau dah tanya, aku perlulah bagi jawapan, kan Aku pinang kau sebab diri kau sendiri, beritahu Ryan dengan bibir terjongket naik.
Diri saya Jari Hani terhala pada diri sendiri.
Blur!
Sebab status kau, suara Ryan berbunyi lagi.
Status Hani semakin pelik. Ada apa dengan statusnya
Sebab kau anak luar nikah!
Apa!!! Terjerit juga Hani akhirnya. Tak berkelip dia pandang Ryan masih duduk angkuh di atas kerusi besarnya.
Apa yang awak merepek ni Siapa anak luar nikah Saya Saya bukan anak luar nikah! Nafi Hani geram.
Suka hati je mamat ni. Aku rasa nak rendam aje dia dalam pencelup baju warna unggu, biar seluruh badan kau bertukar unggu! Siapa anak luar nikah Aku anak sah taraf la!
Kau boleh nafikan banyak mana kau nak, tapi kau tak boleh buat aku percaya sebab... Ryan menekup telinganya sendiri.
Hani memandang geram. Namun masih sabar menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Lelaki Sepuluh Juta ini.
Aku lebih percaya apa yang aku dengar dari apa yang keluar dari mulut kau, tambah Ryan kemudiannya.
Tapi ,saya betul-betul bukan anak luar nikah! Saya ada ayah dan emak!
Emak Maksud kau perempuan yang tinggal dengan kau tu Hei, aku dah siasatlah. Dia tu cuma mak angkat kau aje. Dia pernah bekerja di rumah kebajikan tempat tinggal kau dulu. Rumah anak yatim Cahaya An-Nur. Lagi satu, nama kau tu... Hani binti Abdullah. Nama kau dah buktikan yang kau lahir dari hubungan yang...
Diam! Potong Hani sebelum Ryan melanjutkan bicara yang cukup menyakitkan telinga.
Dengar sini, awak dah salah faham. Memang saya berbintikan Abdullah, tapi tu sebab nama ayah saya, Abdullah. Memang betul mama saya tu mak angkat, tapi emak yang saya maksudkan adalah mak kandung saya. Dia dah meninggal. Saya bukan anak luar nikah!
Oh ya Kau masih nak nafikan Kalau betul lah kau bukan anak luar nikah, mana pergi ayah
kau Dah meninggal juga ke Hani terdiam.
Kenapa diam Kau memang anak tak sah taraf, kan
Soalan berulang kali mengenai statusnya buat Hani berasa bengang. Sejujurnya dia bukan seperti yang dikatakan Ryan. Memang ayahnya bernama Abdullah dan dia tak tahu di mana ayahnya berada. Ayahnya lari dari rumah saat umurnya tujuh tahun. Kalau ditanya di mana ayah kandungnya, memang dia akan diam sebab dia tak tahu dan dia tak ingin tahu di mana orang tua tak bertanggungjawab itu berada.
Kalau betul saya ni macam dikatakan awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya Mana ada orang nak kahwin dengan perempuan berstatus seperti yang diperkatakan awak tu Kalau ada pun, mungkin sebab cinta. Tapi, awak tak cintakan saya, jadi kenapa awak nak kahwin dengan saya Duga Hani berani.
Kalau difikirkan balik, mana ada orang nak kahwin dengan perempuan berstatus anak tidak sah taraf. Kecualilah atas sebab cinta. Tambahan pula lelaki seperti Ryan tu. Memanglah tak mungkin!
Sebab status kau tu, boleh buat aku berjaya dalam rancangan aku. So, aku nak kau kahwin dengan aku!
Rancangan Lelaki ni buat rancangan apa pula Rancangan nak korbankan aku ke
No! Maaflah, tapi saya tak berminat nak masuk dalam rancangan awak tu. Saya tolak pinangan awak! Tanpa belok-belok, Hani menolak.
Kalau dah tak suka, tolak je lah, kan
Saya rasa saya dah habis dekat sini. Saya balik dulu dan sekali lagi saya cakap, saya tak nak kahwin dengan awak! tegas Hani. Dia menjeling sekilas pada wajah tak beriak Ryan sebelum berpusing ingin pergi.
Berapa kau nak Aku boleh bagi berapa saja
kau nak.
Kaki yang laju berjalan, terhenti seketika. Hani ketap bibir. Dia ingat aku ni gila duit macam dia ke Lelaki Sepuluh Juta ni ingat aku akan jadi partner dia Tak ingin aku jadi pasangan lelaki tu. Sah-sah nanti aku terkena tempiasnya. Tak nak aku jadi Mrs. Sepuluh juta!
Terima kasih dengan tawaran tu, tapi... Sayatak-ber-minat! Hani menekan suaranya dalamdalam. Sekilas dia memandang Ryan sebelum berpaling dengan angkuh.
Tapi, kalau dia minta sepuluh juta, lelaki tu rela tak agaknya
Hani Abdullah. Anak angkat kepada Puan Maizurah. Ada kakak bernama Sarah dan adikadik yang disayangi di rumah anak yatim Cahaya An-Nur.
Buat sekian kalinya, kaki Hani terhenti melangkah. Laju dia berpusing dikala mendengar Ryan seakan membaca latar belakangnya. Nada lelaki tu buat dia tak senang. Melihat Ryan memegang beberapa helai kertas, buat hatinya berdebar. Lelaki tu betul-betul menyiasat tentang dia ke
Mungkin kau tak kisah kena pecat dan kau tak hairan walaupun aku tawarkan wang ringgit, tapi agaknya kalau aku susahkan orang-orang kesayangan kau macam mana
Apa maksud awak Hani yang berdiri hampir di muka pintu, berlari kembali ke arah Ryan. Mendekati lelaki itu dengan mata terbeliak. Sungguh dia tak sedap hati mendengar ucapan seperti ugutan itu.
Sarah, kakak kau, kan Anak mak angkat kau Dia kerja mana sekarang Hah, arkitek dekat syarikat Zalif, kan Tanya Ryan dengan muka separa jahat.
Cara lembut tak jalan, cara keras lah kita guna. Kenapa dengan kakak saya
Tak ada apa-apa cuma... Syarikat Zalif tu merupakan salah satu syarikat yang perlukan kerjasama dengan syarikat aku. Rasanya kalau aku suruh apa saja, mereka akan ikut demi kerjasama dengan syarikat besar aku ni. Kau rasa kalau aku suruh dia orang pecat kakak kau, dia orang ikut tak sengaja Ryan buat-buat tanya.
Berubah terus muka Hani dibuatnya. Perubahan yang buat Ryan tersenyum suka.
Dengar sini, walau macam mana pun, aku nak kau kahwin dengan aku! Kalau tak, kerjaya kakak kau akan musnah! Ugut Ryan. Sekelip mata wajahnya berubah jahat.
Berdegup kencang jantung Hani dek perubahan suara dan riak wajah Ryan yang tibatiba. Riak mengugut seperti samseng dan terlukis wajah nekad di wajah lelaki tu.
Inikah Topeng Raksasa yang selalu dikatakan oleh pekerja syarikat ni
Lagi satu, aku dengar ada salah seorang dari anak yatim dari rumah kau menginap tu sakit jantung dan perlukan pembedahan. Dengar kata kau sendiri terlibat dalam mencari penderma untuk budak tu. Kalau macam tu apa kata, kau kahwin dengan aku dan segala pembiayaan budak sakit tu, aku tanggung sepenuhnya. Macam mana
Awak tengah ugut saya atau awak tengah tawarkan bantuan
Soalan penuh emosi dari Hani buat Ryan capai pen di atas mejanya. Badannya dibengkokkan hingga berlaga dengan mejanya. Tangannya bermain dengan pen itu sambil menunduk. Namun semua itu hanya seketika. Tiba-tiba saja dia mencampak jauh pen itu ke lantai dan senyuman jahatnya bergayut di bibirnya. Wajahnya diangkat hingga Hani sendiri terkesima.
Dua-dua! Keras suaranya seakan menikam tepat ke arah jantung Hani.
Awak... awak... terasa bibir nipisnya gagal bersuara tiba-tiba.
Aku tak nak main-main lagi dengan kau. Dengar sini cik Hani. Tak kira apa pun, kau perlu kahwin dengan aku atau tak kerjaya kakak sulung kau jadi pertaruhan dan juga... Nyawa budak yatim tu jadi sasaran. Kalau kau tak nak ikut apa yang aku suruh, jangan harap seorang penderma pun akan tolong budak tu. Satu lagi, aku akan pastikan yang keluarga kau akan hidup susah.
Menggeletar kaki Hani yang masih berdiri. Bila-bila saja dia rasa mampu jatuh terduduk. Lelaki di depannya sekarang bukan seperti lelaki yang dia hadap sebelum dia dipecat. Bukan juga lelaki yang bersikap tenang seperti mula-mula dia masuk ke bilik ini.
Lelaki itu seakan bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Cara pandangannya seolah-olah ingin membaham mangsa.
Deal-or-not Satu-satu disebut Ryan bersama telefon bimbit yang ditayang di hadapan Hani. Sungguh Hani terkelu sendiri.