Kenapa pula ni Kau nak pergi mana
Adalah
Kau jangan nak buat kerja gila lagi. Aku dah tahu sangat dengan perangai kau ni. Kau nak jumpa mamat kerek tu, kan
Mestilah. Aku ada baca dekat fanpage, dia buat photoshoot hari ni
Aku rasa, mamat tu dah mandremkan kaulah, selamba Syakila berkata sebegitu.
Banyaklah kau punya mandrem! Kalau kau tengok dia dengan mata hati, hati kau mesti terpaut. Hari-hari, wajah dia yang kau ingat.
Heii, tak kuasa aku. Kalau aku jumpa mamat tu lagi, memang aku akan pastikan dia balik dalam keadaan OKU
Janganlah macam tu, Syak. Tak pasal-pasal, muka
kau masuk kat frontpage media. Kau nak
Biarlah. Mamat tu ada hutang dengan aku! Kurang ajar. Nak aje aku cubit-cubit mulut dia tu. Tak pun aku ambik kapak patahkan semua gigi dia. Biar rompong tak ada gigi!
Kau cakap macam ni, sebab kau syok dekat dia juga ke
Minta simpanglah! Kalau kau jumpa dia, sampaikan salam maut daripada aku dengan pesanan, tolong jangan muncul depan aku lagi. Kalau tak aku cekik dia hidup-hidup!
Hmm, dahlah. Aku nak keluar ni. Okey, bye! Klik.
Selesai mematikan panggilan, Zainura bergegas masuk ke dalam kereta. Sempat gadis itu meneliti wajahnya di cermin bersama senyuman yang mula terukir di bibir.
Dah cukup cantik ni rasanya. Janganlah Zairis tu buat aksi menggoda kat sana. Malu dekat public figure nanti Eee, perasannya!
Kereta mula bergerak pergi. Tak silap Zainura, Zairis buat photoshoot dekat pusat membeli-belah di Alamanda, Putrajaya. Tak apalah jauh sikit perjalanan, asalkan Zairis ada!
SYAKILA menyuruh pemandu teksi memasuki kawasan I-City, Shah Alam. Dah si Nura tu berjalan sakan, takkan aku pun tak boleh sama So, apa lagi Enjoy!! Bisik hati Syakila.
Syakila terus keluar apabila selesai membayar tambang teksi. Pada waktu malam, memang kebiasaan begitu ramai pengunjung yang datang. Ditambah pula dengan lampu warna-warni yang berkelip-kelip di seluruh pokok buatan, turut menambahkan keceriaan di hati semua pengunjung.
Dia berjalan-jalan, mengelilingi kawasan itu. Telefon pintar sentiasa di tangannya. Asal berdiri di sebuah pokok, mulalah nak berselfie. Sehingga tidak sedar, ada yang mencuri pandang ke arahnya.
Selfie macam beruk!
Hah Syakila tersentak! Siapa yang panggil dia beruk ni Terus kepalanya mencari dari mana datangnya suara itu.
Zairis Haikal Seorang diri pula lelaki itu.
Beruk pun lagi mulia ambil gambar. Selfie gaya beruk, perangai pun macam beruk! Kutuk Zairis. Dia menghampiri Syakila.
Siapa beruk Sampai di hadapan Syakila, dirasakan kolar bajunya dicekak. Gangster beruk!! Buk!
Tumbukan mengena tepat pada wajah Zairis. Memang mamat ni cari pasal! Macam mana dia boleh ada kat sini Bukan dia ada photoshoot ke macam Nura cakap tadi
Woi, kau ni memang minah sewelkan Otak kau ada tertinggal skru kat mana-mana, ke Dipegang wajahnya. Sakit juga. Boleh tahan kuat tumbukan gadis itu.
Suka hati kau aje cakap apa, kan Jadi suka hati akulah nak tumbuk kau ke... yang penting aku nak bagitau yang aku bukan beruk! Syakila sudah membuka kasutnya. Macam nak dibaling ke arah lelaki itu seperti semalam.
Relakslah. Kau ni, cepat betul marah.
Peduli apa aku!
Okey, bye! Zairis menghilang begitu saja. Takutlah tu!
Tiba-tiba, Syakila rasa seperti ada beberapa pasang mata yang menjeling tajam ke arahnya.
Dah kenapa jeling aku Nak makan kasut
Masih menjeling
Eii, lepak sini pun boleh jadi sewel aku ni! getus Syakila lalu beredar. Dah kenapa pandang semacam Huh!
ZAINURA memarkirkan kereta di aras bawah. Dia terus keluar seraya masuk ke dalam pusat membeli-belah tersebut.
Kawasan butik dicari. Dia cuba memastikan nama butik itu sama dengan apa yang dilihat di fanpage. Tidak lama selepas itu, dia mula menjumpai apa yang dicari. Hmm, inilah butik yang terkenal tu. Tempat Zairis buat photoshoot. Tapi, kenapa tak ramai ek
Zainura rasa, dia yang bertuah. Tengoklah, dari jauh aje dah nampak Zairis. Walaupun tubuh lelaki itu membelakangi, tapi nampak handsome dan macho sangat!
Zairis, my baby. I datang ni Terus dipaut lengan lelaki itu tanpa melihat wajahnya terlebih dahulu.
Baby Berani kau pegang suami aku Perempuan apa kau ni Seorang wanita mula mendekati. Tubuh Zainura dihempuk dengan beg tangannya.
Perempuan tak guna! Gatal merenyam. Abang, ni siapa Cakap dengan saya sekarang! Ohh, kat luar menggatal ya Wanita itu bercekak pinggang. Manakala lelaki itu yang sudah memalingkan tubuh, mula terpinga-pinga.
Wajah Zainura berubah kaget. Alamak! Dia salah orang ke Cepat-cepat Zainura meninggalkan tempat itu. Telefon pintarnya dibuka. Dia memerhati fanpage Zairis lagi.
Aduh, photoshoot tu dah habis lama. Kenapa aku baru perasan ni Hati Zainura berbicara. Satu keluhan dilepaskan. Dia duduk di bangku yang tersedia di situ.
Gila kau, Nura! Dari Setia Alam, sanggup kau pergi ke Putrajaya. Kesudahannya, satu apa pun kau tak dapat, bebel hatinya sambil kepala digelengkan.