Mak... panggil Ika ketika melihat Mak Wan sedang mengupas kulit bawang sambil duduk bersila di lantai. Dia mengambil tempat di hadapan ibunya.
Ada apa ni Soal Mak Wan sambil tangannya lincah membuat kerja.
Ika berdeham perlahan. Kenapa Che Jah dan Che Long tak minta semula cincin ni Dia terus pada persoalan yang difikirkan sejak tadi. Cincin pertunangan tersarung itu, disuakan pada Mak Wan.
Mak Wan senyum hambar. Ika pakailah. Che Jah kata tak perlu pulangkan. Dia hadiahkan pada Ika.
Kening Ika bertaut. Eh, tak bolehlah macam tu. Kan, pertunangan Ika dan anak lelakinya dah putus Mana boleh Ika pakai cincin ni lagi Mak pulangkan ajelah pada Che Jah, Ika cuba tanggalkan cincin yang dipakai, tapi tak berjaya. Ketat nampaknya. Kenapa susah sangat ni Jari aku dah gemuk ke apa
Mak Wan tersenyum melihat perlakuan Ika yang terkial-kial mahu menanggalkan cincin itu. Manalah tak ketat. Ika dah pakai sejak umur 15 tahun lagi.
Sekarang Ika dah 22 tahun. Tentulah jari tu membesar.
Ika mengeluh panjang. Usaha untuk menanggalkan cincin akhirnya gagal.
Kalau betul Ika tak mahu pakai cincin tu lagi, lepas masak nanti mak tolong tanggalkan. Ada caranya nak longgarkan cincin tu.
Ish, cincin ni pun satu hal. Sibuk aje nak melekat. Dah tuan kau tak sudi, aku pun tak ingin nak pakai kau lagi, bebel Ika. Bukan dia bersungguh-sungguh berkata begitu. Sekadar bergurau dengan ibunya saja.
Mak Wan masih tersenyum. Kata-kata Ika membuatkan dia berasa lucu. Jangan-jangan Ika ada jodoh dengan anak Che Jah tu, tak Kalau tak, takkanlah cincin tu tak boleh ditanggalkan Usik Mak Wan sambil mencuri pandang pada wajah Ika. Mahu melihat bagaimana reaksi anak gadisnya. Dia saja bergurau dengan Ika.
Ika mencebik. Tak ada maknanyalah, mak. Orang dah tak mahu, buat apa kita nak terhegeh
Sekarang memanglah dia tak mahu. Manalah tahu satu hari nanti kalau dia terpandang wajah anak dara mak yang comel lote ni, terus dia ajak kahwin. Gurau Mak Wan lagi.
Eee... tolonglah. Tak kuasalah Ika nak kahwin dengan anak Che Jah tu. Nak hidup bermadu Minta simpanglah. Ika menggerak-gerakkan bahu. Tanda kegelian apabila terbayang-bayang perkara itu berlaku.
Ika jangan cakap sembarangan. Dibuatnya nanti mulut mak ni masin, haaa.. barulah padan, usik Mak Wan lagi.
Wajah Ika berkerut. Tak suka dengan gurauan ibunya, Mak suka ke kalau dikatakan nanti anak mak ni perampas suami orang
Mak Wan berhenti tersenyum. Tak senang dengan pertanyaan Ika. Sebenarnya dia tak sanggup membiarkan Ika untuk hidup bermadu, tapi sengaja dia menyakat.
Mak bergurau ajelah. Kalau betul anak Che Jah berkenan dengan Ika dan ada niat nak kahwin dengan Ika satu hari nanti, mak adalah orang pertama akan menghalang niat dia, ujarnya separuh serius. Separuh lagi dia tak berani jamin kerana jodoh bukan terletak di tangannya. Kalau benar jodoh anak gadisnya dengan suami orang, apa hendak dikata
Ika memerhati semula cincin di jari manis. Tak sabar menunggu ibunya selesai memasak. Dia mahu ibunya segera membantu tanggalkan cincin itu. Tak hingin dah dia nak pakai.
Topik fasal cincin pertunangan ditolak ke tepi. Kini, dia mengalih tumpuan pada kerja-kerja ibunya. Ada apa-apa yang Ika boleh tolong
Mak Wan menggeleng sambil bingkas berdiri. Tak ada apa-apa. Semuanya dah nak siap. Ika kalau nak tolong, bersihkan kulit-kulit bawang bersepah tu, arah Mak Wan.
Ika memang tak boleh duduk diam. Ada saja hendak dibuat. Nak masak, nak menjahit, nak menari, nak buat kek dan biskut, semuanya nak buat. Tapi, kali ni Mak Wan tak bagi peluang Ika masuk ke dapur untuk masak tengahari. Biarlah Ika berehat. Lagipun hari ini Ika bercuti dari kelas menjahit. Biar anak gadisnya rehat puas-puas.
Okey chef, gurau Ika sambil tersenyum. Segera dia mengutip kulit-kulit bawang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Usai membantu ibunya, telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Dia mahu kirimkan WhatsApp pada Mek Jijah. Namun, belum sempat hajat tertunai, tertera satu kiriman WhatsApp dari Wan Hafiz.
Wan Hafiz:
Salam, Ika. Sihat Lama Abang Ha tak jumpa Ika. Boleh kita jumpa
Ika mengeluh sesaat sebelum jarinya pantas menari atas skrin. Apa hal pula Abang Ha nak jumpa
Ika:
Wassalam. Ika sihat. Ada hal penting ke nak jumpa Ika
Wan Hafiz:
Penting sangat.
Ika gigit bibir. Berkira-kira mahu bersetuju atau tak dengan permintaan Wan Hafiz.
Ika:
Okey. Tapi, Abang Ha datang rumah Ikalah. Ika tak mahu jumpa kat luar.
Hafiz:
Baiklah. Kejap lagi Abang Ha sampai.
Aputus tunang. Betul ke Wan Hafiz terus BANG Ha dapat tahu dari Ijah yang Ika dah
pada tujuan dia datang menemui Ika. Tak sabar mahu mendengar pengakuan dari gadis itu. Besar harapannya kalau benar Ika putus tunang. Boleh dia teruskan hajat yang dipendam selama ini.
Mulut Ika terkumat-kamit apabila soalan itu diajukan Wan Hafiz. Membebel dalam diam nampaknya dia. Dalam hati, dia mengutuk Mek Jijah. Langsung tak boleh simpan rahsia sahabat baiknya itu.
Erm. Betullah tu.. ringkas dia menjawab. Mesti Abang Ha ni nak masuk jarum. Mesti punyalah.
Boleh Abang Ha tahu sebab apa
Ika mengeluh berat. Malasnya dia mahu membuka cerita. Bimbang kalau dia termalu sendiri. Maklumlah, sudah bertahun-tahun menunggu kemunculan anak lelaki Che Jah, tapi penantiannya hanya sia-sia.
Dia taklah marah. Jauh sekali menyimpan dendam. Cuma dia terkilan kerana Che Jah dan Che Long mengambil masa terlalu lama untuk terus-terang. Untunglah usianya masih muda. Kalau mencecah 40 tahun kerana membuang waktu menunggu lelaki itu, mahu diamuknya satu Negeri Kelantan!
Dia dah kahwin dengan orang lain, jawab Ika. Tenang.
Wan Hafiz hampir-hampir tenganga apabila jawapan itu menjamah telinga. Tapi, kenapa Bukan ke dia dah bertunang dengan Ika Kenapa dia kahwin dengan orang lain
Entahlah, Abang Ha. Ika malas nak fikir sebab apa. Dah jodoh Ika tak ada dengan dia. Allah dah tetapkan jodoh dia dengan perempuan lain. Biarlah. Lagipun, Ika tak kecil hati. Jauh sekali nak rasa terluka. Lainlah kalau Ika betul-betul bercinta dengan dia. Barulah Ika rasa kecewa, balas Ika sedikit berjela sebelum dia menjemput Wan Hafiz minum sebaik saja ibunya meletak dulang atas meja.
Abang Ha turut simpati dengan apa yang berlaku pada Ika. Lelaki tu tak layak dapat gadis sebaik Ika. Wan Hafiz menggeleng. Kesal melatari setiap inci wajahnya kerana Ika dipersiakan. Bodohnya lelaki tu. Habis tu, siapa yang layak Usik Ika. Sengaja mahu melihat reaksi Wan Hafiz sedangkan dia tahu apa perasaan lelaki itu terhadapnya selama ini. Cuma dia saja yang tak mahu melayan. Bukan apa, soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa.
Wan Hafiz tersenyum dengan wajah menunduk. Segan rasa hati mahu mengakui kebenaran. Sejurus membasah anak tekak, dia kembali memberi perhatian pada Ika, Erm, Ika rasa Abang Ha layak tak
Ika mencebik kecil sebelum pamer senyum. Ika anggap Abang Ha macam kawan, jawab Ika dan apa yang diputuskan itu adalah pendiriannya selama ini.
Dari kecil dia berkawan dengan Wan Hafiz dan Mek Jijah. Kedua-duanya sudah dianggap seperti saudara kandung. Apabila dewasa begini, langsung tak terbit perasaan istimewa terhadap Wan Hafiz. Lelaki itu umpama abang baginya. Sama seperti Afi Lukman. Kalau anak lelaki Che Jah itu lainlah cerita. Sewaktu kanak-kanak, lelaki itu kurang gemar bercampur dengan orang lain. Suka buat hal sendiri saja.
Wan Hafiz terangguk-angguk. Faham. Jelas di wajahnya riak terkilan, tapi apalah daya kalau si gadis sudah beranggapan begitu. Taklah pula dia mahu memaksa. Kawan pun kawanlah.
AFI LUKMAN pulang ke rumah. Menerima berita Ika putus tunang, dia mahu berjumpa ibu dan ayah. Tak puas hati Tentulah dia tak puas hati. Dia sebagai abang, berasa terkilan apabila maruah adik perempuannya dipermainkan.
Mak, Ika mana Soalnya pada Mak Wan yang sibuk melipat pakaian di ruang tamu. Dia pulang tergesa-gesa. Kerjaya sebagai doktor, menuntut lebih banyak masa berada di tempat bertugas. Untuk tak melengah waktu, dia cepat-cepat pulang untuk dengar penjelasan.
Mak Wan mendongak. Kain batik berada di tangan, terus diletak ke tepi. Kamu ni, balik aje terus cari Ika. Mak tercongok kat sini, kamu tak tanya pula. Bertuah punya anak. Balik rumah kadang-kadang. Bila dah balik, terus tanya fasal Ika. Muka pun tegang semacam.
Afi Lukman tak bertindakbalas dengan kata-kata ibunya. Dia ingin segera berjumpa Ika. Risau kalau adiknya bersedih dengan apa yang berlaku sedangkan dia tak tahu yang Ika langsung tak ambil kisah.
Saya risaukan Ika sebab tu saya tanya dia ada kat mana.
Kamu nak risau kenapa Dia dah besar. Tahulah dia jaga diri. Lagipun dia tak ke mana-mana. Ke kelas menjahit tu aje. Kalau kamu tak sabar nak jumpa dia, pergilah kat tempat dia belajar, ujar Mak Wan sambil membuat usul. Dah tahu siang hari macam ni Ika tak ada di rumah, buat apalah Afi Lukman balik.
Afi Lukman melurut rambutnya perlahan, Kenapa boleh jadi macam ni, mak Soalnya, terus pada topik utama. Geram dengan keputusan Che Jah dan Che Long.
Mak Wan kerutkan muka. Tak faham maksud anak lelakinya, Jadi macam mana
Keluarga Che Jah tulah. Tiba-tiba putuskan pertunangan. Ingat kita ni apa Tak ada maruah Afi Lukman betulkan duduk. Tak lagi menyandar di kerusi seperti tadi. Tegak badannya dengan wajah mencuka.
Sesuka hati mereka saja buat keputusan tanpa memikirkan perasaan dia sekeluarga. Lebih-lebih lagi perasaan Ika. Masuk meminang sesuka hati. Putuskan pertunangan pun sesuka hati. Entah adat mana yang mereka pakai. Marah Afi Lukman sekadar di hati.
Jadi tujuan kamu balik ni nak tanya fasal itulah Soal Mak Wan bersama senyum sebaris. Kain batik yang diletak ke tepi tadi, diambil semula untuk dilipat. Faham sangat Afi Lukman sentiasa ambil berat soal Ika. Mereka cuma dua beradik. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Bagai aur dengan tebing. Begitulah hubungan Afi Lukman dan Ika.
Yelah. Inilah tujuan saya balik. Saya nak tahu apa sebenarnya berlaku. Ayah cuma cakap dalam telefon, keluarga Che Jah datang putuskan pertunangan anak lelaki dia dengan Ika. Ayah tak cakap apa sebabnya, Afi Lukman menerangkan. Dia turun dari kerusi dan bersila di depan ibunya.
Panas hatinya apabila mendengar khabar itu. Lebih buat dia marah apabila mengenang tempoh pertunangan yang terlalu lama. Sudahnya, putus pula. Ingat ini main tunang pondok-pondok ke
Mak Wan melepas keluhan. Kain batik siap dilipat, disusun bersama pakaian lain, Anak lelaki Che Jah dah kahwin dengan pilihan sendiri.
Apa Afi Lukman terpanar. Sungguh, berita itu sangat mengejutkan.
Kamu dah dengar kan apa yang mak cakap Anak lelaki Che Jah, kahwin dengan perempuan lain. Dah 7 tahun dia kahwin masa belajar kat luar negara sebelum balik semula ke sini.
Tujuh tahun dah kahwin baru sekarang beritahu kita Apa ni mak Afi Lukman terus berdiri. Pinggang dicekak kasar. Dia memukul tiang seri rumah. Ini memang betul-betul gila. Dia menggeleng tak percaya.
Mak Wan mendongak melihat tingkah Afi Lukman. Dada anak lelakinya berombak pantas. Nampak geram dan marah, Sudahlah tu, Afi. Dah tak ada jodoh.
Afi Lukman tarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang walau di dada berpalu kencang. Dulu masa adik masih di sekolah menengah, sibuk Che Jah dan Che Long nak buat menantu. Waktu tu Ika baru aje umur 15 tahun, mereka dah masuk meminang. Kecoh satu kampung bila dapat tahu Ika bertunang. Macammacam orang mengata Ika. Gatal nak menikahlah, itulah, inilah. Telinga ni, naik bernanah hari-hari dengar orang mengata Ika. Sebagai abang, saya pun sakit hati. Hati Ika, apatah lagi! Ujar Afi Lukman panjang berjela. Nadanya sebak.
Mulut orang kampung bukan boleh ditutup. Telinga yang panas membahang, terpaksa ditadahkan juga. Sakit betul hatinya apabila mengenang itu semua.
Mak Wan diam membisu. Tak tahu bagaimana mahu menyangkal kata-kata anak lelakinya.
Afi Lukman berpaling menatap wajah Mak Wan. Saya tak puas hati. Saya nak pergi jumpa Che Jah.
Mak Wan terkejut. Jangan, Afi. Mak dan ayah dah reda dengan apa yang berlaku. Kamu pun, kenalah reda sama. Ika pun tak apa-apa...
Afi Lukman kecilkan mata. Ini soal maruah. Sanggup mak tengok maruah keluarga kita
dipermainkan Dipijak-pijak orang
Bukan main lagi Afi Lukman melontar dialog drama minggu ini. Terkesan hati tua Mak Wan mendengar. Dia menggeleng. Perlahan dia berdiri dan menapak ke arah Afi Lukman. Bahu anak lelakinya dicuit dari belakang. Kemarahan Afi Lukman, tak boleh dibiarkan. Afi Lukman mesti dipujuk.
Mak tak mahu kamu pergi ke sana dan marahmarah Che Jah. Kalau kamu pergi juga, apa bezanya kita dengan dia Biarlah orang buat kat kita, jangan kita buat orang, nasihat Mak Wan.
Afi Lukman tunduk. Nafas dihela berat. Ada betulnya nasihat Mak Wan. Baru sebentar tadi dia sebut soal maruah. Kalau dia bertindak melulu, apa gunanya maruah yang dipertahankan Tambah lagi kalau kecoh satu kampung dia pergi serang rumah Che Jah, maruah keluarganya pasti tercalar. Lagipun, dia seorang doktor. Bukannya samseng kampung. Sangat tak sesuai.
Akhirnya dia akur dengan keadaan. Sudah ini takdirnya untuk Ika, apa lagi yang mampu dia lakukan
Pasrah sajalah.