Dalam usia muda itu Qaseh mungkin masih belum banyak mengerti tentang seks. Hakikatnya jika seseorang gadis telah dirogol, punah ranahlah mahkota gadisnya bagaikan sampah. Mungkin ada diantara mangsa rogol yang dapat melupakan peristiwa silam. Tetapi bagaimana pula mangsa yang tidak dapat melupakannya sepanjang hayat mereka. Sudah tentu perhubungan dalam perkahwinan mereka di masa depan kelak akan dihantui oleh peristiwa silam.
Qaseh bersyukur pada Tuhan, dia terselamat daripada menjadi mangsa rogol. Tetapi bolehkah semudahnya dia melupakan kejadian pahit yang hampir-hampir meragut kesucian dirinya itu. Qaseh mengerti kemuliaan harga diri seseorang gadis, terletak pada kesucian di bahagian sulitnya. Apa pun kesimpulannya baginya sekarang ini, dia tidak mungkin akan percaya sesiapa pun selain Zed. Dan dia bertekad untuk tidak membenarkan mana-mana lelaki pun menyentuhnya selagi dia belum dinikahi. Itulah yang sering dipesan oleh kedua orang tuanya. Pokoknya hanya Zed boleh membuat Qaseh rasa dirinya selamat.
Kini Zed dan Qaseh bertambah akrab seperti belangkas ke hulu dan ke hilir dan kemana sahaja. Qaseh meminta supaya Zed merahsiakan kejadian di tandas sekolah, dari pengetahuan ibubapanya. Zed bersetuju dengan permintaan itu tetapi perbuatan Hisham tidak boleh didiamkan dari pengetahuan pihak sekolah. Dia bimbang jika Hisham dibiarkan terlepas kemungkinan akan ada murid perempuan lain pula bakal menjadi mangsa kejahatan Hisham. Zed tekad untuk melapurkan pekara ini pada pihak sekolah. Bagaimanapun bolehkah Zed meyakinkan pegetua di sekolahnya mengambil tindakan terhadap perlakuan Hisham anak seorang ternama yang disegani dan disayangi oleh masyarakat setempat.
INT. RUANG DAPUR RUMAH QASEH / SIANG.
DI MEJA MAKAN; SOFIA, MILA, QASEH DAN ZED HAMPIR SELESAI MINUM PETANG.
SAMBIL ITU, QASEH DAN ZED KELUARKAN BUKU SEKOLAH MASING-MASING LETAK DI ATAS MEJA. MEREKA GELISAH PANDANG SATU SAMA LAIN. KEMUDIAN TERSENGEH-SENGEH PANDANG
SOFIA.
SOFIA
Apahal korang tengok mama macam tu
KASEH
Takda la. Kita tunggu mama habis makan, kita nak start buat homework...heehee.
SOFIA Ooo...ok. Mama dah habis dah pun.
SOFIA DAN MILA PUN DENGAN SENANG HATINYA PERGI DARI SITU. ZED DENGAN PANTAS TERUS BERBISIK SESUATU PADA QASEH.
ZED
Cikgu displin cakap, awak bukannya kena rogol. Lagi pun takda bukti kukuh,
jadi sekolah tak boleh ambik tindakan.
QASEH
Panasnya hati aku! Mentangmentang la monyet tu anak YB.
QASEH BANGUN BERLEGAR SEKETIKA, KEMUDIAN DUDUK BALIK. DIA NAMPAK RIMAS DAN MARAH.
QASEH
Habis..budak-budak band kau tu, tak cukup ke jadi saksi
ZED
Masalahnya takda sapa pun nampak awak tu dirogol. Pengetua pun kata, tak cukup bukti.
QASEH
Shit! Diorang nak tunggu bila dah ada budak betul-betul kena rogol baru nak ambik tindakan! Gila ke apa!
LAGI SEKALI QASEH BANGUN JALAN MUNDAR MANDIR KELILING MEJA. KEMUDIAN DUDUK SEMULA.
QASEH
Lantaklah kalau macam tu...malas dah nak fikir! Memang babi Hisham tu!
ZED MEMANDANG QASEH DENGAN PENUH RASA KECEWA, TETAPI DIA SEMPAT MENYUMBAT SEBIJI GORENG PISANG KE MULUTNYA.
ZED
Frustnya aku...niat aku baik. Tapi macam ni sekolah layan aku. Tak
guna aku buat jasa pada sekolah.
QASEH
Kau ni dah kenapa
Apa plak kau cakap macam tu
ZED
Yelah! All out...aku kerja keras untuk band sekolah, sampai dapat masuk
wakil negeri...kut. Sebelum ni, mana pernah sekolah kita wakil negeri!
QASEH Perasan sado la tu...
ZED
(bermenung kecewa)
Tak perasan sado! Patutnya pengetua
ambik berat sikitlah pasal aku ni, tapi selamba jer dia kata, konon aku tipu. Gila aku tak bengang!
QASEH
Aku faham togk...apa kau rasa.
Tak layak dia jadi pengetua sekolah.
Dia patut jadi pengap-tua. Hashtag... orang tua bengap!
QASEH MERENUNG WAJAH ZED DENGAN PENUH MENGERTI. TIBA-TIBA ZED BANGUN MENUJU KE SINKI; MEMBASUH TANGANNYA.
KEMUDIAN ZED MENGELAMUN DI SINKI. QASEH MENGHAMPIRI ZED. TIBA-TIBA ZED TERIAK.
ZED Aku nak berhenti!!!
QASEH
Apa barang Marah betul kau.
Takkan sampai nak berhenti sekolah. Kau serius ni, Zed!
ZED
Awak pun bengap.
(tersengeh)
Bukan berhenti sekolah. Berhenti dari band sekolah. Baik aku main untuk band luar. Abang Jef pun ada ajak.
Besuk jugak aku nak ikut abang Jef.
QASEH
Aku ikut jugak...boleh
ZED
Boleh ke, kalau aku cakap tak boleh Heehee...!
MEREKA KETAWA-KETAWA KECIL SAMBIL BERJALAN MENUJU KE MEJA, DAN SAMBUNG BUAT KERJA SEKOLAH.
MUKTAMAT nampaknya keputusan Zed untuk berhenti dari menjadi ahli band di sekolahnya. Keesokannya juga dia sampaikan berita itu kepada guru muziknya. Apabila ditanya apakah alasan Zed, dia tidak berselindung, dia berterus terang kepada guru muziknya betapa dia kecewa dengan sikap pengetua sekolah yang tidak mengendahkan aduannya tentang perbuatan Hisham, malah Zed pula dituduh cuba mereka-reka cerita.
Sejak itu Zed semakin muak bukan sahaja dengan aktiviti persatuan muzik, tetapi dengan aktiviti-aktiviti lain di sekolahnya. Dan perubahan pada diri Zed dapat dirasai oleh teman-teman sekolahnya dan mendapat perhatian guru-guru lain juga. Namun mereka tidak berdaya mengubah fikiran Zed.
Bagaimana pula keadaannya dengan Hisham Beberapa bulan telah berlalu, Hisham terus bermaharajalela di sekolahnya. Memang tepat sangkaan Zed bahawa Hisham tidak akan serik dengan kejadian tempuh hari ketika dia cuba memperkosa Qaseh. Ramai lagi murid-murid perempuan di sekolah itu telah diganggunya. Sehingga berlaku peristiwa seorang murid perempuan satu kelas dengannya telah dirogolnya di bilik makmal sekolah. Kali ini Hisham tertangkap, ibubapa murid perempuan itu sendiri telah membuat lapuran dan memberi bukti kukuh kepada pihak sekolah. Tanpa diduga budak perempuan itu berjaya merakam sebahagian dari adengan rogol itu melalui talifon bimbitnya.
Kesudahannya cikgu displin dan pengetua sekolah yang selama ini kuat mempertahankan Hisham, akhirnya termalu sendiri, ibarat sesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu. Sejak peristiwa Hisham tertangkap, pengetua akan cuba mengelak untuk terserempak dengan Zed, tetapi jika terserempak juga, dia yang akan menegur Zed lebih dahulu.
Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Hisham tidak dapat lari dari hukuman, dia telah dibuang sekolah dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak oleh bapanya sendiri. Begitulah kesudahannya apabila menjadi anak tetapi tidak mahu memahami kesibukan ibubapa. Dan kesibukan ibubapa itu sering anak-anak jadikan alasan supaya mereka boleh bertindak liar serta boleh menyalahkan ibubapa jika mereka berbuat salah. Padalah mereka adalah gulungan anak-anak yang tidak sedar diuntung. Tiada ibubapa yang mahukan anak-anak mereka rosak.
Dalam pada itu, band sekolah telah gagal memenangi pertandingan kugiran peringkat negeri. Bersungguh-sungguh guru muzik sekolah, memujuk Zed supaya kembali aktif bersama band sekolah, untuk pertandingan akan datang. Tetapi Zed menolak pelawaan itu dengan baik. Tidak semudah itu Zed dapat melupakan peristiwa di mana pengetua sekolah pernah menuduhnya penipu ketika dia mengadu perihal Hisham. Baginya sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkan juga. Sikap keras hati yang tertanam di dalam diri Zed masih mendalam. Tambahan pula dia kini sudah semakin serasi bersama band abang sepupunya, Jefri, di luar sana. Tidak mungkin Zed mahu kembali aktif bersama band di sekolahnya.
EXT. DEPAN RUMAH QASEH / SIANG.
BERDESUP KERETA JEFRI MUNCUL DAN BERHENTI BETUL-BETUL DI DEPAN PINTU PAGAR. ZED BEGITU SEMANGAT DAN TERUJA KELUAR DARI KERETA SAMBIL MENJERIT-JERIT MEMANGGIL QASEH.
ZED Qaseh!!! Cepat!
QASEH TERPINGA-PINGA BERLARI MENUJU KE PINTU PAGAR. MEREKA BERTEMBUNG DI PINTU PAGAR.
ZED
Hari ni kita pergi studio! Kau nak ikut tak!
QASEH
Giler tak nak! Tunggu kejap, aku habis basuh pinggan dulu!
TERPANCAR RONA-RONA KEGEMBIRAAN PADA WAJAH MEREKA.
GEMBIRANYA Qaseh dapat ikut Zed dan Jefri pergi ke studio untuk buat rakaman lagu-lagu baharu band Jefri, di mana Zed akan turut sama bermain gitar. Malah ada satu lagu ciptaan Zed pun akan dimuatkan ke dalam rakaman itu. Bayangkan budak semuda 14 tahun diberi peluang membuat rakaman bermain muzik bersama orang-orang dewasa. Benarlah apa yang pernah arwah ayahnya, Zakaria katakan dahulu, bahawa anaknya itu diumpamakan seperti limau masak seulas. Sememangnya Zed mempunyai kelebihan dalam seni memetik gitar.
Selama lebih tiga bulan aku bertungkus lumus berlatih dan berlatih bersama kumpulan abang Jefri pada hampir setiap hari. Tidak sia-sia usaha aku selama ini, syukur pada Tuhan. Akhirnya usaha aku itu mendatangkan hasil. Hari ini aku akan dapat merasa memegang duit hasil dari titik peluh aku sendiri, seronoknya. Kalaulah emak, abah, atuk dan nenek masih hidup tentu diorang bangga pada aku. Walaupun emak dan abah sudah tiada di dunia ini. Aku masih boleh menjadi anak yang soleh, selagi aku tidak lupa bersedekah Al-Fatihah untuk arwah kedua orang tuaku serta arwah kedua atuk dan nenek. Aku mesti berusaha menyumbang sesuatu pada bangsa dan agama. Itulah pesan arwah nenek. Dia selalu menyebut bahawa arwah abahku bercita-cita menjadikan aku pemain gitar professional yang terkenal suatu hari nanti. Zed mengelamun di dalam kereta sambil menunggu Qaseh.
Tiba-tiba lamunan Zed dikejutkan oleh suara Pakcik Badri, ayah Qaseh yang bertanyakan kabar darinya. Jefri keluar dari kereta menerangkan bahawa Zed berhajat mengajak Qaseh bersama ke bandar. Tiba-tiba Badri tergamam dan mengelupur, terkejut. Mana tidaknya, Qaseh bagai harimau bintang datang melompat dan merangkul belakang ayahnya. Bolehlah...bolehlah Qaseh ikut diorang ya Terbahak-bahak Qaseh mentertawakan ayahnya yang masih gugup sedikit. Tetapi apa hendak dikata, dia sudah lali dengan perangai Qaseh, yang suka bergurau begitu dengannya. Badri tidak tergamak hendak katakan tidak kepada anak kesayangannya itu. Dia pun mengangguk tanda membenarkan. Qaseh melompat-lompat kegirangan. Mereka bertiga bersalaman dengan Badri sebelum berangkat menuju ke studio rakaman di bandar Pekan.
Baharu beberapa hari terlibat dalam proses rakaman itu, Zed terus mendapat perhatian. Qaseh pula tidak jemu-jemu menemani Zed setiap kali Zed pergi membuat rakaman.
Sedikit sebanyak hasil dari upah dimiliki oleh Zed dari kerjakerja rakaman itu, Zed akan berikan sebahagian kepada Qaseh. Ramai teman-teman dan kakitangan di studio gemar melihat cara Zed memetik gitar yang kira sungguh luar biasa. Zed juga mendapat perhatian dari abang Black, salah seorang otai dalam industri muzik, dan juga salah seorang pemilik studio itu. Abang Black telah mewar-warkan kelebihan Zed kepada beberapa pihak yang berkenaan dalam industri muzik.
Sejak berita tentang Zed dan band Jefri tersebar luas di bandar Pekan, band itu sering mendapat jemputan membuat persembahan di majlis-majlis makan malam dan perayaan tertentu. Hingga ke akhir musim cuti sekolah, banyak wang ganjaran dari setiap persembahan telah Zed kumpulkan hingga berjaya membeli sebuah talifon bimbit. Sungguh besar ertinya Zed dapat memiliki talifon bimbit. Terutama sekali baru-baru ini Qaseh pun sudah ada talifon bimbitnya sendiri. Kini mereka sama-sama memiliki talifon bimbit. Zed dan Qaseh beranggapan talifon bimbit adalah penyambung nadi persahabatan antara mereka berdua.
Kini musim cuti sudah berakhir. Zed dan Qaseh masing-masing memulakan musim persekolahan baharu dalam Tingkatan Tiga. Namun Zed dan Qaseh nampaknya tidak begitu bersemangat untuk bersekolah. Dari minggu pertama lagi sudah mula menampakkan kemalasan mereka bersekolah. Tambahan pula mereka masih berlainan kelas. Hari-hari mereka memaksa diri masing-masing untuk ke sekolah. Suasana di sekolah semakin menjemukan. Pelajaran dan kerja-kerja sekolah tidak lagi penting buat mereka berdua. Mungkin pengaruh muzik terlalu menular di dalam diri Zed, membuatkan dia tidak lagi berminat pada pelajaran. Tetapi mengapa Qaseh juga turut berasa begitu. Mungkin kerana pengaruh Zed yang sering memerlukannya bersama setiap kali membuat persembahan, telah menyebabkan Qaseh makin alpa dan makin melupakan pelajaran.
INT. RUANG TAMU RUMAH ZED / MALAM.
ZED DAN JEFRI SEDANG DUDUK RELEK DI SOFA, MENONTON TV. JEFRI KUSYUK MAKAN KACANG, ZED PULA ASYIK MEMBELEK TALIFON BIMBIT. JEFRI PERHATIKAN GELAGAT ZED SEKETIKA.
JEFRI
Zed...abang tengok kau dah jarang buat kerja sekolah. Dah dua minggu kut, sekolah bukak.
ZED
Ada....abang jer yang tak nampak.
(serius pandang Jefri)
Abang... bulan depan saya ikut abang perform kat Kuala Lumpur
JEFRI
Eh...memanglah engkau ikut. Kenapa tanya pulak
JEFRI TERPINGA-PINGA HAIRAN. ZED TERSENGEH-
SENGEH KEMBALI MEMBELEK TALIFON
BIMBITNYA.
ZED
Mana la tau kut abang jealous nak bawak. Kan saya lebih famous dari abang...heehee.
JEFRI CAMPAK SELONGGOK KACANG DI GENGGAMANNYA KE MUKA ZED. KEMUDIAN MENONYOH-NONYOH PENUMBUK KE HIDUNG
ZED.
JEFRI
Nampak ni! Famous yang ado!
ZED Saya buat lawak la abang. Apa daa!
JEFRI
Lawak bodoh engkau tu! Haahaa!
TERKIAL-KIAL ZED MENGELAK SAMBIL KETAWA. AKHIRNYA KACANG DARI MULUT JEFRI TERSEMBUR KE MUKA ZED. RIUH MEREKA KETAWA. TIBA-TIBA JEFRI TERINGAT SESUATU.
JEFRI
Zed...bulan depan ada pertandingan main gitar kat KL. Alang-alang ke sana,
engkau masuk pertandingan tu, nak
ZED
(teruja)
Apa barang! Mestilah nak!
JEFRI Ok...jom kita tengok kat webside.
JEFRI TERUS MENCAPAI I-PAD DI TEPI SOFA. ZED PUN MELOMPAT NAIK ATAS SOFA, MACAM MONYET BERDIRI DI BELAKANG JEFRI.
MEREKA MEMBELEK I-PAD; MENTELAAH WEBSIDE PERTANDINGAN ITU YANG AKAN DIADAKAN DALAM MASA TIGA MINGGU.
JEFRI
Hmm...semua umur boleh masuk.
Tiga minggu lagi. Tarikh tutup lusa.
Nasib baik sempat lagi.
ZED Yess! Sekarang juga saya training.
ZED GEMBIRA TERJUN DARI SOFA; MENUJU SUDUT TEMPAT GITARNYA. ZED MENGHIDUPKAN SUIZ GITAR UNTUK DI TUNE.
JEFRI PERHATIKAN ZED SAMBIL MENARIK NAFAS PANJANG. KITA TAHU JEFRI SEDANG CUBA MENCURAHKAN KASIH SAYANG PADA ZED SEPERTI YANG DIWASIATKAN ARWAH NENEK SOM PADANYA.