Dia cakap macam tu Aku
Haah. Itu yang dia cakap. Mendalam tu maksudnya Shaz
Apa aku nak buat ek Dia dah ada couplekan Aku
Aku rasa memang dia dah ada pakwe cuma aku tak pasti betul ke tak Shaz
Hm nak teruskan tak ek Tapi kata-kata dia tadi macam beri harapan. Agak-agak kau, aku ada peluang ke Aku
Haa, manalah aku tahu. Itu kau kenalah cuba dulu. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Kalau setakat kau usha dari jauh, memanglah tak dapat. Sebab dia tak kenal kau lagi. Dia tahu tentang kau ni pun dari si Amir. Tahulah Amir tu kecoh sikitkan Shaz
Tu aku tahu. Hm biarlah. Aku belum rasa nak mula lagi. Nanti kalau aku rasa aku dah sedia, pandailah aku nak buat apa Aku
Kau kena ingat. Dia tu perempuan. Takkan perigi nak cari timba. Sekarang ni dia cuma tahu yang ada orang yang crush dekat dia. Tapi dia tak tahu budak tu ialah kau. Nama dan rupa kau pun dia tak kenal Shaz
Memang itu yang aku nak. Tapi si Amir ni kecoh la. Tengoklah nanti macam mana. Sekarang ni kita fokus dulu dekat hoki ni okay. No women no cry. Haa Aku
Ceh, habis budak yang kau crush tu bukan perempuan ke Haa. Hoki-hoki jugak bro. Hati dan perasaan jangan tolak tepi Shaz
Dah, jangan merepek Aku
Aku menjeling. Petang tu latihan hoki macam biasa. Panas petang masih menyengat. Pola hujan yang jarang-jarang kebelakangan ni buatkan bumi gersang. Bahang menggigit kulit, menjadikannya kering dan kusam.
Aku tak jangka yang si dia ada respond terhadap aku walaupun dia tak kenal aku. Hari tu, aku saja bertanya tentang si dia dengan Amir yang merupakan classmate crush aku tu. Tapi tak sangka Amir boleh beritahu dia pulak. Mula-mula aku tak anggap benda ni serius. Sebab tu aku pun tak kisah. Sebab pada aku, crush hanya crush. Dan crush akan terus menjadi crush sampai bila-bila.
Tapi si Amir dah terlanjur beritahu. Bila keadaan dah jadi macam ni, aku terfikir. Sampai bila aku nak macam ni Takkan selama-lamanya aku nak menunggu Aku pun single. Aku pun bukan makin muda. Selaku anak bongsu, aku rasa dah sampai masanya untuk aku mencari dan mencuba.
Latihan hoki petang tu sama dengan latihan pada hari-hari sebelumnya. Selain berlatih, aku berfikir dan aku buat keputusan. Aku akan mencuba. Ya, aku mesti teruskan.
Nak tahu siapa dia Crush yang aku idam-idamkan tu Nama dia pun aku tak tahu sebenarnya. Ni baru betul-betul crush. Kalau dah tahu nama, tak crushlah jadinya. Tapi aku panggil dia CapitalM. Tahu kenapa CapitalM Aku pun tak tahu sebenarnya. Tapi Amir pernah beritahu aku nama dia. Nama dia unik. Aku pun dah terlupa tapi apa yang pasti, memang nama dia mula dengan huruf M. Jadi aku lebih selesa panggil dia CapitalM. Lahir tahun 1993. Asal Sabah. Tu je yang aku tahu tentang dia. Sikitkan
Pertama kali aku crush dengan CapitalM ni masa jamuan perdana kolej aku. Setakat crush je. Masa tu, satu pun aku tak tahu apa-apa tentang dia. Nama, asal, kelas mana, course apa, batch mana semua aku tak tahu. Serius aku tak tahu dan aku tak berapa nak tahu sangat. Selaku stage manager untuk majlis pada malam tu, aku lebih sibuk menguruskan majlis berbanding menguruskan diri sendiri. Bersama seorang lagi kawan aku Aliff Anwar atau aku panggil dia Aan (roommate aku). Awek dia, Nisa merupakan roommate kepada CapitalM ni. Nampak, bagaimana peluang depan mata ni telah aku sia-siakan.
Kau tahu tak siapa nama budak tu Aku
Budak yang mana Aan
Ala, roommate awek kau tu Aku
Aku manalah tahu. Aku bercinta dengan awek aku, bukan dengan roommate awek aku Aan
Ala, kau ni tak faham-faham lagi k Aku
Faham apanye Aan
Ala, kau mintaklah tolong awek kau tanyakan. Aku takpe, single lagi ni. Saja nak try. Boleh eh Aku
Hm yela-yela nanti aku tanyakan Aan
Okay, nanti mesej aku eh detail dia. Thanks wey
Aan tak membalas. Sibuk memandu. Itulah kali pertama aku bertanya tentang CapitalM ni. Lepas tu masing-masing sibuk. Assignment, final yang just around the corner ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti luar kampus yang tak pernah putus-putus, membuatkan aku terlupa tentang siapa CapitalM.
Sebenarnya aku dah lama usha CapitalM ni. Sejak tahun pertama ijazah lagi. Dan sekarang aku berada di tahun dua. Satu tempoh yang lama dan aku masih tak bertindak apa-apa. Betapa aku membuang masa begitu sahaja. Bila keadaan dah jadi macam ni, aku akan teruskan. Mesti teruskan dan kena teruskan.
Menggunakan orang tengah merupakan cara yang terbaik. Lebih-lebih lagi orang tengah itu merupakan classmate CapitalM sendiri. Dan classmate dia tu teammate hoki aku Ini kira sudah cantik. Makin mudah kerja aku.
Semester baru bermula, barulah aku mula teringat balik tentang CapitalM ni. Yela, aku dan dia satu kolej. Pergi mana-mana pun, mesti akan terjumpa. Kami tak boleh lari. Lepas Shaz beritahu aku tentang respond CapitalM hari tu, semangat aku berkobar-kobar. Kalau kita yakin yang hidup ni tak kekal selamanya, kenapa kita masih anggap yang masalah kita akan berlarutan selama-lamanya Jadi, aku dah boleh memikirkan langkah pertama antara aku dan CapitalM.