CINTA RIMAU - 5
Carat Club, lokasi pertemuannya dengan Bahrain hari ini. Lokasi yang sama dengan kali pertama, cuma berbeza situasi. Kalau sebelum ini ianya diatur rapi oleh Hasya, namun kali ini bertemujanji. Kes terakhir ini disifatkannya kacang saja. Masakan tidak Bapanya Sebastian masih lagi mengekalkan membership kelab elit ini walau perancangannya hanya sekali dua saja dalam setahun, pulang bercuti ke Malaysia. Jadi mudah baginya untuk keluar masuk Carat Club menggunakan akses tersebut.

Masih lagi berada di dalam jip lama miliknya yang di parkir di tempat letak kereta bawah tanah itu, Hasya tiba 15 minit lebih awal dari yang dijanjikan. Namun, dia enggan menunjukkan rasa terujanya secara berlebihan kepada Bahrain bimbang timbul pula salah-sangka nanti! Lagi pula, Hasya kini boleh dikatakan telah melanggar salah satu etika kerjayanya: NO ROMANTICALLY INVOLVED WITH CLIENTS. Tapi apakan daya, hati dah suka nak buat macam mana

Beep! Khidmat Pesanan Ringkas dari Bahrain menerjah masuk: Hi. Im at Orchard Lounge. Are you here yet Bahrain.

Hasya senyum. Melihat jam di tangan.. tik tok tik tok!

Setibanya Hasya di pintu masuk Orchard Lounge 20 minit kemudian, mata tercari-cari kelibat Bahrain Nasution. Ah! Itu dia. Pemilihan meja paling tersorok menggambarkan diri lelaki itu sebagai seorang yang kuat berahsia. Point taken. Bahrain melambai Hasya untuk datang ke arahnya. Dengan langkah yang teratur; bukan kerana sifat semulajadinya yang lemah gemalai tetapi gara-gara kasut tumit tinggi yang dikhuatiri akan membuatnya jatuh tertonggeng andai tidak berhati-hati, Hasya mengatur langkah seraya menghulur tangan, Hi. Sorry for being late.

Bahrain menyambut tangan itu sebelum menarik kerusi untuk Hasya sebagai tanda mempersilakannya duduk. Is chivalry still alive Oh yes with this man!

Mata bertentang mata. Renungan Bahrain di sebalik kacamatanya, terlalu tajam untuk ditentang di luar memang Hasya nampak tenang, namun gelora rasa dalam hatinya bertiup kencang! Masing-masing terdiam seketika tanpa sepatah kata. Mujur waitress yang datang, menjadi penamat teka-teki yang sepertinya tidak berpenghujung ini. Bahrain bertanya Hasya apa yang dimahukannya sambil merujuk kepada menu di meja. Hasya teragak-agak untuk menjawab. Bahrain dengan nada gurauan berkata,

You must be on diet.

Diet Oh tidak sama sekali, Id rather die than diet!

Jawapan diberi Hasya membuat waitress bernama Siti itu tersenyum. Hasya bertanya kepadanya jika terdapat makanan pedas yang ditawarkan di situ. Dengan pelbagai pilihan yang diberi; dari masakan timur serta barat sehinggalah ke masakan Cina dan India, Hasya berterusan menggeleng kepala, I can be fickle when confronted with numerous choice.

Tak kuasa menunggu lebih lama lagi, Hasya akhirnya memilih seafood spaghetti manakala Bahrain pula nasi goreng kampung. Hmmmm nama ala-ala mat saleh celup: Bahrain Nasution, tapi makan nasi goreng, bisik hati Hasya sambil tersenyum sendiri. Berbeza apabila ditanya tentang minuman pula, Hasya tidak mengambil masa yang lama untuk berkata, No, thanks. I dont drink whilst eating.

Bahrain yang kehairanan bertanya akan kemungkinan terjadinya insiden tercekik sekiranya seseorang itu makan dengan tidak diselang-seli dengan minuman dan menurut Hasya, itu sebenarnya adalah petua orang tua-tua agar perut tidak buncit. Ini berikutan makanan yang diselangseli dengan air boleh menyebabkan makanan menjadi kembang di dalam perut, justeru boleh mengganggu kelancaran proses penghadaman. Bahrain mendengar dengan tekun penjelasan Hasya yang panjang lebar; mengalahkan pakar pemakanan lagaknya. Dan apabila ditanya Bahrain pula, bila agaknya waktu terbaik untuk minum sesudah makan dan dijawab setengah jam oleh Hasya, Bahrain berkata, My goodness!

Hasya ketawa besar sebelum suasana menjadi senyap seketika. Renungan Bahrain kembali menusuk-nusuk sanubarinya menjadikan Hasya merah padam mukanya menahan malu. Dengan mengalihkan pandangannya ke sekitar lounge, Hasya mampu menenangkan diri. Namun matanya tertumpu semula kepada Bahrain apabila menyedari renungan itu sepertinya tidak bertepi. Apa lagi yang mampu Hasya lakukan selain memberikan senyuman buat Bahrain agar dirinya tidak dilihat terancam

That smile

Terpacul kata-kata itu dari mulut Bahrain. Sungguh dia terpesona dengan senyuman itu senyuman itulah yang membuai lenanya hingga diulit mimpi sejak akhirakhir ini Bahrain, selepas menarik nafas agak dalam dan panjang, bertanya sekiranya Hasya sudah berkahwin. Alamak ini soalan cepu emas! Andai dia memberitahu statusnya, apakah nanti Bahrain juga akan berterusterang akan kedudukan rumahtangganya Akan statusnya sebagai suami dan bapa kepada seorang anak bujang trang tang-tang Opsss!

Ive never been married never intended to, itu jawapan yang diberi Hasya buat Bahrain. Dilihatnya lelaki penuh karismatik itu menarik nafas lega, menyandarkan tubuh ke kerusinya.

Hasya menyambung lagi, Dont you think marriage is nothing but a piece of paper The paper that has been made legalized in a bid to secure the love between two people even when the love has long been gone

Benarkah perkahwinan hanya sekadar sekeping kertas Yang hanya bertujuan untuk menyukarkan perpisahan diantara pasangan justeru tiada pilihan yang lebih baik selain terus bersama sehingga ke hari tua meskipun cinta sudah lama tiada Bahrain berasakan kenyataan pedas itu terpercik ke mukanya! Siapakah sebenarnya gadis misteri ini yang penuh dengan falsafah kehidupan yang kedengarannya cukup retorik tapi hakikatnya benar; berdasarkan fakta belaka Perlahan dahinya yang tidak gatal digaru sekali lagi kehadiran Siti yang membawa makanan yang dipesan, menyelamatkan Bahrain dari dilihat dungu.

Yummy. sungguh menyelerakan sekali nampaknya seafood spaghetti ini! Dengan susu dan garfu yang siap tersedia di tangannya, Bahrain menjemput Hasya makan bersamanya. Bon apptit, katanya.

Hasya turut menyebut sama perkataan Perancis yang membawa maksud enjoy your meal itu. Sambil mengunyah makanan perlahan-lahan, mata Hasya sempat mencuri pandang sepiring kecil sambal belacan yang turut dihidang bersama-sama nasi goreng yang dinikmati Bahrain. Ternyata tekak Melayu masih utuh dalam dirinya meskipun cara pertuturan dengan lenggok Inggeris cukup tebal kedengaran acapkali empunya diri membuka mulut. Dan untuk mendengar lelaki berambut putih itu berbicara dalam Bahasa Melayu setakat ini Hmmm jauh panggang dari api! Mungkinkah ini yang dinamakan Melayu liberal

Bahrain bertanya sekiranya benar Hasya tidak perlukan walau segelas air dan disambut Hasya dengan gelengan kepala sambil tangannya terkial-kial cuba menyiat kulit udang dalam pinggannya.

Dengan menguis-nguis kesemua udang yang ada ke sisi pinggannya untuk tidak memeningkan kepala lagi, Hasya mengomel, I am very bad in peeling prawns, I have to say!

Bahrain tersenyum. Ada masa-masanya dia melihat budak ini sungguh lucu sifatnya! Tetapi peliknya sesekali membuka mulut, pemikirannya jauh melangkau usia.

Dengan tertib dia mendekatkan pinggan Hasya ke arahnya sebelum menyiat kulit udang dan menyisihkannya ke tepi meja. Nah udang siap sedia dimakan tanpa ada lagi halangan! Dengan wajah yang berseri-seri, Hasya mengucapkan terima kasih kepada Bahrain. Lelaki ini nyata sangat prihatin. Jiwanya tersentuh.