Complete Me - 5
Bab 5

TENGKU AIRISH SHAH! Kamu dah hilang akal membulat mata Datuk Tengku Syahir mencerlung pada Tengku Airish Shah. Merah matanya menahan amarah yang membuak-buak dalam jiwa.

Datin Fariza hanya memandang. Sejak mereka berkahwin lagi, segala kata-kata suaminya pasti akan dituruti. Tiada satu akan dibantahnya. Perkahwinan yang bukan berlandaskan cinta akhirnya telah membina satu jurang yang jauh antara mereka. Apa yang pasti, jurang itu dibina oleh suaminya sendiri.

Surat akhbar Harian Panas dihempas kasar ke atas meja. Lihat sahaja tajuk utama akhbar tersebut dia sudah tidak mampu meneruskan lagi untuk pembacaan seterusnya. Kepalanya dipalingkan ke arah lain buat sementara. Ingin menarik nafas baharu. Namun, tidak juga mampu dirinya untuk bertenang. Lalu, tongkatnya naik ke atas meja.

Tongkatnya dihentikan tepat pada wajah Airish yang begitu dekat dengan Afiqa di dalam akhbar itu. Ah! Panas hatinya memandang dua wajah itu. Berbirat jantungnya disebat kasar memberi panahan kilat pada hati dan perasaannya. Hancur!

Kenapa kamu diam Jawab soalan papa! Kenapa kamu buat macam ni!

Jika mahu menunjukkan perasaan marahnya, meja kaca ini sudah lama dipecahkan dengan tongkatnya. Tetapi, dia bukannya berdarah muda lagi. Marah memerlukan banyak tenaga. Jika beginilah keadaannya tidak mustahil dia akan terkena serangan sakit jantung nanti.

Airish tak kenal siapa perempuan ni. Semua yang berlaku kebetulan aje, pa. Tak dirancang!

Datuk Tengku Syahir melepaskan nafas kasar. Mudah sungguh jawapan Airish! Alasan itu jelas tidak mampu untuk dia terima. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa. Bibirnya tersenyum sinis.

Kau ingat papa bodoh tongkat Tengku Syahir dihentakkan kuat ke atas lantai. Matanya semakin memerah begitu juga dengan wajahnya.

Tengku kena banyakkan rehat, tak boleh marahmarah macam ni. Ni semua gosip murahan, Tengku, Datin Fariza menyampuk. Tidak sanggup melihat anaknya berterusan dimarahi.

Gosip murahan nilah yang boleh jahanamkan Suria Holdings! Aku yang kena hadapi semua ni nanti, tahu tak tengking Tengku Syahir.

Tapi, Tengku.

Datin Fariza berhenti berbicara apabila Airish menggengam lembut tangannya. Tidak mahu mamanya terjebak sama dalam masalahnya. Sudah berpuluh-puluh tahun mamanya asyik mempertahankannya meskipun ianya tidak banyak membantu.

Jadi, papa nak Airish buat apa tenang Airish menyoal.

Beralah juga dengan kehendak papanya. Dia mulai pasrah dengan aturan hidup oleh papanya. Sejak kecil hingga kini, segala-galanya diaturkan oleh papanya.

Marry her.

Airish mengangkat pandang menentang tajam mata papanya. Terkejut dengan permintaan seperti itu. Kahwin

Papa! Apa ni Macam-macam cara kita mampu mencipta alasan. Rasanya, tak perlu sampai Airish kahwin dengan dia.

Datuk Tengku Syahir bangun sambil dibantu Datin Fariza.

If you cant bear with it, then just drop out your name as Tengku Airish Shah bin Datuk Tengku Syahir! Tengku Syahir segera beransur keluar dengan bantuan dari Datin Fariza di sisi.

Airish jatuh terduduk atas sofa. Kepalanya dipanggung. Terasa sungguh berat masalahnya kini. Kepalanya menggeleng sendiri, mendongak bagaimana dia perlu untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. iPhone 5nya dikeluarkan dari poket seluar. Nampaknya, mahu ataupun tidak dia perlu bersiap sedia. Dia perlu mencari perempuan itu dan tahu segala maklumat mengenainya.

Cari perempuan dalam surat khabar tu! ASAP! arahan sudah dikeluarkan Airish kepada seseorang yang dihubunginya.

Matanya tajam memerhatikan gambarnya bersama Afiqa di Bali tempoh hari. Surat khabar itu direnyukkan.

Ah!

Akhbar tersebut dicampakkan sekuat hati. Tak guna!

FIQA! Fiqa!

Ketukkan bertalu-talu di pintu rumahnya menyentak kan Afiqa dari lena. Matanya masih lagi terasa berat. Lambat-lambat, matanya dicelikkan. Dah pagi ke Sinaran mentari yang memancarkan cahaya tepat ke kelopak matanya begitu menyakitkan mata. Huh, patut pun. Dia tertidur di meja rupanya. Afiqa mengeluh.

Ini tak bukan pasti dia tertidur semasa menyiapkan manuskrip novelnya semalam.

Fiqa! Fiqa! laung Katrina dari luar.

Tidak cukup dengan itu, dibunyikan loceng pula apabila tiada respon akan ketukannya di pintu itu. Tidak cukup dengan itu ditambah lagi dengan tumbukan di pintu kayu rumah Afiqa itu. Bagai mahu roboh rumah dibuatnya.

Ting Tong!

Apa ni Pagi-pagi lagi dah memekak! serak basah suara Afiqa memecah gegendang telinga Katrina.

Afiqa menggeliat kecil dengan tangannya menekup mulutnya dari menguap panjang. Katrina menggeleng melihatnya. Hai! Biasanya, dia yang selalu bangun lambat. Ini terbalik pula dunia.

Aku ada berita penting ni! sergah Katrina tibatiba.

Kenapa Novel aku dah diterima ke soal Afiqa ceria.

Dia turut terkesan dengan suara terkejut Katrina itu. Katrina mengeluh kecil. Tak habis-habis dengan novel bagai rumah tak siap dia tu. Kutuk Katrina di dalam hati. Tidak beranilah pula mahu menyuarakan kuat-kuat, nanti tak pasal-pasal dia dikejar Afiqa keliling kampung ini.

Tak!

Kalau selain perkara tu, tak penting bagi aku. Malaslah aku nak dengar!

Afiqa beransur ke ruang tamu. Katrina menyu surinya sejurus pintu itu ditutup rapat.

Dengarlah dulu apa aku nak cakapkan ni. Katrina terus mengeluarkan sesuatu daripada beg sandang yang dibawanya.

Ada apa Sampai kau bawak balik surat khabar ke rumah ni Afiqa menyuarakan rasa anehnya.

Dia merampas akhbar tempatan di tangan rakannya. Harian Panas Tabloid itu direnung. Sesaat matanya melekat di situ terus matanya membulat besar tiba-tiba. Matanya siap zoom 100% lagi. Matanya bagaikan sukar untuk mempercayai dengan apa yang dilihatnya.

CINTA TIGA SEGI, SOROK-SOROK!

Model terkenal tanah air, Dhia Anna, telah menyuarakan hasrat untuk memutuskan ikatan istimewanya dengan Tengku Airish Shah. Mereka yang selama ini dipercayai mempunyai hubungan istimewa akhirnya terputus jua selepas insiden pertembungan dengan seorang gadis misteri di KLIA yang dipercayai bercuti bersama Airish di Bali tempoh hari.

Ikuti kisah selanjutnya di muka surat 6 & 7

Terkejut Afiqa saat membaca berita tu. Melopong mulutnya. Siap di front page lagi. Gambarnya pula besar gedabak. Berombak kencang dadanya apabila helaian enam diselak.

Seluruh muka surat enam itu berkisarkan tentang dirinya dan Airish di Bali dan di KLIA semalam. Terpampang jelas gambar-gambar insidennya dan Airish di Bali hari itu. Lantas, Afiqa menyelak pula helaian tujuh. Mulutnya ternganga luas. Afiqa menggeleng tidak percaya.

DIA RAMPAS HAK SAYA!

Akhbar itu terjatuh ke atas lantai spontan. Wajahnya terasa panas. Sungguh, dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya. Macam mana dengan pandangan orang-orang di sekeliling rumahnya nanti

Apa yang dah jadi ni, Fiqa

Lembut Katrina bertanya. Dia seakan mengerti apa yang dilalui oleh kembarnya itu. Dia mencuba untuk menafikan khabar berita itu semua namun, semua gambar-gambar yang terpampang jelas di akhbar itu, membuatkan dia sendiri kurang pasti.

Panjang ceritanya, Rina. Sekarang berita ni hampir satu Malaysia dah baca. Apa aku nak jawab kalau ada orang tanya Afiqa sudah mula gelabah.

Kau kena tenang aje. Bila, kau tenang, kau akan buat orang lain mula rasakan yang khabar berita itu salah.

Masalahnya, semua gambar-gambar ni betul. Betul Katrina sekali lagi bagaikan terkaku.

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dirinya bagaikan buntu. Afiqa segera menceritakan segalanya yang berlaku.

Rina. Apa aku nak buat ni Apa aku nak bagitahu mama dan papa nanti

Meskipun papa dan mama angkatnya berada di luar negara tidak mustahil untuk mereka berdua mengambil berat juga dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu tanah tumpah darah mereka sendiri.

Tentang tu, biar aku yang tolong uruskan untuk kau. Sekarang, apa yang penting kau buat macam biasa aje. Lagipun, kau jarang keluar. Asyik memerap dalam rumahkan.

Afiqa mengangguk faham. Akhbar di lantai ditenung, lama. Ya Allah! Apa lagi musibah kali ni.