Tika Cinta Berbisik - 5
Bab 4

Nanti menyesal tak sudah.

Iyalah, ada masa nanti aku pakai. Tunggu seru, balas Anita dengan senyuman manis.

Entah bilalah nak datang seru tu, Anita, perli Nurul. Perli-perli manja sahaja.

Tunggu aku dah benar-benar bersedia baru aku ubah imej. Suatu hari nanti aku pasti pakai tudung dan tak akan menanggalkannya.

Alhamdulillah kalau dah ada niat.

Eh, semalam ada seorang perempuan cari kau. Dia telefon tanya tentang pekerja di sini. Anita teringat tentang wanita yang menelefonnya semalam.

Cari aku buat apa tanya Nurul.

Tak tahulah. Tapi ciri-ciri yang dia beri tu sebijik macam kau. Alah, jangan risau, aku tak beritahu maklumat kau pada dia. Tahu Encik Kamal, teruk aku nanti.

Nasib kau tak beritahu. Entah siapa dia. Risau juga. Kau pun tahu aku tak ada saudara mara.

Dah, tak payah difikirkan lagi. Mungkin dia sengaja nak mengacau.

Anita berlalu meninggalkan Nurul. Sebelum pergi, ditepuknya bahu sahabatnya itu untuk menghilangkan kerisauan yang mula bersarang di benak. Deringan telefon mengejutkan Nurul yang sedang enak mengelamun. Gagang telefon segera diangkat.

Hello, Syarikat Maxion di sini. Boleh saya bantu

Saya, Puan Harlina.

Ya, puan. Boleh saya bantu

Saya mahu mencari seseorang di syarikat awak.

Nurul terdiam. Mungkin itulah wanita yang dimaksudkan oleh Anita. Dia ingin tahu apa yang wanita itu mahu.

Iya, saya orang yang puan cari. Tanpa sedar dia membuat pengakuan.

Eh, awak siapa

Saya ni wanita muda yang berumur awal 20-an, berkulit cerah dan agak sopan. Itu kan wanita yang puan cari, sahut Nurul dengan berani. Jantungnya mula berdebar. Bagaimana kalau dia tersalah sangka Mungkin tujuan wanita yang memperkenalkan diri sebagai Harlina ini lain. Mungkin juga dia bukan pemanggil yang dikatakan Anita.

Maaf, boleh saya tahu nama cik

Saya Nurul Haiza. Puan boleh panggil saya Nurul.

Baiklah, Nurul. Saya memang mencari awak. Malah, saya nak berjumpa dengan awak. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya tentang awak. Harap awak dapat beri kerjasama kepada saya. Saya benar-benar mahu berjumpa dengan awak.

Apa maksud puan sebenarnya

Saya tak berniat jahat. Saya ikhlas mahu ber jumpa awak. Pertemuan ini penting untuk saya. Kita jumpa sekali saja. Suara wanita itu ke dengaran bersungguh-sungguh.

Nurul mula memikirkan pelawaan wanita itu. Mungkin wanita itu punya agenda yang tidak baik. Tetapi, jauh di sudut hati Nurul ingin menge tahui siapa wanita itu dan maksud di sebalik pelawaannya.

Sebelum tu, boleh saya tahu Nurul sudah berkahwin atau belum

Oh, belum. Puan mahu jumpa saya di mana

Terserah pada Nurul. Lebih elok Nurul yang memutuskannya.

Okey, kita jumpa di Restoran Bumi Hijau sebelah MacDonald dekat pejabat ni, boleh

Boleh, terima kasih Nurul. Kita jumpa esok di sana lepas Nurul habis kerja.

Nurul meletakkan gagang telefon dengan rasa hairan yang bersarang dalam dada. Apa muslihat perempuan itu mahu menemuinya Rasa tidak sabar pula mahu menunggu esok petang.

ESOKNYA, sehabis sahaja kerja di pejabat, Nurul bergegas ke tempat yang dijanjikan. Setibanya dia di restoran, langkahnya terhenti di muka pintu. Hatinya tertanya-tanya bagaimana orangnya Puan Harlina itu. Adakah dia benar-benar jujur ataupun mempunyai aganda yang tidak baik terhadap dirinya

Mata Nurul tertumpu ke hujung restoran yang agak tersembunyi daripada pandangan orang ramai. Seorang wanita muda pertengahan 20-an sedang duduk sambil membaca majalah. Kelihatannya seperti seorang wanita yang sopan tetapi bergaya. Naluri Nurul berkata, itulah Harlina.

Assalamualaikum....

Waalaikumsalam, Cik Nurul....

Nurul duduk setelah dipelawa oleh wanita itu.

Saya Sharifah Harlina. Nurul boleh panggil saya Kak Lina saja, ujar Harlina lalu menguntum senyum.

Baiklah, Kak Lina. Boleh saya tahu maksud sebenar akak mahu berjumpa dengan saya Nurul terus bertanya kepadanya kerana rasa hati yang begitu mendesak-desak.

Sebelum tu, elok kita pesan makanan dulu, cadang Harlina. Suaranya perlahan tetapi Nurul dapat mendengarnya dengan jelas. Daripada na da suaranya, Nurul yakin Harlina sedang berad a dalam tekanan. Matanya agak sembab dan solekannya yang ala kadar, jelas menampakkan wajah yang murung.

Baiklah, sahut Nurul.

Harlina mengangkat tangan lalu memanggil pelayan.

Umur Nurul berapa sekarang Soal Harlina setelah pelayan itu pergi.

21 tahun, kak.

Oh, muda lagi. Kerja sebagai apa

Kerja biasa-biasa saja, kak. Tu saja yang saya

mampu.

Bagaimana dengan tahap pelajaran Nurul, maksud saya kelulusan Nurul

Saya lepasan diploma saja. Nak sambung ijazah, tak mampu kak. Sementara itu, saya kerja dulu. Mana tahu ada rezeki, saya dapat kembali menyambung pengajian yang tertangguh.

Kedatangan pelayan membantutkan suasana. Harlina mengajak Nurul menjamu selera terlebih dahulu. Sambil menyuap makanan, mata Harlina tidak lepas dari memandang ke arahnya. Dia berasa kurang senang melihat pandangan mata itu. Nurul berusaha mengelak dari mata mereka bertentangan.

Ada sinar pada mata wanita yang belum dikenali itu. Dia seperti sungguh gembira melihat Nurul. Senyum sentiasa terukir di bibirnya sambil mulutnya berceloteh tentang makanan yang mereka nikmati. Nampaknya Harlina mempunyai pengetahuan yang banyak tentang makanan.

Nurul memerhatikan sekilas pakaian Harlina. Wanita itu mengenakan blaus labuh dan seluar panjang berjenama terkenal. Malah telefon bimbitnya juga daripada jenama terkenal dan model terbaru. Tas tangan yang dibawa oleh Harlina juga mempamerkan label jenama yang mahal.

Kayanya! getus Nurul, perlahan.

Begini... saya sebenarnya ada hajat, luah Harlina setelah mereka selesai makan. Suaranya kedengaran gugup membayangkan perasaannya yang bergemuruh ketika itu. Nurul terus memandang anak matanya yang berwarna coklat jernih.

Nurul tersenyum seakan membantu Harlina me nga wal perasaan gugupnya itu.

Hajat apa, kak Jika saya boleh tolong, saya akan tolong. Saya pasti hajat akak besar, jika tak masakan akak perlu mencari saya. Saya juga mahu tahu mengapa saya dan tidak orang lain

Iya, begitulah. Hajat saya memang besar. Ada suatu keinginan yang saya harapkan daripada

Nurul.

Maksud akak

Harlina mendiamkan diri. Mungkin dia mahu mencari sedikit kekuatan untuk meluahkan isi hatinya. Wajahnya yang putih melepak itu mula merah padam.

Sebenarnya, saya mahu mencari ibu untuk anak saya. Saya....

Oh, mudah! Akak boleh mencari anak di rumah kebajikan yang menempatkan bayi terbuang dan anak-anak yang tak terjaga. Nak cari wanita yang mahu menjaga bayi pun mudah. Akak boleh risik di rumah perlindungan untuk wanita. Mereka amat memerlukan pekerjaan.

Tanpa berfikir panjang, Nurul bertindak sebagai kaunselor yang cuba menyelesaikan masalah orang lain. Lega sedikit hatinya mendengar katakata Harlina. Rupanya wanita itu mencari anak.

Harlina terpempan setelah mendengar katakata Nurul. Dia membuang pandangan ke luar restoran. Harlina melepaskan nafas yang berat kemudian tiba-tiba berpaling memandang wajah Nurul dengan berani.

Bukan. Bukan itu maksud saya. Saya mahu agar Nurul menjadi ibu untuk anak saya. Saya adalah wanita yang tak mampu melahirkan anak untuk suami saya dan cucu untuk ibu mentua saya. Saya benar-benar terdesak. Sebagai seorang wanita, tentu Nurul faham perasaan saya.

Saya dah tak sanggup dilempari dengan hinaan dan sindiran daripada mereka yang tak mahu memahami keadaan saya. Kadang-kala saya putus asa dengan hidup ini. Mengapa Allah belum mahu memberikan zuriat buat saya Rumah tangga saya hilang seri. Walau suami saya tak kisah tapi saya dan ibu mentua saya kisah.

Seperti peluru kata-katanya dihamburkan kepada Nurul, seolah segalanya mesti selesai dengan segera. Nurul terpempan mendengarnya.

Ya Allah, mengucap, kak. Mengapa akak sam pai berfikiran begini Nurul menyentuh tangan Harlina lalu menggenggamnya.

Akak dah tak tahu nak buat apa lagi. Akak dah habis ikhtiar, Harlina mengesat mata dengan tisu. Baru Nurul tersedar yang wanita itu telah menitiskan air matanya.

Akak tak tahan dengan hinaan ibu mentua akak. Keluarganya tak pernah menerima kehadiran akak sebagai menantu. Tambahan pula de ngan masalah anak, akak tertekan.

Akak, saya faham perasaan akak. Tapi bukan dengan cara begini. Apa kata orang nanti bila mereka tahu akak mencarikan seorang ibu untuk anak akak dan akak rela membiarkan wanita lain menjadi isteri untuk suami akak. Akak tak takutkah

Tak ada wanita yang sanggup merelakan suaminya berkongsi kasih sayang dengan wanita lain. Tak ada, Nurul. Tapi hanya dengan cara ini saja akak mampu memberikan zuriat dari darah daging suami akak.

Kak, akak boleh ambil anak angkat. Saya akan tolong akak. Nurul berjanji. Dia tidak mahu terbelit dalam masalah wanita ini.

Itulah yang susahnya. Suami akak tak mahu anak angkat. Dia mahu anak dari darah dagingnya sendiri. Kami bukan tak jalani rawatan. Sudah tiga kali. Tiga kali jugalah doktor kata akak dan suami akak subur dan normal. Kami mampu mendapatkan zuriat kami sendiri.

Insya-Allah, kak. Saya doakan. Mungkin bukan sekarang tapi masanya akan datang juga.

Entahlah. Dah enam tahun akak menunggu. Rasanya lama sangat, esak Harlina.

Harlina memegang tangan Nurul yang berada di atas meja. Matanya merenung Nurul dengan penuh harapan. Nurul, akak minta tolong sangatsangat. Fikirkanlah tawaran akak. Bukan selamanya, Nurul. Akak akan lepaskan Nurul semula. Kami akan bayar Nurul dengan jumlah yang sangat besar sehingga Nurul tak payah bekerja selama bertahun-tahun.

Seperti terkena renjatan elektrik, spontan Nurul menyentap tangannya.

Akak akan beri apa saja kemahuan Nurul.

Akak janji....

Entah mengapa jantung Nurul berdegup kencang. Darah terasa menyimbah ke muka.