STESEN berikutnya, Ampang Park.
Kedengaran jelas rakaman suara petugas Sistem Transit Aliran Ringan, Putra LRT, mengumumkan destinasi yang hampir tiba. Seketika selepas itu, pintu tren terbuka dan kelihatan beberapa orang penumpang beriring-iring keluar dari situ. Keadaan tidak sesak seperti biasa kerana waktu itu bukan waktu puncak. Jam baru menunjukkan pukul sebelas pagi. Namun begitu, Alyssa tidak turun di stesen tersebut kerana destinasinya adalah Stesen KLCC. Dia ke situ setelah menerima panggilan telefon dari sahabat baiknya, Elly, pagi tadi. Katanya ada perkhabaran mengenai pekerjaan yang sedang dipohonnya. Teringat dia ketika mendengar suara girang Elly menyampaikan berita gembira pagi tadi. Seawal jam tujuh pagi, Elly sudah mendail nombornya. Alyssa sesungguhnya sudah lali dengan sikap kelam-kabut sahabatnya itu. Kalau berkata-kata, memang dia nak cepat saja, laju menderu macam keretapi. Kadang-kadang lucu juga dia, tapi kadangkadang dia meluat juga dengan perangai ribut sahabatnya itu. Tetapi, walau bagaimanapun, Ellylah satu-satunya teman baik yang masih setia berkawan dengan dia. Kawan yang lain pula, satu per satu hilang selepas mereka menamatkan zaman persekolahan. Kalau tidak kerana perkara itu penting, Alyssa keberatan juga untuk meninggalkan papanya bersendirian. Tetapi, setelah papanya memberikan keizinan, dia akhirnya akur. Sebelum dia meninggalkan rumah pagi itu, dia telah memastikan bahawa segala keperluan papanya telah disediakan.
Beb, lama tunggu Hahaha...sorrylah, aku terlambat keluar dari pejabat tadi. Tiba-tiba ada dokumen penting aku nak kena siapkan pagi ni juga,
sapa Elly selepas hampir dua puluh minit Alyssa termenung menunggunya di pintu masuk stesen LRT itu. Hendak dimarah, Elly punya sebab yang boleh diterima pakai. Dia perlu berkompromi dengan kelewatan Elly kerana tahu Elly terikat dengan urusan pejabat. Untung juga dia punya kesempatan untuk keluar bertemu Alyssa dalam waktu-waktu begini.
Beb, sebagai tanda minta maaf atas kelewatan aku ni, jom aku belanja kau makan. Lagi pun, aku sendiri lapar. Tak sempat sarapan pun pagi ni,
pelawa Elly. Pucuk dicita ulam mendatang,
Aku pun lapar,
fikir Alyssa. Dia sendiri pun tak sempat sarapan pagi ini. Setelah menerima panggilan dari Elly, dia bingkas menyiapkan segala kerja rumah secepat mungkin. Pelanggan tidak begitu ramai ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran makanan segera lukisan asmara di pusat beli-belah KLCC itu. Mungkin waktu makan belum menjelang lagi kerana jam masih belum melepasi dua belas tengah hari. Namun sebentar lagi, pasti orang akan mula berpusu-pusu untuk makan tengah hari. Pemandangan biasa di sebuah kompleks terkemuka di tengah-tengah bandar raya itu. Maka, dapatlah Elly dan Alyssa makan dan berbincang dengan tenang ketika itu tanpa hiruk-pikuk suara orang ramai.
Apa yang penting sangat sampai kau tak sempat-sempat nak jumpa aku ni, Elly
tanya Alyssa memulakan bicara.
Sabarlah beb, aku makan pun tak sempat masuk perut lagi tau. Mestilah sebab aku rindu kat engkau.. hahaha,
seloroh Elly yang memang gemar berjenaka. Selain Roziana, Elly merupakan seorang lagi insan yang begitu setia berada di sisinya menghadapi hari-hari suramnya. Walaupun Elly tidak begitu berada, tetapi dia kerap membantu Alyssa dari segi kewangan dan kudrat bagi meringankan beban Alyssa. Elly, merupakan teman karib Alyssa sejak mereka belajar di Tingkatan Satu lagi. Elly berhijrah ke ibu kota setelah dibawa oleh bapa saudaranya untuk tinggal bersama sejak kematian ayahnya. Tinggallah ibunya sendirian di kampung. Namun ibunya merelakan pemergian Elly ke Kuala Lumpur kerana memikirkan itulah yang terbaik buat Elly bagi mendapatkan pelajaran yang lebih sempurna. Sejak itu Alyssa jadi rapat dengan Elly kerana simpati dengan kesusahan Elly. Lagi pun, papa Alyssa sering menghulurkan bantuan kewangan pada Elly dan ibunya sebelum dia ditimpa kemalangan.
Alyssa juga telah rapat dengan ibu Elly dan sering berkunjung ke kampung halaman Elly setiap kali penggal cuti persekolahan. Dia kagum dengan ketabahan ibu Elly mengharungi kesusahan hidup setelah kehilangan tempat bergantung. Bermacammacam kerja dilakukan oleh wanita itu bagi meneruskan kehidupan dan membesarkan Elly. Ketika itu, terdetik di hati Alyssa betapa beruntungnya mamanya kerana masih punya papa. Apa yang paling penting, Alyssa dapat melihat sinar kasih sayang ibu Elly terhadap Elly dalam setiap kerdipan matanya. Sinaran kasih itulah yang tidak pernah dirasai Alyssa dari mamanya.
Ini dia dokumen-dokumen yang perlu engkau baca, teliti, fahami dan tandatangan. Engkau bernasib baik tau, sebab aku berjaya pujuk pengurus sumber manusia aku untuk bawa keluar dokumen-dokumen ni. Ini pula, borang yang perlu kau isi dan serahkan pada aku sebelum kau mula kerja nanti. Kalau semua berjalan lancar, kau boleh mula kerja satu haribulan depan,
terang Elly tiba-tiba memecahkan lamunan Alyssa tadi.
Ya Allah, aku dapat kerja ni, Elly Tak sangka sungguh aku boleh juga masuk kerja ke syarikat taikun ni. Thanks Elly, ini semua berkat usaha engkau. Kalau tidak, aku mesti tak berpeluang,
kata Alyysa dengan gembira. Sesungguhnya Alyssa begitu bersyukur dengan berita ini. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia membantu meringankan beban yang ditanggung papanya. Kring kring, telefon di rumah Sulaiman Bakhtiar berbunyi. Seperti biasa, Alyssalah yang menjadi penjawab setia setiap kali telefon berdering.
Hello, siapa di sana
tanya Alyssa.
Hello
terdengar suara garau seorang lelaki bertanyakan Mariana, mamanya. Alyssa sudah biasa sangat menjawab panggilan dari pelbagai jenis lelaki untuk bercakap dengan Mariana. Namun begitu, sekalipun dia tidak pernah memaklumkan perkara itu pada Sulaiman kerana mahu menjaga perasaan papanya yang sedang berperang dengan penyakitnya. Dengan lemah dia mengetuk pintu bilik Mariana.
Mama, mama,
panggil Alyssa dengan lembut tetapi perasaannya ketika itu, hanya Allah yang tahu. Marah bercampur geram. Apa pula lelaki itu mahu dari mamanya kali ini. Lama juga Alyssa memanggil, barulah mamanya membuka pintu biliknya.
Ha, apa kau nak Kacau saja, aku ngantuk, nak tidur tau tak Kau ni, tak faham bahasa ke
marah Mariana sambil tangan mengaru-garu kepalanya. Alyssa meluat dengan keadaan mamanya ketika itu. Dengan keadaan rambut kusut masainya, bertahi mata, berair liur basi dan pakaian yang tidak ditukar semalaman. Suka-suka sahaja Mariana mencemuh dan memarahinya. Sudahlah mulutnya berbau kuat akibat dari sisa-sisa arak yang diteguknya malam tadi, cukup untuk membuat Alyssa berasa mual dan jelak. Pada ketika dan saat itu, Alyssa tidak berasa yang dia berhadapan dengan ibunya sendiri, tetapi perempuan di hadapannya itu adalah seorang wanita yang mempunyai tabiat dan peri laku yang buruk sekali. Dengan terpaksa, Mariana menyeret malas langkah kakinya. Ekor mata Alyssa mengikuti sahaja langkah Mariana dari belakang sambil mengelenggelengkan kepalanya.
Hello, siapa ni,
garau sahaja suara Mariana bertanya selepas gagang diangkatnya. Semua yang mendengar pasti dapat menangkap, itu adalah suara orang yang baru bangkit dari tidur.
Hello, Mariana. Engkau tak kenal dengan aku lagi, ke Ish, ish, cepat sungguh engkau lupa pada kawan lama Ini Munirlah, kekasih sejati engkau dulu,
garau juga suara lelaki yang berada di hujung talian itu.
Munir
tersentak Mariana mendengar nama itu. Sememangnya dia kenal sangat dengan Si Munir itu. Dia salah seorang ceti haram yang pernah berurusan dengannya. Sudah agak lama dia tidak menjawab panggilan dari Munir kerana tidak tahu alasan apa lagi yang hendak diberikan kepadanya. Yang pastinya, Munir mahu menuntut hutang dari Mariana. Hutang Mariana pada Munir bukannya seribu dua, tetapi sudah mencecah hampir ratusan ribu ringgit. Semua itu adalah akibat dari kegilaan Mariana berlibur, berjudi dan menagih. Dan kini, bukan Munir seorang sahaja yang mencarinya, malahan ada beberapa orang lagi yang menunggu waktu untuk menuntut hutang.
Sayangku Maria, mana engkau sudah pergi. Puas aku telefon handphone engkau, tapi engkau tidak angkat. Engkau malu ka sama saya
perli Munir dalam telo Banglanya.
Bu..bu..kan, Mr. Munir. A..a..aku ada, cuma aku sibuk sikit akhir-akhir ni. Aku kena kerja keras sebab aku kan nak kena bayar semua hutang-hutang aku pada engkau
jelas Mariana dalam keadaan separuh gelabah.
Oh, itu macam ka, Maria Aku ingat, engkau saja mahu lari dari aku. Baguslah kalau engkau ingat engkau punya hutang sama aku. Ingat itu bunga hari-hari jalan selagi engkau tak kasi settle, ya Nanti lain minggu aku telefon sama engkau. Ingat, jangan engkau main-main sama aku, engkau mesti tahu akibatnya kan
suara Munir dalam nada separa ugutan.
Ya, ya, aku faham Mr. Munir,
jawab Mariana pula. Selepas gagang diletakkan, fikiran Mariana menjadi berkecamuk.
Kalau Mr. Munir tu boleh cari nombor telefon rumah ni, tak mustahil dia tahu alamat rumah ni. Sebelum dia cari aku dekat sini, lebih baik aku cabut. Kalau aku tak cabut, mati aku,
fikir Mariana. Lantas, dia terus mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Arman.
Hello, Arman. Aku ada masalah sikitlah. Aku nak keluar dari rumah ni. Engkau tolong jumpa aku dekat tempat biasa. Ada benda aku nak bincang dengan kau. Kau tunggu, ye
pesan Mariaana kelam-kabut. Dia terus mengeluarkan beg pakaiannya untuk diisi segala keperluan peribadinya. Tanpa menunggu lama lagi, Mariana terus mengheret begnya untuk keluar dari rumah. Perlakuannya, diperhatikan sahaja oleh Alyssa. Namun begitu, Alyssa tidak punya hati untuk menahan atau bertanya akan sebab-musabab mamanya bertindak sedemikian. Perkara seperti ini sudah lama berada dalam jangkaannya. Dia tahu bahawa mamanya tidak akan kekal lama tinggal di rumah itu dan pasti suatu hari nanti dia akan pergi. Cuma, Alyssa bimbang akan perasaan papanya apabila mengetahui yang isteri kesayangannya itu sudah keluar dari mahligai binaannya.
Pa...
Alyssa mengejutkan papanya dengan lembut. Sulaiman membuka matanya yang bengkak itu lalu terus menghadiahkan senyuman pada Alyssa. Dia bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk sekali lagi menatap wajah puteri tunggal kesayangannya itu.
Kita makan, ye papa. Ini Lyssa dah siapkan bubur untuk papa. Lepas ni, papa boleh makan ubat,
ujar Alyssa tanpa sedikit pun memandang papanya. Dia bukan tidak mahu memandang wajah papanya, tetapi bimbang andai kata papanya akan terbaca kegusaran yang terpamer di wajahnya. Fikirannya terus berlegar-legar sambil tangannya menyuapkan bubur ke mulut papanya. Melihat keadaan Alyssa yang sugul itu, Sulaiman terus bertanyakan sebab-musababnya kerana dia bimbang kalau-kalau puterinya itu sedang berdepan dengan masalah.
Tak ada apa-apa. Papa jangan risau. Lyssa baikbaik saja,
jawab Alyssa cuba meredakan kegusaran papanya. Sulaiman tersenyum sahaja memandang gelagat Alyssa.
Jangan bimbang sayang, papa tahu suatu hari nanti, mama pasti akan pergi meninggalkan kita.
Terkesima Alyssa mendengar kata-kata papanya itu. Dia tidak menyangka bahawa papanya terdengar tindakan mamanya keluar dari rumah tadi. Sekali lagi, Alyssa berasa hairan kerana papanya sungguh tenang menghadapi situasi itu. Dalam diam dia berasa kagum kepada papanya yang reda dengan ketentuan Allah terhadap jodoh dan rumahtangganya.
Dari awal lagi, papa tak pernah fikir untuk mama Lyssa setia dengan keadaan papa sekarang ni. Biarlah dia keluar, kalau di luar itu lebih menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan padanya. Papa relakan dia pergi dengan hati terbuka,
ujar Sulaiman dengan tenang.
Tapi pa, mamakan masih isteri papa. Mana boleh dia tinggalkan papa sesuka hati saja. Nanti orang tuduh papa dayus pula,
kata Alyssa menyatakan kebimbangannya.
Oh, kalau mengenai itu, sayang jangan risau. Nanti kalau sihat sikit, papa akan minta Uncle Bani tolong hantarkan papa untuk failkan penceraian di Mahkamah Syariah,
kata Sulaiman Bakhtiar perlahan. Kata-kata Sulaiman itu memberikan sedikit kelegaan pada Alyssa. Sekurang-kurangnya, papanya akan terlepas dari terus menanggung dosa isterinya dan menjadi rencah umpatan masyarakat di sekelilingnya.