Lukisan Asmara 2 - 5
BAB 4

Welcome to Holland, papan tanda yang tersergam indah ketika mereka menjejakkan kaki di lapangan terbangnya. Selepas melalui perjalanan berjam-jam lamanya, mereka tiba jua di Amsterdam, ibu negara Belanda. Kota yang menjadi destinasi pertama bulan madu mereka itu, merupakan sebuah bandar raya lama yang mempunyai banyak bangunan dan rumah-rumah cantik yang terbina dan tersusun indah di sepanjang terusan yang dibina khas. Tuan Fahreen telah menempah hotel yang juga terletak di sepanjang terusan yang mempelopori pemandangan indah di Amsterdam itu.

Alyssa berasa begitu teruja sekali kerana buat pertama kalinya di dalam hidupnya, dia telah menjejakkan kaki ke bumi asing. Suasana yang jauh berbeza dari keadaan di negara sendiri, telah memberikan satu pengalaman yang sungguh luar biasa sekali untuknya. Di situ, tiada manusia yang mengenali mereka, lebih-lebih lagi, Tuan Fahreen. Mereka tidak perlu lagi diiringi para pengawal peribadi bagi memastikan keselamatan mereka. Malahan, Tuan Fahreen sendiri terhindar dari kesibukan biasanya. Di sini, masa Tuan Fahreen adalah sepenuhnya untuk Alyssa seorang sahaja. Itulah yang lebih memberi erti buat Alyssa. Berdua-duaan dengan orang yang dicintai tanpa sebarang gangguan.

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel, Alyssa menikmati keindahan bandar Amsterdam yang dipagari terusan-terusan cantik dan bunga-bunga tulip yang ditanam di tepi-tepi jalan dan setiap ceruk bandarnya. Pemandangan menarik itu telah membuatkan Alyssa terlupa dengan kepenatan yang dialaminya setelah melalui perjalanan yang sangat lama. Manakala tangannya sentiasa dalam genggaman suaminya, yang turut bahagia melihat air muka gembira isterinya itu. Moga, wajah tenang yang gembira itu akan selalu menemaninya, kini dan selama-lamanya.

Setibanya di hotel, mereka disambut bagaikan raja dan ratu England. Mereka dilayan dengan mesra sekali oleh penyambut tetamu di situ yang menguruskan daftar masuk mereka ke hotel tersebut. Hotel indah itu merupakan salah sebuah hotel elit yang terdapat Amsterdam. Seni binanya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Kingdom of the Netherlands pada kurun kesembilan belas. Banyak ruangan yang cantik di situ boleh Alyssa abadikan di dalam lukisannya nanti. Mujurlah dia tidak lupa untuk membawa membawa peralatan lukisannya. Jika tidak, tentu dia akan berasa rugi sekali kerana tempat itu punyai banyak rakaman pemandangan yang menarik untuk dijadikan subjek dalam karya seninya nanti.

Okay sir, mem, this is your prestige room. We hope youll enjoy your honeymoon and have a pleasure stay here, ucap pelayan bagasi yang menghantarkan barangan mereka ke bilik.

Thank you very much, jawab Tuan Fahreen pula, sambil menghulurkan sedikit tips untuk pelayan tersebut.

Sebaik sahaja pelayan tersebut beredar dari bilik tersebut, Alyssa terus menerkam suaminya dan memberikan satu ciuman paling romantis di pipinya. Itu adalah satu simbolik sebagai merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terhadap Tuan Fahreen yang sudi membawanya melancong ke suatu negara yang amat indah itu.

Sayang suka, ya tanya Tuan Fahreen yang turut mendakap mesra isterinya itu.

Gila tak suka Lyssa suka sangat, abang. Seumur hidup Lyssa, tak pernah sampai ke tempat yang sebegini cantik. Walau bagaimanapun, Malaysia tetap di hati, ujar Alyssa yang masih kebal dengan semangat cintakan negaranya itu.

Tuan Fahreen hanya tersenyum melihat kegembiraan Alyssa. Adakalanya, kelakuan isterinya agak lucu dan keanak-anakan. Mungkin kerana sifat manja yang dibawa dari arwah papanya dahulu, yang sentiasa memberikan tumpuan penuh kepada Alyssa. Namun, sinar mata Alyssa sudah cukup memukau dan membahagiakan Tuan Fahreen.

Walau bagaimanapun, kegembiraan pada hari pertama di Belanda, terhenti di situ sahaja. Malam itu, Alyssa terlena lebih awal dari yang sepatutnya. Setelah selesai solat berjemaah bersama suaminya, Alyssa meminta izin barang sebentar untuk melelapkan matanya. Namun, dia terus tidur dan Tuan Fahreen tidak sampai hati untuk menggerakkannya. Alyssa tidur dengan begitu lena sekali. Mungkin kerana dia terkena bahana jet-lag yang diakibatkan oleh kerana terlalu lama dalam penerbangan tadi.

Berehatlah wahai permaisuriku. Mimpikan yang indah-indah untuk kita berdua. Abang akan sentiasa berada di sini untuk memastikan kebahagiaanmu. Jumpa pagi nanti, ucap Tuan Fahreen sebelum memberikan kucupan selamat malam di pipi lembut Alyssa.

Keesokan paginya, mereka bangkit awal untuk memulakan hari yang baru di Amsterdam. Selepas menunaikan solat subuh, yang agak awal waktunya, mereka terus turun untuk bersarapan di kafe yang terletak di aras mezanine hotel tersebut. Ruangan kafe itu, masih tidak ramai orang kerana pagi yang awal lagi. Bolehlah mereka berdua bersarapan dengan tenang dan selesa.

Mengapa abang biarkan Lyssa tertidur semalam Rugilah, sebab tak dapat melihat keindahan dan penorama bandar Amsterdam di waktu malam, sungut Alyssa, ketika menyuapkan cornflakes ke mulutnya.

Sayang tidur dengan nyenyak sekali. Abang tak sanggup nak kejutkan. Jangan bimbanglah. Kita ada masa beberapa hari lagi di sini.

Alyssa hanya mengeluh halus. Dia terlepas saat-saat indah malam pertamanya di bumi asing itu. Mungkin suasana malam kedua dan seterusnya, sedikit berbeza dari malam pertama dari segi keterujaannya. Tapi, nak buat macam mana Semuanya salah dia sendiri, kerana membiarkan dirinya terlena sampai ke subuh.

Hari ini, abang akan bawa sayang ke suatu tempat yang cukup indah sekali. Taman bunga tulip, lokasi yang sesuai sekali untuk sayang melukis. Sayang suka tak

Mestilah Lyssa suka. Lyssa tak sabar nak duduk di tengah-tengah kumpulan tumbuhan tulip itu. Terasa macam Alice in the Wonderland. Wow, fantastik! jawab Alyssa yang masih belum lenyap lagi perasaan terujanya, walaupun sudah memasuki hari kedua di situ. Dan pastinya, pengalaman pada hari kedua itu, akan termeterainya satu lagi kenangan indah yang bakal terpahat di ingatan Alyssa buat selama-lamanya. Pagi itu, dia tidak perlu ke pejabat dan tidak perlu melihat suaminya menjinjit beg untuk ke pejabat. Hari yang indah itu, hanya untuk mereka berdua sahaja.

Mata dunia yang cemburu, akan merenung kepada kami dengan menyatakan bukan bahagiamu. Tetapi, mata dan kasih sayang ini bukan untuk diperbandingkan dengan mana-mana titik di dalam dunia kerana ia punya nilai sensitiviti dan kemurniaannya sendiri yang amat unik dan indah. Dan, akulah pemilik dunia cinta yang indah itu kerana di dalamnya ada panglima kasihku yang bernama suamiku yang tercinta, desir hati Alyssa berlagu girang.

Hai Che Ros, jauh termenung nampak. Bermuram durja saja muka tu. Kenapa Teringat kumbang yang telah terbang kepada bunga yang lain ke perli Arul yang baru saja pulang dari pejabat Tatarias Berhad, mengambil dokumen yang disuruh Che Ros.

Che Ros tidak berminat untuk melayan pertanyaan bodoh dari budak pejabat alias kerani penghantar seperti Arul itu. Baginya, adalah sesuatu yang membuang masa jika melayan kerani tolol seperti Arul. Kegunaan Arul kepadanya, hanyalah untuk mengambil atau menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan. Itu sahaja. Dalam hal yang lain, Arul langsung tidak setaraf untuk bergaul dengannya.

Begitulah dasarnya pandangan manusia bongkak seperti Che Ros. Kebanyakan manusia adalah rendah dipandangan matanya. Walhal, ternyata sekali manusia yang dihinanya, kadangkala lebih cerdik darinya.

Arul sudah biasa diperlekehkan oleh Che Ros. Setiap hari, ada saja kekurangan Arul yang akan digali oleh Che Ros untuk dicanangkan kepada orang lain. Namun, sebagai manusia yang tidak mudah ambil hati, Arul hanya memekakkan telinga demi menjaga perhubungan dan keharmonian sesama rakan tempat kerja. Apalah guna bermasam muka dengan sesama pekerja. Sedangkan esok, sehinggalah mereka tiada di pejabat itu lagi, mereka tetap akan berhadapan dengan orang yang sama. Kalau setakat perkara kecil itu, Arul merasakan adalah lebih baik diabaikan sahaja.

Betullah, Che Ros. Semenjak Tuan Fahreen bercuti untuk berbulan madu ni, aku tengok engkau macam mati kutu, alias mati laki. Termenung sana, monyok sini. Engkau rindukan tuan kita tu ke soal Munirah, pegawai sumber manusia yang turut berada di situ.

Munirah merenung wajah monyok Che Ros dengan pandangan tajam. Dia mengajukan soalan tersebut setelah melihat Arul keluar dari situ dan hilang dari pandangan mereka. Walaupun Munirah sendiri tidak berapa berkenan dengan perangai Che Ros, tetapi dia masih punya etika rakan sekerja yang dipraktikkan demi menjaga keharmonian bersama di tempat kerja. Dia tidak mahu memalukan Che Ros di hadapan Arul.

Aku rasa, engkau ni dah kena penyakit rindu kut, ataupun penyakit angin cemburu. Kau tak senang hati tengok Alyssa kahwin dengan Tuan Fahreen, kan

Ya, memang aku cemburu dan marahkan Alyssa sebab rampas Tuan Fahreen dari aku. Puas hati! bentak Che Ros, sebelum berlari keluar dari tempatnya, menuju ke tandas.

Che Ros sengaja melarikan diri dari situ. Dia tidak mahu Munirah atau sesiapa sahaja yang lalu-lalang di situ, melihat air mata kesedihannya. Biar dia sendiri yang simpan bebanan hatinya yang lara tanpa mahu berkongsi dengan sesiapapun. Che Ros tidak mahu maruahnya dipermainkan gara-gara airmata yang tidak diundang itu.

Sudah cukup Arul, Arfah, Atikah dan yang lain-lainnya, mentertawakannya kerana gagal memiliki Tuan Fahreen. Kalau dahulu, Che Ros sering mencanangkan yang dialah bakal pendamping Tuan Fahreen. Namun kini, cerita propa itu semakin lenyap dari pendengaran rakan-rakannya yang lain.

Che Ros segera membasuh mukanya di sinki tandas. Mata yang merah kesan dari tangisan, tidak perlu dipertontonkan kepada sesiapapun. Mereka yang berada di bawah naungan Tajul Holdings tidak berhak untuk tahu lara yang sedang memuncak di jiwanya. Kekesalannya bukan untuk dijadikan pengetahuan am. Dia perlu menenangkan jiwanya seketika di situ. Tetapi, hatinya masih tersimpan dendam yang begitu membara.

Alyssa, engkau telah rampas segala kebahagiaan aku. Aku benci engkau. Kerana engkau, maruah aku tercalar. Kerana engkau, aku jadi bahan ejekan teman-teman. Hati-hatilah Alyssa, sebab aku tidak akan benarkan engkau hidup bahagia di samping Tuan Fahreen untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti, engkau akan menyesal kerana menjadi isterinya. Kau akan kesal! Kau akan kesal! Kau akan kesal!!

Sejak hari itu, perkataan tersebutlah yang sering bermain-main dan berulang siar dalam kotak fikirannya. Jiwanya yang lunyai turut membisikkan kehancuran Alyssa dengan rela, tanpa sedikit pun rasa bersalah, maupun berdosa. Alyssa terlalu kecil di pandangan matanya. Dan dia bakal menjadi penyebab pada keruntuhan jiwa Alyssa. Itu sumpah janji Che Ros yang tidak akan pernah terpadam sehinggalah Alyssa mengundurkan dirinya dari sisi Tuan Fahreen.

Engkau akan hancur, Alyssa!

Tercampak berus lukisan yang tersemat kemas di tangan Alyssa ketika itu. Alyssa seperti orang yang sedang dalam kejutan. Dia seolah-olah terdengar seseorang sedang memekik ke telinganya dan menyumpah seranahnya. Suara itu pula seperti biasa didengarinya. Tetapi, Alyssa gagal mengecam atau mengingati pemilik suara yang berkumandang di mindanya itu. Ianya jelas dalam suram. Pelik rasanya. Bagaimana dejavu seperti itu boleh muncul dalam fikirannya secara tiba-tiba

Alyssa terperanjat sekali lagi apabila tangan Tuan Fahreen menyentuh bahunya dari belakang.

Astaghfirullahalazim! Perkataan yang keluar dari mulutnya disertai dengan wajah pucat Alyssa, membibitkan persoalan di benak suaminya. Sebentar tadi, Alyssa ditinggalkan sendirian oleh Tuan Fahreen kerana mahu mencari barang. Dia sengaja tidak memberitahu Alyssa kerana tidak mahu merosakkan mood isterinya itu yang sedang bernas ideanya untuk melukis bunga-bunga tulip yang terdapat di kelilingnya.

Sayang tak apa-apa, kan Kenapa, sayang ingat orang jahat yang pegang bahu sayang dari belakang tadi Abang mintak maaf, kerana membuat sayang terkejut.

Abang dari mana ni

Abang keluar pergi cari barang sekejap. Abang tak beritahu sayang tadi. Abang minta maaf, ya

Alasan diterima, walaupun Alyssa hanya mendiamkan diri. Dia tahu, Tuan Fahreen bukan sengaja mahu membiarkannya sendirian di situ. Dia sendiri tidak sedar, bilakah masanya Tuan Fahreen bergerak meninggalkannya. Tapi Alyssa yakin, Tuan Fahreen tidak akan bertindak sedemikian sebelum memastikan yang isterinya dalam keadaan aman dan tiada sebarang gangguan. Lagi pun, pihak polis Amsterdam terdapat di merata-rata ceruk, termasuklah yang berhampiran dengan Alyssa. Tak mungkin Alyssa akan diganggu jika dia sentiasa dalam perhatian polis di situ.

Wah, cantiknya bunga-bunga tulip yang ada dalam lukisan sayang ni. Ceria sangat. Kena sekali dengan warna-warnanya. Pandai sayang gunakan ton warna untuk sudut-sudut yang berlainan. Ini bukan sekadar lukisan, tetapi satu hasil klasik yang cukup sempurna, puji Tuan Fahreen, cuba menghilangkan perasaan gugup Alyssa sebentar tadi.

Benarlah seperti kata abang sebelum ini, kan Suasana dikelilingi oleh bunga-bunga tulip ini, mampu memberikan suatu inspirasi yang cukup memberangsangkan buat sayang. Lukisan sayang nampak hidup sekali. Yes, its looks real.

Hati Alyssa kembali berbunga dengan komentar suaminya terhadap lukisan yang sedang dihasilkannya. Alyssa langsung tidak menyangka yang Tuan Fahreen bijak dalam menilai hasil-hasil seni dari pelukis sepertinya. Selama ini, Alyssa merasakan yang hasil seninya masih kecil untuk diperbandingkan dengan mana-mana lukisan dari pelukis-pelukis terkenal, maupun pelukis jalanan. Masih banyak ruang dan lopong yang perlu diperbaiki lagi. Namun, insan-insan seperti Tuan Fahreen dan Abang Bob yang begitu menghargai hasil karyanya, sedikit pun tidak pernah meremehkannya. Malahan, merekalah yang membuatkan Alyssa berasakan dirinya sebagai seorang pelukis yang istimewa.

Ini lukisan biasa saja abang. Lukisan dari seorang pelukis amatur.

Sayang bukan lagi pelukis amatur, tetapi seorang pelukis yang mature. Sayang ada nilai dan gaya tersendiri serta sophisticated. Kalau tidak, takkanlah Abang Bob sanggup ambil sayang bekerja dengannya. Kalau sayang nak tahu, sebenarnya Abang Bob tu cerewet dalam memilih orang-orang yang berkaliber untuk bekerja dengannya, sebab dia hanya mahukan yang terbaik untuk para pelanggannya.

Memang benar bagai diperkatakan oleh Tuan Fahreen. Semenjak bekerja dengan Abang Bob, Alyssa faham benar dengan cara kerja lelaki itu. Abang Bob adalah lelaki yang sederhana tetapi amat mengutamakan kesempurnaan dalam mutu kerjanya. Walau bagaimanapun, selama bekerja dengan Abang Bob, Alyssa tidak pernah menghadapi sebarang kesukaran kerana dia mudah memahami konsep yang mahu diterapkan oleh Abang Bob.

Alyssa sungguh bersyukur kerana semua suratan dan kebetulan datang dalam bentuk yang paling cantik di dalam hidupnya. Mungkin itulah antara hikmah dugaan yang dilaluinya sepanjang meniti usia remajanya. Di hatinya, kesyukuran yang tak terhingga kepada-Nya.

Mem, your drawing is so attractive. The tulips looks alive, puji seorang mat saleh yang kebetulannya lalu di situ bersama pasangannya.

I believe youll make a good artist, puji pasangannya pula.

Dari beberapa pandangan bernas yang diutarakan oleh kedua mat saleh itu, Alyssa percaya yang mereka mempunyai penilaian yang tinggi dalam bidang lukisan. Pasangan mat saleh tersebut sempat mengamati beberapa lukisan karya Alyssa, yang turut diletakkan di situ. Apa yang lebih menggelikan hati, mereka turut membuat tawaran untuk membeli lukisan-lukisan tersebut dengan harga yang agak memberangsangkan. Nampak gayanya, mereka telah terpesona dengan kecantikan lukisan milik Alyssa itu.

Sorry sir, mem, these drawings are not for sale. They are all just for my personal collection, jawab Alyssa.

Kedua-dua mat saleh itu tampak agak kecewa, tetapi menghormati pendirian Alyssa terhadap karya-karyanya sendiri. Namun, mereka sempat juga memberikan kata-kata semangat untuk Alyssa terus berjaya dalam bidang itu.

Carry on, dear. We believe that you will success on your future endeavour. Dont stop drawings. Youve got a very high skill and practice will make you become more perfecto.

Dari telo percakapan mereka, Alyssa mengagak yang pasangan mat saleh itu dari negara Peranchis. Pasangan tersebut akhirnya berlalu pergi, setelah puas menikmati keindahan lukisan bunga tulip yang mirip sekali dengan bunga asalnya.

Sayang, apa kata kalau kita aturkan satu pameran di galeri, setelah koleksi lukisan sayang ini mencukupi untuk dipamerkan. Abang ada seorang kenalan yang menguruskan pameran di balai-balai seni lukis di seluruh negara. Mungkin kita boleh minta tolong darinya kata Tuan Fahreen mengusul satu cadangan.

Tak mahulah, bang. Lyssa malulah sebab koleksi lukisan-lukisan Lyssa ni, tak setaraf dengan pelukis-pelukis yang ada. Banyak kekurangannya dari segi konsep dan ideanya. Lyssa takut orang akan ketawakan Lyssa nanti.

Sayang tak boleh begini. Sayang kena yakin pada bakat yang ada pada diri sayang. Sayang sendiri tengok tadikan, bagaimana mat saleh berdua tu, puji lukisan sayang ni. Siap nak beli lagi. Siapa yang kata lukisan sayang tak cantik Kita cubalah dulu. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Tapi, kalau tak ada, janganlah kecewa untuk mencuba lagi, ujar Tuan Fahreen lagi memberikan keyakinan yang berterusan kepada isterinya itu.

Alyssa termenung merenung suaminya, tetapi wajahnya kelihatan cuak. Alyssa hairan, bagaimana Tuan Fahreen boleh begitu yakin dengan cadangannya sedangkan dia sendiri masih tumpul dalam menilaikan hasil seninya. Mungkin itulah kelebihan suaminya itu. Sebagai seorang tokoh korporat yang berjaya, tidak mustahil Tuan Fahreen mampu meramal masa depan dengan izin Allah SWT.

Nantilah, biar Lyssa fikirkan dulu, ya bang

Tuan Fahreen tidak mahu terus mendesak isterinya. Biarlah Alyssa sendiri yang fikirkan apa yang baik untuknya. Keputusan mutlak tetap menjadi milik Alyssa sendiri. Sebagai suami, dia hanyalah sebagai pemangkin kepada setiap tindak-tanduk Alyssa kelak.

Abang, betulkah bunga tulip berasal dari Belanda Apa istimewanya negara ini, sehingga ia tumbuh dengan begitu banyak dan subur sekali di sini tanya Alyssa, mengubah topik perbualan mereka tadi.

Tuan Fahreen tersenyum merenung wajah ayu isterinya yang mengharapkan jawapan. Alyssa pula yakin soalannya tadi mampu dijawab bernas oleh suaminya itu. Tidak dinafikan, pengetahuan am Tuan Fahreen cukup tinggi kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pembacaan. Boleh dikatakan, Tuan Fahreen merupakan pembaca tegar juga.

Sayang, tulip sebenarnya berasal dari Asia Tengah. Ia tumbuh meliar di kawasan Pergunungan Pamir dan Hindu Kush di Kazakhstan. Manakala di Belanda pula, pernah terjadi permintaan yang tinggi terhadap bunga-bunga tulip sehingga menimbulkan suatu fenomena yang diberi nama tulip mania. Permainan harga tulip oleh para spekulasi pada ketika itu, telah menyebabkan terjadinya kemunduran ekonomi suatu masa dahulu.

Kalau sayang nak tahu, setiap tahun, Belanda telah mengirimkan bunga tulip untuk ditanam di kota Ottawa, sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan Kanada kerana membebaskan mereka dari cengkaman nazi Jerman. Pihak Kanada juga telah bermurah hati menyediakan tempat berlindung untuk puteri mahkota Belanda ketika itu.

Barulah Alyssa sedar sekarang, betapa besarnya pengaruh bunga tulip dalam kehidupan sesetengah manusia di dunia ini sejak berzaman lamanya. Selain dari permintaannya yang setaraf dengan bunga mawar dan anggerik, ia juga lambang perpaduan dan juga ekonomikal. Namun Alyssa punyai perspektif yang tersendiri, mengapa dia begitu menggemari bunga tulip.

Kenapa sayang sukakan bunga tulip terpacul soalan dari Tuan Fahreen ketika Alyssa sedang asyik melawan perasaannya.

Kalau abang nak tahu, tulip punyai banyak warna-warna pelangi yang bisa menceriakan kehidupan manusia seperti merah, oren, biru, kuning dan ungu. Kelopaknya yang tertutup rapat, membawa erti kasih sayang yang tertaut antara insan yang sedang sayang-menyayangi. Cuba abang tengok kelopaknya pula. Ianya seperti mahkota, meninggi umpama cita-cita dan cinta. Dia tidak bermegah seperti bunga ros, tetapi dia mampu membuat orang berasa megah dengannya. Ciri-ciri yang ada pada bunga tulip itu, kebanyakannya telah pupus dari sifat manusia zaman sekarang.

Kebanyakan manusia zaman sekarang, tidak suka menceriakan kehidupan orang lain. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada membina kasih sayang antara satu sama lain. Mereka lebih suka bermegah-megah dengan kelebihan yang mereka ada, tanpa mempedulikan perasaan orang-orang yang mereka tindas. Abang, kenapa manusia zaman sekarang ini, lebih ramai yang kejam dari berhati mulia hurai Alyssa yang berakhir dengan persoalan untuk suaminya.

Rambut Alyssa yang mengerbang menutupi ruang dahi, mata dan pipi gebunya, disingkap semula oleh Tuan Fahreen. Sambil mengusap bahu isterinya, Tuan Fahreen cuba menjawab persoalan yang dikemukakan tadi.

Itu tandanya dunia sudah berada di akhir zaman. Kebanyakan perlakuan manusia sudah kembali ke zaman batu. Sayangnya, semakin maju dan moden taraf kehidupan manusia sekarang, tetapi, semakin mundur pula sahsiah diri mereka. Tiada apa yang lebih penting buat mereka selain dari kekayaan, kemuliaan, darjat dan maruah. Tuhan telah menurunkan berbagai bencana kepada manusia dengan tujuan supaya manusia insaf akan segala kesilapan mereka dan sedar yang hari akhirat dan pembalasan bakal menyusul tidak lama lagi, terang Tuan Fahreen.

Alyssa mengangguk mengerti. Memang tidak dinafikan, dia sendiri sering ketemu dengan golongan manusia yang sedemikian yang ramai bermastautin di kota raya besar seperti Kuala Lumpur. Namun Alyssa tidak menafikan jua, masih ada lagi manusia yang berhati mulia yang wujud di muka bumi ini bagi tujuan membantu dan menyedarkan manusia lain yang sedang berada di persimpangan antara kebaikan dan kejahatan.

Seharian menghabiskan masa di ladang tulip milik seorang pendatang Inggeris yang telah bertahun-tahun menetap di Amsterdam itu, telah membuahkan seribu satu kenangan manis buat Alyssa. Selain puas menjamu mata dengan keindahan ladang tulip yang terbentang bak permaidani Mesir itu, Alyssa sempat mengabadikan beberapa buah lukisan yang berkonsep dan berimejkan bunga tulip dari pelbagai perspektif. Nampaknya, keistimewaan dan sejarah kegemilangannya telah menyegarkan segala cinta rasa Alyssa.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Alyssa merasakan yang dia begitu puas melukis. Pengabadiannya begitu tulus dan penghasilannnya juga begitu mengembangkan tonasi jiwanya. Itulah sebenarnya cetusan rasa seorang pelukis sejati. Kekayaan dalam ilham membungkam setiap mata yang memandang hasil amatannya.

Hari itu, mereka pulang ke hotel semula agak lewat. Namun, Alyssa mampu mengutip pelbagai memori yang bakal MEmahat ingatan yang tidak mungkin luput sampai bila-bila pun. Semasa dalam perjalanan pulang, Alyssa sempat membisikkan kata-kata penghargaan terhadap suaminya yang begitu memahami minat murni dan luhurnya.

Terima kasih, abang, kerana menjadikan impian ini suatu kenyataan berilham dan illusi yang menampan segala kedukaan sebelum ini. I love you so so much, ujar Alyssa disertai dengan satu kucupan manis di pipi Tuan Fahreen.

Malam yang indah. Tuan Fahreen telah membawa isteri tercintanya, menjamu selera di sebuah restoran terkenal dalam kalangan pengunjung Amsterdam yang diberi nama Palace of the Heart Restaurant. Restoran eksklusif milik seorang warganegara Belanda yang berbangsa Arab Turki itu, merupakan salah satu restoran yang menyajikan makanan halal, khususnya untuk pengunjung yang beragama Islam.

Tukang masaknya juga diimport khas dari Timur Tengah, dari kalangan bangsa Arab. Malahan, ada juga tukang masak yang dibawa dari Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia, khusus untuk mempelbagaikan pilihan resipi yang terdapat di situ. Maka, tidak hairanlah jika restoran itu sering menjadi pilihan pengunjung kerana kepelbagaian sajian yang disediakan. Kebanyakan pelancong yang datang dari Asia pastinya tidak akan ketinggalan untuk mengunjungi restoran ini setiap kali datang bercuti atau berurusan di Amsterdam.

Walaupun restoran tersebut banyak menyajikan masakan-masakan yang berunsur Arab dan gabungan Asia, namun, ramai juga mat saleh yang singgah di situ untuk menjamu selera. Mereka mengemari cara masakan dan keenakan di situ yang tidak berapa pedas dan sesuai untuk dijamah. Itulah antara keistimewaan di restoran tesebut. Gabungan rempah-ratusnya yang sederhana menjadikan ianya kurang pedas di samping mengekalkan rasa aslinya.

Tuan Fahreen menikmati makanan kesukaannya iaitu nasi beriani bersama kuzie kambing, manakala Alyssa pula memesan nasi arab bersama ayam masala. Mereka makan dengan berselera sekali sambil melayan kepenatan akibat seharian berjalan ke serata ceruk bandar Amsterdam. Mujurlah ada juga terselit masjid di beberapa lokasi bandar utama Belanda tersebut. Maka, dapatlah jua mereka menunaikan kewajipan yang lima waktu itu.

Ketika enak menikmati makanan, Alyssa sempat mengamati panorama indah pada waktu malam di sepanjang terusan, dengan berlatarbelakangkan Istana Amsterdam. Terdapat perahu kolek yang menyusur sepanjang terusan, tidak henti-henti mengamit pelancong dan pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Pemandu teksi perahu itu akan membawa pengunjung mengelilingi terusan sambil menghirup udara nyaman dan menjamu mata dengan pancaran cahaya bergemerlapan. Mereka mengenakan tambang dengan harga yang amat berpatutan. Maka, tidak hairanlah jika perahu meraka sentiasa berpenumpang.

Di suatu sudut restoran tesebut, Alyssa dapat melihat ada beberapa kumpulan anak muda senang enak menghisap paip bersaiz besar dan kecil yang mengeluarkan banyak kepulan asap. Kumpulan tersebut langsung tidak mempedulikan orang di sekeliling mereka. Malahan, mereka sedang asyik melayan dunia mereka sendiri. Apa yang menghairankan Alyssa, paip-paip tersebut dihidangkan oleh pelayan-pelayan restoran, seperti menjadi suatu hidangan lazim pula di situ.

Abang, cuba abang tengok pada kumpulan yang duduk di meja hujung sekali tu. Apa yang sedang mereka lakukan itu

Tuan Fahreen yang sedang leka menikmati makanannya, terhenti seketika lalu memandang ke arah kumpulan muda-mudi yang dimaksudkan isterinya itu. Lalu, Tuan Fahreen tersenyum. Dia tahu, satu lagi tabiat baru manusia sejagat yang sedang disaksikan oleh Alyssa itu, merupakan satu pengalaman baru untuknya. Namun, Tuan Fahreen agak keliru, bagaimana untuk menerangkan perkara tersebut kepada Alyssa kerana bimbang disalah tafsir pula nanti. Tetapi, Tuan Fahreen juga maklum dengan perangai isterinya itu, yang pasti akan terus bertanya sehinggalah dia menemui jawapan yang memuaskan hatinya. Maka, mahu atau tidak, soalan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja.

Sayang, mereka semua tu sedang menghisap cannabis ataupun ganja.

Apa Ganja Macam mana benda berbahaya tu boleh disajikan di tempat eksklusif macam ni Tak takut kena tangkapkah soal Alyssa, agak terkejut.

Tuan Fahreen sudah mengagak akan soalan yang bakal keluar dari mulut isterinya. Pada pendapat Alyssa, ganja tergolong dalam kumpulan dadah yang amat merbahaya pada diri manusia. Sepatutnya, ia diharamkan dari disajikan di tempat-tempat terbuka seperti restoran itu. Dia hairan, mengapa pihak berkuasa Amsterdam tidak mengambil tindakan terhadap pengurusan restoran tersebut.

Sayang, cannabis tak serupa macam dadah biasa. Di sini, dan banyak negara Eropah yang lain serta Amerika, menggelarkannya sebagai recreational drug. Ianya tak jauh berbeza dari alkohol, kafein dan tembakau yang digunakan oleh manusia untuk berhibur dan bersuka-ria di sini. Malahan, dalam akta mereka menghalalkan penggunaan cannabis dalam aktiviti harian mereka.

Tapi, takkan ia tak memudaratkan langsung Kalau tidak, mengapa negara kita mengharamkan penggunaan ganja, selari dengan dadah tanya Alyssa yang nyata sekali masih tidak berpuas hati dengan jawapan Tuan Fahreen itu.

Malaysia adalah negara Islam, sayang, bukannya negara kafir. Bukankah dalam Islam, alkohol itu haram

Alyssa mengangguk. Tetapi, masih bingung. Persoalannya yang sebenarnya, masih belum dijawab lagi.

Ha, samalah juga dengan ganja, sebab ia menjadikan manusia itu khayal dari melaksanakan perintah Allah. Kerana alkohol, manusia sanggup menipu, membunuh dan merogol. Begitu juga kesannya dengan ganja, sambung Tuan Fahreen.

Namun ruang untuk berdebat terpancar luas di anak mata Alyssa. Dia seolah-olah punya pendapat sendiri untuk dipertegakkan. Kenaifan dalam beberapa perkara tidak mampu membuatkan dia buta dari perlakuan negatif yang bakal mengundang musibah dalam kehidupan seseorang manusia. Menurut pendapat Alyssa, bila agama sudah mencegah, umat sejagat harus patuh.

Kalau manusia boleh khayal dengan pengambilan ganja, tak mustahil mereka juga akan jadi ketagih. Ketagihan yang tegar akan menyebabkan banyak bahana. Antaranya, merosakkan sistem kesihatan manusia itu sendiri. Bukankah ianya mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan

Semakin lama Tuan Fahreen mendalami diri Alyssa, semakin dalam pemahamannya tentang sifat sebenar wanita itu. Terlalu banyak persoalan yang bemain dalam diri Alyssa menyebabkan dia terlalu waspada dalam nyata. Dia cuba untuk bersikap terbuka dalam menerima kenyataan, tetapi sering tenggelam dalam ketidak-puasan hatinya sendiri.

Sayang, menurut kajian yang tertulis di dalam jurnal perubatan UK, cannabis sebenarnya mempunyai kadar ketagihan yang lebih rendah berbanding dengan nikotin dan alkohol. Cuma, kalau ianya diambil setiap hari, akan menyebabkan kesan psikologi seperti insomnia dan stress pada seseorang manusia. Tetapi kesannya, masih terlalu sedikit dan tidak mungkin akan mengancam nyawa manusia.

Alyssa melopo. Fakta itu tidak pernah diketahuinya. Sekali lagi, pandangan matanya menagih penjelasan selanjutnya dari Tuan Fahreen.

Sayang tahu tak, sesetengah negara menjadikan cannabis sebagai salah satu sumber ekonominya dari segi tarikan pelancong. Di Amsterdam ini sendiri, terdapat banyak kedai-kedai kopi yang menjual cannabis seperti di restoran ini. Malahan, mereka juga turut mempunyai muzium ganja sendiri, yang dikenali sebagai Cannabis Museum Amsterdam, sambung Tuan Fahreen dengan panjang lebar.

Jawapan yang panjang lebar dan lengkap dari Tuan Fahreen itu sudah cukup untuk menutup mulut Alyssa dari terus bersoal jawab. Barangkali, dia sudah cukup faham, fikir Tuan Fahreen. Nampak gayanya, selepas ini Alyssa bakal terdedah dengan lebih banyak lagi kenyataan hidup yang ada di dunia ini, yang selama ini, dia tidak pernah tahu. Semakin jauh Alyssa melangkah, bermakna dia bakal ketemu dengan lebih banyak perkara baru di dalam hidupnya.

Selesai makan malam, Alyssa dibawa bersiar-siar di sepanjang terusan untuk menghirup kedinginan dan nyamannya angin malam di Amsterdam. Walaupun badannya terasa penat, namun Alyssa gembira kerana dapat bersama dengan suaminya sepanjang masa. Tuan Fahreen juga telah menyewa teksi perahu untuk bersama-sama dengan Alyssa menyusuri jalan air di sepanjangnya. Sebesar-besar perahu yang disewa itu, hanya menempatkan dua sejoli itu sahaja. Jelas sekali, Tuan Fahreen tidak mahu detik-detik berharga itu dikongsi bersama pengunjung lain. Cukuplah hanya mereka berdua di situ, ditemani pemandu teksi air yang peramah dan berhemah.

Sayang, masa kecil-kecil dahulu, mak abang ada menceritakan satu kisah dongeng zaman dahulu kala. Kisah seorang anak muda miskin yang berduka cita kerana ditinggalkan kekasihnya, yang lebih mementingkan darjat dan harta.

Alyssa mengerut dahinya. Cerita dongeng apa pula yang hendak diceritakan suaminya

Suatu hari, dia keluar dari rumah usangnya dan menaiki perahu sendirian, menyusuri sungai terpanjang di negerinya. Tetapi, sungai itu amat dikenali ramai gara-gara penyamun yang sering merompak peniaga-peniaga yang berdagang di sepanjang sungai tersebut.

Ketika pemuda itu sedang lalu di tempat perompak-perompak sedang melepak, lampu yang menerangi perahunya, tiba-tiba padam. Jadi, perompak-perompak tersebut tak nampaklah dia. Dari kegelapan itu, pemuda tersebut dapat melihat yang semua perompak itu sedang berada dalam keadaan mabuk dan khayal. Kemudiannya, pemuda itu terfikir. Kalaulah kesempatan sebegitu digunakan untuk menumpaskan penyamun-penyamun tersebut, pastinya dia akan berbangga dengan jasa yang telah dilakukannya.

Alyssa menongkat dagu memandang suaminya dengan penuh minat. Alyssa tidak menyangka, dalam banyak-banyak buku ilmiah yang dibaca Tuan Fahreen selama ini, rupa-rupanya ada terselit bahan cerita dongeng agaknya. Namun, itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah moral cerita yang bakal disempurnakan oleh suaminya itu.

Lantas, pemuda itu segera menyusun strategi untuk menangkap semua penjahat tersebut. Dia tahu, di muara sungai tersebut, ada kubu pihak berkuasa tempatan. Maknanya, dia harus mengumpan penjahat-penjahat itu ke kubu tersebut, supaya dapat diberkas oleh pihak berkuasa. Lalu dia mendapat satu idea. Dia segera menyalakan api di perahunya yang terpadam tadi, supaya boleh dilihat oleh semua penjahat itu. Dia terus memekik supaya mereka boleh mendengarinya. Katanya, dia adalah orang kaya dari seberang yang membawa berguni-guni wang emas. Dia mencabar penjahat-penjahat itu merompaknya, jika mereka benar-benar berani.

Dalam keadaan mabuk, penjahat-penjahat yang tamak itu tetap mengejar pemuda tersebut tanpa menyedari bahaya yang sedang menunggu mereka di hadapan. Kerana kebodohan mereka jugalah, akhirnya kesemua mereka berjaya diberkas. Pihak penguasa tempatan amat menghargai jasa yang telah dilakukan oleh pemuda tersebut, dan menganugerahkannya dengan satu jawatan yang agak penting dalam negaranya. Dan, yang lebih membahagiakannya, seorang puteri kepada pembesar negeri tersebut telah jatuh hati kepadanya dan mereka pun berkahwin. Hiduplah pemuda tersebut dalam aman damai, kaya dan bahagia bersama isteri tercinta, buat selama-lamanya, ujar Tuan Fahreen menghabiskan ceritanya.

Terkedu Alyssa mendengar cerita yang panjang lebar dari suaminya itu. Tanpa disedari, mereka sudah menyusuri hampir separuh perjalanan di sepanjang terusan tersebut. Alyssa tidak menyangka bahawa suaminya juga hebat sebagai seorang penglipur lara.

Yeah, seronoknya cerita abang tu. Tapi, tentu ada pengajaran yang abang hendak selitkan di dalamnya kan So, Im listening.

Tuan Fahreen mula merasakan dirinya seperti seorang guru kepada Alyssa, kerana menyelitkan sebuah kisah dengan teladannya sekali. Tetapi, dia tidak peduli dengan apa yang difikirkan isterinya itu. Apa yang penting sekali, dia dapat memupuk nilai-nilai yang murni di dalam diri mereka berdua. Alyssa adalah seorang yang bijak tetapi masih mentah dalam membuat penilaian hidup. Sebagai suami, Tuan Fahreen harus mengimbangi kekurangan yang ada dalam diri isterinya itu.

Sayang, jangan kesal menghadapi setiap ujian pahit yang diberikan Allah kepada kita. Semua ujian tersebut adalah nikmat Allah untuk mematangkan kita dan supaya kita menjadi hamba yang reda di atas setiap kejadian-Nya.

Sekali lagi, jari-jemari Tuan Fahreen mengelus halus rambut Alyssa yang berterbangan mengalun mengikut bayu malam, sehingga menutupi sebahagian wajah ayunya, lalu disisir ke cuping telinga. Tangan lembut Alyssa segera digenggam ke dalam kedua belah tangannya.

Jika kita bersabar, nescaya hikmahnya menunggu kita di hadapan. Kita berdua, sama-sama pernah mengalami peristiwa pahit di dalam hidup kita. Mungkin ujian yang diberikan kepada abang tidak sehebat sayang, tetapi, kita sama-sama merasakan hikmahnya apabila dipertemukan sebagai suami isteri. Betul, kan

Alyssa mengangguk, setuju.

Ya, sang pemuda itu, ibarat Lyssa dan puteri itu adalah abang. Cerita kita sama, cuma gender yang berbeza. Setelah puas Lyssa bergelumang dengan pelbagai masalah selama ini, Lyssa akhirnya menemui jalan bahagia atas bantuan abang. Terima kasih abang, kerana menjadikan hari-hari Lyssa begitu bermakna sekali.

Lyssa cintakan abang, ucap Alyssa, seikhlas-ikhlasnya sambil menghadiahkan satu ciuman tulus di pipi suaminya itu.

Sayang, abang juga cintakan sayang sepenuh hati abang. Andainya abang punya berus lukisan sakti, akan abang lukiskan wajah sayang pada bulan dan matahari, agar dapat abang tenungnya sepanjang hari dan malam. Kehadiran sayang sudah cukup memberikan cahaya di dalam hidup abang supaya abang tidak sunyi lagi. Berjanjilah dengan abang, yang sayang akan setia bersama abang, tidak kira apa jua cabaran yang mendatang dalam kehidupan kita kelak, pinta Tuan Fahreen dengan penuh harapan.

Kali ini, Alyssa pula mencium kedua belah tangan suaminya, lalu membawanya ke pipi lembutnya.

Lyssa janji bang, mulai hari ini, esok dan seterusnya, abang akan menjadi bulan dan matahari untuk Lyssa.

Ucapan indah dari bibir Alyssa itu disusuli dengan satu dakapan mesra antara mereka berdua dengan bersaksikan bulan dan bintang di bumi Amsterdam yang dingin. Hati mereka berlagu bersama-sama sambil menarikan irama kasih yang termeterai untuk kukuh walau di mana jua pun. Untuk sekali lagi setelah beberapa kali, Alyssa merasakan dirinya begitu beruntung bersuamikan Tuan Fahreen. Kini, Tuan Fahreen bukan lagi musuhnya seperti dulu, tetapi suami dan kekasihnya yang sejati.

Sesungguhnya, memilih kota Amsterdam sebagai destinasi mengeratkan kasih sayang antara dua insan, adalah suatu pilihan yang abadi dan sakti. Ketenangan mereka turut dikongsi bersama air terusan yang mengalir dengan damai. Malahan, si pemandu teksi air itu turut menjadi saksi perpaduan kasih itu, lalu mengiramakan lagu cinta, dalam bahasa Belanda. Walaupun tidak mengerti, namun, Alyssa dan Tuan Fahreen berasa amat terhibur sekali. Mereka percaya bahawa lagu dendangan pemandu teksi air itu didedikasikan khas untuk mereka berdua, dari senyuman dan gerak matanya.

Malam ini adalah malam terakhir kita di Amsterdam. Esok kita akan berangkat dan singgah di The Hague, sebelum pulang ke tanah air, beritahu Tuan Fahreen.

The Hague Dekat mana tu

Dengan senyuman yang masih terukir, Tuan Fahreen menjawab, The Hague juga merupakan salah satu kota besar di Belanda. Ia terletak di Holland Selatan.

Apa istimewanya The Hague pula

Sayang, The Hague adalah kota pemerintahan di mana terdapatnya parlimen Belanda. Di The Hague jugalah terletaknya kedutaan-kedutaan besar dari seluruh dunia. Banyak monumen-monumen menarik yang terdapat di sana, yang boleh juga sayang abadikan dalam lukisan sayang nanti. Antaranya, pencakar langitnya, istana ais dan tentu sekali, taman-taman bunga tulip. Mesti sayang akan suka punyalah.

Wow, tentu seronok dekat sana, kan ujar Alyssa yang teruja sekali.

Alyssa mula membayangkan keseronokan bertemankan keindahan semasa mereka di sana kelak. Tidak sabar rasanya untuk meneroka satu lagi panorama ciptaan Allah yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Alyssa percaya, kehebatan The Haque juga setanding dengan Amsterdam.

Walau bagaimanapun, tak kira ke mana sahaja Lyssa pergi, Lyssa akan tetap gembira selagi ada abang di sisi, bisiknya romantis ke telinga Tuan Fahreen yang mampu membuatkan lelaki itu lena tanpa sebarang gangguan malam itu.