TOK Batin Kutam memahkotai Cikgu Isa jari lipan di jemalanya. Diperkemas perla han-lahan agar tidak longgar. Tok Batin Kutam terkerising melihatnya. Teringat dia kisah dua tahun lalu saat malam bersewang di kampung itu.
Muka guru itu sedikit pun tidak berubah. Hanya setotet catan putih di rambut membezakannya dengan yang lama. Yang selebihnya, seperti tidak diusik apa-apa.
Cikgu Isa menekan-nekan jari lipan di kepalanya itu supaya kedap dan tidak terburai. Dia sendiri tidak pasti bagaimana mahu memperhalusi anyaman itu, tetapi dia ingin kelihatan kemas sepanjang upacara Bela Kampung kali ini.
Tiap-tiap kali bermulanya tahun baharu, Kampung Kelipuk akan mengadakan suatu majlis adat suku kaum Jakun sebagai ikhtiar memperoleh kesentosaan kampung agar tidak diganggu makhluk lain. Upacara ini sama dengan perayaan Hari Gengulang yang diraikan suku kaum Semai. Tetapi suku kaum Mahmeri dan Temuan menamakannya Hari Moyang.
Tokki, boleh kita mulakan sekarang tanya seorang lelaki kepada Tok Batin Kutam. Cikgu Isa hanya tersenyum kecil melihat kelibat lelaki itu. Senyumnya berbalas.
Ya, boleh. Suruh diasema berkumpul di dewan dulu.
Lelaki itu mengangguk. Lain benar pakaiannya daripada penduduk tempatan. Tentu dia orang penting pada malam itu. Cikgu Isa menyeluruhi tubuh lelaki itu sehingga hilang daripada pandangannya.
Siapa dia itu soal Cikgu Isa.
Yang tadi itu poyang. Menggantikan tugas datuk Si Ajai dulu, balas Tok Batin Kutam bersahaja.
Cikgu Isa terdiam. Entah apa pula yang dimaksudkan dengan poyang. Tetapi, dia tahu lelaki itu pasti kuat ilmu batinnya seperti mendiang Tok Keman. Ajai selalu menceritakan kehebatan datuknya waktu mula-mula tiba di Kuala Lumpur.
Dia nak apa
Dia cuma nak mulakan upacara mandi bunga saja. Mungkin dia segan-segan nak mulakan kalau Tokki tak ada. Maklumlah, orang baharu.
Sunyi sepicing. Cuma kedengaran bunyi cengkerik yang sedang menggesek-gesek biola.
Merdu sekali iramanya. Katak-katak pula ber-
senandung melagukan zikir kasih kepada Sang Pencipta. Indah sekali aturan Tuhan. Binatang juga pandai berhamba. Apa pula barang laku manusia
Cikgu, tadi seperti ada sesuatu yang nak dibincangkan Apa dia Tok Batin Kutam memecah sunyi.
Ya, Tokki. Fasal Ajai.
Ajai tanya Tok Batin Kutam hairan.
Saya nak tahu tentang asal usulnya.
Tok Batin Kutam tersentak. Perkara begini memang sudah dijangka dari dahulu lagi. Akhirnya masa itu tiba juga. Dia memejamkan mata. Mencari benih-benih pengetahuannya tentang remaja itu. Segala-galanya cuba diimbau kembali.
JAM di dinding sudah menunjukkan angka 12 malam. Ajai masih tidak dapat tidur lagi. Dia asyik menonton siaran pesta tahun baharu di kaca televisyen.
Nampaknya, cikgu betul-betul tak dapat balik. Tidur seorang lagilah aku hari ini, keluhnya.
Dahulu ketika masih belum baligh, dia sering mengendon di rumah Mak Teh jika Cikgu Isa berkursus atau bermalam di luar. Dia memang tidak gagah tidur seorang diri. Namun,
kini dia sudah berani untuk tinggal sendirian di rumah. Asalkan dikunci pagar hadapan dan belakang, semuanya bakal selamat. Selebihnya, diserahkan kepada Tuhan.
Punggung Ajai sedikit terangkat kala tangannya cuba menjangkau alat kawalan jauh di atas sofa. Lalu dia kembali membetulkan baringnya di ambal. Berengsot-engsot sedikit mencari selesa. Ditekannya butang pada alat itu untuk mencari siaran yang lebih mesra dengannya. Langsung tiada. Terpaksa kembali menonton siaran pesta tahunan tadi.
Memang meriah sambutan di sini. Bunga api yang cantik dan berwarna-warni. Jakun saya dibuatnya.
Ajai terkedu. Amarah menular di celahcelah tulang dan sendinya. Menjalar hingga ke otak. Kepalanya seperti tertunu akibat berang yang datang tanpa henti.
Mengapa mesti jakun Teruk sangatkah kaum aku sampai dibayangkan seperti itu
Kali ini boleh jadi yang kesepuluh atau lebih dia mendengar masyarakat menyebut jakun. Yang menjadi kemusykilannya ialah maksud kepada istilah itu. Seperti ada konotasinya yang kurang enak.
Ajai menyedari semua ini sejak tinggal berjauhan dari tempat asalnya. Namun, dia tidak acuh memandangkan dahulu dia masih tidak matang. Kini, dia sudah mampu berfikir
secara kritikal. Segala yang menjentik jiwanya akan diperhalusi satu per satu. Termasuklah perkara sebegini.
Televisyen sudah dimatikan. Tiada lagi gelombang bunyi yang bersipongang. Ajai leka dibuai khayalan. Tetapi, permasalahan tadi pantas mengambil ruang di ceruk benaknya. Suatu masa lalu pernah dia terfikir untuk bertanya kepada Cikgu Isa. Lagi pula penjaganya itu guru subjek Bahasa Malaysia di sekolah. Tetapi lidahnya seperti diikat. Mungkin selepas ini dia akan berhasil untuk memperoleh jawapan itu. Sementelahan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ada juga alasannya untuk berbincang.
Bunyi letupan yang kuat berkumandang dari luar rumah. Ajai yakin bunyi yang bermemetir itu datang daripada mercun yang dipasang oleh remaja di taman perumahan itu, sempena tahun baharu. Lekas dia menangkupkan telinganya dengan bantal. Diam.
MALAM semakin matang. Ada tanda-tanda bintang mahu berangkat pergi. Pelepah mata Cikgu Isa masih tidak mahu jatuh. Seperti sudah disengkang oleh tiang besi yang tinggi.
Sekali-sekali nyamuk datang menggigit lengannya yang sawo matang itu. Bengkak
kecil kemerahan bertompok-tompok menghiasi lapisan kulit badannya. Sudahlah mata tidak boleh dipejam, datang pula nyamuk menambah geram. Cikgu Isa bengang. Lalu bantal di bawah kepala dibenamkan ke muka.
Tokki, tolonglah saya. Saya betulbetul buntu sekarang ini. Saya perlu uruskan semuanya segara.
Tokki bukan tak mahu tolong kamu. Soalnya, Tokki sendiri tiada pengenalan diri Si Ajai itu. Semacam mendung wajah Tok Batin Kutam.
Datuknya dulu pun tak ada simpan apaapa dokumen
Batin Cikgu Isa mula menggelepar. Dia seperti dibantai bayangan Ajai yang sedang menjeling tajam ke arahnya. Dia yang mulakan dahulu maka dialah yang perlu menanggung segala beban di pundak sendiri.
Tak ada. Memang tak ada langsung.
Cikgu Isa terjaga. Dia bangkit melunjurkan kakinya. Serasa panas satu badan. Dahinya merenjiskan keringat. Kemudian dia cuba kembali ke alam mimpi sebentar tadi.
Tidak, itu bukan mimpi.
Cikgu Isa yakin itu bukan mimpi. Malah itu ulangan kepada dialog malam tadi. Saat dia dan Tok Batin Kutam berbicara tentang
pengenalan diri Ajai dalam pada masyarakat tempatan meraikan tahun baharu bersama.
Ya, sama dialognya seperti tadi. Ya, Allah! Apakah berat benar bebanku sehingga terbawa di dalam lenaku Permudahkanlah aku, rintih Cikgu Isa sambil kedua-dua belah tangannya tercuar menakung udara.