Arissa Daniel - 5
BAB 5

BALIK dari Cameron Highlands semalam, dia hanya terperap dalam rumah. Penat masih terasa. Ke hulu ke hilir mengikut rentak Nelissa. Dah rasa kematu tapak kaki!

Aduh...bosannya.Esok baru aku mula kerja balik... Arissa campak majalah Vogue ke atas katil.Dia menapak ke beranda bilik mengadap panorama bandar Kuala Lumpur.

Hmm...agaknya macam nilah hidup seorang diri. Nak berbual tak ada orang. Adik beradik tak ada. Ayah sudah lama tak ada. Ibu...rindunya!!! Arissa tekup muka. Dia menjerit kuat.

Saat ini teringat pula pada Tuah, walaupun lelaki itu tidak pernah lupakannya namun dirasakan Tuah tidak selalu mengajaknya keluar bersama. Lelaki itu sentiasa sibuk dengan kerja. Terkadang, dia terasa hati dan perasaannya tergugat dengan kehadiran lelaki Inggeris yang cuba dipadankan oleh Nelissa.

Jam bulat di atas meja dijeling sekilas. Hampir maghrib. Segera dia masuk ke bilik air mengambil wudhuk. Walaupun hampir lima tahun berada di kota London, solat tidak pernah ditinggalkan. Terkadang masih berfikir, solat tak pernah tinggal tapi masih bebas membuka aurat.

Mendedahkan rambut. Ah! Hati aku masih tak mampu nak mengikut suruhan tuhan sepenuhnya!

Ya Allah...berilah aku hidayahMu. Aku ingin sekali menjadi seorang muslimah yang istiqamah.. Air mata berjujuran mengalir di pipi.

Lama Arissa berteleku di tikar sejadah. Terasa hidup begitu kosong. Hidup sebatang kara. Matanya menala pada sebuah buku yang dibeli dua tahun lepas yang masih belum dibaca.Tugasan dan tesis yang menimbun yang memaksanya melupakan buku itu buat sementara. Perlahan dia bangun dan mencapai buku yang sudah agak berhabuk. Buku itu dibelek sekilas. La Tahzan..jangan bersedih.

Mungkin aku diuji dengan hidup sebatang kara. Ya Allah...tabahkan hati aku ni.. Sekali lagi Arissa meraup muka.

Telefonnya berdering kuat.

Assalamualaikum! Nak jumpa Bila Okey!

Arissa senyum. Tan Sri Johari nak jumpa esok di pejabatnya di Kota Damansara.

Hmm...apa agaknya dia nak cakap. Segan pun ada. Keluarga aku dah banyak terhutang budi dengan Tan Sri. Arissa buka telekung yang masih membaluti tubuhnya. Esok dia akan ke pejabat Tan Sri Johari. Hatinya berbunga riang.

ARISSA mendongak. Kali kedua dia menjejakkan kaki di bangunan lima belas tingkat itu. Pertama kali semasa dia masih di alam persekolahan.

Waktu itu arwah ayah membawanya ke situ selepas ada kes kecemasan di pejabat. Tan Sri Johari waktu itu yang hanya bergelar Datuk mengalami sakit jantung. Pengsan di bilik pejabat. Arwah ayah yang baru mengambilnya dari sekolah terpaksa bergegas ke pejabat Tan Sri Johari dan terus membawa Tan Sri Johari ke hospital. Mungkin kerana itu, sampai sekarang Tan Sri begitu mengambil berat halnya.

Perlahan Arissa menapak ke kaunter tetamu. Dia dibenarkan berjumpa Tan Sri Johari setelah diberitahu hal sebenar.Teragak-agak Arissa jenguk ke dalam pejabat yang hanya berdindingkan cermin. Nampak semua pekerja Tan Sri Johari yang begitu berdedikasi.

Cik nak jumpa siapa Seorang lelaki yang agak muda menegur Arissa.

Err..saya nak jumpa Tan Sri.Arissa melemparkan senyuman manis.

Dah buat appoitment

Arissa angguk.

Cik duduk dulu di situ. Lelaki tadi menuding ke arah set sofa untuk tetamu.

Perlahan Arissa menapak ke arah sofa. Matanya menala ke segenap ruang pejabat yang nyata amat luas. Pekerja di situ rasanya melebihi tiga puluh orang, hanya di situ sahaja. Seluruh bangunan Wisma JN itu adalah pejabat Tan Sri Johari yang menempatkan beberapa buah anak syarikat. Bayangkan berapa ramai pekerja!

Cik Arissa boleh masuk sekarang. Lelaki tadi kembali ke tempat Arissa.

Arissa bingkas bangun. Perlahan dia menapak ke bilik Tan Sri Johari. Pintu bilik diketuk.

Masuk!

Jelas di telinganya suara Tan Sri Johari menyuruh masuk. Tombol pintu dipulas perlahan.

Arissa! My dear daughter! Come! Have a seat!Tan Sri Johari tersenyum lebar.

Terima kasih Tan Sri.. Arissa turut senyum. Dia kemudian menapak ke meja Tan Sri Johari. Dari dulu, Tan Sri Johari suka memanggilnya dengan gelaran itu.

Duduklah..

Arissa mula melabuhkan punggung di kerusi tetamu berhadapan dengan Tan Sri Johari.

So, how was your vacation Tan Sri Johari bersandar di kerusi. Matanya masih pada Arissa yang tunduk.

Baik Tan Sri.. Jawab Arissa. Segan dengan Tan Sri Johari sebenarnya.

Just call me uncle, ok Tan Sri Johari sekali lagi tersenyum.

Arissa senyum malu.

Memandangkan Arissa pun dah jadi microbiologist sekarang ini dan berjaya dalam penyelidikan rawatan air sungai tu, Arissa akan dinaikkan pangkat sebagai ketua di makmal tu dan gaji Arissa juga akan dinaikkan, 100%! Uncle nak Arissa buat kajian dan analisa ke atas ubat dan makanan menggunakan mikroorganisma. Banyak faedah yang boleh kita gunakan. Penghasilan baja organik dan dari segi ubatan pula, boleh buat kajian ke atas bahan semulajadi termasuk rumpai laut. Uncle akan tambah kelengkapan untuk kajian dan analisa yang ada di makmal.

Macam mana Tan Sri Johari pandang Arissa. Manis. Lama wajah Arissa diperhatikan. Sejak menginjak usia remaja dan sudah mencapai usia dua puluhan ini, wajah Arissa seperti wajah seseorang yang cukup dikenalinya. Lama dia merenung wajah manis gadis itu.Tak mungkin....

Err..saya rasa saya tak layak untuk jawatan tu. Tapi saya akan berusaha untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Arissa menjawab dengan nada yang agak berhati-hati.

Thats my girl! This is your appointment letter. Satu sampul surat coklat dihulur kepada Arissa.

Berhati-hati Arissa membuka sampul. Jelas tertera namanya di situ sebagai ketua pengawai penyelidik.

Nelissa macam mana Arissa mendongak semula.Teringat Nelissa yang beria hendak join sekali bekerja di JN Biotech.

Nelissa She just know how to enjoy! Uncle harap Arissa dapat nasihatkan Nelissa tu. Sepatutnya dia kerja di pejabat ni tapi degil. Dalam sebulan, boleh kira berapa hari saja dia datang kerja. Tan Sri Johari sedikit mengeluh.

Saya rasa dia masih belum biasa lagi. Berilah dia peluang untuk membiasakan diri dengan semua ini. InsyaAllah, saya akan cuba nasihatkan dia. Arissa senyum.Terasa bersalah pula bila Tan Sri Johari mengeluh begitu. Selama ini dia telah berjanji pada dirinya sendiri. Nelissa perlu diubah sikapnya.

Mungkin itu salah satu cara untuknya membalas budi baik Tan Sri Johari.

Ok! Good job Arissa. Projek Bioremediasi tu sangat berjaya! Tahniah untuk you Arissa! Selamat bekerja. Tan Sri Johari menghantar Arissa sehingga ke pintu.

Arissa sempat mencium tangan Tan Sri Johari. Terpaku seketika Tan Sri Johari melihat tingkah Arissa.

Apa yang Arissa buat ni Terasa pelik.

Err..saya dah biasa cium tangan orang yang lebih tua dari saya uncle. Itu yang arwah ayah ajar sejak kecil. Arissa tunduk malu. Pertanyaan Tan Sri Johari tadi sudah terasa lain. Macam aku ni makhluk yang datang dari planet lain!Pelik sangat ke apa yang aku buat tadi

Oh...you're such a good girl. I dont think Nelissa will do the same thing.. Tan Sri Johari mengusap lembut rambut Arissa.

Sikap Arissa jauh berbeza dengan anak tunggalnya. Bukan salah Nelissa kalau sikapnya tidak seperti Arissa. Kehidupan yang dilaluinya tidak pernah selaras dengan kehidupan orang timur. Lebih tepat lagi, jauh dari budaya Islam!

Saya minta diri dulu uncle. Arissa mula minta diri.

LAMA Arissa termenung di birai katil. Terkadang rasa hendak menolak tawaran Tan Sri Johari. Selama ini hidupnya dirasakan bergantung sepenuhnya pada Tan Sri Johari. Sampai bila Lama Arissa berfikir. Serba salah.

Ah...terima je lah jawatan tu. Mungkin dengan cara tu aku boleh balas budi baik Tan Sri selama ini.... Arissa menopang dagu. Masih berfikir.

Dia jeling telefon bimbitnya yang berdering kuat.

Assalamualaikum!

Arissa!!

Telefon dijauhkan dari cuping telinga. Suara menjerit Nelissa di hujung talian begitu kuat menerjah lubang telinga.

Hish minah ni! Suka sangat jerit! Beb! Mana salam kau! Arissa turut jerit.

Jelas dia mendengar suara ketawa Nelissa. Bukan nak jawab salam! Ketawa pulak dia ni.

Arissa! Kita jumpa Aku tunggu kau kat bawah ni!

Hah Cepat saja Arissa bingkas bangun. Dia menapak laju ke balkoni bilik. Nelissa sudah melambai dari bawah.

Kau ni! Nanti aku turun!

Arissa segera menukar baju. Dari baju kelawar, dia memakai blaus lengan panjang dan skirt labuh kembang berona biru. Rambut disikat. Dia terus capai beg tangan dari atas meja solek.

NELISSA sengih. Cepat juga minah ni bersiap.

Cantik kau hari ni Tanya Nelissa sebaik melihat Arissa terkedek-kedek berjalan ke arahnya.

Cantik Cantik apa macam ni Kan aku selalu pakai macam ni! Arissa berkerut kening. Blaus dan skirt labuh kembang.

Kau pakai apa pun nampak cantik. Sweet sangat! Nelissa mengusik.

Dah la! Kau nak ke mana ni malam buta ni Arissa pandang sekeliling. Dia jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir sembilan malam.

Malam buta Kau tu yang buta! Baru pukul sembilan la cik Arissa oi! Nelissa gelak.

Waktu macam ni aku suka lepak kat rumah je. Kau tu yang dah jadi kelawar! Arissa mencebik.

Kelawar pun kelawarlah! Aku nak ajak kau makan je pun. Kau laparkan Nelissa kenyit mata.

Kau ni asyik ingat makan je tau! Arissa mula ketawa.

Mestilah! Hidup untuk makan! Enjoy!

Arissa geleng. Hidup untuk makanWhatever!

Eh, mana kereta Merc kau Arissa jeling kereta di tempat letak kereta. Kali ini Nelissa bawa kereta Nissan Fair Lady putih.

Masuk bengkel. Semalam, aku mabuk. Aku langgar tiang elektrik. Selamba Nelissa menutur.

Arissa membuntang. Nelissa mabuk Sejak bila minah ni pandai togok arak

Beb...kau serius ke Arissa sudah berkerut kening.

Serius apa

Tadi kau kata kau mabuk Kau minum eh Arissa mula tidak sedap hati. Nampaknya tugasnya semakin rumit.

Alah..sikit je pun. Aku nak lepaskan tension! Papa aku sibuk suruh aku kendalikan syarikatnya di Kedah. Tak nak aku! Jauh tu beb! Lagi pun, kat Kedah tu, apa ada Tak macam KL ni. Heaven!! Nelissa mula buka pintu kereta.

Arissa membuntuti Nelissa menaiki kereta.

Papa kau nak kau pergi Kedah Arissa tercengang. Patutlah minah ni melenting sakan!

Nelissa angguk. Enjin dihidupkan. Fair Lady putih dipecut laju meninggalkan Kondominium Villa Indah menuju ke Bukit Bintang.

Arissa hanya mengikut rentak Nelissa menuju ke sebuah restoran terkenal di situ yang menyediakan makanan Barat.

Nely..tempat ni halal ke Arissa teragak-agak.

Halal..tengok Nelissa tuding kepada beberapa pelanggan melayu yang sedang menikmati juadah makan malam.

Tapi...mengapa ada jual arak sekali Arissa tuding ke arah deretan botol arak di tempat membuat minuman.

Ala..restoran macam ni memang la. Kita order la soft drink. Kau ni kolot betullah! Lima tahun kau kat London tu, takkan tak tergerak sedikit pun dalam hati kau tu nak cuba liqour tu Nelissa sengih.

Eh! Minah ni! Aku bukan macam kau la! Togok minuman setan tu!

Kita pergi restoran lain je la. Aku tak sedap hati la... Arissa tarik tangan Nelissa. Cuba keluar dari situ.

Alah..nothing la. Kita nak makan je pun. Kau order je air sejuk. Tak pun kau minum je air mineral dari botol tu. Ok Nelissa berkeras. Dia segera mencari meja kosong.

Arissa sekali lagi terpaksa mengikut rentak Nelissa. Tak apa...aku pesan minuman dalam botol tu. Makan tu memang tak la.

Nelissa mula memesan makanan. Arissa pula hanya pesan jus oren dalam botol.

Kau tak nak makan ke Sedap tau makanan kat sini. Menyesal kau nanti beb! Nelissa senyum. Matanya meliar melihat sekitar restoran.

Nely..aku bukan apa. Makan minum kita kena jaga. Itu menjadi darah daging kita nanti. Benda ni akan sebati dalam diri kita. Kalau benda macam ni kita tak jaga, hati lama kelamaan akan berkeladak. Bila dah berkeladak, susah nak dibentuk semula menjadi jernih. Itu belum cerita makanan syubahah. Arissa mengingatkan Nelissa. Biarlah dia bertatih dalam memberi nasihat. Biar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Janji Nelissa tidak marah dan melenting.

Syubahah Apa tu Nelissa berkerut kening.

Syubahah ni...benda yang was-was. Unsur syubahah ialah apa-apa makanan, perbuatan, perniagaan atau apa sahaja yang bersangkutan dengan perbuatan hamba samada dari sudut amal ibadah atau sebagainya mengandungi unsur-unsur yang diragui. Terang Arissa bersungguh.

Tak apa...sekurangnya Nelissa nak juga tahu.

Diragui Sekali lagi Nelissa berkerut kening.

Arissa angguk.

Ya..macam kat sini. Ada jual arak. Gelas yang digunakan tu mungkin juga digunakan untuk minuman lain seperti jus dan soft drink yang lain.

Belum tentu dia basuh bersih gelas tu. Jadi ada unsur diragui di situ.

Oh..jadi makanan kat sini ada unsur syubahah juga ke Nelissa sudah bingung. Keliru.

Makanan tu aku tak pasti. Tapi kalau dah ada arak macam ni...baik kita elakkan. Syubahah ni lagi bahaya dari benda haram. Kalau yang haram tu memang jelas dan nyata. Arissa senyum. Dia menutur perlahan. Matanya melilau melihat sekitar restoran. Buatnya pengurus di situ mendengar apa yang dituturkannya tadi, mahunya dia dihalau keluar nanti. Pandai je mengomen!

Kau perli aku ke Suara Nelissa sudah berubah nada.

Perli Perli apa pula

Aku tahu la...aku pernah minum minuman setan tu. Jelas haram kan Nelissa sudah bersandar di kerusi.

Kalau dah tahu haram..kenapa kau togok jugak Arissa pulangkan semula soalan.

Ah, biul otak aku ni kalau cakap dengan ustazah macam kau ni. Ni, yang kau masih free hair ni kenapa Takkan kau tak tahu haram buka aurat Nelissa juga tak nak mengalah.

Arissa terdiam. Memang dia tahu rambut adalah juga aurat. Semua orang tahu hal tu tapi tak semua sedar tentang haram mendedahkan rambut. Termasuklah aku sendiri. Kalau bab lain, aku boleh jaga, kenapa yang satu ni aku liat sangat nak jaga!!

Kau marah ke Aku gurau je la beb. Nelissa pegang tangan Arissa yang ternyata tersentuh dengan soalannya tadi.

Tak apa..memang betul pun apa yang kau cakap tadi. Aku masih tak ada kekuatan untuk menutup rambut aku ni dalam erti kata berhijab.

Mungkin aku belum bersedia..atau..entah la.. Arissa mengeluh. Sejak dulu dia masih tercari-cari diri sendiri.

Eh! Tu bukan mamat yang kita nampak kat Cameron tu ke Nelissa tuding ke arah satu meja di penjuru restoran. Agak jauh dari meja lain. Cahaya suram dari lampu agak samar.

Mana Arissa turut jenguk.

Tu! Nelissa tuding lagi.

Arissa cuba mencari wajah yang dilihat agak samar dalam cahaya lampu romantik macam tu. Memang sah! Itu lelaki yang merempuhnya dulu.

Eh..dia minum Terpacul soalan dari mulut Arissa.

Nelissa turut memerhati. Dia kemudian melemparkan senyuman lebar.

Memang la. Aku tengok rupa dia pun aku dah tahu dia bukan muslim. Kenapa Nelissa beralih mata ke arah Arissa yang tercengang di depannya.

Tak ada la..aku ingatkan dia tu orang Islam. Mungkin kacukan ke apa ke..Arissa masih memerhati kelibat lelaki itu yang bergelak ketawa bersama dua lagi rakannya. Jelas ada botol minuman keras di atas meja.

Kau nak tackle ke Beria kau tengok dia Usik Nelissa.

Ish! Aku kalau nak cari pakwe, aku akan cari orang melayu tulen. Kalau boleh sama dengan aku. Ada keturunan pendekar! Arissa sengih. Aku dah ada Tuah la!

Banyaklah kau punya pendekar! Entah-entah pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang lapuk tu! Hahahah!! Nelissa ketawa mengekek.

Ada ke Oh...tak sangka orang macam kau ni minat juga cerita klasik P. Ramlee tu.. Arissa mencebik.

Kalau cerita P.Ramlee tu aku suka tengok. Kelakar! Tapi kalau drama tangkap leleh tu..eii..kembang tekak aku! Nelissa menggeliat geli.

Arissa ketawa mengekek mendengar kata-kata Nelissa. Mereka mula menikmati hidangan yang telah sampai. Dia hanya minum jus.

Usai makan, Nelissa menghantar semula Arissa ke Sri Hartamas.