BUNTU! Habis semua tempat disepahkan. Anis menggeledah di segenap tempat. Beg sandangnya diselongkar. Habis bersepah pen dan nota di atas meja belajar. Masih tidak berjumpa. Laci meja belajar dan laci meja solek turut digeledah. Bawah katil, bawah tilam, bawah bantal, semuanya digeledah. Kepalanya digaru berkali-kali.
Mana pulak nota aku ni Anis duduk di atas katil. Seingatnya pagi tadi nota itu dimasukkan ke dalam beg sandang. Dia jeling barang yang bersepah di atas meja. Tiada yang berwarna jingga.
Anis, kenapa bilik kau bersepah ni Sarah tiba-tiba muncul di muka pintu.
Nota aku dah hilang. Pagi tadi aku rasa aku letak dalam beg ni. Anis bangun dan duduk pula di kerusi. Tangannya lincah mencari nota jingga di celah-celah nota-nota yang bersepah atas meja belajar.
Entah-entah jatuh kat mana-mana tak Sarah turut membantu mencari.
Entahlah Sarah..
Kau dah cari semua tempat
Dah..tak ada juga.
Hmmkau dah cari tempat lain Maksud akutempat terakhir kau pergi Sarah duduk bersila di atas katil bujang Anis.
Tadi lepas kelas, aku dan Atikah pergi perpustakaan nak cari Zara. Hmm..mungkin nota aku jatuh kat situ. Entahlah..mungkin juga kat bus stop atau mungkin juga masa perjalanan balik rumah.. Anis mula mengingati semula segala yang berlaku hari tu.
Hmm..susah juga tu. Okeylah Anis, aku nak ke kedai ni. Kau nak kirim apa-apa tak Sarah bingkas bangun.
Kau belikan aku ais krim. Aku dah bosan ni. Lega sikit bila aku makan ais krim. Anis sengih. Duit sepuluh ringgit dihulurkan kepada Sarah.
Err..Sarah, Ina balik pukul berapa malam tadi Anis sempat bertanya.
Entah..masa aku bangun nak ke tandas..aku nampak dia tidur kat sofa ruang tamu tu. Masa tu aku tengok jam pukul tiga pagi. Kenapa kau tanya Sarah simpan duit yang dihulur Anis tadi ke dalam poket seluar jeans.
Tiga pagi Dia pergi mana pukul tiga pagi baru balik
Alah kau ni..macam tak tahu. Dia tu kan suka clubbing! Dahlah! Tak kuasa aku nak layan minah tu. Bukan boleh ditegur. Esok-esok bila perut dah besar, baru nak menyesal! Sarah terus berlalu pergi.
Anis hanya pandang Sarah yang mula melangkah keluar dari biliknya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Sarah. Namun perkara itu tidak boleh dibiarkan terjadi. Sudah menjadi tanggungjawabnya dan Sarah menasihati Zarina agar tidak terjebak ke dalam dunia yang penuh keseronokan. Masa mula-mula menghuni rumah dua tingkat itu, Zarina sudah menetap di situ dua bulan lebih awal. Bermakna, Zarina adalah seniornya di rumah itu walaupun masing-masing berada pada tahun akhir pengajian.
Aku juga yang dapat saham nanti kalau aku tak tegur dia. Kalau dia boleh terima teguran aku, alhamdulillah. Kalau tak boleh, at least aku dah tegur. Anis berkata sendiri. Dia pandang meja belajar yang bersepah. Memang sah notanya sudah hilang.
Puas dia berfikir, mengingati semula di mana dia letak nota jingga itu. Kali ini dia pasti tentu nota itu terjatuh di perpustakaan semasa tergesa-gesa hendak keluar. Jam di atas meja sudah hampir pukul lima petang. Anis cepat-cepat ke bilik air mengambil wuduk. Habis je solat, dia menyarung blaus lengan panjang dan seluar jeans longgar. Dia perlu ke perpustakaan semula. Nota itu sangat penting baginya. Segala luahan hati dan kenangan bersama arwah Kak Aiza semuanya tercatat dalam nota itu. Beg sandang yang diletakkan di atas kerusi segera dicapai dan terus keluar dari bilik.
Kasut sukan jenama Nike disarung pantas. Beg sandang dibuka sekali lagi. Tuala kecil dah ada sekali. Buat lap peluh. Alang-alang nak ke kampus, baik juga joging kat tasik universiti sekejap.
Eh Anis! Kau nak ke mana pulak tu Aku dah beli ais krim ni!
Anis mendongak ke arah Sarah yang sedang berjalan terkedek-kedek menuju ke pintu pagar rumah. Syok je menjilat ais krim perisa coklat. Di tangan kiri ada ais krim vanila.
Aku nak ke kampus. Nak cari nota aku. Anis senyum.
Sarah menghampiri Anis yang sedang mengikat tali kasut. Dia menghulurkan ais krim yang dikirim tadi kepada Anis.
Betik lagi Anis jenguk bungkusan plastik merah.
Sarah sengih menampakkan giginya yang putih. Lesung pipit turut terserlah di pipi.
Kau ajar aku buat somtam ek! Malam ni aku nak makan. Asyik kau je yang buat! Nak juga aku belajar! Sarah garu kepala sambil tersengih di tepi pintu.
Baguslah! Tak adalah aku ni asyik jadi tukang masak kau je! Aku pergi dulu! Anis senyum. Dia segera menapak ke arah perhentian bas di hujung taman menuju ke jalan besar.
Ais krim yang dibeli Sarah tadi dimakan perlahan sambil duduk menunggu bas di situ. Perisa vanilla memang kegemarannya.
Kalau boleh apa jua kek dan ais krim, mesti perisa vanilla yang dipilih. Sesekali dia menjenguk melihat kelibat bas dari arah kanan. Dia lihat pula jam di tangannya. Sudah sepuluh minit menunggu. Banyak kenderaan yang lalu lalang di jalan besar itu yang menghubungkan taman perumahan di situ melalui simpang tiga jalan. Penduduk taman perumahan itu ramai yang menggunakan kenderan sendiri. Tempat menunggu bas pula terletak hanya lebih kurang seratus meter dari simpang masuk.
Anis lihat lagi jam tangannya. Sudah hampir lima suku petang. Ais krim yang dimakan hanya tinggal bahagian biskut sahaja.
Mana bas ni
Sebuah kereta kelabu Honda Civic mula berhenti di depannya. Anis pandang sekilas.
Assalamualaikum..Cik Anis nak ke mana Razif mula menghampiri Anis yang masih duduk di bangku.
Waalaikumussalam..err..saya nak ke kampus.. Anis cuba bermanis muka. Hatinya mula gelisah. Tika itu, segala kata-kata Imran mula terngiang-ngiang di cuping telinga. Ugutan dari lelaki berlagak itu masih jelas di telinga.
Mari saya hantar! Dah petang ni. Razif mengukir senyum. Matanya tepat memandang Anis yang masih ragu-ragu.
Errmaaf..saya naik bas saja. Anis mula bangun bila melihat Razif semakin menghampirinya.
Janganlah macam tu. Saya ikhlas tolong cik Anis. Marilah saya hantarkan. Razif masih memujuk Anis. Dia tidak berganjak dari situ.
Anis jeling Razif yang kemas berkemeja dan bertali leher. Mungkin baru balik dari pejabat. Dia pandang pula sekitar perhentian bas. Hanya beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ. Jam dijeling lagi. Sudah hampir lima setengah petang. Matanya beralih pula ke arah pemuda yang tersenyum kepadanya dari tadi.
Baiklah.. Anis bangun perlahan mengikuti Razif ke kereta. Mulutnya terkumat kamit membaca doa.
Terima kasih kerana sudi naik kereta saya. Senyuman lebar dilemparkan kepada gadis di sebelah. Matanya melirik melihat susuk tubuh Anis yang nyata tidak selesa berada berdua bersamanya.
Anis melemparkan senyuman yang dirasakan terpaksa. Pandangannya segera dilemparkan ke luar tingkap bila mata mereka mula bertentang. Ya Allah, kau selamatkanlah aku. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang.
Itulah kali pertama dia mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta bersama tanpa ada rasa syak yang bukan-bukan. Betul ke aku ni Berkali-kali soalan itu menerjah otaknya. Cuba bermonolog dengan hati sendiri.
Kenapa cik Anis diam je Razif mula menegur Anis yang diam dari tadi.
Anis pandang Razif yang sedang memandu. Kacak juga mamat ni tapi mengapa hati aku tidak merasa berdebar Macam aku rasa bila pandang mamat berlagak tu Anis masih merenung Razif yang masih memberi tumpuan pada pemanduan. Dia mengamati wajah kacak Razif yang mempunyai misai nipis dan berkaca mata. Hmmnampak macam orang baik-baik. Mungkin aku yang buruk sangka.Dia bermonolog lagi.
Cik Anis ambil jurusan apa kat universiti
Anis masih merenung Razif.
Cik Anis renung saya macam tu kenapa Saya ni kacak sangat ke Razif cuba bergurau.
Hah..errsayasaya.. Anis terus tunduk. Malunya hanya tuhan yang tahu. Tidak sangka soalan itu yang dilontarkan oleh pemuda berkumis nipis itu.
Tak apa..saya faham. Tentu cik Anis segan dengan saya kan Nanti kita sembang lagi. Dah nak sampai ni, saya hantar kat sini sajalah ya!
Anis pandang sekitar. Dah sampai kawasan kampus. Kereta Honda Civic milik Razif berhenti betul-betul depan fakultinya yang juga terletak tidak jauh dari perpustakaan dan tasik universiti.
Terima kasih encik. Anis mula buka pintu kereta.
Panggil saya Razif saja. Tak payah berencik-encik! Razif sekali lagi melemparkan senyuman manis.
Anis hanya angguk. Kereta Razif mula meluncur laju melalui jalan universiti menghala ke jalan utama semula.Lama Anis merenung kereta kelabu itu meninggalkan kawasan kampus.
Hoi! Mengelamun! Kau tengok apa
Pantas Anis menoleh bila bahunya ditepuk seseorang. Izara dah tersengih di sebelah.
Kau pergi mana Dua hari kau tak masuk kelas!
Ada..aku malas nak masuk kelas. Aku ada hal sikit. Kau datang sini buat apa petang-petang macam ni Izara pandang Anis yang siap berpakaian sukan.
Sebenarnya aku nak cari nota aku yang hilang. Entah mana aku letak. Last sekali yang aku ingat.. aku kat library. So, aku rasa mungkin nota aku terjatuh kat situ. Alang-alang dah petang ni, aku ingat nak joging kat tasik tu sekali! Panjang lebar Anis menerangkan kepada Izara.
Nota Nota apa
Nota usrah aku. Emm..macam diarilah juga Anis sedikit sugul. Bimbang nota itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
Oh..aku ingatkan nota kuliah tadi. Kau kata nak jogingkan tadi Kalau macam tu kita joging sekali lah! Lepas joging kita makan kat Bangsar. Aku belanja! Izara sengih sambil membetulkan tali kasut yang terurai.
Err..macam mana nanti aku nak balik. Dah malam nanti, aku takut sikit kawasan perumahan aku tu. Bukan takut hantu tapi sekarang kan banyak penyangak kat KL ni.. Anis mula resah.
Alah kau ni..aku hantar kau balik la! Aku kan bawa kereta. Izara menuding ke arah kereta yang diletak di tepi tasik.
Kalau macam tu okeylah! Aku setuju tapi sebelum tu aku nak ke library dulu. Kau joginglah dulu. Aku pergi kejap je. Anis sengih.
Izara angguk. Aku tunggu kat bangku tu tau!
Anis pandang ke arah bangku di tepi tasik yang ditunjukkan oleh Izara. Dia turut mengangguk dan segera berlari ke perpustakaan.
TIBA di perpustakaan, Anis segera ke tingkat dua menuju ke tempat dia berjumpa mamat gila pagi tadi. Melilau matanya mencari nota miliknya di setiap celah rak dan di atas lantai. Banyak kali dia berulangalik berjalan di antara rak-rak buku di situ.
Entah-entah bukan jatuh kat sini. Kat mana pula nota aku tu jatuh ek Anis mula merungut. Dia membebel sendiri bila terlalu cuai dengan barang peribadi sendiri.
Habislah aku kalau tak jumpa juga nota tu. Anis meluku kepalanya sendiri.
Dia melangkah longlai keluar dari perpustakaan. Di benaknya bermacam-macam perkara mula timbul. Bimbang nota itu dijadikan sebab untuk mengugutnya pula. Siapa tahu Ya Allah, bukakanlah pintu hati orang yang jumpa nota aku untuk kembalikan kepada aku. Hati kecilnya berbisik.
Anis melangkah lemah ke arah tasik. Langkahnya terhenti. Izara sedang berbual dengan seseorang. Seorang yang amat dikenalinya. Dari jauh, dia dapat melihat Izara begitu mesra dengan lelaki itu. Izara dipeluk erat, rapat ke dada sasa milik lelaki itu. Seolah cuba menenangkan Izara yang sugul. Tergamam.
Hmm..patut ke aku ke sana Anis mula rasa serba salah.Matanya tidak lekang dari menghala ke arah pasangan itu. Jari jemari lelaki itu lembut menyeka air mata Izara yang menangis di bahunya.
Ada apa-apa ke Mungkin mereka dah berjanji jumpa di tasik tu. Anis panjangkan leher. Matanya masih melekat pada dua pasangan tu.
Anis bergegas ke jalan besar menuju ke arah perhentian bas di depan bangunan perpustakaan. Otaknya ligat berfikir. Huh! Tuduh aku macam-macam, dia tu yang sebenarnya perosak! Goda perempuan tak ingat! Terang-terang buat dosa. Baik konon!
TIBA di rumah, Anis terus melangkah ke bilik. Sarah yang masih menonton cerita di tv langsung tidak ditegur. Fikirannya masih melekat pada kejadian di tasik tadi. Melihat kemesraan Izara dan lelaki yang mengugutnya tadi, hatinya mula diterjah persoalan yang masih samar dan sudah tentu samar juga jawapannya. Itulah kali pertama dia melihat Izara bersama dengan lelaki berlagak itu. Selama ini dia tidak pernah tahu siapa teman lelaki Izara. Izara memang tidak suka bercerita kisah keluarganya apatahlagi kalau melibatkan hal peribadi .
Anis belek album. Kenangannya bersama Izara yang diabadikan ketika mereka bercuti di Langkawi setahun yang lalu ditatap lama.
Anis, kenapa kau tiba-tiba muram ni. Sour semacam je ni. Tadi bukan main lagi kau senyum. Sarah menegur Anis yang kelihatan sugul.
Anis pandang Sarah yang tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya. Pandangannya kembali kepada foto di dalam album. Masih merenung wajah ceria Izara ketika mereka sama-sama menikmati percutian.
Hmm..ni Izara kan Kawan sekelas kau.. Sarah melabuhkan punggung di sebelah Anis yang masih duduk termangu di atas katil. Foto Izara ditatap sekilas.
Anis hanya angguk. Di benaknya masih memikirkan kejadian di tasik tadi. Sarat dengan persoalan yang susah untuknya mencari jawapan. Sikap Izara yang membuatkan persoalan itu sukar ditembusi jawapan.
Err..kenapa dengan dia Sarah mula berminat melihatkan Anis begitu sugul. Dari tadi asyik merenung foto di dalam album.
Oh..tak..tak ada apa. Kau kenal lelaki yang macam mat saleh kat kampus kita tu Anis mula melontar soalan yang tiada kaitan dengan pertanyaan Sarah tadi.
Lelaki macam mat saleh..siapa Sarah mula berkerut kening dengan pertanyaan Anis.
Alah..lelaki yang matanya biru tu! Rambutnya keperangan sikit. Kau kenal Sekali lagi Anis bertanya.
Hmm..kalau yang mata biru ala-ala mat saleh tu..memang ada. Memang popular kat kampus ni. Aku rasa orang yang kau maksudkan tu..namanya Imran.. Sarah mengusap-usap dagu runcingnya dengan hujung jari.
Siapa dia sebenarnya Anis masih tidak berpuas hati dengan jawapan Sarah.
Kau tak kenal dia Eh, dia tu popular kat kampus ni. Jadi rebutan tau! Wajah kacak Pan Asia macam tu, siapa yang tak cair beb!
Ramai yang nak dekat dengan dia. Kalau boleh nak jadi steady gf dia. Sarah senyum kelat. Dia sendiri tidak berani mendekati Imran yang dirasakan terlalu kacak baginya.
Rebutan Uwek!! Anis rasa geli. Nak muntah!
Kenapa dengan kau ni Sarah pula tercengang.
Bagi free kat aku pun, aku tak nak! Tak ada ciri-ciri lelaki impian langsung!! Nak termuntah!
Kau kenal dia ke Atau...kau pun sama..dah fall in love Sarah senyum.
Eii!! Kirim salam sikit! Anis mencebik.
Dia tu dahlah kacak, bijak...kalau dia senyum...wah! tergoda. Tak makan sebulan pun tak apa... Sarah sengih.
Tu dah kerja gila namanya. Ada ke sebab lelaki tak nak makan sebulan. Bukan dapat pahala pun! Gila! Ni..betul ke dia tu kaki perempuan Anis tinggikan sedikit suara. Dia jeling Sarah yang sudah mula angau.
Tak jugak..perempuan-perempuan tu yang terhegeh-hegeh. Imran tu aku tengok biasa je.. Sarah menyebelahi Imran.
Ya ke Bukan dia ke yang suka goda perempuan Anis mula berkerut kening. Sarah direnung lama.
Cik AnisImran tu sebenarnya nak seronok je. Kucing mana yang tolak ikan. Tapi kucing yang sekor ni, hanya pandang je ikan tu. Tak makan pun. Sarah sengih.
Mana kau tahu kucing tu tak makan ikan Walau ikan mentah sekalipun, kucing tak akan tolak tau tak Anis masih tak percaya.
Kalau kau tak percaya suka hati kaulah! Yang aku tahu, siswi kat kampus ni memang kejar cinta Imran. Malah ada yang menawarkan dara tau tak! Sarah seolah mempertahankan lelaki berlagak itu dari gadis yang mudah menyerah.
Hah Kau biar betul Sarah! Jangan nak buat fitnah. Ni soal maruah. Anis jeling Sarah yang seperti menyebelahi Imran.
Kau jangan salah faham pulak. Apa yang aku cakap ni ada bukti. Aku tahu pun sebab aku ada sumber maklumat aku sendiri.
Yalah..masa tu kan aku pun macam gadis lain..kalau boleh nak jadi insan istimewa Imran. Jadi aku rapatlah dengan kawan baik Imran, dari dialah aku dapat tahu semua cerita tu. Sarah sengih.
Anis diam. Masih keliru dengan penjelasan Sarah. Antara ingin percaya dengan tidak. Sikap kasar Imran padanya membuatkan dia semakin keliru.
Err..siapa kawan baik Imran Tanya Anis lagi. Dia perlu siasat siapa Imran. Izara perlu dijauhkan sejauh-jauhnya dari lelaki gila tu. Mana tahu Imran ambil kesempatan pula pada Izara. Nauzubillah!
Zafran. Mulanya aku hanya nak korek rahsia Imran tu. Lama kelamaan..aku pulak yang terjatuh cinta kat Zafran. Entah kenapa aku suka kat lelaki tu. Nak kata kacak..tak adalah sangat tapi sikap dia yang buat aku terpikat.. Tanpa sedar Sarah meluahkan isi hatinya.
Wah..kau dah ada buah hati la ni. Err..Zafran tahu ke pasal ni
Sarah geleng. Aku je yang syok sendiri. Tak beranilah nak luahkan perasaan aku ni. Bila berdepan je, lidah aku kelu. Keras macam batu!
Anis senyum. Aku rasakan Zafran tu pun mungkin sukakan kau juga..mana tahu..tapi kita ni perempuan. Takkan perigi cari timba.
Sarah senyum kelat. Eh, cerita pasal aku pulak. Kau tanya pasal Imran ni kenapa Kau pun dah tangkap cintan dengan jejaka mata biru tu ke
Eii! Tak ingin! Dia tu bukan dalam senarai calon suami yang baik. Dahlah sombong, berlagak lagi tu. Aku juga ada cita rasa aku sendiri. Seorang lelaki yang boleh membimbing aku ke jalan menuju syurga. Kita hidup bukan untuk menjadi hamba cinta pada manusia. Cinta kita untuk yang mencipta kita. Kalau kita mengejar cinta lelaki, kita mungkin akan dapat tapi belum tentu ia kekal.
Kerana lelaki juga manusia. Sudah fitrah manusia, akan sentiasa mengejar yang lebih cantik, lebih kacak. Bagi aku kacak tidak ada maknanya kalau sikap tak seiring wajah. Anis meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Imran.
Err..bila kau kenal dia Macam mana kau tahu dia tu sombong, berlagak Kau dan dia ada apa-apa eh.. Sarah sengih. Pipi Anis dah merah macam disapu blusher merah jambu.
Anis segera tunduk. Adoi! Kantoi la pulak.
Hmmkau belum kenal betul-betul lagi. Bila kau dah kenal dia..kau juga akan terjebak dalam dunia cintanya yang dikejar ramai gadis di luar sana. Kau tahu kenapa dia jadi macam tu Sarah jeling Anis yang masam mencuka bila diusik begitu.
Anis mencebik. Bukan hal aku!
Itulah kau..mudah menuduh seseorang melalui sikap sedangkan kau tak pernah ambil tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sarah sengih lagi. Riak Anis seperti benci tapi suka!
Wah! Dah pandai kau sekarang ni! Tersirat di sebalik yang tersurat! Apa yang tersirat dan apa yang tersurat Tanya Anis lagi.
Aku tak nak cerita. Kau cari sendiri apa yang tersirat dan tersurat. Sarah ambil novel di rak buku bersebelahan dengan meja belajar Anis.
Tak nak cakap sudah!Menghabiskan air liur aku je! Anis letak semula album di atas rak di tepi meja belajar.
Sarah senyum. Seronok tengok Anis merajuk. Dah macam rupa neneknya di kampung. Muncungnyadah terjuih-juih mulut tu.
Anyway, mana Ina Anis mula mengubah topik perbualan.
Hmm..tadi dia ada call aku. Dia mungkin tidur di rumah kawannya di Selayang.
Susah betul nak jumpa dia. Tinggal serumah pun belum tentu jumpa hari-hari. Anis sedikit mengeluh.
Alahbuat hal sendiri lagi baik. Kalau selak kain orang, takut terselak kain sendiri pulak. Sarah sengih menampakkan giginya yang putih.
Itu yang tak betul tu. Orang macam dialah kita kena selak kain dan dalam masa yang sama kena juga berhati-hati. Kita sebagai kawan, apa yang tak betul kena tegur. Kalau dah terang-terang dia buat salah, kita kena periksa kain yang terselak tu dan tutup seboleh mungkin.Dan kena hati-hati bila menegur, takut kita turut terheret sama nanti. Kalau tak mampu, cukuplah kita membenci segala perbuatan salahnya. Menegur ni bukan satu perkara mudah. Kena berhikmah. Perlukan hati dan jiwa yang cekal dan kental. Jika terselak kain sendiri, itu satu ujian buat kita. Allah nak menyedarkan kita bahawa kita juga ada buat salah. Aku tak kata yang aku ni sempurna tapi kita sama-sama menegur. Walau macam mana alim kita sekalipun tetapi kalau tak hiraukan orang sekeliling, kita juga turut dihumban ke neraka. Macam malapetaka seperti tsunami, banjir, tanah runtuh..itu semua peringatan dari Allah. Anis mengingati semula catatan yang ditulis dalam nota usrahnya yang sempat dicatat masa ceramah seorang ustazah di masjid.
Hmm..betul tu, lagi bahaya sebenarnya.Sarah tunduk.
Segala kata-kata Anis cukup terkesan di hatinya. Pentingkan diri sendiri dalam berkawan amat dibenci Allah. Tidak sangka kawan satu rumahnya begitu banyak ilmu di dada. Tidak sepertinya yang hanya tahu berseronok. Anis ditatap lama. Selama ini Anis cukup menjaga batas aurat walaupun berada di dalam rumah. Tidak pernah sekalipun dia melihat Anis berpakaian tak senonoh.
Anis setia dengan baju tidur besar gedabak. Seluar panjang dan baju lengan panjang yang longgar. Kadang-kadang dia mengusik, baju tidur lelaki mana yang Anis pakai! Walaupun begitu Anis tetap manis dan cantik.
Okeylah ustazah Anis, aku nak mandi dulu. Kejap lagi masuk waktu maghrib. Sarah minta diri. Dia letak semula novel di atas rak.
JAM di meja sudah sembilan malam. Anis mula mengeluarkan nota-nota yang dicatat semasa kuliah tadi. Segala nota yang dicatat dikemaskini ke dalam fail komputer riba. Sesekali dia membelek buku rujukan untuk mengukuhkan lagi isi kandungan tesis untuk dihantar hujung tahun nanti.
Anis belek kalendar di sudut kiri meja belajar. Pengajiannya di kampus itu sudah menghampiri ke penghujungnya. Cepat rasanya. Baru semalam dia menjejakkan kaki ke universiti itu. Dan baru semalam rasanya dia mengenali Sarah dan Zarina yang sama-sama menghuni rumah dua tingkat itu.
Tesis perlu disiapkan sebelum akhir tahun. Lupa sekejap pasal nota usrah yang hilang. Dia termenung di depan skrin komputer. Berfikir mencari idea untuk melengkapkan tesis.
Hmmdah buntu pula otak aku ni.. Anis menggaru kepala.
Dia lihat pula pada sebaris buku masakan yang disusun kemas di rak. Tangannya mula mencapai salah satu buku di situ. Setiap kali melihat foto-foto masakan itu, jiwanya mula ceria. Bibir pula mudah sahaja tersenyum. Ah, akan ku capai juga cita-cita yang satu ini. Bisiknya dalam hati sambil memeluk buku karya Chef Rocco dari Italy.
Hmm..baik aku tanya Mr. Google. Anis senyum. Dia buka internet. Mencari-cari ruangan masakan dari chef terkenal itu. Sempat juga membaca status kawan-kawan sekampus dan zaman sekolah menengah dulu yang masih berhubung di laman muka buku.
Eh, siapa pulak ni nak jadi kawan aku Lama Anis menatap nama asing di ruangan Friend Request. Hmmmapa salahnya kalau aku terima dia. Dia tak kenal aku dan aku tak kenal dia. Sesiapa pun boleh menyamar dalam facebook ni.Lagipun aku pun tak upload foto sebenar aku. Hanya sekuntum mawar putih sebagai foto profil. Butang confirm diklik sekali. Seperti biasa, Anis tidak
berminat meneroka profil peribadi orang yang tidak dikenali. Tidak penting baginya.
Anis sambung semula menyiapkan tesis. Berlambak lagi yang masih belum siap. Bersepah atas meja buku rujukan yang perlu dibaca.
Anis pandang skrin. Ada mesej dari laman facebook. JS Ni..macam orang yang request jadi friend aku tadi..
JS >Are you really Mawar Putih
Eh, mengapa dia ni nak tahu sangat siapa aku Anis belum jawab mesej lelaki itu sebaliknya dia merenung skrin. Otaknya ligat berfikir siapa gerangan lelaki itu. Mesej tu dibalas.
Mawar Putih>Why Who are you
JS >So, you are Mawar Putih, right Alhamdulillah!
AlhamdulillahAh, sekarang ni macam-macam orang boleh menyamar. Mesti berhati-hati.
Mawar Putih>Who are you
JS > JS!
Mawar Putih> JS what
JS >Just call me Jay
Mawar Putih> But who are you really Are you muslim And why do you want to be my friend
JS >Yes! Im muslim and FYI, Im also Malaysian.
Ni mat saleh betul ke mat saleh celop Anis mula tidak sedap hati. Ikut hati malas nak layan.
JS >Anyway, thanks a lot!
Apahal pulak mamat ni tiba-tiba ucap terima kasih
Mawar Putih>For what
JS >The Notes!
Mawar Putih>Notes What notes
JS>Redha dan bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan kepada kita, kerana Allah tidak akan uji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya
Eh..ni macam nota usrah aku
Mawar Putih>How did you get my notes Who are you
JS > Jay!
Eiii!! Aku tahulah nama kau Jay!
Mawar Putih>Look! Im serious! WHO ARE YOU
Ha! Kan aku dah guna huruf besar! Anis tunggu balasan mesej dari lelaki itu. Mana pulak mat saleh ni Tak balas-balas mesej aku! Adoi! Haru macam ni!
Siapa agaknya Anis berkata sendiri. Kepalanya digaru berkali-kali. Dahi dah berkerut-kerut.
Memang sah lelaki ni dapat tahu nama samaran aku dari nota tu! Ya Allah! Anis semakin gelisah. Dia pasti, lelaki yang baru bermesej dengannya tadi adalah lelaki yang memiliki nota usrahnya!
Telefon bimbitnya berdering kuat. Anis segera memandang skrin. Sebaris nombor yang tidak dikenali tertera di situ.
Hello!! Awak kan yang ambil nota saya Anis bersuara dengan nada tinggi.
Anis! Aku la! Zara! Yang kau marah-marah ni kenapa
Anis mula reda. Kau Zara..aku ingatkan mamat tu tadi tapi kenapa nombor ni..
Telefon aku hilang. Ni aku pinjam telefon kawan aku jap
Ada apa kau call aku malam-malam ni
Kenapa kau tak datang kat tasik tu petang tadi Puas aku tunggu kau tau! Tak apa, esok hari Ahad kan Aku ingat nak ajak kau jalan-jalan kat Melaka. Nak tak
Anis pandang nota dan kertas kerja yang berlambak atas meja. Dia mula serba salah tetapi kalau ditolak, Izara tentu merajuk.
Okeylah, aku ikut. Siapa lagi yang ikut Anis mula baring di atas katil.
Tikah dan Linda. Kereta aku bukannya besar sangat pun! Ni bukan rombongan Cik Kiah! Izara ketawa di hujung talian.
Anis turut ketawa. Geli hati mendengar lawak rakan sekelasnya.
Baiklah. Pukul berapa nak bertolak
Jam sembilan pagi, esok kau tunggu aku kat bus stop kat rumah kau!
Talian putus. Anis pandang skrin. Jay dah offline.