Mencari Kiblat Cinta - 5
Sejak kakak dipenjarakan, mak mertua kakak ambil anak-anak kakak. Dia tak pernah bawa mereka melawat kakak di sini. Kakak tahu dia bencikan kakak sebab bunuh anak kesayangan dia. Keluh Salmi lagi.

Sebab tu kakak tak mahu Nira jadi macam kakak. Hilang kasih sayang orang yang paling rapat dengan kita. Kalau Nira terus pulaukan adik Nira macam tu, cuba fikir apa pula perasaan dia. Nasihat Salmi.

Dia terus membisu pada kata-kata Salmi. Bukan begitu niat sebenarnya terhadap Naufal. Dia tidak bermaksud mahu memulaukan adiknya sendiri. Segala yang dilakukannya bersebab. Hanya dia seorang yang tahu betapa perit jiwanya menanggung sengsara apabila setiap kali dia terpaksa menghampakan Naufal.

Dia tahu Naufal sudah menyesal dengan perbuatannya. Malah melalui lewat kiriman surat-surat Naufal yang hadir di penjara wanita itu, isi hati Naufal berbaur penyesalan.

Kakak,

Naufal tahu kakak marahkan Naufal. Malah kakak juga bencikan Naufal. Memang Naufal berdosa dengan kakak. Naufal musnahkan hidup kakak. Kalau boleh, Naufal mahu sujud ampun di kaki kakak.

Jika masa boleh diputar kembali, Naufal benar-benar berharap dapat jadi adik yang baik untuk kakak. Naufal benar-benar berharap kita dapat jadi seperti dulu. Tapi sampai kini, kakak tidak pernah memberikan Naufal peluang itu. Maafkan Naufal kak! Ampunkan salah Naufal pada kakak! Halalkan semua makan minum Naufal selama ini.

Dia menangis membaca titipan surat itu. Hatinya dilanda perasaan bersalah pada anak muda itu. Berhari-hari lamanya dia menanti kunjungan Naufal. Tapi penantiannya menjadi berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya. Malah surat-surat Naufal sudah tidak kunjung tiba lagi. Naufal seolah ghaib terus dari hidupnya.

DANIRA mengesat air mata yang mengalir lebat di penjuru pipinya. Tangisannya hadir tanpa disedari. Kenangan lama merantai jiwanya yang terasa kosong. Dia mendongak wajah ke dada langit yang hampir gelap dan berangin.

Seketika bibirnya melepaskan keluhan. Hari sudah beransur senja, namun dia masih tidak tahu ke mana kakinya harus berlabuh. Ke mana destinasinya selepas ini

Sejurus kemudian, gugus-gugus kilat mula terpancar. Dia mendongak sekali lagi. Langit yang tadi gelap semakin kelam. Tidak lama kemudian, titis-titis hujan mula turun. Danira berpeluk tubuh. Kedinginan malam bercampur dengan dingin hujan cukup membuatkan tubuhnya menggigil. Dia segera mencari perlindungan di sebuah bangunan usang.

Tanpa disedari, gerak-gerinya diintip sepasang mata dari jauh. Dua orang lelaki yang berada di dalam sebuah kereta yang diparkir di seberang jalan, tidak pernah melepaskan pandangan ke arah gadis itu walaupun sesaat.

Bagaimana kalau Mr. Kay tahu fasal dia Tanya salah seorang dari lelaki itu. Lelaki berambut putih pendek itu menoleh ke arah temannya. Dahinya berkerut seribu.

Dia takkan tahu kalau tak ada sesiapa yang memberitahunya.

Kau rasa benda tu ada dengan budak perempuan tu

Dia menggeleng. Entah, aku tak pasti. Tapi walau apa pun, rahsiakan fasal dia dari Mr. Kay buat sementara waktu.

Aku cuma risau fasal Faruk. Apa rancangan kau sebenarnya Cobe Selar temannya dengan wajah bingung.

Lelaki yang dipanggil Cobe tidak menjawab pertanyaan temannya. Sebaliknya matanya masih mencuri pandang ke arah gadis yang sedang berlindung dari hujan lebat. Pandangannya tertumpu lama ke wajah itu.

BUNYI muzik disco remix yang membingitkan hanya perkara biasa bagi telinganya. Sejak dia menguruskan kelab malam yang diberi jolokan The Polka Dots itu, gegendang telinganya seperti sudah kalih. Arak dan perempuan sudah menjadi perkara biasa baginya.

Luarannya, The Polka Dots hanya kelab malam biasa, yang dikunjungi ramai muda-mudi yang hendak bersuka ria. Tapi sebenarnya tempat itu lebih dari kelab malam biasa. The Polka Dots adalah titik pertemuan kumpulan-kumpulan penjenayah di ibu kota. Baik yang terlibat dalam rompakan, penyeludupan dadah mahupun pelacuran. Ia dimiliki oleh seorang taikun dunia jenayah yang dipanggil Mr. Kay. Dan dia hanyalah salah seorang dari kuda-kuda yang digerakkan oleh organisasi Mr. Kay.

Wiski di tangannya diteguk sambil matanya ralit memerhatikan gelagat sekumpulan gadis yang terkinja-kinja menari. Bibirnya segera mengorak senyuman. Pakaian sendat dan singkat yang dipakai anak-anak gadis itu sering ditatap dengan pandangan nakal. Tumpuannya terhadap gadis-gadis itu terganggu apabila seorang lelaki bertubuh kurus runcing masuk ke ruangan itu. Dia mendengus keras.

Lelaki kurus runcing itu tersenyum lebar. Maaf bos, hal ni penting. Ini kerja yang bos suruh tempohari. Ujar lelaki itu bagaikan tahu kehadirannya tidak disenangi. Tanpa disuruh dia meletakkan sesuatu di atas meja kopi di bilik itu.

Dahi Faruk berkerut menatap kepingan gambar yang terletak di atas meja itu. Dia segera melabuhkan punggungnya lalu mencapai gambar-gambar tersebut. Sebaik matanya tertancap pada kepingan gambar di tangannya, senyumannya mendadak muncul.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah Mr. Kay dan Faruk Apakah hubungan mereka dengan Danira