Tahun 1978, Piala Malaysia antara
Selangor dan Singapura di Stadium Nasional, Kallang, Mokhtar didatangi oleh seseorang yang menawarkan
$5,000 tapi bersyarat. Syaratnya, jangan jaringkan gol dan pastikan perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.
P r a - p e r l a w a n a n pembukaan Pestabola Merdeka 1978 menentang Korea Selatan, beliau didatangi pula oleh individu yang tidak dikenali menawarkan $2,000 dengan syarat tidak jaringkan gol. Dalam perlawanan itu Malaysia tewas 1-3 dan Mokhtar tidak jaringkan gol. Dalam kempen kejohanan yang sama, beliau didatangi sekali lagi oleh individu yang sama, menawarkan wang berjumlah $1,000 juga dengan syarat tidak menjaringkan gol.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 1979, antara Selangor dan Singapura, Mokhtar dingendeng lagi, kali ini dengan tawaran lebih besar,
sebanyak $20,000 dengan syarat pastikan Selangor kalah!
Di suatu petang, beberapa hari sebelum perlawanan, ketika Mokhtar sedang menikmati kudapan petang di sebuah kedai kopi, beliau didatangi oleh individu berkenaan. Jumlah $20,000 di tahun 1979 memang suatu amaun yang amat besar!
Final, Selangor muncul juara menang 2-0 ke atas Singapura.
Dan semua tawaran wang supaya mengatur dan menentukan keputusan perlawanan, DITOLAK mentah-mentah oleh Mokhtar Dahari.
Dedah Mokhtar, kejayaan merangkul kejuaraan dan kemenangan serta menjaringkan gol buat pasukan lebih bermakna berbanding tawaran lumayan wang ringgit dari tahi rasuah.
Ini adalah sebahagian pendedahan Mokhtar Dahari dalam akhbar New Straits Times Press (NSTP), sekitar September 1982.
Mokhtar memberi pesan; Rasuah dalam bola sepak amat memudaratkan. Ia akan rosakkan perlawanan, ia akan matikan minat para penyokong, dan ia akan musnahkan karier seorang pemain bola sepak. Bila pemain menjadi rambang mata dengan tawaran lumayan, mereka akan jadi lupa diri dan hilang pedoman. Untuk banteras gejala ini bukan mudah, tapi ada satu cara yang ideal, seseorang itu perlu jujur dan punyai nilai integriti yang tinggi.