Tuk batin adalah antara mereka yang mengikuti program itu. Dia tidak suka merayau jauh dalam hutan batu di kompleks HKL. Apabila tuk batin tidak mengambil bahagian dalam kegiatan persiapan prakomuniti, dia gemar bersiar-siar di taman-taman mini di sekitar kompleks. Tetapi, apabila ada program, dia begitu serius sekali mengikuti terapi berkumpulan. Tidak ada orang menyangka apa-apa, apabila tuk batin mula mencabut pokok-pokok hiasan di taman landskap IMN. Ada orang yang berhenti, memerhatikan tuk batin mengerjakan pokok-pokok itu. Orang itu ingat, barangkali tuk batin itu kakitangan kontraktor yang selalu juga menggantikan pokok-pokok bunga hiasan itu. Maklumlah pokok-pokok bunga itu hanya tahan dua minggu sahaja. Sampai masa diganti juga.
Rupa-rupanya tuk batin sudah merancang. Ada kuaters petugas kesihatan tingkat rendah di belakang IJN. Ada tanah sedikit buat tanam cili, pokok karapulae, pandan, serai dan ubi kayu. Asal kampung, duduk di bandar teringat-ingat pula hendak bercucuk tanam macam di kampung dulu. Tiada bidang tanah, mereka tanam dalam pasu. Entah tuk batin minta atau tidak, tiada siapa yang pasti. Dia bawa balik pokok-pokok itu, ditanamnya di laman landskap di depan belanga hiasan yang mencurahkan air ke kolam kecil. Dibuatnya batas, ditanam keratan-keratan batang ubi kayu berderetan sebagaimana yang dibuat orang-orang Temuan. Dia tidak tagi berperangai macam budak-budak. Bercucuk tanam bukan pekerjaan budak-budak. Dia diberitahu Dr. Bala bahawa simpualang tidak marah lagi padanya dan sudah memaafkannya. Lalu, dicedok air dari kolam dan terus menyirami pokok-pokok yang baru ditanaminya.
Akhirnya ada petugas keselamatan menyedari perbuatan tuk batin.
Eh, kamu buat apa ni tanya petugas itu sambil menarik tangan tuk batin.
Bercucuk tanam, jawabnya selamba.
Siapa yang suruh awak cabut pokok itu
Dr. Bala suruh.
Matilah aku nanti kena marah, keluh pengawal itu pada dirinya.
Mana ada Dr. Bala suruh
Ya, dia yang suruh. Kalau tak percaya, tanya dia.
Petugas itu membawa tuk batin ke pondok pengawal keselamatan.
Panggilan Ricky Dua to Bravo Satu, over, panggil pengawal keselamatan itu kepada pegawai atasannya melalui walkie-talkie. Bunyi bahasa Inggeris yang terdengar dengan loghat Melayu.
Apa hal Ricky Dua Over, balas suara di alat perhubungan tanpa wayar itu.
Pesakit PR rosakkan pokok-pokok di taman, over.
Hantar dia semula ke tingkat enam, over.
Saya seorang. Tiada orang jaga POS.
Mana Din over.
Dia pergi kafeteria, over.
Tahan pesakit PR di pos.Tunggu Din balik, over.
Over and out. Belum sempat pengawal keselamatan itu menutup punat walkie-talkie, terdengar bunyi semboyan darurat lantang dan kuat.
Suara di walkie-talkie itu menjerit, Tutup semua pintu. Segera!
Beberapa petugas IMN berlarian masuk ke lobi. Tuk batin menjadi amat kaget. Apa yang telah terjadi Adakah kerana dia suasana kelam-kabut ini terjadi fikir tuk batin.
Terdengar berterusan bunyi amaran daripada pembesar suara bagaikan terjadi pembocoran bahan radioaktif. Memang ada bahan radioaktif di kompleks HKL, iaitu di Institut Perubatan Nuklear, tetapi IMN tidak menggunakan radioisotop yang berbahaya. Memang ada CAT-Scan, fMRl dan PET. Kecuali CAT-Scan, fMRI dan PET, tiada radiasi berbahaya yang dikeluarkan. Kalaupun ada, jumlah radiasi pada CT-Scan dan PET adalah kecil. Bunyi amaran yang terus mendengung ibarat IMN diserang musuh atau gempa bumi bakal melanda. Hari itu ada latihan kebakaran, ini bukan latihan lagi. Pengawal itu menjadi serba salah. Hendak jaga tuk batin atau menghalang orang Tidak kira siapa pun, semua orang tidak dibenarkan keluar meninggalkan bangunan IMN. Demikian perintah yang diterimanya.
Ada pengumuman di corong pembesar suara.
Sernua orang dilarang meninggalkan bangunan IMN sebelum mendapat izin daripada pihak polis.
Pengumuman itu diulang. Ramai orang dan petugas di IMN yang terpinga-pinga dalam kebingungan.
Lebih bingung lagi tuk batin. Apakah perbuatannya itu mencetuskan keadaan kelam-kabut di IMN Takkan kerana dia bercucuk tanam di laman IMN, satu hospital jadi gamat. Petaka apa yang bakal ditanggungnya nanti, soal tuk batin pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila siren polis berbunyi menghampiri kawasan IMN. Tiga buah kereta peronda polis tiba serentak. Dua belas orang kesemuanya. Lapan daripada mereka berpakaian preman. Mereka terus masuk ke lobi kaunter penerimaan IMN dan bergegas menaiki lif. Dua orang berpakaian seragam biru tampak mengambil alih tugas pengawal IMN. Pengawal keselamatan yang baru kembali dari kafeteria juga tampak kehairanan.Tuk batin kini tampaknya dikawal oleh empat orang. Bertambah gusar kelihatannya, tuk batin itu. Apakah malapetaka yang didatangkan oleh simpualang terhadapnya Dia tidak habis-habis menyesal. Apakah pokok-pokok yang dicabutnya itu ada semangat yang bercongklang dengan sirnpualang Segala pertanyaan itu terus bermain di benak tuk batin. Jiwanya kembali kalut dilambung gelora emosi yang membadai. Kedutan keningnya kian bertemu. Jelas sekali kelihatan alur-alur kulit melintang di dahinya. Melankoli terus menguasai diri. Dia bagaikan bocah kecil yang kehilangan ibu bapa di gedung pasar raya. Suara-suara nasihat Dr. Bala sayup-sayup menghilang. Yang muncul ialah arcaarca simpualang yang garang dan berang. Segala kekalutan di luar dunianya, tiada lagi memberikan kesan pada mindanya. Terjadi pemutusan hubungan dengan alam sekitar. Dia lebih selesa belayar di alam hebefrenianya. Melankoli berganti keriangan dalam euforia di alam kanak-kanak yang menyelamatnya daripad malapetaka kejiwaan. Betapa nanti para doktor di IMN berpeluang melihat sesuatu yang jarang-jarang terjadi. Gerak laku pesakit hebefrenia asal bandar berbeza dengan yang berasal dari kampung. Lagak budak-budak bandar lain pula dengan lagak hebefrenia budakbudak kampung. Apalagi kanak-kanak Temuan. Kegiatan kanakkanak Temuan pada zaman sebelum pembangunan memusnahkan habitat mereka, agak berbeza dengan kanak-kanak kampung. Apalagi dibandingkan perilaku kanak-kanak bandar dan kota metropolitan. Tetapi, itulah santuari; dunia pelarian yang mampu menyelamatkan manusia dewasa yang diserang ampukan stres yang menggilakan itu.
Gelora stres yang datangnya bergelombang sungguh mencekam jiwa dan menyayat kalbu. Hanya dengan melaksanakan konversi ke alam kanak. kanak, kesuperegoannya dapat dilindungi dengan benteng-benteng maya, ciptaan minda yang berantakan. Maka, alam kanak-kanak merupakan santuari yang damai dan tenteram. Tempat puing-puing superegonya berlindung.
Dalam kalut siren sabung-menyabung, tuk batin meluru ketuar. Di celah-celah kereta-kereta peronda polis, dia berlari. Dikejar oleh pengawal keselamatan yang mengawasi tuk batin sejak tadi. Lampulampu kereta peronda polis masih berkelip-kelip di pekarangan IMN. Sebuah van polis dari unit forensik PDRM bergerak pantas untuk masuk. Hampir-hampir melanggar tuk batin yang berlari keluar. Beberapa petugas dan atendan IMN ikut mengejar. Ramai pelawat IMN yang menunggu waktu kunjungan, menonton adegan kejar-mengejar bagaikan teledrama murahan di televisyen tempatan. Tuk batin entah ke mana pergi. Hairan dari mana datangnya tenaga yang diperoleh oleh lelaki separuh umur itu. Dia mampu berlari macam kanak-kanak lari dikejar anjing. Bagi tuk batin, dia yang lagi bocah berlarian bersama-sama anjing kesayangannya di tengah-tengah hutan kerinduan. Dan, bagi tuk batin yang tercalar superegonya selaku seorang ketua orang-orang Temuan yang disegani sukunya dan dihormati politikus daerah setiap lima tahun sekali,tentunya pada setiap menjelang pilihan raya, dia ingin melenyapkan kesuperegoannya matian anjing kesayangan yang bunuh yang telah dibunuh pembunuh upahan majlis perbandaran. Ketokohan tuk batinn mati dalam jiwanya bersama-sama teman karibnya di muncung senapang. Itulah teman karib setelah kehilangan isterinya yang mati kerana demam kepialu. Lariannya itu larian kemerdekaan. Merdeka yang dicari, merdekalah dia dalam alam hebrefrenia.
Ramai pengunjung dan pelawat berkumpul di depan Pintu masuk. Pintu itu masih ditutup. Kehadiran polis dan unit-unit penyokong siasatan memperkukuh desas-desus bahawa ada pembunuhan di tingkat 14. Tentu itulah sebabnya, fikir kebanyakan orang, menyebabkan mereka yang di dalam tidak dapat keluar dan yang di luar tidak boleh masuk. Tentunya tidak kurang ramai yang mengeluh tentang pembaziran masa. Mereka yang di luar merungut, bila masanya pula mereka boleh masuk ke IMN. Polis yang mengawal di pintu masuk ke lobi IMN memberitahu tentang arahan yang diterima. Sehingga ASP Dahlan kata boleh, barulah dia boleh membukakannya. Pintu-pintu laluan pekerja pun ditutup oleh pengawal keselamatan. Bagi ASP Dahlan, pintu yang mempunyai pengimbas sidik jari tidaklah merumitkan. Melalui program berkomputer di pusat kawalan keselamatan, dia boleh memperoleh senarai pengenalan diri mereka yang melewati pintu berpengimbas itu. Bagi pintu tanpa pengimbas, senarai pengunjung ke Iuar masuk terpaksa dibuat dengan cara manual.
Di tingkat 14, seorang wanita dijumpai mati dalam keadaan ngeri. Sukar untuk segera menentukan apakah dia membunuh diri atau dibunuh orang. Ada cerita yang mengatakan lehemya dikelar, seperti luka penyembelihan binatang. Puting kirinya tampaknya dipotong. Dia ialah perempuan Cina yang cuba membunuh diri beberapa malam yang Ialu. Kerana dia tampaknya tidak lagi menunjukkan sebarang gejala yang boleh dikaitkan dengan keinginan membunuh diri, doktor pakar yang merawatnya, mengarahkan jaket yang membelenggunya dibuka. Tetapi, dia tetap dalam pengawasan rapi. Entah bagaimana dia boleh sampai ke tempat kejadian, tiada kakitangan yang disoal polis mampu memberikan jawapan yang memuaskan. Semuanya menjadi bualan kakitangan IMN, terutamanya di tingkat 14. Tingkat 13 yang dipercayai berpuaka itu disulap menjadi tingkat 14 oleh kontraktor yang percaya sialnya angka 13 boleh dihilangkan dengan penggantian papan tanda.
Mayat itu ditemui oleh kakitangan wanita SCS yang mencari penyapunya yang hilang. Apabila memasuki stor yang jarangjarang digunakan itu, dia menjerit bukan kepalang kuatnya. Lantas, berlarian dia keluar. Beberapa langkah, dunianya menjadi kelam. Bagaikan jatuh dalam Iohong hitam legam, dia pengsan dan rebah di lantai. Jururawat yang membantu kakitangan SCS tidak menyedari apa yang sebenamya terjadi. Tetapi, datang pula seorang jururawat Iain untuk membantu. Jururawat itu terpandang tompokan darah yang tampaknya datang dari stor itu. Pencuci itu belum pulih daripada pitamnya. Dalam keadaan pening-pening lalat, dia ingin memberitahu sesuatu, namun tiada suara yang tercetus keluar. Hanya matanya terbeliak seperti ingin menceritakan sesuatu. Kedua-dua jururawat itu bangun, memberanikan diri lalu perlahanlahan menghampiri pintu stor itu. Apabila pintu itu ditolak, mereka menjerit serentak. Sekali lagi, tingkat 14 itu dikejutkan dengan jeritan-jeritan menggila yang bukan daripada pesakit-pesakit jiwa.
Selepas itu tiada lagi jeritan apabila ramai petugas datang menyerbu. Dengan kadar segera polis dihubungi.Tidak lama kemudian, mereka tiba dengan kelengkapan forensik secukupnya.
Ketika ASP Dahlan menyentuh mayat itu, terasa masih hangat. Dia berbuat demikian setelah selesai penggambaran stil dan video. Semua sudut fotografi diambil oleh jurukamera polis untuk rekod dan ulang kaji penelitian tempat kejadian. Pasukan penyiasatnya tidak menemui sebarang senjata berhampiran mayat atau di kawasan sekitar tempat kejadian. Bercak-bercak darah mengibas dalam percikan yang melakari dinding stor itu. Ibarat lampiasan berus pelukis yang melepaskan geram ke atas kanvas. Mata ASP Dahlan mengekori lintasan percikan darah yang menyilang dinding. Dia sudah terbiasa dengan corak-corak percikan darah di tempat kejadian jenayah. Dengan ilmu perubatan forensik yang pernah dipelajari dan mengamalkan pengetahuan itu, dia mampu mengagak jangka masa kematian mangsa. Barangkali mangsa telah mati antara tiga hingga lapan jam yang lalu, fikinya. Nanti pakar forensik boleh mengesahkan. Tetapi, sebagai IO, dia harus bertindak. Sebab itulah, pegawai penyiasat itu mengarahkan semua pintu keluar-masuk ditutup segera dan mendaftar nama mereka yang ingin meninggalkan bangunan IMN. Suatu tugas besar yang memakan tidak sedikit masa. Semua kakitangan IMN mempunyai pengenalan cap jari. Mereka harus melalui pintu berpengimbas yang akan merakamkan keluar-masuk mereka.
Doktor ada petunjuk apa-apa tanya ASP Dahlan.
Maksud ASP tanya Dr. Shukri sambil membetulkan kolar jubah putihnya.
Di antara pesakit-pesakit doktor
Pesakit yang mempunyai kecenderungan ganas ditahan di tingkat
16.
Tak mungkinkah mereka keluar
Mereka semuanya diberi ubat dan tidak mungkin meninggalkan bilik mereka. Setiap pesakit berpotensi ganas atau mempunyai delusi berunsur bunuh dan pembunuhan, kami tahan di bilik berasingan. Kalau ada pun seseorang pesakit di tingkat 16 dapat keluar dari bilik, mereka tidak mungkin melalui pintu pengimbas untuk ke sayapsayap lain di aras yang sama. Sekiranya mereka buka pintu bilik mereka secara paksa, bunyi dan lampu amaran akan diaktifkan.
Jadi doktor fikir pembunuh mungkin daripada kakitangan IMN.
Saya tidak maksud begitu.
Doktor mengandaikan sistem pengimbas sidik jari tak mungkin ditembusi.
Itulah, saya diyakini oleh syarikat pembekal yang memasang sistem pengimbas itu. Kecualilah penceroboh memaksa seseorang yang ibu jarinya dikenali sistem.
Maksud doktor, penjenayah perlu membunuh kakitangan IMN atau memotong ibu jari kakitangan IMN.
Nampaknya begitulah, jelas Dr. Shukri sambil berjalan ke arah pintu pengimbas di tingkat 14. Dr. Shukri meletakkan ibu jari. Dia kelihatannya yakin dan bangga dengan kecanggihan pengimbas itu.
Pintu besi bercat biru itu terbuka.
Tunggu dulu, kata ASP Dahlan sambil membuka kasutnya. Dia tidak segera masuk melewati pintu. Dia menunggu pintu itu tertutup. Sebelum pintu menutup sepenuhnya, dia meletakkan sebelah kasutnya di tengah-tengah daun pintu. Terdapat celah renggangan antara dua daun pintu. Pintu berpengimbas gagal menutup rapat. ASP Dahlan memaksa daun pintu membuka semula secara manual. Dia berjaya.
Dr. Shukri hanya mampu menggelengkan kepala. Tergamam, bagaimana sistem berharga hampir sejuta ringgit, yang diuaruarkan sebagai fool-proof meskipun cap jari kembar seiras, boleh dikalahkan dengan sebelah kasut.
Detektif Sulaiman ada beritahu saya. Dia mengumpulkan maklumat daripada salah seorang staf doktor, Puan Salbiah. Ada pesakit yang tidak dapat dikenal pasti namanya.
Oh, ya. Mr. X.
Betulkah dia ada mempamerkan gerakan yang berbahaya
Maksud ASP
Seperti membunuh.
Mencangkul adalah. Susah nak tentukan. Dia masih membuat benteng. Sukar menentukan isi fikirannya.
Boleh saya periksa dia
Tiada masalah.
Mr. X tampak bertenaga. Wajahnya tidak lagi murung seperti yang diperlihatkan beberapa hari yang lalu. Meskipun bersendirian di dalam bilik pengamatan bercermin pandangan sehala, Mr. X tidak memperlihatkan perbezaan tahap kesedaran jiwanya. Meskipun dia tetap siaga dari segi badaniah, tetapi mindanya tidak. Tingkah laku teaterikalnya sama sahaja seperti ketika berada di wad SU 11.
Perilakunya seakan-akan dia ingin pengamat menontonnya. Tanpa henti dia mengayun kedua-dua belah tangannya ke atas dan kemudian menjunamkan ke bawah. Gerakan itu terhenti sertamerta. Dia tampak menggoyang-goyangkan tangannya. Seolah-olah ada yang tersepit. Sepitan itu terlepas, dia mengayunkan semula. Gerakan itu berulang-ulang. Tanpa jemu, dia membosankan pengamat sepanjang hari. Rekod pengamat setiap jam tertulis kependekan SDA - Seperti di Atas. Pengamat tidak Iagi menjadi pengamat, sekadar peleka. Peleka yang hanya melirik gerakangerakan monotoni sambil membaca surat khabar.
Pembantu perubatan itu segera melemparkan surat khabar itu ke bawah meja apabila Dr. Shukri dan ASP Dahlan masuk ke bilik pengawasan.
Ada perkembangan tanya Dr. Shukri sambil membelek laporan pengamatan.
Macam itu sahaja dari pagi tadi, jawab pembantu perubatan itu. Gerakan apakah itu tanya ASP Dahlan. Gerakan pengayunan tangan itu mendapat perhatiannya. Dia seolah-olah sudah menemui seorang suspek.
Sukar ditentukan kerana belum ada perkembangan lain, balas Dr. Shukri.
Adakah gerakan itu boleh dikaitkan dengan gerakan yang ganas
Maksud ASP macam membunuh
Ya.
Saya tidak fikir begitu. Mimik mukanya tidak konsisten dengan kegiatan keganasan.
Maksud doktor, wajahnya bersahaja. Biasa-biasa saja Ya..., kata Dr. Shukri dalam minda ragu-ragu.
Tidakkah pembunuh kejam membunuh dengan wajah bersahaja
Tidak juga. Pengaruh otot nor-adrenalin amat jelas pada wajah pembunuh bersiri atau pembunuh kejam.
Jadi gerakan-gerakan yang dilakukan pesakit tidak memberi tanda keganasan.
Lihat wajahnya. Wajah orang yang memiliki hasrat dan citacita besar seperti orang yang grandiose. Orang yang berwaham kebesaran.
Jadi gerakan berulang itu memberi makna apa tanya ASP Dahlan lagi.
Lihat apabila gerakan mengayun sesuatu itu selesai, dia mendongak ke atas, seolah-olah memperlihatkan rasa kebesaran. Dia melihat ke atas, seperti orang melihat Tuhan.
Doktor tidak fikir dia boleh saya jadikan suspek pembunuhan di tingkat 14 itu
Saya tidak fikir gerakan itu melambang keganasan.
Kalau bukan gerakan keganasan, gerakan badannya membawa makna yang bagaimana tanya ASP Dahlan.
Saya belum membuat kesimpulan yang muktamad. Saya melihat keseluruhan gerakannya sejak awal, dan cuba menerka apa dia maksudkan. Pada pendapat saya, dia seolah-olah seorang pencerita yang menggunakan bahasa gerakan anggota badan dalam bentuk
teaterikal.
Doktor kata dia sedang berlakon
Lebih daripada itu.
Maksud doktor
Dia seolah-olah menceritakan suatu epik. Kita hanya sedang melihat satu segmen kecil daripada epiknya.
Jadi, saya tidak perlu memberi perhatian kepadanya
Sekiranya ada perkembangan yang menjurus ke arah itu, saya akan beritahu ASP.
Boleh saya interviu dia
Sejak masuk di IMN, dia tidak bercakap.
Mungkin dengan cara polis, dia bercakap, ujar ASP Dahlan dengan rasa keyakinan.
ASP boleh cuba. Tetapi saya minta kalau boleh pihak polis membantu IMN mengenal pasti siapa sebenamya Mr. X. Dengan cara itu, pihak warisnya boleh dikesan, dan kami dapat menemu duga anggota keluarganya.
O.K. Tiada masalah. Bagaimana dengan tuk batin
Tuk batin di tingkat 6. Dia tidak boleh masuk ke tingkat 14.
ltu kalau menganggap sistem pengenalan diri tidak bocor.
Dr. Shukri segera teringat akan kasut ASP Dahlan yang menewaskan sistem itu. Tuk batin seorang hebefrenia.
Apakah maknanya
Penghidap hebefrenia atau hebefemik skizofrenia tiada kecenderungan membunuh. Tak mempunyai kecenderungan ganas. Tuk batin terperangkap dalam alam kanak-kanak. Dia berperangai seperti kanak-kanak yang riang ria, seolah-olah dunia ini bebas masalah dan kerumitan.
Tiba-tiba Mr. X di bilik pengamat melompat dan mengelak. Sesuatu yang dilangutkan sejak tadi seolah-olah jatuh atau tumbang. Daripada gerakan pengelakan itu, dia berlakon seakan-akan sesuatu yang besar terhempas berdekatan dengannya. Tiada lagi gerakan ayunan tangannya. Dia melakukan gerakan mencantas bukan lagi menetak. Laporan pengamatan pembantu perubatan itu buat pertama kalinya berubah. Tiada lagi singkatan SDA.
ASP Dahlan dengan ditemani Dr. Shukri masuk ke bilik tempat Mr. X sedang melakukan lakonan dengan yang memberikan tafsiran yang pelbagai bagi mata yang mengamati. Tidak cukup di balik tabir kaca, ASP Dahlan mahu bersemuka dengan lelaki tanpa identiti itu. Dengan pengalaman belasan tahun di PDRM, dia kerap merenung wajah beratus-ratus suspek pembunuh dan pembunuh sebenar. Dia segera tahu apabila rasa hatinya meyakini setiap prasangka. Kebanyakan ketika, dia terbukti benar. Tetapi, dalam semua kes yang lalu, suspek memberikan respons apabila ditanya. Daripada getar suara mereka, ASP Dahlan mampu membezakan sama ada seseorang suspek penjenayah berbohong kepadanya atau tidak.
Namun, upaya komunikasi dengan Ielaki tanpa identiti itu tidak membuahkan hasil. Mr. X meneruskan kegiatan remehannya yang berulang-ulang. Walaupun ASP Dahlan sudah bersedia dengan segala kemungkinan; seandainya ada gerakan penyerangan oleh Mr. X, namun perkara itu tidak terjadi. Seperti sediakala, Mr. X tidak mengendahkan kehadiran mereka. Seragam ASP tidak menggerunkannya. Dia terus beraksi dengan pantomim silamnya. Akhimya ASP Dahlan mengakuri keadaan. Setelah puas bertanya, menyoal dan mengacah bentakan, semuanya tanpa reaksi dan hasil, dia beredar dari bilik itu ditemani Dr. Shukri. Dia perlu meninjau suspek-suspek Iain yang barangkali masih berada di IMN. Tetapi, ayunan-ayunan Mr. X mengimbaskan minda tentang corak percikan-percikan darah yang menyilang di dinding stor. Setakat ini semua cap jari yang diketemui di bilik stor itu adalah daripada orang-orang yang pertama kali memasuki stor itu. Mereka ialah kakitangan IMN, dan konstabel polis yang belum arif dengan usaha pengamanan tempat kejadian jenayah. Polis pangkat bawahan masih mencemari tempat kejadian jenayah dengan cap jari mereka. la memerlukan pendidikan yang berterusan.
Mr. X meneruskan gerak-geri seolah-olah menakak, mencungkil, menebuk, meratakan dan memahat. Pembantu perubatan itu terus mencatatkan gerakan mengangkat, memikul dan menurunkan esuatu daripada bahu. Sukar baginya untuk mempercayai gerakangerakan yang diperhatikannya ada kaitan dengan pembunuhan. Fikirannya terus berputar menerka apa yang sebenamya diperbuat oleh lelaki tanpa nama itu. Tugasnya hanya memerhati dan mencatat. Sebarang pemikiran dan pentafsiran semuanya diserahkan kepada para atasannya. Dia sendiri tenggelam dalam kepelbagaian fiil dan kerenah pesakit-pesakit jiwa sehingga kadang-kadang mengaburkan batas antara normal, kurang normal, agak normal dan tidak normal. Monotoni yang menguasai suasana di bilik pengawasan itu. Kebosanan berpanjangan mulai menggantikan pengamatan dengan pengintaian. Lama-kelamaan intaian-intaian itu menjadi bertambah langka. Dewi kantuk menggoda minda yang dibosankan oleh pengulangan-pengulangan yang bagaikan tidak berkesudahan. Apabila Mr. X mengembangkan layar bahteranya, tiada saksi untuk menggambarkan wajahnya yang gah dan bangga atas kejayaannya dalam fantasinya itu.