DI.AR.TI - 4
NADA berirama mengisi segenap pelosok ruang dengar. Ketajaman pendengaran dapat mengesan kekuatan terkecil gelombang bunyi yang menggetar gegendang telinga. Dalam susunan oktaf yang tiada henti, asal dan arah begitu mudah dikesan. Sekejap dia datang dari hadapan, sejenak muncul dari belakang, seketika pula mengguruh seolaholah turun dari langit, bergema di telinga kiri dan terus melompat ke telinga kanan, semacam deru angin berpindah lalu.

Tiba-tiba bunyi simbal muncul dari belakang dengan dentuman dan gegaran yang silih berganti dari alat perkusi yang tidak nampak di deria penglihatan. Penjajahan bunyi di deria pendengaran menutup semua rangsangan luar yang tidak mungkin menembus monopoli itu. Dalam keghairahan melodi lagu, kepekaan Anita terhadap persekitarannya hampir tidak ada. Head phone yang melekat erat di keduadua telinganya mencegah penyaluran bunyi deringan telefon yang sudah sekian lama merebak.

Zainab, pembantu rumah Yang Arif Tan Sri Saleem bergegas menuju ke telefon yang lama berdering. Diangkat-angkatnya telefon itu. Suara Osman tidak memeranjatkan Zainab. Dia nampak mengangguk saja pada arahan yang dikeluarkan oleh orang ketiga besar di rumah itu. Osman menjadi orang ketiga besar setelah abangnya Karim, meninggalkan rumah. Berkelana dan berdakwah.

Zainab terpaksa ke bilik Anita walaupun dia tahu sebenarnya dia tidak payah ke bilik itu kerana bilik itu pun ada telefon. Tetapi dia juga tahu yang Anita mesti memakai head phone maka tidak mungkin baginya medengar deringan telefon. Kebiasaan membaca dengan memasang head phone merupakan katalis proses pembelajarannya.

Zainab memasuki bilik Anita yang pintunya tidak tertutup. Dia cepat menghampirinya sambil memegang bahu kiri Anita semacam membangunkan orang yang sedang tidur. Anita membuka head phone, mengakhiri suara Aishah and The Fan Clubnya dari penjajahan bunyi yang sejak tadi menguasai pendengarannya.

Telefon dari Osman, Nita, kata Zainab sambil tangannya menunjuk ke bawah, ke ruang tamu.

Nak apa dia tanya Anita.

Entahlah Nita, jawabnya sambil mengangkat bahu. Anita bangun dan mengangkat telefon sambil menekan butang sambungan ke biliknya.

Hello Bang Man.

Hello eh kenapa lambat sangat Sampai lenguh kaki abang berdiri.

Apa hal tanya Anita.

Abang ada tugasan. Perlu fotostat ensiklopedia abah di bawah topik clock, jelas Osman. Apa

Clock clock jam, teriak Osman.

Ala abang ni. Nita ada kerjalah. Takkanlah di perpustakaan fakulti tak ada ensiklopedia. Nita nak periksalah.

Nita cuma tanda semua muka surat yang ada perkataan

clock.

Ensiklopedia yang mana tanya Anita.

Ketiga-tiganya dan suruh Vasu fotostat dan hantar ke asrama abang.

Sekarang

Ya! Sekarang, tegas Osman.

Bye, Anita meletakkan telefon di tempatnya selepas abangnya membalas salam perpisahan.

Anita turun ke bilik bacaan. Peerpustakaan mini itu penuh dengan buku-buku undang-undang yang merupakan koleksi tan sri sejak beliau menjadi hakim mahkamah tinggi. Koleksi itu diperkaya dengan adanya tiga jenis ensiklopedia dari penerbitan yang berlainan. Buku-buku tersusun rapi dengan jalur-jalur berwarna, saling bersambungan hingga ke hujung rak. Satu tangga beroda berdiri condong ke arah rak-rak kayu mencecah lelangit rumah. Ketiga-tiga dinding bilik itu penuh dengan berbagai-bagai warna yang agak gelap. Pada dinding berpintu terdapat sebuah lukisan berunsur surealisme yang dibeli tan sri dari seorang pelukis Malaysia yang bermastautin di Bonn, ketika beliau menghadiri satu seminar undang-undang antarabangsa di Jerman Barat, beberapa tahun yang lalu.

Sambil menarik satu per satu dari ketiga siri ensiklopedia yang bermula dengan huruf C, Anita duduk di lantai yang beralaskan permaidani dari Istanbul. Dikoyakkan sedikit kertas akhbar untuk dijadikan petanda halaman. Kesemua buku itu diteliti dan tidak ada satu pun bahagian yang tercetak perkataan clock bebas dari saringan Anita. Terfikir jua oleh Anita mengapa siswa perubatan kena menulis tugasan mengenai jam. Tetapi dia tidak kuasa menolak permintaan abangnya walaupun dia sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM tahun ini. Dia menghitung jumlah halaman yang akan difotostat.

Anita bangun dari hamparan permaidani itu setelah menyusun buku-buku itu di atas lengan kirinya. Dia terus keluar dari bilik bacaan menuju ke luar, mencari Vasumuthu. Vasumuthu telah bekerja dengan tan sri sejak lapan tahun yang lalu. Dia adalah pemandu kereta kedua. Kalau tidak memandu, dia akan menjadi tukang kebun, pengawal keselamatan, penjaga binatang peliharaan dan pencuci longkang banglo itu. Pokoknya, serba-serbi dengan pelbagai tugas. Dia tidak pula merungut. Diminta ke pasar, dia ke pasar. Puan sri hendak ke mana saja, dia siap sedia bila diarahkan pada usia 45 tahun, dia tampak lebih muda dari apa yang tercatat dalam kad pengenalan birunya.

Vasu demikianlah nama pendeknya, tidak ditemui sekitar kereta BMW 520i metalik biru itu. Terasa oleh Anita, ingin menjerit nama Vasu dengan suara yang lantang.

Tingkah lakunya pernah ditegur kerana hal itu. Bukan sahaja hakim yang perlu mengawal pekerti mereka, juga diharapkan anak-anak mereka mempunyai pekerti dan kesopanan yang tinggi. Walaupun rumah itu berpagarkan tembok rendah tetapi kalau bercakap yang kuat, jiran sebelah masih dapat mendengar. Tan sri dan puan sri memandang penting sikap dan tingkah laku anak-anak mereka di mata umum kerana ia boleh mencerminkan perwatakan mereka. Anita berfikir Vasu mesti ada di diorama ayahnya.

Diorama itu tidaklah besar mana. Banyak kupu-kupu dan rama-rama serta unggas-unggas lain yang dipelihara di dalam diorama itu. Tan sri memang seorang pencinta alam. Dia ingin di sekitar rumahnya terasa ketenangan seperti berada di dalam belantara. Kecuali nyamuk dan serangga menyengat lainnya, unggas-unggas lain yang tidak berbahaya memang dipelihara di dalamnya. Tan sri gemar menghabiskan masanya mengambil foto rama-rama dan serangga bersayap lainnya. Dengan kanta zoomnya, tan sri akan menanti detik dan ketika serta sudut yang sesuai untuk mengabadikan keindahan serangga itu hinggap di dahan-dahan kayu mati yang dijadikan hiasan di dalam diorama itu. Tan sri tidak bermain golf seperti rakan-rakan segolongan. Kalau ada kelapangan, dia akan mengajak Vasu ke Bukit Fraser untuk menangkap rama-rama dan kupu-kupu. Pertama kali menemani tan sri, Vasu agak hairan, untuk apa dibawa sebuah buku undang-undang yang tebal bersama-sama alat penangkapan. Sepanjang perjalanan Vasu memikirkan yang dia akan berlari ke sana ke mari, sedangkan tan sri akan duduk di bawah pepohonan rendang sambil membaca buku undang-undang itu. Setibanya di sana, barulah diketahui oleh Vasu yang buku itu digunakan untuk menyimpan rama-rama yang telah ditangkap agar sayapnya yang rapuh itu tidak rosak. Pulang dari Bukit Fraser, tan sri akan memasukkan rama-rama yang telah mati ke dalam bekas plastik dan kemudian dimasukkan pula ke dalam peti sejuk. Bila tan sri hendak mengambil gambar rama-rama itu, dia akan menyuntik air panas ke dada rama-rama itu dan sayapnya akan mengembang dengan indah sekali.

Anita nampak Vasu sedang membongkok di dalam diorama itu. Dia memanggil Vasu dengan kekuatan yang sederhana. Vasu menoleh dan segera keluar dari situ.

Ya, sahut Vasu patuh.

Vasu, angkat ini buku, pergi fotostat, lepas itu hantar dekat abang saya di asrama dia, perintah Anita dalam bahasa pasar yang lazim digunakannya.

Anita menjelaskan halaman-halaman yang sudah bertanda untuk difotostat. Vasu hanya mengangguk sahaja dan mengambil dua ringgit yang diberikan oleh Anita.

Vasu bergegas menuju ke kereta BMW. Dia membuka pintu dan meletakkan ketiga-tiga buku di atas tempat duduk penumpang depan. Dia menghidupkan enjin di kereta setelah membuka pintu pagar rumah itu. Kipas pendingin memaksa udara panas yang terperangkap di dalam terik panas petang yang masih muda. Bahang panas udara itu menerpa keluar, memanaskan kulit Vasu yang kelihatan seakan-akan rentungan arang. Seketika dia menunggu untuk memanaskan enjin sebelum menutup pintu kereta itu. Gear automatik ditolak dengan lembut, kereta itu bergerak mundur dengan sendirinya tanpa perlu menekan minyak. Zainab tiba-tiba nampak berlari anak mengejar kereta itu dengan satu bekas plastik di tangannya. Bekas plastik itu berisi makanan kesukaan Osman: kari kepala ikan merah. Vasu memberhentikan kereta, menunggu Zainab menghampirinya. Dibukanya cermin jendela kereta itu sebelum Zainab tiba. Meeka bertukar kata sambil bekas plastik bertukar tangan. Suara percakapan mereka tenggelam di dalam kebisingan deru kereta itu. Vasu undur sekali lagi. Bila bahagian depan kereta itu berada dalam kedudukan selamat untuk membuat putaran barulah Zainab menutup pintu pagar itu. Vasu sudah tidak kelihatan setelah dia mengunci pintu itu. Yang tinggal, hanya bau petrol dari kereta itu.

Walaupun beberapa kedai fotokopi telah Vasu lalui tetapi dia tidak berhasrat untuk berhenti. Tidak pada satu pun.

Vasu seolah-olah tahu ke mana hendak dituju. Pengalaman mengajarnya banyak hal yang berharga. Tempat yang termurah membuat salinan fotostat adalah kedai-kedai yang berhampiran dengan kolej atau sekolah-sekolah swasta. Lagi pula dia sering membuat salinan fotostat dokumendokumen tan sri bila Majid, pemandu rasmi tan sri berhalangan. Kalau tan sri membuat salinan bukan main banyaknya. Dia nantinya akan diarahkan menunggu fotokopi sehingga selesai. Tidak boleh ditinggal walaupun mengambil masa yang lama. Jangan dibiarkan salinan yang tidak terpakai tercicir di tong sampah. Biarpun dia tidak pernah menanyakan mengapa begitu sekali pantang larangnya tetapi dia jelas tahu bahawa dari tong sampah, salinan dapat bertukar tangan.

Dari kejauhan nampak papan tanda Taylor College, Vasu membelokkan kereta yang dipandunya ke arah deretan kedai-kedai yang begitu banyak mempamerkan angka 5 sen dengan tinta merah yang begitu terang. Dia memberhentikan keretanya berhampiran Anthonys All Store. Belum sempat dia keluar dari kereta itu, atendan letak kereta sudah mengeluarkan tiket yang cepat diselitkan di bawah wiper. Dengan sebelah tangan mendakapi ketigatiga buku tebal itu, Vasu menghela nafas seakan-akan tidak setuju dengan tiket yang begitu pantas dikeluarkan. Atendan MPPJ tidak mengendahkan bantahan Vasu walaupun Vasu cuba meyakinkan atendan itu bahawa dia tidak akan mengambil masa yang lama. Dalam fikiran atendan Melayu itu: beli BMW boleh, kena bayar 50 sen bising.

Hampir terjatuh salah sebuah buku dari pelukannya bila dia menaiki tangga kecil menuju ke Kedai Serba-serbi Anthoni. Mujurlah dia sempat mengadangnya dari jatuh ke longkang. Kedua-dua unit mesin fotostat sedang digunakan. Dia menghampiri salah satu mesin yang dikerjakan oleh seorang wanita remaja berbangsa India. Mereka bercakap dalam bahasa Tamil sambil Vasu menunjukkan muka surat yang perlu disalin. Dalam percakapan itu, nampaknya Vasu menjadi marah bila diketahuinya bayaran yang dikenakan bukanlah 5 sen persalinan tetapi 10 sen per salinan. Lima sen hanya kalau salinan yang dibuat melebihi 100 helai. Penipuan visual yang sengaja dibuat untuk menjerat calon pelanggan. Tetapi sifat semula jadi Vasu yang tidak mudah menyerah kalah selagi usaha terakhir belum dilaksanakan. Pemilik kedai yang menyedari keriuhan di luar sekaligus mengenali Vasu yang merupakan pelanggan tetapnya. Mereka pun rancak berbual ibarat mengikut rentak gendang tabla. Di antara perkataan-perkataan Tamil yang diucapkan, terdengar selingan-selingan perkataan Inggeris seperti paper, duty tax, Japanese Yen, service, dan perbualan terakhir mereka berakhir dengan kata thank you saling berbalas. Kesudahannya, Vasu berjaya mendapatkan 20 salinan dengan lima sen sehelai. Sebelum beredar, dia sempat menyelongkar bakul sampah berhampiran mesin itu. Wanita remaja yang baru bekerja di kedai itu kehairanan melihat gelagat Vasu yang mengoyak-ngoyak salinan yang rosak. Wang kertas seringgit diberikan kepada wanita itu dengan pandangan action seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia adalah driver Hakim Mahkamah Tinggi.

Vasu berasa lega kerana berjaya menyelamatkan satu ringgit. Kalau tidak, tidak gunalah dia bersusah payah datang ke kawasan itu sedangkan banyak kedai fototstat yang lebih dekat boleh dikunjungi. Dia membuka pintu kereta sambil meletakkan ensiklopedia-ensiklopedia dan salinan-salinan itu di tempat yang sama. Kemudian dia mencapai tiket dan mencari atendan kereta. Dia menjelaskan bayaran tiket itu tanpa menyedari kos sebenar itu jauh lebih tinggi jika pos penggunaan petrol dan harga tiket diambil kira. Pengaruh iklan 5 sen yang terpampang membuat dia berasa untung dari berasa terpedaya.

Vasu tidak perlu terburu-buru. Tuan kecil masih belum balik dari makmal amalinya. Habis pada pukul empat suku petang. Paling-paling pukul empat puluh lima petang baru dia sampai di asrama. Asrama Praklinikal memang jauh dari fakulti sedang Asrama Klinikal berhampiran fakulti dan hospital. Vasu tidak mengendahkan kesesakan lalulintas kerana dia ingin tiba persis waktu tuannya sampai.

Enjin turbo BMW itu begitu halus bunyinya. Terasa suatu kepuasan yang mendalam pada diri Vasu bila memandunya. Kemantapan gerakannya membuat Vasu berasa selesa dan yakin. Menurut mekanik yang sering memberi khidmat jagaan untuk kereta itu bahawa enjin itu mempunyai kuasa sama dengan 266 ekor kuda.entah betul atau tidak, fikir Vasu. Tetapi jika dibayangkan 266 ekor kuda berbaris di hadapan keretanya, betapa kacau-bilau lalulintas dibuatnya.

Melihat kanak-kanak yang berbasikal, dia memperlahankan kelajuan keretanya. Dia sentiasa memberi keutamaan pada penunggang basikal. Kenangannya berbasikal cukup luas. Di Goa, di mana dia dibesarkan, berbasikal pada tahun 1955 memberi perasaan yang sama seperti apa dia kini rasakan. Ketika itu, dia suka mengikuti kawankawannya berbasikal di sekitar mansion-mansion besar kepunyaan orang-orang keturunan Portugis. Walaupun kulit mereka hanya sedikit lebih cerah dari bangsa peribumi India tetapi raut wajah mereka ketara Eropah. Kesombongan mereka lebih orang Barat. Dia dan kawan-kawannya akan mengerumuni tong-tong sampah yang diletakkan di luar rumah orang-oramg keturunan Portugis itu. Mereka akan menyelamatkan apa sahaja yang masih berguna dari tong-tong itu. Kawan yang pernah bersamanya mungkin tidak percaya akan kejayaannya sekarang. Dia tidak sedikit pun tahu keadaan mereka sejak dia mengikut Subramaniam sepupunya, lari ke Madras dari rumah bapak tirinya di Madgaorin, Goa. Dari Madras mereka berhijrah ke Malaya pada awal bulan Januari 1957. Mereka berdua tiba di Georgetown dengan kapal dan kemudian ditempatkan di kilang roti Kampung Jawa, Butterworth. Kemahiran berbasikal dimanfaatkan di Butterworth. Dia suka tinggal di Butterworth kerana ada persamaan dengan Goa. Keduaduanya di pesisiran pantai.

Dari Kampung Jawa dia mengayuh basikalnya yang penuh dengan muatan roti melalui Jalan Pantai. Selepas melewati kilang pelabur bijih dan quarters buruh kilang itu, Jalan Pantai begitu menarik sekali. Deretan rumahrumah banglo di kiri kanan jalan ketara di mata Vasu. Rumah-rumah banglo itu diduduki oleh pegawai-pegawai kerajaan British, eksekutif kilang pelebur bijih, pegawaipegawai tentera Australia dan British. Kemewahan banglobanglo itu diserikan lagi oleh pepohonan bunga kertas dengan berbagai-bagai warna yang menawan. Di Goa pun ada bunga kertas tetapi tak sebanyak warna-warni itu. Putih ada, ada pula yang berwarna ungu yang lembut. Merah pun berbagai-bagai darjat kemerahannya. Begitu juga warna ros, warna perang dan warna kecoklatan. Kalau menunggang basikal di jalan itu harus mempunyai pengalaman yang kukuh. Jika tidak, angin pantai yang kencang dapat menumbangkan basikalnya yang bermuatan sarat. Bila ada pohon cemara mendereti pesisiran pantai, dia lebih santai.

Berbeza dengan Subramaniam, Vasu tidak pulang ke India. Dari awal dia ingin mendapatkan PR , jadi dia tidak berniat untuk pulang. Bila berita ibunya meninggal diterima, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih dari seminggu baru berita itu sampai kepadanya. Pulang ke India bererti pulang dan tinggal dengan bapa tirinya yang pemabuk itu. Dia hanya dapat ke kuil, berdoa pada tuhan Visnu dan tuhan Murugan supaya roh ibunya menerima Nirmala di sisi mereka. Dia mencium kaki tuhan Ganesh memohon perlindungan untuk adik-adiknya agar mereka tidak diderai oleh bapa tirinya. Keputusan untuk bermastautin di Malaya sudah muktamad. Vasu mendapat PRnya pada tahun 1962 dan sijil kerakyatan Malaysia pada tahun 1967.

Bila kilang itu terbakar pada tahun 1965, Vasu terpaksa mencari pekerjaan lain. Dia membuat pilihan yang tepat dengan memasuki sekolah memandu lori. Sejak tahun 1966, Vasu tidak lagi terikat dengan Butterworth dan Jalan Pantainya. Vasu telah memperluas pengalamannya di seluruh pelosok Tanah Melayu. Kemahiran memandu selama 12 tahun membuatkan memandu BMW suatu promosi yang mengagumkan.

Tidak disedari, lampu isyarat sudah menyala merah. Kereta di belakang membunyikan honnya menyebabkan dia melepaskan tekanan pada brek dan kereta itu meluncur laju bila accelarator minyak ditekan sekaligus membebaskan dia dari lamunannya.

Pengawal yang berpakaian seragam serba biru menahan kereta yang dipandu oleh Vasu di hadapan pos keselamatan. Vasu turun dari kereta itu ke pos keselamatan yang terletak di tepi pintu masuk Asrama Praklinikal. Setelah meninggalkan kad pengenalan pada pegawai itu, Vasu melekatkan kad pelawat pada sakunya. Dia kembali ke kereta dan memandunya ke arah blok E 17. Kebiasaannya meletakkan kereta itu pada tempat yang sama semoga Osman dengan mudah dapat menemuinya. Dia tidak payah naik bangunan empat tingkat asrama itu. Apalagi Osman sendiri telah menelefon Anita mengenai salinan-salinan itu.

Mahasiswa mulai tampak pulang dalam kumpulankumpulan kecil. Kebanyakan mahasiswi memakai mini telekung. Hanya dua mahasiswi yang kelihatan berpakaian purdah lengkap. Busana padang pasir yang tidak sesuai dengan iklim tropika yang lembap tanpa badai pasir yang mengancam. Pakaian yang orang Arab sendiri mendakwa berasal dari kebudayaan Parsi pre-Islam. Kini kebudayaan Melayu tersisih dalam arus perkembangan. Tidak ada satu selendang pun menghias kepala-kepala yang menolak pengekalan budaya nenek moyang sendiri. Pupus ditelan peralihan zaman.

Vasu yang amat naif tentang latar belakang pemakaian busana padang pasir itu menduga-duga penyakit kulit apakah yang dihidapi oleh kedua-dua mahasiswi semasa mereka lewat di hadapannya. Barangkali tanda lahir yang jijik atau rupa mereka semacm The Elephant Man dalam sebuah filem video yang pernah disaksikannya bersama Osman. Vasu perhatikan mahasiswi yang bermini telekung tidak sedikit menunjuk perhatian kepada kereta BMW yang berkilat itu. Tetapi mahasiswi yang tidak bermini telekung, baik dari beragama Islam atau tidak, akan menjeling sejenak ke arah kereta itu. Vasu sedia maklum bahawa mereka bukanlah menjeling kepadanya tetapi kepada BMW. Sikap mereka mudah diterima oleh Vasu dan adalah diduga orang patut yang menghargai sesuatu yang indah.

Di kalangan mahasiswa pula tidak banyak yang memakai jubah padang pasir. Hanya satu dua orang yang tampak memakai jubah hijau. Tetapi tidak kurang pula yang memakai ketayap putih atau hijau. Vasu tidak mengerti perbezaan itu. Dia anggap itu adalah selera pilihan seseorang terhadap warna. Tidak mempunyai lambang apaapa. Sesusuk tubuh manusia berlari simpang-siur di antara siswa-siswa yang bergerak dalam keletihan. Dari jauh Osman telah mengenali Vasu yang tersandar pada badan kereta itu. Dia tidak dapat melupakan Vasu setiap kali Osman melihat Vasu bersama BMW itu. Dia pernah bersama Vasu mengambil kereta setelah diperbaiki. Melihat bil itu yang amat besar, Vasu mengatakan, Ini BMW memang betul juga orang kata. BMW banyak makan . wang.

Dapat Vasu segera Osman bertanya.

Dapat boss, sambil mengambil salinan-salinan itu dari dalam kereta.

Setelah salinan-salinan itu diberikan, Vasu menyerahkan bekas plastik yang diberikan oleh Zainab. Osman dengan mengepitkan kertas salinan itu di bawah ketiaknya, dia membuka tutup plastik itu. Bestlah! jerit Osman.

Vasu tersenyum.

Berapa sambil Osman menunjukkan kertas salinan.

Adik boss sudah kasi, jawab Vasu.

Betulkah tanya Osman meragukan.

Sudah, boss.

Vasu minta diri kerana belum habis memberi makan pada penghuni-penghuni diorama. Osman menghilang tanpa menunggu Vasu beredar dari situ. Masa begitu suntuk baginya untuk menggarap bahan-bahan kuliah, amali dan sekaligus terpaksa membuat tugasan gila itu.

Setelah mengambil kad pengenalannya dan mengembalikan kad pelawat, Vasu meluncur keluar dari kawasan asrama itu. Perjalanan dari kampus asrama ke rumah lebih cepat dari perjalanan pergi. Rumahnya adalah juga rumah Osman. Dia ada quarters di belakang rumah Osman. Quarters berkembar itu, satu untuk pemandu dan satu lagi untuk pembantu. Tetapi Zainab tinggal di bilik rumah besar. Jadi bilik amah dijadikannya stor sahaja. Sebenarnya, Vasu tidak layak tinggal di situ. Tetapi kerana Majid sudah berumahtangga, tinggal di kuarters itu tidaklah sesuai. Gaji Majid dibayar oleh kerajaan sedangkan gajinya dibayar oleh tan sri sendiri. Biarpun tanpa pencen apa-apa, dia tidak pernah merungut. Tan sri memang tegas orangnya. Dia tidak pernah menyuruh Majid ke pasar atau menghantar Anita ke tuition. Menurut Vasu, dia dianggap seorang Brahmin yang mulia.

Sesampai di rumah, Vasu segera mencari Anita. Dia ingin memulangkan wang seringgit yang berjaya diselamatkan.

Ambillah, kata Anita setelah Vasu menghulurkan wang kertas seringgit.

Itu fotostat, saya bikin kawan punya dekat. Sikit ada murah.

Ambillah, ulangi Anita.

Tak payah.

Melihat kesungguhan keikhlasan Vasu yang tidak mahu menerima tipnya, Anita pun mengambil wang seringgit itu dan dimasukkan ke dalam saku jeannya.

Vasu balik semula ke diorama. Tupai di dalamnya belum diberi makan. Air belum diganti. Dia berfikir bagaimana hendak menghabiskan sisa siang tadi yang tertinggal. Kalau tiada kerja, dia akan ciptakan kerja. Demikian fikiran yang belum lagi mahu merehatkan jasadnya walaupun senja telah pun mengundang anak malam sebagai tanda kematian siang akan bermula.