AYAH EDY PUNYA CERITA - 4
Ibu bapa dan guru yang saya cintai, seorang bijak pandai pernah berpesan, Didiklah anak-anakmu sesuai zamannya kerana mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zaman kalian hidup dahulu.

Pesan ini memiliki makna yang begitu mendalam, mengapa Kerana kita kerap membanding-bandingkan masa lalu kita untuk menjadi sesuatu yang harus ditiru oleh anak-anak kita. Kita sering lupa bahawa zaman sudah berubah. Pendidikan pada zaman Kartini dibesarkan tentunya tidak sesuai lagi diterapkan pada zaman kita dibesarkan, demikian pula dengan zaman anak kita. Dia memerlukan corak pendidikan baru yang sesuai dengan zamannya.

Jika ingin anak-anak kita maju, tentunya kita juga harus mengajak mereka untuk selalu melihat ke depan dan bukan sebaliknya. Apakah yang terjadi jika seseorang berjalan ke depan tetapi selalu diajak melihat ke belakang

Hampir semua anak, mulai usia prasekolah hingga remaja sering kali membuat masalah, betapapun sempurnanya ibu bapa mereka. Mengapa Kerana pada awalnya, seorang anak memiliki keinginan sendiri yang lahir secara naluriah sebagaimana ibu bapa mereka. Masalah itu mulai muncul tatkala keinginan dasar anak secara naluriah bertentangan dengan nilai-nilai yang dimiliki oleh orangorang dewasa.

Contoh paling sederhana adalah pada kes anak usia bawah lima tahun. Secara naluriah, seorang bayi punya keinginan semula jadi untuk memasukkan segala sesuatu yang dipegangnya ke dalam mulut. Namun ternyata, keinginan tersebut pada pandangan ibu bapanya dianggap kurang sihat dan mendatangkan bahaya terutama jika yang dimasukkan ke dalam mulutnya adalah benda kotor atau mungkin beracun. Jadi, ibu bapanya kerap kali berteriak-teriak untuk melarang anaknya memasukkan benda ke dalam mulut. Walhal kebelakangan ini, diketahui oleh para pengkaji bahawa sesungguhnya memasukkan sesuatu ke dalam mulut berguna untuk melatih deria rasa si bayi.

Seandainya sahaja kita para orang tua mengetahui adanya keperluan dasar yang semula jadi ini, mungkin kita tidak akan memberikan reaksi terlalu berlebihan terhadap sikap anak-anak kita yang dianggap kurang patut seperti tadi. Perbezaan keinginan asas si anak dengan nilai-nilai yang dimiliki orang dewasa ini terus berlangsung ketika usia mereka bawah lima tahun hingga dewasa.

Namun sayangnya, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa anak-anak mereka memerlukan waktu untuk boleh menyesuaikan diri antara keinginan asasi mereka sendiri dengan nilai-nilai yang dipatuhi oleh ibu bapanya. Kerap kali kita bukannya memberikan pemahaman yang baik pada anak hingga dia benar-benar memahami perkara yang diharapkan ibu bapanya, malah campur tangan dengan berlebihan seperti dalam bentuk bentakan, teriakan, cubitan atau bahkan mungkin pukulan. Sering kali hal ini melukai perasaan anak dan bukan mendidiknya untuk menjadi lebih baik.

Jika ibu bapa tidak segera menyedari kesalahannya, ini mendatangkan kesan yang dahsyat. Proses mendidik anak terasa sangat berat dan selalu dipenuhi dengan pertengkaran yang semakin hari semakin parah. Ketahuilah bahawa masa depan anak (adalah) masa depan bangsa, dan masa depan anak yang berjaya bergantung sepenuhnya pada kemampuan ibu bapa untuk mendidik anak-anaknya secara tepat. Mari kita mula belajar menjadi ibu bapa yang baik dan mari kita bangunkan Indonesia yang kuat melalui anak-anak kita yang tercinta.

Lets Make Indonesian Strong from Home

Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi

Kerap kali ibu bapa malah campur tangan secara berlebihan yang justeru melukakan perasaan anak dan bukan mendidiknya untuk menjadi lebih baik.