PEREMPUAN ANGGERIK - 4
BANGUNLAH, Ngoc Tinh berjanji semalam, pagi ini pho lazat untuk sarapan. Emmh, Albert mengerang. Huh, dasar Perancis menjajah Vietnam, masih terasa tuan di sini, awak sindir mengena. Albert mengetepikan bantal dan membulatkan biji mata. Awak ketawa dan pantas disergah Albert, ditarik dalam pelukan dan pho dijanjikan; untuk sarapan Albert. Langsir lavender di jendela berkibar-kibar diterjah angin.

Ingat, awak sering menggalas beg kamera yang dikasihi. Vietnam-exotic land. Asyik merakamkan sibuk pagi Ho Chih Minh, tiba-tiba awak terhantar ke Sydney, dalam gambaran benak ada wajah lembut Melayu. Kasih, kini penulis berbara. Ada wajah tegas keras Vivian, mengejar cita-cita menjadi anak dunia. Mereka teman-teman hebat. Pulang untuk makan tengah hari Cik Naomi Saya hidang Canh Chua Ca ya, ehhuh, saya lupa, saya harus temui Tuong.

Ngoc Tinh angguk dan awak tercuit pada matanya yang awak rasakan bersinar. Mata tidak menipu, kata-kata siapa ya Thien Tuong menunggu di lobi Hotel Omni Saigon. Chef di situ melihat muka kau, tiba-tiba teringatkan kata-kata Ngoc Tinh, Canh Chua Ca untuk hidangan, Tuong meluat mendadak. Aku bekalkan Goi Ga Bap Cai untuk kau. Tetapi hidangan segera dengan tangan itu sedap dinikmati sertamerta, kalau dibekal pulang, hilang pula manisnya. Ayuh, makan saja di sini kalau sudah begitu, pujuk bersungguhsungguh. Aku pulang Tuong, terasa mahu nikmati sup ikan masam itu bersama-sama Albert. Huh, sentiasa Albert, dia, aku ragui sejak dahulu. Tuong geram tertewas. Tuong, aku tidak seserius mana, kalau dia pun tidak serius dan aku pun begini, maka mudah untuk berpindah angin. Sekarang bawa ke kamar pejabat kau, kalau-kalau ada tugasan baru, lebih seminggu aku tidak menjenguk e-mail. Tuong masih berbengkak hati. Kalau ada Tuong, kau pun tahu aku sudah terbiasa begini, jurufoto bebas tidak kenal letih.

Hampir setahun berpangkalan di Ho Chih Minh. Rantau ini lekas dirangkul dengan kamera. Kisah ngeri Khmer Rouge di Kemboja, sinar malam hujung Thailand, mimpi pelacur lelaki dan perempuan. Kemeriahan budaya Malaysia dengan gegak gempita politiknya tersembunyi. Mengutip dan menemui segala yang aneh dan cantik di Sumatera, juga derita rakyat Aceh. Merasakan gaya hidup moden di kota batu Singapura. Menggagau di tengah Manila kala Estrada di hampir kuasa Istana Malacanang. Awak terkepung di tengah rusuhan kota Jakarta yang mengorbankan ramai gadis Cina jadi sajian perkosaan beramai-ramai. Awak menetapkan hati-mahu ke Timor Timur. Mahu merakam pula apa bergelodak dan bergelojak di dunia asing itu (Vivian khabarnya di sana). Awak telah lakukan dengan gambar-gambar menyayat hati di Myanmar. Berjaya menjadikan foto-foto ekslusif itu mengejutkan dunia, pembongkaran segala kekejama. Seisi bumi lebih memahami Myanmar dan Aung San Su Kyii kerana gambar-gambar itu. Awak jurufoto kontroversi.

Di tengah-tengah sibuk begitu awak mengenali lelaki Perancis, wakil syarikat perkapalan awak yang sering merayau ke seluruh rantau tenggara. Albert ke Filipina sebulan sekali, atau ke Singapura seperti selalu. Awak tidak pernah tahu dia juga menjalar ke Phuket atau Haadyai.

Segala yang terselindung mesti didedahkan. Awak tidak dapat melupakan tragedi di Rwanda dan Kosovo. Meskipun yang dirakam itu bukan lagi kemanusiaan, tetapi kebinatangan. Mimpi ngeri di Bosnia Herzegovina yang awak petik, kini menjadi bukti di mahkamah The Hague.

Timor Timur Awak terkenang Kamal Bamadhaj, warga Malaysia, rakan lama sepengajian di New South Wales. Dia anak dunia, anak semua bangsa yang berani. Awak menghadap monitor PC di kamar pejabat Thien Tuong, inbox, lihat sampai 36 mesej, tak larat hendak baca semuanya! Awak menatapnya, memastikan siapa yang mengutusi dan mata tertancap pada alamat Marcclo@iauckland.nz. Marcelo, bukankah dia kekasih Vivian dahulu

Beberapa jenak, menanti untuk membaca keseluruhan isi. Dan, tertera padat:

Pusat Hak Asasi Manusia Timor Timur Tindakan Segera.

25 Julai 1998.

Nama: Vivian Smith, warganegara Singapura dan Santina Morreira Belo, warga Timor Timur.

(Kedua-duanya aktivis Amnesty International)

Keganasan: Hilang tanpa dapat dikesan

Lokasi: Defadae, sub wilayah Quelicai, Timor

Timur.

Tuhan, Vivian diculik! Awak menjerit dengan debar dalam dada tidak dapat ditafsirkan. Dahulu Albert Martinez pernah bersungguh menatap wajah awak. Kau cantik, dia memuji; awak harus berhati-hati. Memang Albert kacak metah. Bibir tebal seksi dan wajah redup kacukan Perancis sebelah bapa dan darah Itali sisi ibu, hidung mancung dan mata coklat. Dia lebih seperti model atau peragawan berjaya di Paris, Naomi, aku mencintaimu. Tinggalkan kerja gila kau itu, suara Albert sayup di cuping. Ops hatihati, ingat, dia French! Kami tidak mahu awak tergopohgopoh mengikut kehendaknya. Nak Canh Chua Ca Awak pintar mengelak. Betul Albert menduga. Yup, any kind of fish you like sir, which do you prefer, garoupa perch, pike or sea bass and what about sea prawns. Thien Tuong memberikan herba rau om untuk menyedapkan lagi. Aku menolong dan kemudiankita makankita makan danmakan sambil menonton Gone With the Wind. Awak ketawa keanakanakan, menggeramkan si lelaki, Gone With the Wind Rhett lagi dan Scarlett lagi! Keluhan Albert berat.

Hari minggu bahagia. Tiada tampang Ngoc Tinh pada hari Ahad, dan awak bebas bercumbuan. Wah, kami lihat semakin mahir dengan Canh Chua Ca nampaknya. Potong ikan tiga bahagian begitu cekap. Air didih garam sepuluh minit dan jangan melupai nuoc mam, nanas, dan rau om. Lazatnya, aduh! Adakah cinta kita dididihkan bersamasama sup masam Vietnam ini, bisik Albert memeluk dari belakang. Canh Chua Ca siap disudu. Tayangan Gone With The Wind bermula.

Opening sequence; imej Tara ladang Georgian seperti poskad, seorang kanak-kanak berlari-lari mengejar anjing dan dua orang pemuda-kembar Tarleton, Bred dan Stuart menghurungi Scarlett bergaun putih kembang dan bereben merah. Close up. Vivian Leigh jelita. Awak minat menonton sedangkan Albert menguap acap kali di atas sofa baldu biru empuk. Perlahan-lahan berdengkur. Albert, janganlah tidur. Belum tiba lagi adegan Scarlett tampar pipi Ashley dan Rhett muncul di balik sofa itu, Albert menjawab dengan hemm. Hei, belum tiba lagi dialog kesukaan you, ingatand you miss, are no ladycome on wake up, Albert! Awak menggoncang tangan Albert yang berbulu.

Lantas tiba di adegan Scarlett mengucapkan:

Lie, cheat, steal or kill but Ill never be hungry again! As God is my witness. Awak juga dijangkiti kantuk dan terlelap. Kami arif ia kesan Canh Chua Ca.

Kini awak mengesat air mata yang berlinangan. Vivian tiba-tiba datang di hadapan mata. Si genit kacukan Cina dan Australia. Rambut hitam lepas dengan mata sepet berwarna coklat. Awak menyedari ada tugas menanti dari Washington Post. Mesti melaporkan diri di pejabat cawangan Hong Kong. Bukankah elok menolak tawaran, terbang ke Kuala Lumpur serta mengongsi sedih bersamasama Kasih yang juga pedih menerima berita penculikan itu

Melangkah gontai pulang, akan ada Canh Chua Ca menanti sebagai sajian, dan awak amat keliru. Ke Kuala Lumpur atau Hong Kong Awak hanya mahu menangis di bahu Albert. Tetapi, di ruang tamu awak melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat. Isy-isy-isy, Albert dan Ngoc Tinh sedang berdakapan.

Albert cuba memberi penjelasan. Awak diam, menahan sendu. Menahan marah. Menahan segala rasa sukar diterjemahkan. Di hulu hati ada sakit yang menyucuk. Taring bahana menikam sudut jiwa berdarah. Awak segera mengemaskan pakaian. Cekatan dan pantas metah. Tidak mempedulikan Albert yang beria-ia menjelaskan:

Dia bukan lelaki curang. Ngoc Tinh telah menggodanya. Ini tidak patut berlaku. Dia mencintai awak.

Awak berjuraian air mata, bukan kerana kecurangan Albert. Bukan; barangkali runsing atas nasib malang yang menimpa Vivian dan rasa terdesak untuk menenangkan hati dengan menerima tugasan dari Washington Post. Hanya kamera yang dapat memadamkan gelisah, hanya dengan merakam peristiwa indah atau ngeri, awak dapat melupakan kepedihan berganda. Awak bergegas ke pintu dengan hati bulat, bertekad padat.

Ngoc Tinh tersedu di dapur, menangis entah untuk apa.

Awak membuka daun pintu dan Albert berkejar ke sisi. Jangan pergi, larang Albert sepenuh hati. Kita tiada apa ikatan, awak mengingatkan. But if you go whatll I do Tanya Albert tidak percaya. Awak terkejut. Pertanyaan ini serupa tuturan Scarlett! Spontan awak berasa seperti Rhett Butler dalam Gone With The Wind. Ingat adegan akhir yang mahal dalam dunia perfileman Hollywood itu Frankly, my dear, I dont give a damn. Awak keluar dan pintu terkatup.

Tugasan Washington Post di Timor Timur menanti. Awak memilih untuk menjadi anak dunia pada tengah hari itu sebetulnya; ya, seperti Kamal Bamadhaj dan Vivian Smith.

Anak dunia!