Setiap insan di dunia ini mempunyai egonya yang tersendiri. Usah berasa takut dengan egomu. Kerana egomu juga boleh menjadi penyebab adanya bunga cinta di antara kamu dan si dia nanti.
Tetapi, ada kalanya lunturkan dahulu egomu agar mudah kamu menerima seorang lelaki dalam hidupmu.
Lelaki juga terkenal sebagai orang yang memiliki ego paling tinggi. Jika tidak, masakan ada lelaki-lelaki hebat yang berjaya menjadi pemerintah. Jika tiada ego, bagaimana mahu lelaki itu menjadi orang yang dihormati. Ego ada yang baik dan ada yang tidak baik. Hanya cara pembawaannya sahaja yang akan membezakan.
Usahlah letak egomu separas awan di langit, wahai gadis. Cukuplah dengan meletakkan ia setinggi kepalamu, agar mudah untuk kamu rendahkan ia apabila diperlukan.
Apakah selama ini kamu sukar mendapat pasangan dek egomu Jika kamu menjawab ya, sudah masanya kamu nipiskan ia senipis kulit bawang.