PERISTIWA DI PADANG KARBALA - 4
PANGLIMA Umar Said dan Panglima Ubaidullah Ziad melihat ramai pahlawannya yang gagah perkasa telah lari. Lantas Panglima Umar bertanya kepada sahabatnya, Bagaimana saudaraku

Ubaidullah, askar kita banyak yang lari.

Hamba fikir saudaraku, lebih baik kita kerahkan askar-askar simpanan kita.

Baik juga cadangan saudara itu.

Panglima! Kerahkan segera kita, kata Panglima Umar Said kepada pengiring nya.

Baiklah, akan hamba jalankan segera.

Panglima Umar dapat mengumpulkan tentera simpanan untuk mengepung Baginda Husin. Kemudian tentera itu terus menyerang Baginda Husin dari sebelah matahari jatuh. Serangan yang begitu mendadak memaksa baginda tiba di tepi sungai Furat.

Berhentilah baginda untuk berehat sambil cuba meminum air sungai Furat itu. Akan tetapi apabila baginda memikirkan tentang kematian sahabat sahabatnya, niat baginda untuk minum itu terpaksa dibatalkan.

Apabila Panglima Umar Said mengetahui yang Baginda Husin berada di tepi sungai itu dengan segera dia berseru kepada tenteranya:

Saudaraku semua, jangan biarkan Baginda Husin minum air sungai itu. Halanglah dia. Kiranya dia dapat meminum air itu tiada siapa lagi yang dapat menentangnya.

Apabila didengar oleh askarnya dengan segera dipanahnya baginda. Baginda Husin yang dahaga dan letih itu tidak sempat mengelaknya. Anak panah itu akhirnya mengenai leher baginda. Segera dicabut oleh baginda anak panah itu dan dibuangkannya ke dalam Sungai Furat.

Baginda menekup lukanya dengan tangan kiri sambil terus mengamuk. Tentera Baginda Yazid datang dengan ramainya mengerumuni baginda. Setengah daripada askar itu takut untuk menentang baginda. Manakala setengahnya pula malu hingga mereka berpaling - tidak sanggup menatap wajah cucu Rasulullah. Ketika itu muncullah Simirlain menyeru rakan-rakannya agar segera memancung Baginda Husin. Akan tetapi semuanya merasai suatu macam ketakutan untuk menentang baginda.

Bunuhlah baginda, kerana aku ada bersama-sama kamu. Apa yang telah kamu lakukan hanya memusuhinya saja. Kenapakah kamu tidak sanggup untuk membunuhnya kata Simirlain.

Kamu pun apa kurangnya dari kami Kita berjuang adalah untuk mencari kekayaan. Mencari pangkat dan darjat! jawab mereka.

Kamu semuanya tidak begitu percaya akan kebolehanku. Nanti aku tunjukkan padamu bahawa segala kata-kataku ini akan kukotakan. Simirlain pun segera mendapatkan Baginda Husin. Apabila dilihat oleh Baginda, teringatlah baginda akan sabda Rasulullah bahawa orang yang akan membunuhnya keadaan mukanya hitam dan teteknya seperti tetek anjing.

Dengan tidak bertangguh lagi Simirlain pun menikam Baginda Husin pada dadanya dan lehernya terus dipenggal. Syahidlah Baginda Husin pada 10 Muharam iaitu hari Jumaat. Kuda tunggangan baginda mengamuk di tengah tentera Baginda Yazid itu. Banyaklah askar Baginda Yazid yang mati dipijaknya. Apabila telah reda sedikit pulanglah kuda baginda ke khemah tuannya.

Apabila dilihat oleh keluarga Rasulullah kepulangan kuda Baginda Husin tanpa tuannya dan mulut kuda serta seluruh badannya penuh berlumuran darah, gemparlah mereka. Kuda baginda Husin yang luka itu akhirnya mati. Tuan Puteri Syahrul Banun pun pengsan. Segala yang ada di muka bumi bergoncang. Matahari gerhana selama tujuh hari tujuh malam. Tidak diketahui lagi sama ada siang ataupun malam.

Pada ketika itu Jaafar, anak Baginda Abu Bakar, sedang mengelilingi Kaabah. Semasa Jaafar mengelilingi Kaabah itu berjumpalah dia dengan seorang hamba Allah yang sedang berdoa.

Ya Allah, adakah aku diampuni, adakah aku diampuni orang itu berkata berulang kali.

Lelaki itu terus meminta ampun dengan mengulang doanya beberapa kali dengan tangisan dan ratapan yang begitu menyayukan. Tangannya memegang Pintu Kaabah. Segera dihampiri oleh Jaafar Abu Bakar orang itu.

Saudaraku, apakah dosa yang telah tuan hamba lakukan sehingga begitu sekali menyesalnya tuan hamba

Terlalu besar sekali, tuan hamba, lelaki itu menjawab.

Apakah saudaraku mencuri atau memakan harta anak yatim, atau saudara telah berzina dan meminum arak

Tidak saudaraku, itu semua tidak hamba lakukan, kata lelaki itu mula bercerita.

Hamba telah melakukan kesalahan yang lebih besar dari itu. Hamba telah mengambil pakaian cucu Rasulullah setelah baginda syahid dan di dalam ikat bengkungnya ada sebutir permata. Orang itu meneruskan ceritanya:

Kematian Baginda Husin itu dikhabarkan kepada Panglima Umar Said dan Panglima Ubaidullah Ziad. Mereka bersukacita mendengar berita itu. Mereka mengadakan majlis bersukaria dengan meminum arak hingga mabuk-mabuk. Lepas itu mereka tidur dengan lenanya. Setelah semuanya tidur hamba pun segera pergi kepada mayat Baginda Husin untuk mengambil permata. Hamba pasti bahawa permata it harganya terlalu mahal. Pasti tak habis dimakan oleh cucu cicit hamba kiranya dijual...

Lepas itu apa yang telah tuan hamba lakukan. Lelaki itu terus menceritakan pada Jaafar.

Bila hamba hendak membuka ikat pinggangnya tiba-tiba tangan kanan baginda terus memegang tangan hamba. Hamba tidak pedulikan terus saja membuka ikatan itu tetapi kali ini tangan kirinya memegang tangan hamba. Segera hamba potong tangan baginda itu. Tapi selepas hamba memotong tangan itu terdengarlah suara yang amat kuat bertanyakan pada hamba kenapakah hamba membinasakan cucu Rasulullah Apakah dosanya Hamba terkejut dan terus pengsan.

Lelaki itu menyambungkan ceritanya sambil mengesat air mata dengan lengan bajunya.

Ketika hamba pengsan itu, hamba lihat Malaikat turun dari langit, terlalu ramai sekali. Setiap mereka mengusung hamparan yang warnanya gilang-gemilang lalu dihamparkan mereka di sisi mayat Baginda Husin. Dibangkitnya mayat itu kemudian dibasuhnya dengan air kasturi dan mawar. Harumnya teramat sangat. Datang lagi malaikat yang lain sambil berkata pada hamba, Hai orang celaka, luaskan jalan olehmu kerana Baginda Rasulullah akan mengunjungi cucunya yang telah tiada berkepala, bertangan dan bermata.

Hamba mendongak ke langit. Terlihatlah segumpal awan putih turun atas hamparan itu. Kemudian keluarlah Baginda Rasulullah dari gumpalan Putih itu. Baginda menangis bila menatap wajah cucunya. Kemudian baginda bersabda dan berdoa.

Lelaki itu terus menangis dan memegang pintu Kaabah sambil meneruskan ceritanya.

Setelah hamba meminta ampun dari Rasulullah, baginda telah menampar pipi hamba hingga wajah hamba telah bertukar menjadi hitam.

Wahai saudaraku, apakah dosa hamba akan diampun tanya lelaki itu lagi.

Terlalu besar sekali dosa hamba itu, langit dan bumi, kata Jaafar.

Dia pun segera menghalau lelaki itu. Lelaki itu pun undurlah. Kemudian Jaafar pun menadah tangannya memohon agar diberkati kepada orang yang mengasihi keluarga Rasulullah.

Setelah Baginda Husin wafat, segala keluarga Rasulullah pun ditawan dan dibawa oleh tentera Baginda Yazid ke Damsyik. Mereka juga merampas harta benda kepunyaan keluarga Rasulullah itu. Apabila dilihat oleh Panglima Umar Said dan Panglima Ubaidullah Ziad hal itu, segera ditegahinya.

Sahabat-sahabatku semua, janganlah sahabat-sahabatku merampas harta benda dan pakaian. Cukuplah bagi sahabat semua menawan mereka.

Apabila didengar oleh tenteranya mereka pun berhentilah dari merampas pakaian keluarga Rasulullah. Namun begitu mereka memukul gendang sambil menari-nari kesukaan kerana kerja mereka telah sempurna. Segala kehendak raja mereka tidak ada sesiapa yang akan menentangnya lagi.