AURA KEJIRANAN - 4
Keupayaan berbicara merupakan nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia. Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk membicarakan perkara-perkara yang berfaedah. Antaranya membaca ayat-ayat suci Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah s.a.w., pandangan para ulama, intelektual dan sebagainya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain. Pesanan Rasulullah s.a.w. agar menyampaikan mesej Baginda walaupun satu ayat merupakan penegasan tentang betapa pentingnya kita perlu berbicara. Ia merupakan salah satu wasilah paling berkesan untuk menyampaikan mesej dakwah Islam.

Firman Allah s.w.t.

Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Quran. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).

(Surah Ar-Rahman : 1-4)

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa menzahirkan kalimah-kalimah agar setiap butiran bicara tersebut mendapat, keredaan Allah.

Adab Pergaulan

Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya.

Orang yang tidak memperkatakan sesuatu yang tidak berfaedah baginya merupakan tanda kejayaan hidupnya sebagai seorang mukmin.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.

(Surah al-Mukminun : 1-3)

Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa, cakap menunjukkan sikap dan tindakan kita menggambarkan keperibadian kita. Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.

Pertama: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai diri mu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan diri mu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hati mu.

Keempat: Ceritakanlah kepada saudara mu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepada mu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abu Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredaan Allah.

Bertutur Dan Bergaul

Tutur kata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui perbualan, penulisan atau perdebatan.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan. Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam.

Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Dalam hal ini bijak bestari pernah berpesan, Berfikir itu pelita hati. Pepatah Melayu pula mengatakan, Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Ibarat kata pepatah, Mulut kamu adalah harimau kamu. Terdapat banyak ayat AlQuran dan hadis Rasulullah s.a.w yang memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan.

Antaranya Firman Allah s.w.t maksudnya:

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari

permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.

(Surah Ibrahim: 24-26)

Seterusnya firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; Dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan

gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasik nya) maka merekalah orang yang zalim.

Surah Al-Hujurat

Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari banyak berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani

Surah al-Hujurat

Allah Taala berfirman lagi:

Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan

dan dosa yang nyata.

(Surah Al-Ahzab : 58)

Manakala sabda Rasulullah s.a.w pula:

Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukumnya kufur (Riwayat Al-Bukhari)

Seterusnya dalam hadis yang lain bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi

(Riwayat Muslim)

Begitu juga hadis bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.

(Riwayat Muslim)

Hadis lain pula bermaksud:

Daripada Jundub bin Abdullah r.a., katanya;Rasulullah s.a.w. bersabda: Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si fulan itu. Allah azzawajalla lalu bersabda:Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si fulan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalan mu yakni yang bersumpah tadi.

(Riwayat Muslim)

Abu Darda menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.

Riwayat Sabda Rasulullah lagi Maksudnya:

Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.

(Riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis lain bermaksud:

Bersumber dari Abu Darda r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.

(Riwayat Abu Daud)

Seterusnya sabda rasulullah bermaksud:

Peliharalah lidah mu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!

(Riwayat at-Tabarani)

Bersabda lagi rasulullah bermaksud:

Sesiapa yang menunjukkan dan menyuruh kepada perkara kebaikan maka dia akan mendapat pahala bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada perkara kejahatan, maka ia bagaikan orang yang melakukannya.

(Riwayat At-Tirmidzi)

Pada zaman ini sikap saling mencela dan mempersalahkan orang lain melalui tulisan sudah menjadi perkara biasa. Tujuannya hanyalah untuk menuduh dan menjatuhkan air muka orang lain yang tidak sehaluan pendapat dengannya, di samping mungkin juga bertujuan untuk mencari populariti.

Islam tidak melarang umatnya untuk memberikan pandangan dan kritikan yang bersifat membina apabila melihat sesuatu masalah atau tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran. Sikap seperti ini telah ditunjukkan sejak zaman Rasulullah s.a.w hinggalah kepada pemimpin- pemimpin seterusnya.

Walau bagaimanapun,setiap tulisan yang dihasilkan hendaklah merupakan suatu karya yang membina yang dapat menegakkan peradaban masyarakat, sebaliknya bukan untuk meruntuhkannya dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan tujuan mencela atau menghina pihak tertentu. Menggunakan bahasa dan daya imaginasi yang tinggi untuk melahirkan sebuah karya sangat disanjung tinggi. Namun, biarlah imaginasi itu ada arah tuju yang baik dan bukan sebaliknya.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Dan penyair-penyair itu, diikuti oleh golongan yang sesat. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka

mengembara di setiap lembah (khayal dan angan-angan kosong) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya.

ETIKA DAN ADAB MEMELIHARA HUBUNGAN

Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati

Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah) orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat

mana mereka akan kembali. (Surah Asy-Syuara: 224-227) Ayat ini jelas menolak penulis atau pengkarya yang menggunakan imaginasi dan khayalan tanpa kawalan kerana ia boleh menyebabkan masyarakat keliru dan timbul salah tanggapan terhadap tulisan tersebut:

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak harus bagi seorang Muslim itu menimbulkan ketakutan pada diri saudaranya.

(Riwayat Abu Daud)

Hadis tersebut menghendaki kita menggunakan bahasa yang mudah supaya maksudnya tepat dan tidak mengelirukan pemikiran pembaca. Gaya bahasa yang berbelit-belit, mencemuh, mencarut, menghina dan sebagainya hendaklah dihindarkan kerana ia dilarang oleh Islam berdasarkan firman Allah:

Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang benar nescaya Allah akan menjadikan amal mu baik. Dan akan diampunkan dosadosa kamu.

(Surah Al-Ahzab: 70-71)

Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa berlandaskan adab-adab yang dibenarkan oleh syarak, akan mengakibatkan rosaknya agama, kehidupan dan ilmu pengetahuan. Barangkali perdebatan seperti AURA KEJIRANAN yang mereka lakukan itulah yang mengakibatkan rosaknya kesejahteraan umat dan lahirnya golongan yang berpecah-belah.

Perdebatan seumpama ini bukanlah pembahasan yang sihat dan bukan pula usaha memperoleh kebenaran dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini tergambar apabila para sahabat pernah berdebat antara satu dengan lain tentang sesuatu perkara. Apabila Rasulullah s.a.w. datang, baginda bersabda:

Hai umat Muhammad, berhati-hatilah! Orang sebelum kamu dahulu binasa kerana perbuatan seperti itu. Tinggalkanlah perdebatan kerana orang beriman tidak patut berdebat! Tinggalkanlah perdebatan kerana orang yang berdebat jelas akan memperoleh kerugian! Tinggalkanlah perdebatan kerana perdebatan mendatangkan dosa bagi orang selagi ia berdebat!

Pada Hari Kiamat aku tidak akan memberi syafaat kepada orang yang suka berdebat! Tinggalkanlah perdebatan, ku jamin tiga buah rumah di dalam syurga: di taman-

tamannya,di tengahnya, dan yang di bahagian atasnya tersedia bagi orang yang menjauhkan diri daripada perdebatan dalam keadaan ia benar! Tinggalkanlah

perdebatan kerana perkara pertama yang aku dilarang

oleh Tuhan ku sesudah melarang penyembahan berhala perdebatan. (Riwayat At-Tabarani)

Sepatutnya, dalam perbincangan tentang sesuatu isu yang timbul, kita hendaklah mengawal diri dan jangan sekali-kali menyanggah atau menyampuk kata-kata atau pandangan orang lain yang sedang memberikan pandangannya. Ini kerana setiap kata-kata yang kita dengar itu, jika benar, hendaklah kita mempercayainya atau menyetujuinya. Tetapi sekiranya kata-kata atau pandangan yang diutarakan itu salah, maka hendaklah perbetulkan. Itulah sebenarnya cara yang sepatutnya dilakukan ketika kita berdebat atau berbincang,

Bukannya saling cabar-mencabar dan bertikam lidah hingga membawa pertengkaran yang tidak berkesudahan, serta tidak menghasilkan apa-apa keputusan.

Firman Allah s.w.t:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)

kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan

melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan

sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi

dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.

(Surah Ali-Imran : 110)

Antara ciri khusus mereka yang paling utama ialah menyuruh melakukan kebaikan, mencegah kejahatan dan beriman kepada Allah s.w.t. Ciri tersebut sangat penting diambil ingatan oleh umat Islam kini khususnya dalam konteks jika mereka mahu membangunkan semula keyakinan diri dan menjadi umatan wasatan untuk masa kini dan masa depan.

Demikian kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar menjadi saksi atas perbuatan manusia

dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu (Surah aI-Baqarah : 143)

Walau bagaimanapun apabila ditinjau kepada potensi umat yang ada pada masa kini, kita dapati pertembungan fahaman telah menjadi salah satu halangan besar yang membelenggu mereka untuk hidup bersatu. Bersatu dalam erti kata saling tegur menegur dan menegakkan kebenaran secara berhemah.

Al-Quran telah meletakkan beberapa kaedah tentang bagaimanakah cara terbaik untuk hidup saling tegur menegur dan bergaul dalam masyarakat. Bagaimanakah cara yang terbaik pula AURA KEJIRANAN untuk mereka mengembalikan maruah ummah tanpa menjatuhkan orang lain sekali gus berperanan menjadi contoh kepada bangsa lain bahawa kita bukanlah umat yang suka kepada perbalahan dan saling bercakaran.

Al-Quran dalam banyak ayatnya menggesa supaya dibentuk fikiran umum yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Semua ini dilakukan demi menjaga kehormatan ummah dan ia perlu melalui kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan umum. Antaranya percakapan yang tidak sopan dan ungkapanungkapan yang tidak manis didengar.

Berhemah

Banyak ayat al-Quran yang menyuruh manusia supaya mengungkapkan percakapannya dengan cara sopan dan berhemah supaya kata-kata mereka itu mendapat perhatian dan tidak menyebabkan orang lari daripada mendengarnya. Allah s.w.t. memberi garis panduan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya bercakap dengan cara yang paling lembut.

Al-Quran juga memerintahkan umat Islam supaya menolak dan mencegah keburukan dengan cara yang terbaik. Firman Allah s.w.t:

Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...

(Surah Fussilat : 34)

Lanjutan daripada ini, kita perhatikan bagaimana al-Quran sentiasa menekankan secara berhemah ketika menyebarkan kebaikan kepada manusia. Dan cara inilah yang sepatutnya dijadikan panduan kepada kita semua,sama ada ketika berkhutbah, berkarya malah dalam apa jua tindakan kita.

ETIKA DAN ADAB MEMELIHARA HUBUNGAN

Sejak kebelakangan ini telah muncul sindrom orang ramai terhadap menegur kesalahan sama ada kesalahan itu dilakukan oleh individu mahupun oleh pihak berkuasa. Teguran itu pula dilakukan melalui pelbagai media dan pendekatan. Walaupun sindrom ini baik namun apa yang dikhuatiri jika cara yang digunakannya tidak berhemah maka penyakit masyarakat semakin bertambah tenat. Ini kerana terdapat antara mereka orang yang tidak mengerti dan memahami cara-cara untuk mempertautkan dan memadukan hati manusia dan tidak memahami perkara~ perkara utama yang lebih bermanfaat bagi umat Islam.

Al-Quran sering menyindir golongan seperti ini lantaran kejahilan mereka menggunakan kaedah berhemah ketika menegur masyarakat.

Antaranya seperti firman Allah:Maksudnya:

Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

(Surah al-Araf : 187)

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

(Surah Hud : 17)

Maksudnya: ..Maka ceritakan kisah-kisah agar mereka berfikir.

(Surah al-Hasyr: 176)

Maksudnya: ...Dan Allah membuat perumpamaanperumpamaan bagi manusia agar mereka berfikir.

(Surah al-Hasyr :21)

Dalam erti kata lain sindiran al-Quran ini merujuk kepada sikap kebanyakan manusia yang tidak tahu mengambil pengajaran, tidak menggunakan akal fikiran yang murni, tidak mengamalkan kesyukuran, kurang beriman seterusnya sering bersikap zalim dan jahil dalam memahami aspek kehidupannya. Kesedaran seseorang mukmin sewajarnya sedar bahawa ia perlu menghalakan setiap AURA KEJIRANAN aspek kehidupannya kepada Allah serta berpandukan al-Quran dan as Sunnah.

Sekiranya dia merasai al-Quran perlu dijadikan panduan sudah tentu ia akan dapat menjamin pembentukan jiwa,pendidikan hati serta membersihkan akhlak dan tingkah lakunya. Melalui kesedaran inilah mereka akan dapat membasmi keburukan dalam sesuatu masyarakat yang membawa kepada pergolakan, perselisihan serta mengancam kekuatannya. Hubungan yang tidak putus ini akan dapat membersihkan hati dan perasaan dengki serta permusuhan.

Selain daripada itu, banyak lagi ayat al-Quran yang menitikberatkan akhlak serta tata susila sebagai satu ibadat yang difardukan sama seperti ibadat fardu yang lain. Ini adalah penyelarasan budi pekerti dengan kaedah al-Quran yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam kini. Al-Quran sangat menggalakkan seseorang supaya bersifat yang boleh melindungi masyarakat, membersihkan perasaan serta mewujudkan persaudaraan serta perasaan belas kasihan. Al-Quran juga sangat memberi ingatan supaya jangan terlintas sedikit pun untuk mencetuskan keburukan dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t.

Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhantuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman

mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah an Nur: 19)

Sekiranya kita perhatikan umat Islam terdahulu, kita dapati mereka telah mengenal hakikat pergaulan secara spontan bahawa masyarakat itu tidak akan wujud kecuali dengan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Oleh itu, kita dapati mereka banyak menulis bidang yang menyentuh tentang akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur untuk diwariskan kepada umat yang datang selepas mereka.

Mereka menulis dan menyebarkan fikiran yang baik dan dipetik daripada kaedah al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Sesetengah penulisannya berpandukan al-Quran dan hadith nabi semata-mata seperti Imam Nawawi. Dalam kitab Riadhus Solihin. Sesetengah penulis pula menjadikan al-Quran dan hadis sebagai dasar. Di samping mereka terus menyerikannya dengan pendapat para ulama salaf dan menyebut beberapa kisah mereka yang boleh membimbing manusia ke jalan yang lurus dan berakhlak mulia.

Antara kitab yang juga sering disebut adalah seperti Ihya Ulumuddin karya Imam al Ghazali r.a. Sebutan itu kekal hingga kini kerana kandungannya yang baik dan berjaya mendidik manusia ke jalan yang diredai Allah. Sayangnya sesudah mereka, lahir pula kelompok baru dalam zaman yang serba canggih ini. Mereka mula berkiblat ke Barat, menimba cara dan perjalanan hidup Barat hingga berpecah belahlah mereka dalam beberapa perjalanan dan terkecai oleh pengaruh hawa nafsu.

Lalu mereka pun rosak dan merosakkan pula orang ramai dengan pendapat dan pandangan mereka yang menyeleweng itu. Hakikat inilah yang telah dilupai oleh kebanyakan generasi umat masa kini, padahal al-Quran telah meletakkan kaedah dalam matlamatnya yang wajar dicontohi untuk mendidik akhlak manusia.

Kaedah Sebagai contoh, al-Quran menitikberatkan pendidikan melalui kaedah contoh teladan. la merupakan cara yang paling berkesan dan paling hampir kepada kejayaan pendidikan. Allah menggambarkannya melalui kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai teladan kepada manusia.

Firman Allah s.w.t.

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.

(Surah al-Ahzab : 2 1)

Al-Quran juga menggunakan nasihat dan peringatan kepada kebaikan dan kebenaran untuk mendidik manusia. Cara ini digunakan agar orang yang dinasihati dapat diselamatkan daripada kesusahan dan kemudaratan serta dibimbing kepada perkaraperkara yang mendatangkan kesan yang baik dan faedah. la perlu disampaikan dengan ikhlas dan amanah tanpa perlu umpatan keji, carutan dan memaki hamun. Inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam firman Allah s.w.t:

Tugas ku menyampaikan kepada kamu akan perintahperintah (yang diutuskan) Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu(Surah al-Araf : 68) Malahan seluruh isi kandungan al-Quran menjadi nasihat bagi orang yang beriman dan bertakwa. Selain daripada itu al-Quran juga dalam mendidik manusia telah menggunakan kaedah secara dorongan dan ancaman kepada manusia.

Dari sudut Taghrib (dorongan), al-Quran memberikan galakan atau dorongan untuk manusia melakukan kebajikan. Disebut ganjaran baik kepada mereka yang mengamalkan perkaraperkara kebajikan secara sempurna. Ia berkesan dan menimbulkan keinginan dan perasaan mahu melakukan kebajikan dan menghayati sifat-sifat yang dianjurkan oleh al-Quran Firman Allah s.w.t Maksudnya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa. (Surah Ali-Imran : 133)

Sementara itu, daripada sudut Tarhib (ancaman) pula al-Quran menggunakan cara ancaman azab seksa yang akan menimpa sesiapa yang tidak mentaati perintah dan suruhan Allah. Cara ini menimbulkan perasaan takut dan cemas seseorang untuk melakukan sesuatu kejahatan kerana bimbang gejala buruk akan menimpanya. Pendekatan begini biasanya digunakan berkaitan dengan sesuatu larangan Allah. Contohnya dalam firman Allah s.w.t:

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji yang mengumpulkan harta dan menghitungnya. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali

tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dicampakkan ke

dalam Neraka Hutamah.

(Surah al~Humazah: 1-4)

Inilah antara cara atau kaedah yang digunakan dalam al-Quran sebagai cara untuk mendidik manusia seluruhnya. Ini kerana manusia dengan segala macam tabiat dan sikapnya perlu dihadapi dengan cara bijaksana. Justeru, bagi pendakwah atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha mendidik, menegur atau menginginkan kebaikan wujud dalam masyarakat, dia perlu meneliti realiti yang terdapat di dunia pada hari ini sama ada ekonominya, politiknya atau hal ehwal kemasyarakatannya.

Malahan perlu juga memahami aliran politik dunia moden, gerakan, pemikiran umat Islam, perkembangan setempat, tradisi dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat termasuk nilai dan bahasa masyarakat itu sendiri. Dalam pada itu, suatu aspek yang juga perlu diambil kira adalah dari sudut muslihat musuh-musuh Islam itu sendiri yang sentiasa mencari peluang mengintai sudutsudut kelemahan yang terdapat pada umat Islam hari ini.

Dan apabila kita lalai, itulah peluang yang terbaik untuk mereka merosakkan umat Islam. Dalam usaha menghadapi masyarakat daripada terus diracuni oleh nilai-nilai yang tidak bermoral dan untuk menjamin mereka supaya tidak tersisih daripada rahmat

Allah maka al-Quran menggesa mereka supaya mempunyai sifatsifat daie (pendakwah) serta memahami kaedah al-Quran. Ini kerana hanya al-Quranlah yang dapat menjaga kesatuan ummah serta melindungi ikatan persaudaraan mereka dalam memerangi golongan yang cuba mencantas kemurniaan hidup bermasyarakat.

Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak

Antara tujuan utama Allah mencipta manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadat demi kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Ibadat yang dikehendaki bukan sahaja melakukan ibadah khusus seperti mengerjakan solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan zakat serta menunaikan ibadat haji di Mekah tetapi merangkumi seluruh aspek kerja manusia bermula daripada bangun tidur hinggalah dia tidur kembali. Tentunya dalam melaksanakan peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah beribadat,manusia berhajat kepada orang yang boleh memberi tunjuk ajar bagaimana hendak melakukannya supaya selari dengan kehendak Allah s.w.t.

Untuk itu,Allah telah mengutus Nabi Muhammad s.a.w sekaligus menjadi Rasul terakhir kepada seluruh umat manusia yang memiliki contoh teladan yang terbaik dan hanya satu-satunya yang perlu diikuti kerana setiap kesempurnaan yang ada pada dirinya.

Bahawasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

(Riwayat al-Bukhari,Hakim dan Baihaqi)

Perangai manusia ada yang baik dan ada yang buruk,maka perangai atau akhlak yang baik inilah yang hendak ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w. Adab Rasulullah Dalam Berbicara. Apabila Rasulullah s.a.w hendak memperkatakan sesuatu yang penting dan rumit atau pun jika yang hadir itu terlalu ramai hingga suaranya tidak dapat didengar maka baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali, Jika tidak baginda hanya menyebutnya sekali sahaja.

Sayidina Hasan r.a. meriwayatkan Daku meminta ibu saudara ku (sebelah ibu) yang sering menggambarkan sifat- sifat Rasulullah s.a.w. agar dapat menceritakan kepada ku tentang cara dan adab Rasulullah s.a.w. berbicara. Lalu beliau memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. selalu risau (tentang akhirat), sering bertafakur (tentang Allah dan sifat-sifat Nya) atau memikirkan keadaan ummah dan lantaran perkara-perkara beginilah maka baginda tidak pernah berasa bebas daripada kerisauan.

Sering sahaja baginda berkeadaan diam dan enggan bercakap melainkan atas perkara-perkara yang perlu sahaja. Apabila baginda bersabda maka sabdanya jelas, padat dan ringkas. Setiap percakapannya berbeza daripada yang lain. Baginda tidak cepat marah malahan tidak juga menghina orang lain.

Jenaka Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersikap tegas terhadap orang yang berbohong tetapi dalam pergaulannya baginda pernah berjenaka dengan sahabat-sahabatnya tetapi tidak berkata dusta. Sebagai contoh, diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga Jawab Rasulullah s.a.w., orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis.

Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara. Perhubungan para sahabat dan semua orang dengan baginda merupakan hubungan yang penuh dengan kecintaan dan kewibawaan yang sempurna. Baginda tidak pernah berasa besar hati malah tidak rela dengan budi pekerti yang buruk. Kesederhanaan merupakan gambaran keseluruhan kehidupan Rasulullah s.a.w. Inilah suatu pernyataan yang jelas berkenaan kesantunan dan kelembutan tingkah laku Baginda s.a.w.