kenakan ke atasnya. Keahlian panel yang terdiri daripada hakim-hakim negara itu mengarahkan agar hukuman gantung sampai mati dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.
Keputusan sebulat suara ini sekaligus menyaksikan penafian atau penolakan rayuan Saddam terhadap hukuman mati yang dijatuhkan sebelum ini. Hakim Arif Shahreen yang tertekan dengan desakan alSayit membuat kenyataan bahawa hukuman boleh dijalankan pada bila-bila masa.
Pemerintahan Saddam Hussain selama 24 tahun sebagai Presiden Iraq telah mencetus berbagai-bagai kontroversi di dalam negara dan di seluruh dunia. Beliau ditangkap pada 13 Disember 2003. Sementara keduadua anaknya, Uday dan Qussay telah mati ditangan penceroboh dalam serangan dua tahun lalu.
Saddam pula yang masih menganggap beliau ialah Presiden Iraq dan tidak mengiktiraf kerajaan yang sedia ada. Beliau masih lantang mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman Iraq. Malah beliau sanggup menjadi korban atas prinsip yang dipegangnya. Beliau juga menyeru agar rakyat Iraq bersatu untuk menentang musuh-musuh mereka.
Walaupun Saddam Hussin telah tumbang, namun Amerika Syarikat yang menceroboh Iraq pada 20 Mac 2003 masih gagal mengekang keganasan di Iraq. Malah keadaan telah menjadi lebih teruk apabila berlaku letupan bom dan kematian hampir setiap hari. Kata-kata keramat Saddam Hussein, Saya sanggup mengorbankan diri demi Iraq. Saya berharap Tuhan akan menjadikannya syahid.
Apabila Hakim Mahkamah Jenayah Tinggi Iraq, Abdul Razzak Shahreen menandatangani surat penghakiman rasmi, maka ia telah menjadi petanda jelas bahawa tarikh pelaksanaan hukuman semakin hampir. Khabar angin bertiup kencang di sana sini mengambarkan Saddam tiada pilihan lain. Ini diperkukuhkan lagi dengan arahan tentera Amerika agar barang-barang peribadi milik Saddam dikumpul dan diasingkan.
Kenyataan Perdana Menteri Iraq di kaca televisyen bahawa tiada siapa boleh menghalang hukuman mati ke atas Saddam telah menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat Iraq terutama sekali penyokong kuat Saddam.
Pelaksanaan hukuman mati di awal subuh tersebut telah menyaksikan korban pertama Aidil Adha. Amerika Syarikat yang tidak sabar menanti detik berakhirnya nyawa Saddam Hussain telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Hukuman dijalankan di salah satu lokasi yang menjadi pusat penyeksaan semasa Saddam memerintah Iraq.
Undang-undang Iraq yang menetapkan bahawa pesalah yang berusia 70 tahun ke atas tidak boleh dikenakan hukuman gantung. Saddam yang akan berusia 70 tahun pada 28 April 2007 akan juga tertakluk pada undang-undang tersebut. Ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa Amerika ingin menyegerakan hukuman tersebut.
Walaupun penduduk menunjukkan reaksi seolah-olah berkecuali, namun terdapat juga protes dan tunjuk perasaan di kubu kuat Saddam di Tirkit atas hukuman yang benar-benar menghina umat Islam itu. Lain pula keadaan di Saddam City, iaitu bandar yang menjadi kubu kuat Syiah. Mereka merayakan kematian Saddam dengan penuh kegembiraan, sambil bersorak, menari dan melepaskan tembakan. Mereka berkeliaran di jalan-jalan raya. Perayaan sebenar buat mereka kerana Saddam seorang diktator yang pernah menindas dan menganiaya mereka pada suatu ketika dahulu telah dihapuskan.
Imam Masjid Najaf, iaitu kota suci Syiah menyifatkan kematian Saddam sebagai kurniaan Allah dan kemenangan buat pengikut Syiah. Pada 27 Disember 2006, Menteri Keadilan Iraq, Hasham al-Shilali menyatakan bahawa hukuman mati itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Iraq, Nauri al-Maliki untuk mendapat kelulusan. Kelulusan boleh diperolehi dengan segera kerana Perdana Menteri juga faham falsafah di sebalik hukuman yang perlu dijatuhkan itu.
Kematian Saddam menandakan pengakhiran dramatik bagi pemimpin yang memerintah Iraq selama tiga dekad sebelum dijajah oleh Amerika Syarikat yang menggulingnya. Saddam didapati bersalah atas tuduhan membunuh 148 puak Syiah di Perkampungan Dujail pada tahun 1982.
Menurut Penasihat Politik Perdana Menteri Nouri al-Maliki, Samial-Askari, Saddam memberontak apabila cuba dibawa keluar dari bilik kurungannya di sebuah penjara tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun, selepas tiba pada saat terakhir sebelum pelaksanaan hukuman gantung, Saddam tidak banyak bercakap dan kembali tenang.
Sami berkata, bekas presiden itu dikenakan pakaian serba hitam berserta jaket, seluar panjang, topi dan kasut, bukan pakaian banduan biasa.
Sejurus sebelum hukuman gantung dilaksanakan, topi Saddam ditanggalkan dan ditanya sama ada mempunyai permintaan.
Saya tidak mahu apa-apa, Sami yang hadir ketika pelaksanaan hukuman gantung itu memetik Saddam sebagai berkata. Bekas pemimpin Iraq itu kemudian dibawa ke tali gantung dan enggan disarungkan penutup kepala.
Sebelum tali gantung dipakaikan di lehernya, Saddam melaungkan, Allahu Akbar, katanya.
Penasihat Keselamatan Negara,
Mouwafak al-Rubaie, pula berkata Saddam tidak meminta apa-apa kecuali memegang al-Quran dan meminta kitab suci itu diserahkan kepada seorang lelaki yang dipanggilnya Bander.
Saya mahu al-Quran ini diserahkan kepada Bander, kata Mouwafak yang memetik Saddam sebagai berkata.
Bagaimanapun, Maouwafak berkata, dia tidak tahu siapa sebenarnya Bander. Saddam digantung di bekas ibu pejabat perisikan tentera di Kazimiyah, pinggir Baghdad. Video dan gambar pelaksanaan hukuman mati itu dirakam dan disiarkan kepada umum bagi menjadi bukti kepada masyarakat Iraq dan dunia bahawa Saddam sudah mati.
Sebelum ini, stesen TV Iraq melaporkan, adik tiri Saddam, Barzan Ibrahim alTikriti dan bekas Ketua Hakim Mahkamah
Revolusi, Awad Hamed al-Bandar, turut digantung. Walau bagaimanapun, tiga orang pegawai kemudian berkata, hanya Saddam dihukum mati.
Kronologi Kes Perbicaraan Saddam
2005:
17 Jun Kes jenayah pertama difailkan terhadap Saddam dan tujuh defendan bersama atas dakwaan pembunuhan kira-kira 150 orang penduduk Syiah selepas insiden cubaan membunuh ke atas pemimpin Iraq tersebut di Dujail pada tahun 1982.
19 Okt Perbicaraan bermula dengan Saddam mempersoalkan kesahihan mahkamah.
20 Okt Peguam bela Saddam, Saadoun al-Janabi diculik di pejabatnya oleh sekumpulan lelaki bertopeng. Mayatnya dijumpai keesokan harinya dengan kesan tembakan di kepala.
8 Nov Seorang lagi peguam bela Saddam, Adel al-Zubeidi terbunuh dalam satu serangan hendap yang turut mencederakan rakan sepasukannya,Thamir al-Khuzaie. Thamir kemudian melarikan diri ke luar negara.
28 Nov Perbicaraan diteruskan setelah tertangguh selama lima minggu dan Saddam menggelar Amerika Syarikat sebagai penjajah dan penceroboh. Beliau dan dua lagi defendan mengadu mengenai layanan yang diterima ketika berada di dalam tahanan.
04 Dis Salah seorang daripada lima orang hakim meletakkan jawatan selepas mendapati salah seorang defendan bersama Saddam terlibat dalam pembunuhan saudara lelakinya.
05 Dis Pasukan peguam bela meninggalkan kamar mahkamah selepas dinafikan hak untuk mencabar kesahihan mahkamah. Ketua Hakim kemudiannya menarik balik peraturan tersebut dan membenarkan bekas Peguam Negara AS, Ramsey Clark yang juga salah seorang pasukan peguam bela Saddam untuk memulakan hujah.
07 Dis Saddam enggan hadir ke mahkamah sehari selepas menjerit Saya tidak akan hadir ke sebuah mahkamah yang tidak adil. Celaka!
21 Dis Saddam mendakwa tentera AS telah memukul dan menyeksa beliau dan defendan lain dan berdoa secara terang-terangan di mahkamah walaupun hakim mengarahkan perbicaraan diteruskan.
2006:
15 Jan Ketua hakim dari puak Kurdis, Rizgar Amin meletakkan jawatan setelah rungutan ahli politik Syiah berhubung kegagalannya untuk mengawal prosiding mahkamah.
23 Jan Pegawai mahkamah bernama Raouf Abdul Rahman, juga dari puak Kurdis menggantikan Rizgar.
21 Jun Seorang lagi peguam bela Saddam, Khamis al-Obeidi diculik dan dibunuh.
07 Jul Saddam dan tiga lagi defendan melancarkan mogok lapar bagi memprotes kawalan keselamatan bagi peguam belanya dan perbicaraan yang lemah.
23 Jul Saddam dimasukkan ke hospital pada hari ke-17 mogok lapar sehingga terpaksa makan melalui tiub.
27 Jul Perbicaraan Dujail ditangguhkan.