We need no language to laugh.
- Janaki Sooriyarachchi
Tak! Tak! Tak! pintu bilik diketuk, aku bingkas bangkit dari katil dan membuka pintu. Kelibat Wilco terpacak. Hey, would you like to join us going to the bar tanya Wilco. Baru saja berkenalan beberapa hari namun segala aktiviti yang dia buat, pasti dia akan menjemput kami untuk turut serta.
Aku memandang kepada Haeri dan dia yang masih lagi baring membuat riak muka setuju untuk turut serta. Aku pun setuju saja dan memandang Wilco.
OK.We would like to. What time aku bertanya.
Now its 7.00 pm. 7.30 pm should be OK huh Wilco menjawab dan bertanya. Aku hanya mengangguk kepala tanda setuju.
See you in 30 minutes, Wilco berlalu pergi ke biliknya. Aku tutup pintu dan kembali merebahkan badan ke katil. Terasa sengal otot-otot kaki. Rasa lain macam dari pergelangan betis. Seharian berjalan pakai selipar saja. Tapak kaki pun melecet. Berapa banyak kalori dalam badan ni dah terbakar. Baju yang dipakai tadi sudah lencun terkena air hujan dan juga peluh badan. Aku selongkar backpack dan mengambil sehelai t-shirt yang lain. T-shirt putih yang kotor itu aku basuh kemudian. Baru perasan ada kesan
kotoran yang besar di belakang t-shirt putih yang lencun itu. Mungkin kerana ketika bersiar-siar di pelabuhan tadi kami melalui bawah pagar yang berkunci untuk melalui jalan pintas.
Aku nak mandi lepas tu siap-siap, Haeri bangun dari katil mencapai tuala mikrofiber yang cepat kering menuju keluar bilik. Aku masih beristirehat lagi di atas katil sambil membelek-belek skrin sesentuh henfonku memandangkan baru saja tahu password wifi. Godek-godek Twitter dan Facebook untuk mengetahui khabar berita rakan-rakan dan apa yang terjadi di Malaysia. Kerana rasa bosan, aku letak kembali henfon di sisi.
Aku sudah bersiap, tak mandi. Rokok dan dompet aku capai dan masukkan dalam kocek seluar pendek warna coklatku. Kasut Vans disarung tanpa memakai stokin dan aku keluar dari bilik. Kelihatan Wilco, Barbra dan Stefan sudah melepak di ruangan tengah yang menjadi tempat lepak. Kerusi berhampiran mereka aku tarik untuk duduk sambil sebatang rokok sudah pun tersepit di bibir. Seperti biasa rokok dibakar. Dah tak terkira berapa batang rokok yang aku hisap sejak menjejakkan kaki ke bumi nusantara. Kami semua sedang menghisap rokok sambil menunggu Haeri selesai mandi. Datang seorang lelaki Eropah berambut perang yang tidak dikenali menghampiri kami.
Hey guys, I thought they said we have to smoke outside of this premis. How come all of you smoking in here They told me that we have to smoke at the smoking zone which is on the outside, tanya lelaki Eropah tidak memperkenalkan diri itu pelik melihat kami merokok di ruangan tengah. Tangannya merujuk kepada ruangan merokok yang memang disediakan di hadapan sebelum memasuki kaunter pendaftaran hostel.
Well, we smoked here yesterday too and it is not really a problem. Hes also the first one that started to smoke here, Balas Wilco sambil tangannya menunjukkan ke arah aku.
Mendengarkan kemusykilan dari lelaki Eropah tidak bernama itu membuatkan aku secara spontan bersuara, I think I was misunderstood. Kelihatan wajah berubah di muka Wilco, Stefan dan Barbra. Mereka semua mengangkat kening kehairanan memandang aku.
Why tanya Stefan ringkas.
When I arrived here, I asked them if I could smoke and then they said that I have to smoke at outside. So I smoke here because I think this is the outside and I dont know that they mentioned it about the other outside over there. They also have an ashray here in this space so thats it, itulah penjelasan mengapa aku rasa ia satu salah faham mengenai tempat merokok.
Yea, I think so. This is also the outside, balas Wilco.
Haha. Actually you got the point! bampuk Stefan yang tergelak-gelak kecil mendengar penjelasan aku. Mereka juga bersetuju dengan maksud outside yang aku katakan. Anyway where are you from Stefan bertanya kepada lelaki Eropah tidak bernama itu.
I am from Netherlands and will be back to
Amsterdam tomorrow. Just arrived here from Bali, ujar lelaki Belanda tidak bernama. Tanpa disedari Haeri sudah pun bersiap dan duduk di sebelah Stefan.
Oh, do you smoke weed aku berseloroh tanya kepada lelaki Belanda tidak bernama sambil disambut oleh gelak tawa mereka yang lain dengan pertanyaan aku. Hahahaha... no, not really. Used to smoke but not anymore, jawap lelaki Belanda itu sambil tergelak. You must be thinking that all Dutch people are pothead huh tambahnya lagi berseloroh sambil tersengih. Mungkin itu satu soalan stereotype yang biasa dihadapi oleh warga Belanda.
Well, hahaha... just asking. No offense. Haha! balasku ringkas.
He is a pothead thats why he asking you that kind
of question. Haha, Haeri menyampuk sambil menepuknepuk bahu aku.
Haha. No wonder. I am thinking of that too, balas lelaki Belanda itu.
Kemudian, Wilco berbahasa Belanda dengan lelaki Belanda tak bernama itu. Dari lenggok bahasa badan mereka berdua seakan Wilco mengajaknya untuk turut serta dengan kami melepak di bar. Namun lelaki Belanda itu menggelengkan kepala menolak pelawaan itu sambil terukir senyuman.
Sorry I could not join all of you. I am so tired today. Need more rest. Just reading and drinking here tonight. You guys go enjoy yourself, lelaki Belanda itu bersuara, sopan menolak pelawaan.
Maka bergeraklah kami seperti satu kumpulan boyband berjalan seiringan keluar di lorong yang gelap gelita. Langkah dibuka menuju ke stesen atau stasiun busway. Kali ini giliran Haeri membayar duit tiket bas untuk kami berdua. Aku tak kisah pasal nak berhenti di mana, cuma mengikut saja. Buku Lonely Planet: Indonesia dikeluarkan oleh Wilco dari dalam beg galas kecil milik aweknya. Helaian demi helaian diselak dan Wilco mahu ke satu pub yang disarankan dalam buku tersebut. Haeri melihat buku itu dan menyatakan kami kena berhenti tiga stesen dari stesen Hayam Wuruk.
Bas tiba. Lebih kurang 15 minit perjalanan, kami sampai ke stesen yang dikehendaki. Terasa malas nak gunakan jejantas, maka kami berlima dengan tegar meredah jalan raya yang masih banyak kenderaan memecut laju. Selamat menyeberang kami terus berjalan tanpa arah. Kelihatan banyak gerai makan di sekitar itu. Terasa lapar juga. Makanan yang dimakan siang tadi sudah pun terhadam sepenuhnya. Kerak telor dengan nasi menjadi santapan petang tadi. Ianya makanan asli orang Betawi yang merupakan orang asal di daerah Jakarta. Mengandungi bahan-bahan beras ketan putih, telur ayam, ebi (udang kering) yang dicampur dengan bawang merah goreng lalu diberi bumbu yang dihaluskan. Bumbu ini adalah campuran kelapa sangrai, cabai merah, kencur (seakan halia), jahe (halia), serbuk lada, garam dan gula pasir. Itulah bahan yang diterangkan oleh pelayan restoran kepada kami petang tadi sebelum pulang ke hostel.
Wilco mengetuai perjalanan kami ke bar atau pub yang menjadi pilihan hatinya. Buku Lonely Planet: Indonesia itu diusung dan sekali-sekala helaian demi helaian diselak. We should go to Yaya Pub. According to this book, it is near to our current location, Wilco bersuara. Maka, berpusinglah kami di sekitar mencari Yaya Pub. Tidak terjumpa. Setelah 30 minit mencari, Wilco mencadangkan untuk naik teksi sahaja. Manakala Stefan pula, sekali-sekala melihat buku itu dan mengatakan kami perlu berjalan melintasi sebatang sungai di tengah bandar Jakarta ini. Sungai yang seakan Sungai Klang atau Sungai Gombak seperti di tengah bandar KL. Wilco dan Stefan seakan bertelagah seketika. Cara terakhir, kami bertanya kepada penggerai jalanan. Kebanyakannya tidak tahu malah tidak pernah mendengar pula nama pub itu. Takkan buku Wilco tu outdated. Buntu sebentar pencarian kami. Is it an outdated version of Lonely Planet you got aku bertanya kepada Wilco.
Oh fuck no! I bought this book a month ago. It is imposibble to be outdated so soon! balas Wilco, tegas. OK. Come on. Let me see, Aku meminta buku tersebut dari Wilco. Tercari-cari juga aku Yaya Pub dalam buku tu. Tak jumpa. Pelik. Yang ada adalah Jaya Pub. Haeri pula sedang bingung dengan GPS online Nokia 808nya yang gagal berfungsi dikala memerlukan. Khabarnya ada bugs sejak dia update GPSnya. Sedang tercari-cari Yaya Pub di dalam buku, aku terfikir yang Wilco ini orang Belanda. Huruf J dalam bahasa Belanda disebut Y, seperti juga Bahasa Jerman yang menyebut huruf J sebagai Yot.
Hey Wilco. You pronounced it wrong. It is Jaya
Pub, not Yaya Pub, aku bersuara kepada Wilco. Dia pun buat muka tersipu-sipu. Mungkin kerana itu kami tak jumpa. Haeri bergegas tanya kepada seorang pengawal keselamatan hotel Resident Inn berhadapan jalan utama itu. Reaksi positif dari pengawal keselamatan itu menunjukkan arah terus. Rupanya pub itu berada di dalam bangunan Jaya Holdings. Bangunan yang kami dok lalu-lalang beberapa kali tadi ketika mencari pub tu. Legalah hati Wilco setelah misteri pencarian berjaya. Sekali lagi kami berlima jalan seiringan menuju ke pub tersebut.
Tiga gelas bir dan dua gelas coke dipesan. Dua minuman ringan untuk aku dan Haeri. Suasana bar sudah sesak dengan orang ramai. Meja yang kami duduk berada di tepi meja soundman, penjaga bunyi untuk persembahan live band pada malam ini. Bar ini dipenuhi dengan ramai ekspatriat dan cuma pelayan-pelayannya saja dari kalangan orang tempatan. Ketika ini lagu I Believe I Can Fly dimainkan oleh kugiran yang berada di pentas. Aku berharap ia versi punk rock punya. Is there any Malaysian hangout without having a beer ujar Wilco curiga sambil mula berbicara di dalam suasana yang bingit. Pesanan kami juga sampai ketika ini. Mungkin pelik dengan pertembungan budaya antara timur dan barat. I could be crazy to be sober all the time. I love being drunk, tambah Wilco.
You love to get wasted huh Love to passed out, tanya Haeri ringkas.
Oh not really. Haha! I dont want to get wasted until I passed out. Its not a good feeling when you wake up the next day. I used to get wasted until I passed out especially when Im on vodka. I only take beer now since I am not going to passed out with one. I hate the feeling of strong headache after woke up, Wilco menjelaskan betapa gemarnya dia untuk mabuk namun tidak suka sampai tahap tidak sedarkan diri.
I used to love to get wasted when I was your age. But now, I only drink maximum 3 beers one night, tambah Stefan.
Oh, when you were my age So what is your age now I am 28 and my girlfriend is also 28, tanya Wilco teruja dengan ayat penyata Stefan itu.
Can you guess balas Stefan tersengih.
OK. I think you are below 35, Wilco menjawab. Holy shit! Almost. Actually I am 34 and I felt old among you guys. Haha! balas Stefan terasa down dengan usianya yang menjangkau hampir angka 35.
Come on, age doesnt matter. It just a number, tambah Haeri menyedapkan hati Stefan.
How about you two Whats your age tanya Stefan kepada aku dan Haeri.
We are both 26, Haeri menjawab bagi pihak kami.
Really, I thought both of you around early 20s and if you dont have your moustache I think you are a school boy, dude, Stefan berseloroh sambil tangannya menunjuk kepada misai Haeri yang dibelanya. Jarang sebenarnya Haeri ni simpan misai. Kali ni pula dia bela. Haha! That is the reason why I kept my moustache, balas Haeri sambil gelak.
Hey! I am curious about Malaysian. They just drink some soft drink or juice when they hang out during the ight Is it great I still cannot think about hanging out and being sober at the same time, Wilco seakan mempersoalkan kami yang tidak minum bir.
Well, we drink juice or soft drink so that we could get sugar high! aku membalas spontan dan diikuti gelak tawa mereka. Sambil itu, Stefan meminta lagi tiga bir untuk meja ini memandangkan bir masing-masing sudah susut. I see. You love to get high huh You dont drink
beer. It is good to get drunk sometimes. Haha, Wilco bersuara.
Beside being drunk, do you like to get high aku bertanya kepada Wilco.
Actually I love to get high but I prefer to get drunk, and are you serious that you guys get sugar high by drinking those soft drinks Wilco berbalas hujah. Haha. Fuck no. It just that we both prefer to get high by smoking weed and Haeri dont really drink alcohol, aku membalas. Pelayan sampai dengan botol bir bintang yang baru untuk mereka bertiga. Sebelum pelayan itu pergi, aku memintanya untuk menambah lagi satu bir. One more beer please! Bir Bintang, aku mengorder. Bir Bintang adalah bir tempatan keluaran Indonesia. Negara dengan majoriti umat Islam yang besar ini pun ada jenama minuman keras mereka sendiri. Tak tahulah macam mana agaknya kalau Malaysia juga punya jenama minuman keras sendiri. Itu yang berlegar di fikiranku. Aku pula sudah kecundang untuk kembali minum minuman keras. I thought you are not going to drink beer and suddenly you want some, Wilco bersuara kehairanan. I told you. I always prefer to get high than drunk. But when I have a drinking buddy, I usually drink but still, it depends on my mood, aku berhujah seakan-akan menggunakan konsep perokok sosial yang merokok hanya untuk bersosial.
Whatever man! You are so fucking weird! Both of you Malaysian are weird. Hahaha! Wilco bersuara dan tergelak. Mukanya sudah sedikit kemerahan, mata sedikit kuyu. Mungkin sudah mabuk sikit kerana gelaknya seakan tidak mahu berhenti walaupun dia ketawa tidak berdekah. Sejenak kemudian, minuman bir aku sampai. Botol bir itu aku angkat dan tuang ke dalam gelas.
Hoho this is good. You dont want some Wilco menoleh ke arah Haeri. Haeri hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Dia mengangkat air cokenya menandakan dia OK saja dengan minuman ringan. Can you please take a photo for all of us tanya Wilco kepada Haeri. Haeri bersetuju untuk mengambil gambar kami semua. Kami berlima mengangkat gelas kami yang berisi minuman ke atas dan dilagakan di antara satu sama lain sambil berselfie.
Wait, wait. What is cheers in Malaysian Hehe. Wilco bertanya lalu aku pun membalas dengan spontannya, Jom togak!. Sekali lagi gelas kami diangkat dan dilagakan sambil menyebut perkataan Jom togak tatkala Haeri mengambil foto dari kamera henfonnya.
Beberapa topik disembangkan antara kami. Topik mengenai pekerjaan kami, hobi, tempat-tempat yang telah dikunjungi memenuhi ruang sambil beberapa botol bir silih berganti. Antara menjadi bualan adalah bagaimana Wilco bertemu dengan aweknya. Adakah ketika mengembara atau memang sudah berkenalan sebelum ke Indonesia. Mereka sudah pun bercinta sejak belajar di sebuah universiti di Berlin dalam jurusan bisnes. Ketika itulah cinta mereka mula berputik. Mereka juga bekerja dan menetap di Berlin. Malah Wilco sudah mendapat taraf penduduk tetap. Namun ada sedikit perkara yang tidak digemari Barbra ketika memohon kerakyatan Jerman. Dia tidak selesa ditanya mengenai agamanya. Manakala di dalam borang permohonan itu dikehendaki untuk menyatakan agamanya dan dia memilih untuk tulis tidak beragama. Ini kerana jika dia menyatakan yang dia beragama Kristian bermazhab Protestan, maka dia dikehendaki untuk membayar sejumlah wang untuk disalurkan kepada pihak-pihak gereja. Dia tidak mahu membayarnya. Wilco menambah yang pihak gereja seakan mahu keuntungan semata-mata. Tambahnya lagi, sumbangan wang tu hendaklah ikhlas dari penganut agama itu sendiri dan bukannya dipaksa. Namun Barbra menyatakan juga, dia masih percaya adanya Tuhan walaupun kepercayaan kepada agamanya sendiri sudah goyah. Ini semua kerana tidak percayakan institusi gereja seperti yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah Eropah. Institusi gereja menjadi korup ketika zaman gelap Eropah. Bila aku fikirkan balik, tidak jauh berbeza juga situasi di Malaysia di mana ada juga individu-individu tertentu yang tamak sanggup menggunakan nama agama bagi kepentingan diri sendiri semata-mata. Mungkin kerana manusia tamak beginilah yang menyebabkan ramai tidak percayakan sistem institusi agama. Mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya menjadi makhluk tamak haloba berkiblatkan wang semata-mata.
Kemudian kedengaran pula live band memainkan lagu Radiohead iaitu Creep. Menjerit semua orang yang berada di dalam pub itu termasuk kami. Aku yang dah sedikit mabuk pun melayan terjerit-jerit di dalam pub itu. Kami melayan kepala masing-masing dengan dendangan lagu Radiohead.
I fucking love Radiohead! We both love Radiohead! ujar Wilco sambil memeluk aweknya yang sudah terbaring di bahu. Aku dan Haeri mengangguk kepala sambil menyatakan kami juga meminati mereka.
But I dont really like the name. What the fuck is Radiohead Dont you think it is so fucking ugly when you have a fucking radio as your head It is ugly as fuck but thank God that they play great music! Wilco berhujah mengenai nama Radiohead itu walaupun memuja muzik mereka.
Jam sudah melewati pukul 12.00 pagi. Di hadapan pub tidak kelihatan teksi. Jalan raya sudah lengang. Busway sudah menamatkan perkhidmatannya. Kami berlima menghisap rokok di tepi jalan, berbincang bagaimana hendak pulang. Kami yang mabuk kecuali Haeri, bersetuju untuk berjalan kaki mengikuti laluan busway tadi. Terus sahaja. Tak ada masalah.
Perjalanan diteruskan. Wilco mabuk teruk kerana dia paling banyak minum bir. Dia jalan tidak tentu hala dan berpimpinan tangan dengan aweknya. Manakala aku, Haeri dan Stefan berjalan seiringan seperti band Blink-182 ataupun Green Day. Kami bersembang perkara-perkara mengarut. Stefan berceritakan tentang non-alcohol beer dan kami berdua mendengar dengan khusyuk walaupun sebenarnya tak ambik pot sangat.
Hey! Hati-hati! Haha! kedengaran jeritan Wilco yang terhuyung-hayang mabuk kepada seorang penduduk tempatan yang berbasikal di tepi jalan. Dia tersengih apabila ditegur supaya berhati-hati oleh warga asing. Perkataan itu menjadi perkataan kegemaran Wilco. Barangkali sejak kali pertama mendengarnya di dalam bas. Dari pengamatan aku Wilco ternyata seorang yang chill dan care-free. Banyak bersembang manakala Stefan ini seperti seorang yang sudah sedikit lanjut usia yang melayankan aje apa bebudak muda nak buat.
Setelah 30 minit menapak, kami tiba di hostel. Sempat juga Barbra membeli beberapa bungkus mi segera. Dia tiba-tiba berasa lapar. Aku dan Haeri memang sudah ada stok makanan di bilik. Stefan membeli sekotak rokok dan sebelum masuk tidur, kami melepak di ruangan tengah itu lagi. Terdapat sepasang kekasih asing yang sedang menikmati durian. Berkerut muka mereka terkena penangan durian. Wilco, Stefan dan Barbra teruja kerana memang mereka hendak cuba buah-buahan tempatan. Namun aku terfikir, durian ni kira buah tempatan di Malaysia atau Indonesia. Memandangkan aku ni pemalas, aku persetankan saja status milik siapa durian ini. Nanti timbul pula isu remeh berebut hak mengenai siapa yang layak menggelarkan durian sebagai buah tempatan antara Malaysia dan Indonesia.
Selepas pekena durian, pasangan dari Norway dan Denmark itu meminta diri untuk ke bilik. Beberapa ulas durian diberi kepada kami. Mereka kurang bersembang kerana kurang pandai berbahasa Inggeris. Cuma yang basic sahaja. Stefan dan Barbra rasa lain macam setelah mencuba durian. Manakala Wilco seakan gemar dan tak habis-habis meratah ulas durian yang masih tersisa. Selepas membasuh dan mengemas sisa-sisa kulit durian, Wilco dan Barbra meminta diri. Esok mereka akan bertolak ke Bali dan penerbangan mereka pada pukul 10 pagi. Teksi akan menjemput mereka ke airport pada jam 9 pagi. Mereka berharap sempat berjumpa dengan kami esok pagi ketika bersarapan. Stefan juga meminta diri. Aku dan Haeri pun tak tau nak buat apa dah. Muka masing-masing memang rabak sebab jalan seharian dari siang tadi. Kami pun mengangkat punggung untuk masuk tidur.