BLACK WIDOW - 4
MASA telah mencabar manusia. Masa juga tetap utuh meninggalkan manusia, menjadikannya sejarah tanpa dapat ditahan oleh sesiapa. Masa telah membuatkan kalendar bertukar nombor dan musim bergantian.

Aton masih lagi terpenjara di dalam kolong masa silam. Sejarah telah menghukum dirinya sedangkan Agus sekian lama telah pergi dimamah bumi.

Agus dan labah-labah bagai sinonim, menjadikannya legenda di dalam sejarah. Walaupun tidak tercatat di mana-mana, tetapi arwah Agus telah mencatat kebahagiaan Aton.

Arwah Agus telah menghilangan dahaganya. Arwah Agus juga telah meninggalkan bibit untuk di-jadikan kenangan. Hubungan Aton dan Agus bagai minyak dengan air di dalam satu bekas. Walaupun bersatu tapi tidak bersama, sejak dulu mengenangkan Agus, bagi Aton adalah igauan pada waktu siang. 28

Mengenangkan Dollah pula, bagi Aton bagai merentas bara api yang terbentang luas.

Sememangnya api durjana yang telah dinyalakan itu tidak akan padam, kerana, Dollah telah meninggal dunia apabila tubuhnya pecah diterkam lori.

Berita kematian itu amat pilu, apatah lagi Aton tidak sempat mengucup tangan suaminya itu setelah dirinya memulas tombol pintu neraka. Dia tidak sempat mohon ampun daripadanya.

Dia bukan sahaja menduakan Dollah, tetapi telah berlaku curang. Jalan ke syurga yang melalui lorong urat di telapak kaki Dollah telah musnah. Jalan ke syurga telah dihancurkan gara-gara nafasnya sendiri. Dan, Agus, lelaki aneh itu adalah puncanya. Aton ingat lagi saat gawat itu. Saat yang mempertemukan dua hati sekaligus menemukan jalan hitam ke neraka.

Apa yang sedang dicari itu Aton

Oh Abang Agus! Entah kenapa wajahnya bertukar menjadi kemerahan.

Cari apa tu Soalan yang sama telah diutarakan.

Er... Aton tengah cari cincin Aton!

Agus senyum. Kenapa tak cari esok aje, inikan dah hampir senja!

Wajah Aton semakin merah dan dia sendiri tidak tahu sebabnya! Tak apa, Aton pasti cincin tu jatuh di sini! Lagipun, kalau tak dicari, takut esok ada orang lain yang jumpa!

Senyuman memekar. Tanpa arahan sesiapa, mereka sama-sama membongkok, meraba-raba tanah untuk mencari cincin.

Lalu, keadaan telah membuatkan tangan mereka berlaga, ataupun memang sengaja dilagakan oleh Agus

Oh... maafkan abang... abang tak sengaja!29

Aton tunduk lalu memalingkan muka, tetapi bulu romanya naik dan separuh daripada hatinya amat suka. Dia bagaikan mengharap agar kejadian itu berulang lagi.

Er... Aton marahkan abang ke Sekali lagi Agus bcrsuara dan ada riak kesal di roman mukanya.

Aton masih lagi membisu sedangkan hatinya membakar rasa. Jiwanya bertaufan, melanda pepohonan getar sehingga tiba di taman kasih. Aton tahu. Tanpa dorongan sesiapa, hatinya telah terpaut di sana, di dalam kolong hati Agus.

Bang Agus! Panggilan Ayu amat lain nadanya kali ini. Dan Agus, dia menyedari.

Mata bertentang mata.

Bang Agus.... Kata-kata itu tidak mampu diteruskan.

Agus menarik nafas, dia kesal di dalam ghairah dan hatinya memberontak untuk meledak. Er... Aton....

Aton mendongak. Mata mereka bertaut. Aton dapat melihat dengan jelas mata Agus yang redup sayu itu. Mata itu. Ya, mata itu menyembunyikan seribu cerita, yang sukar dimengerti. Mata itu juga menyembunyikan deretan derita. Mata Agus yang redup sayu itu masih ditatapnya. Mata itu seolah- olah kaca yang memantulkan cahaya suram.

Namun dia tidak pasti. Mata Aton masih terpahat pada bebola mata Agus. Sinar kesuraman itu menusuk kalbunya. Jantungnya berdebar. Namun, Aton berasa gembira. Aton berasa seperti satu perasaan halus mengalir dalam nalurinya. Perasaan itu pula perlahan-lahan berputik lalu mekar.

Raut wajah Agus ditatap pula. Sinar wajahnya berbunga luka. Namun, tergambar yang dia masih mengharap. Gambaran yang terukir pada wajahnya 30

melambangkan kesyahduan. Aton bagai terpukau. Halus sungguh jiwamu Abang Agus, detik hatinya.

Abang sudah lama mencintai Aton, dan abang adalah insan paling kecewa apabila Aton berkahwin dengan Dollah dulu!

Abang Agus.... Kata-kata tidak terkeluar lagi.

Air mata bening menitis di kelopak mata. Ayu menundukkan kepalanya. Bibit-bibit kekecewaan ter-bayang. Hatinya menjadi kecut mengenangkan cinta Agus yang tak kesampaian.

Tergambar pada wajah Aton segumpal rindu dan sejuta kesal. Kenapakah Agus tidak berterus-terang sejak dahulu Alangkah indahnya hidup ini sekiranya Agus berterus-terang sejak dahulu. Aton tahu Pak Dek bukanlah orang yang memikirkan soal darjat.

Tambahan pula Aton adalah anak tunggalnya. Sekiranya Agus berterus-terang, yang nyata Aton adalah orang yang paling bahagia. Jauh di sudut hati, Aton juga mengagumi lelaki itu sejak dahulu. Dengan perwatakan yang lembut dan sopan, ternyala Agus amat memikat.

Pengakuan Agus sebentar tadi telah menjadikan dia alpa bahawa Aton bukan lagi bunga di taman.

Aton adalah bunga jambangan. Namun sepanjang hidup dalam jambangan suami, Aton berasa sunyi. Ternyata, hidupnya tidak ceria.

Aton adalah sekuntum bunga harum yang dipetik dan ditempatkan dalam bekas emas yang berdebu. Hidupnya bersama Dollah terlalu kaku. Namun apakan daya, sebagai isteri dan anak kepada temenggung, dia perlu akur dan pasrah.

Susila inilah yang dijaga dan dipeliharanya. Tapi dengan pengakuan Agus sebentar tadi, telah meng- goncangkan pertimbangannya.31

Perlahan-lahan kepalanya diangkat semula sambil wajah Agus ditatapnya. Air matanya deras merembes tanpa sedar. Namun ditahan esakan suaranya bagi menghilangkan kecurigaan.

Manakala Agus faham, cintanya berbalas. Cuma masa dan keadaan telah menghalangnya untuk.... Ya, itulah takdir. Itulah ketentuan. Agus faham suatu ketika dahulu bunga cintanya telah gugur namun tidak layu. Kini, bunga yang gugur itu diambil semula dan dinyatakan kepada Aton.

SEJARAH juga tidak pernah melupakan Pak Dek. Sehingga hari ini, saat ini, wajah arwah Agus dan Dollah bersilih hadir.

Persoalan semakin berat apatah lagi dia sudah jenuh menghadapi pengalaman. Walaupun dia tidak belajar setinggi menara gading, namun dia masih dapat menimbangkan antara lojik dan fantasi.

Yang nyata, Ayu mempunyai ciri-ciri Agus.

Malah, jika diperhitungkan, ada benarnya Ayu itu dijalin daripada benih Agus. Tetapi, dia tidak berani menyuarakannya, apatah lagi bertanya kepada Aton.

Namun, gerak celaru masih gah di benak, menghimpit dirinya agar terus menyelami sejarah dan ini-lah yang membuat hari-hari liburnya terganggu.

Selama lima tahun pernikahan Dollah bersama Aton, mereka masih belum dianugerahkan zuriat. Lalu, setelah Agus dan Aton rapat, anak perempuan tunggalnya itu mula berbadan dua.

Dan, tanpa huraian yang pasti sama ada kematian Dollah berkaitan dengan berita Aton mengandung, atau adakah Dollah kecewa sehingga dirinya menjadi lalai dan kemalangan itu terjadi, jawapan masih tetap bersimpul.32

Begitulah sejarah telah membelit benak Pak Dek sehingga memaksa dirinya memutar kisah silam...

Waktu itu Aton sedang sarat mengandung, dan isterinya menggesa agar upacara melenggang perut perlu disegerakan.

Dia akur, lalu segera bersetuju agar esok mak bidan dipanggil untuk menyelenggarakan kerja itu. Malah, sudah menjadi adat melenggang perut perlu diadakan bagi wanita yang mengandung anak sulung. Lagipun, dia ingin mengetahui jantina cucunya yang bakal lahir.

Saat inilah celaka menimpa. Aton jatuh lalu pengsan sebelum sempat mak bidan dipanggil. Pak Dek masih belum bergerak, sama ada hendak memanggil bidan atau Tuk Aki.

Macam mana ni bang... buatlah sesuatu! Neng Jenab mendesak.

Baiklah... panggil saja mak bidan atau Tuk Aki ke sini!

Abang pergilah panggil Tuk Aki, biar saya suruh Si Agus panggilkan mak bidan!

Baiklah! Pak Dek mula bingkas tetapi kemudian duduk semula.

Kenapa bang

Jenab... bukankah sekarang nak masuk Maghrib. Biarlah abang sembahyang dulu!

Neng Jenab angguk dan belum sempat dia ber- paling, suara Agus pecah di pintu.

Heh Agus!

Kenapa saya dipanggil Agus bersuara setelah laungan Neng Jenab pecah sebentar tadi.

Panggilkan mak bidan selepas Maghrib ni Agus! Pak Dek yang dulu bersuara.

Kenapa33

Aton... dia tiba-tiba jatuh pengsan!

Mata Agus bagaikan terkeluar.

Er... maafkan saya Pak Dek! Kalau ada keizinan Pak Dek... boleh saya tengokkan Si Aton! Dia bimbang, dan jauh di kolah hatinya, dia berasa bertanggungjawab.

Apa

Ya... mungkin Pak Dek tak yakin dengan saya. Tapi... insya-Allah saya dapat memulihkan Aton!

Kamu Ada ragu di dalam kerutan dahi Pak Dek.

Dulu... waktu ibu saya mengandungkan saya, peristiwa begini pernah berlaku dan arwah ayah saya pernah menceritakan dan mengajar saya sesuatu!

Pak Dek terpaku.

Izinkanlah saya mencuba Pak Dek!

Dan Pak Dek semakin terhimpit lalu dia mere- lakan.

Dan kisah itulah yang memukul benaknya se- hingga saat ini. Agus pernah berkata: Dulu, waktu ibu saya mengandungkan saya, peristiwa begini pernah berlaku dan arwah ayah saya pernah menceritakan dan mengajar saya sesuatu!

Lalu, Aton segera pulih. Dan, kalaulah anak di dalam kandungan Aton itu daripada benih Agus, sejarah silam ibu Agus telah berulang sekali lagi.

Dan... labah-labah itu... Pak Dek mengeluh berat.34