SAYA BUKAN FANATIK - 4
Suatu hari, saya telah berdiskusi dengan seorang sister mengenai wanita, adab dan kesopanan. Sister ini bertanya kepada saya mengenai modesty bagi wanita dalam Islam.

Saya menerangkan kepadanya apa yang difahami dan sister ini mula kelihatan gelisah. Saya bertanya kepadanya apa yang tak kena sehinggakan dia menjadi begitu gelisah. Dia mula memberitahu alasan-alasan kenapa dia tidak boleh mengikut garis panduan aurat wanita yang telah ditetapkan dalam Islam.

Kalau zaman dulu, memang saya akan rasa irritated dengan sister ini. Dulu saya terkenal dengan sifat tak sabar dan pemarah, tetapi pada hari itu saya hanya mendiamkan diri. Saya hanya mendengar sister ini terus berceloteh mengenai justifikasi kenapa dia tak boleh ikut perintah mengenai aurat wanita. Kemudian, terdetik di hati saya, wow! Saya memang betul-betul sebijik macam sister ini dahulu. Alasan yang dia berikan serupa dengan alasan saya dulu.

Ketika Wise Owl mula berkongsi ilmu mengenai aurat wanita dalam Islam dahulu, memang saya amat berat untuk menerima dan mengikutinya.

Selepas bertahun menjadi pengikut setia fesyen atau lebih tepat lagi mangsa fesyen, saya rasa rulings mengenai aurat wanita itu begitu mengongkong. Subhanallah! Moga Tuhan ampunkan segala kejahilan saya ketika itu.

Anyway, saya pun mula memberitahu Wise Owl kenapa tak boleh ikut. Saya menerangkan kepadanya bagaimana mustahil untuk saya patuh atau ikut disebabkan kerjaya. Ketika itu, saya sebenarnya cuba menjustifikasikan keengganan untuk ikut. Tak lama kemudian, saya sedar bahawa saya bukannya berkata tidak kepada Wise Owl yang hanya menyampaikan ilmu tetapi sebenarnya berkata tidak kepada Tuhan.

Ya Allah! Macam mana saya boleh menjadi begitu angkuh sekali Macam mana saya boleh tergamak untuk berkata tidak kepada Pencipta sendiri Mungkinkah saya disampuk hantu ketika itu Nasib baik Tuhan sedarkan dan saya mula berubah menukar jawapan kepada ya.

Saya juga bersyurkur kepada Tuhan kerana menghantarkan seseorang yang tidak terus menilai dan amat bersabar dengan antics saya. Saya rasa saya sendiri akan give-up dengan kerenah dan perangai sendiri.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haram itu mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolongtolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Surah Al-Maidah 5:2

Saya sedar kemudian bahawa amat senang untuk melihat keburukan atau kesilapan orang lain. Saya sebenarnya dilatih oleh mentor untuk spot kelemahan opponent dalam mahkamah, itu somehow telah membuatkan saya judgmental terhadap orang lain ketika itu. Saya dengan senangnya boleh pick up karakter yang negatif di dalam seseorang sekelip mata.

Tetapi, itu semua berubah apabila saya pula menjadi subjek penelitian oleh orang lain. Wise Owl tidak pernah menyentuh atau menyebut mengenai keburukan atau kelemahan saya. Dia sebaliknya fokus terhadap kebaikan yang ada dalam diri. Saya boleh beri kepastian bahawa ketika itu tak banyak pun kebaikan yang ada dalam diri, tetapi Wise Owl begitu tabah dan sabar bertahan dengan kerenah saya. Dia tidak pernah berputus asa.

Wise Owl telah sedarkan saya bahawa sebagai manusia, kita sering melihat keburukan orang berbanding diri sendiri. Fikiran kita seolah-olah telah dilatih seperti radar untuk zoom-in kelemahan atau sifat negatif orang lain. Ketika itu saya sedar bahawa saya seorang yang banyak songeh dan sukalah komplen! Saya boleh komplen mengenai semua perkara di dunia ini. Tiada apa yang boleh menggembirakan atau yang boleh buat saya rasa contented. Itu semua kerana saya melihat dunia dengan mata yang negatif. Sekarang saya tahu bahawa tiada apa yang negatif mengenai ujian atau tribulations dari Tuhan. Semuanya adalah rahmah barakah dari Allah SWT.

Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah).

Riwayat Bukhari

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Surah Al Baqarah 2:214

Jadi moral ceritanya di sini adalah, kalau kita berdepan dengan musibah atau orang yang menyusahkan, dari memetik suis negatif, cuba latih otak untuk melihat positif side of people atau keadaan tersebut. Fokuskan kepada kebaikan mereka dan kita akan dapati benda yang buruk itu akan menjadi irrelevant. Kalau kita latih diri, kita akan ada kebolehan untuk mengenal pasti kebaikan di dalam orang lain.

Orang yang suka bertelagah atau defensive sebenarnya vulnerable di dalam. Bahagian luar mereka yang kasar hanya sebagai cover-up atau pelindung. Kalau betul-betul ikhlas untuk berdakwah, kita harus belajar mencari kebaikan orang lain dan cuba menolong mereka. Kalau Tuhan izinkan, orang itu akan berubah menjadi yang paling baik dan mulia akhlaknya. Tetapi, kalau kita tidak berjaya menolong seseorang itu, janganlah bersedih. Kita sudah cuba sedaya upaya dan selainnya bertawakkal sahaja.

Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

Surah Al-Hadid 57:5

Jadi, berbalik kepada cerita mula-mula tadi, saya taklah cekik sister itu dengan marah, sebaliknya hanya senyum dan berkata, sister tahu tak sister mengingatkan saya kepada diri saya sendiri pada suatu ketika dulu. Jom kita pergi minum kopi dan berborak lagi.