Apa aku nak sebenarnya
Perempuan macam aku boleh kerja masyuk sebagai call girl. Satu malam tembak Sultan, boleh masuk RM1000 paling kurang. Paling tidak tembak Rootz, senangsenang jantan-jantan miang boleh hulur RM400-RM500 untuk seorang call girl. Alah, setakat jantan tua, usap-usap sikit chow lah. Masa nak ajak main tu yang kena pandai mengelat.
Boleh hidup mewah dan mungkin sekarang dah jadi Datin tanpa perlu pandang belakang hidup jahanam yang lama. Lelaki-lelaki muda zaman kehancuran semuanya tak menguntungkan. Semua melelong cinta macam tak ada harga. Apa yang aku tunggu sebenarnya Rokok tinggal tiga batang. Aku kusut. Kuku merah terkikis. Aku bangun pandang cermin, tengok-tengok kalau boleh nampak masa depan. Tak, yang nampak cuma diri sendiri dan muka serupa nak pergi parti Halloween.
We were so in love at that time. Orang kata lelaki jahat untuk perempuan jahat. Our first met were at the club. Aku dah khatam semua perangai lelaki yang kau boleh panggil anak-anak ikan ni. Sekadar poket kosong yang satu botol pun tak mampu bukak atas meja. Melepet ramai-ramai semata-mata nak tengok perempuan. Sembang-sembang kencang. Ah, bosan. Tapi, anak ikan yang satu ini lain. At first I just wanted you to fuck me, but I got greedy, I wanted you to love me.
Selalu ingatkan diri sendiri yang masih ada waktu dan peluang untuk orang-orang baik. Ada satu masa, kiranya dah betul-betul jatuh cinta dengan seorang lelaki baik, main ragbi, manis orangnya dan tak pernah biadap. Tapi bila tiba-tiba muncul bekas kekasihnya yang membezakan status aku dengan dia, of course aku surrender. She got Hermes. Aku Cuma wallet buruk yang kalau pergi mamak, bila bukak, semua syiling jatuh sebab bocor.
Diri yang datang dari keluarga susah, bila
dipandang belakang, tak ada siapa. Insurans nyawa pun tak ada. Bila-bila saja boleh mati sia-sia. Itu pun kalau mati sebab kena ganyang kerana asyik menjalang. Sejak putus harapan dengan pemain ragbi, sifat defensif aku menjadi-jadi. Kalau perempuan dipandang sebagai objek, biar aku menjadi objek. Kalau cinta boleh dilacurkan untuk jadi duit, aku akan buat benda tu. Kalau cinta boleh digadai semudah petik jari, tanpa janjikan apaapa, biar aku sahut. Semata-mata untuk dicinta semua lelaki, dibenci semua perempuan.
And whats on their mind Ingat jadi kupu-kupu malam ni senang Kena labur duit cari baju cantik untuk lekat pada badan. Kena pakai push-up dan thong supaya tak nampak garisan bila sarung dress. Kena pakai make-up yang macam chewing-gum melekat dekat muka. Lepas tu, kena sarung heels 5 inci dan menari tanpa henti macam cacing panas untuk halwa mata semua. Do you think this is easy Macam pelaburan besar yang tak menjanjikan apa-apa untung dan sekadar mengharapkan perhatian.
Oh, crap.
You want drinks
Taknaklah, tak minum.
Why Habis tu setiap minggu masuk club buat apa
Untuk joget je. I wanted to be a dancer. Well you know, orang sini kalau tengok ligat sikit je stereotaip kata lucah. My mom wont allow me to. Then, kenapa tak minum Its just a drink.
I did. Twice. I orang susah. Kalau minum setitik kan Tuhan tak terima doa kita. Nanti kalau I susah
macam mana nak doa
Hmm... comel.
Dia, sesuatu. Sesuatu yang menggamit seluruh hidup aku. Theres something in him that makes me come back for more. Lain dari berpuluh-puluh lelaki yang aku pernah jumpa. I believe that bad girls are meant to be for bad boys too. Kalau itu lelaki yang aku cinta, bawalah pada dia.
Rokok terakhir dibakar. Cuci tangan, bersihkan muka. Campak dress merah yang basah dengan air mata, sambung menangis bawah shower. Aku berjanji untuk keluar dari dunia sundal lelaki durjana. Minta maaf kerana lunyaikan diri dalam dunia kejam.