HUJAN AKHIR BULAN JULAI - 4
Lenaku hilang bersama cinta membuat aku sengsara dalam senyap gelita. Akulah si majnun yang telah kekeringan air mata dengan lingkaran kusam menjadi cerita;
engkau sudah tiada... engkau sudah tiada
dan aku adalah insan tersumpah oleh kasihmu, Laila.
Jack Malik | 27 Julai 2015 / 11 Syawal 1436H | Ipoh