Kami telah membuat perjanjian dengan mereka bahawa kami tidak akan cuba untuk melarikan diri semasa dalam jagaan mereka. Walau bagaimanapun, oleh kerana mereka menyalah guna anggotaanggota parti kami, tidak ada seorang pun daripada kami yang mengambil serius terhadap perjanjian itu. Namun, ia cukup untuk melumpuhkan niat tegas kami. Justeru, kami meninggalkan satu stesen demi satu stesen di belakang kami. Setelah beberapa ratus verst, kami sudah mula pulih daripada inertia yang telah mengganggu kami. Saya sudah berhenti menoleh ke belakang, tetapi merenung ke hadapan dengan konsisten, merancang untuk mengatur bekalan buku-buku dan kertas-kertas, dan berundur untuk dapat tinggal dengan lama . Di Beresov, perasaan ini hilang dengan segera.
Adakah mungkin untuk melarikan diri dari sini Saya bertanya kepada seseorang.
Ia lebih mudah pada waktu musim bunga.
Dan sekarang
Ia agak sukar tetapi tidak mustahil. Namun, tidak ada orang lagi yang pernah mencubanya.
Semua orang mengatakan bahawa ia adalah mudah untuk melarikan diri pada musim bunga. Ia adalah kerana jumlah polis di sini adalah sedikit, berbanding dengan 100 orang buangan yang sering melaluinya. Walau bagaimanapun, saya telah memerhatikan bahawa 45 orang buangan yang kekal di sini telah dikawal dengan luar biasa baik oleh polis tersebut. Ia akan lebih baik untuk melarikan diri dari tempat ini dengan segera.
Tetapi, bagaimanapun anda harus berhenti di sini. Jika anda pergi dengan yang lain sejauh Obdorsk, akan ada jarak 480 verst antara anda dan kebebasan.
Saya memberitahu bahawa saya terlalu sakit dan penat untuk pergi jauh dan saya tidak akan cuba untuk melarikan diri. Ketua polis telah mengadakan rundingan dengan doktor dan membenarkan saya untuk berada di situ selama beberapa hari untuk menyembuhkan diri. Saya telah dibawa ke hospital. Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Semasa di hospital, saya telah mempunyai kebebasan tertentu kebebasan yang relatif. Doktor telah menasihatkan saya untuk berjalan sebanyak yang boleh dan saya mengambil kesempatan ini untuk belajar sesuatu tentang negara ini.
Seseorang mungkin telah memikirkan bahawa perkara paling mudah untuk dilakukan adalah kembali di sepanjang laluan yang telah diambil oleh kami ketika ke Beresov iaitu sepanjang laluan Great Tobolsk. Namun begitu, saya berasa laluan ini agak berbahaya. Benar, terdapat ramai petani yang boleh dipercayai sepanjang laluan tersebut yang boleh membawa saya dengan selamat dari satu kampung ke kampung lain. Walau bagaimanapun, pasti akan ada banyak pertemuan berbahaya sepanjang jalan berkenaan! Semua pegawai kerajaan tinggal di sepanjang denai itu dan sering menggunakannya sebagai laluan perjalanan mereka. Mereka mampu untuk bergerak dari Beresov ke stesen telegraf yang seterusnya dalam masa kurang dari 48 jam lebih kurang dalam situasi kecemasan dan dari sana, polis tersebut mungkin menghantar amaran kepada polis-polis di sepanjang laluan ke Tobolsk. Saya akhirnya mengabaikan idea melarikan diri mengikuti arah perjalanan itu.
Ia akan lebih mudah untuk menggunakan rusa bagi menyeberang Urals dan sampai ke Archangel melalui Ischma. Perjalanan ke Archangel adalah selamat dan melewati negara yang terpencil. Walau bagaimanapun, ia adalah berbahaya untuk berhenti di Archangel. Saya tidak mempunyai apa-apa petunjuk tentang tempat-tempat yang selamat di Archangel dan ia adalah sukar untuk mendapatkan sebarang petunjuk dalam masa yang singkat ini.
Rancangan ketiga nampaknya lebih munasabah untuk dilaksanakan: untuk pergi dengan menggunakan rusa sejauh daerah perlombongan Ural, untuk menaiki kereta api yang sempit berdekatan dengan lombong Bogoslovsky dan untuk mengembara dengan menggunakannya ke Kuschma di mana ia terhubung dengan jalur Perm. Dari sana, laluan tersebut lurus sahaja, melewati Perm, ke Viatka, Vologda, Petersburg.
Daerah perlombongan ini mudah diakses dari Beresov yakni sepanjang sungai Sosiva atau Volulka dengan menggunakan rusa. Perjalanan itu harus melewati negara yang terpencil dan terbiar. Tidak ada polis, meskipun di satu koloni Rusia, di sepanjang jalan daripada sebahagian ribuan verst itu . Hanya ada pondok-pondok Yakutia yang terpencil. Sudah tentu tidak ada stesen telegraf dan tidak ada kuda sepanjang seluruh jalan itu. Seseorang mesti mengembara dengan rusa.
Saya mesti mendahului pihak berkuasa di Beresov dengan masa yang mencukupi supaya mereka tidak boleh menyusuli saya meskipun jika mereka mengekori laluan perjalanan saya. Namun begitu, perjalanan tersebut penuh dengan bahaya, bahkan terlalu bahaya dan banyak kekurangan. Terdapat 100 verst lebih tanpa sebarang jejak tempat tinggal manusia. Dalam kalangan orang Yakutia, satusatunya penduduk di sini, tersebar banyak penyakit berjangkit. Penyakit sifilis tidak ada kesudahan, dan penyakit tifus pula masih wujud. Apabila seseorang sakit, dia tidak akan menjangkakan sebarang kesembuhan. Pada musim dingin yang lepas, terdapat satu kematian di Ourvinsk, di laluan Sosvinski, yakni seorang saudagar muda bernama Dobrovolsky dari Beresov. Dia dibiarkan menderita demam selama dua minggu, tanpa dijaga atau diberikan perhatian. Dan patutlah rusa itu menjadi letih dan tidak boleh diganti. Dan sekali lagi serangan ribut salji yang dahsyat.
Ia boleh berterusan sehingga berhari-hari lamanya. Februari sememangnya bulan yang terkenal dengan ribut salji. Sekiranya ada yang menyusuli, anda pasti tidak ada harapan. Bolehkah anda pasti dapat menemui jalan ke daerah perlombongan tersebut pada masa ini Sangat jarang untuk sesiapa pergi ke sana dan sekiranya tidak ada orang Yakutia yang melalui laluan itu baru-baru ini, maka pasti ada laluan-laluan yang terkambus dengan salji. Maka adalah mustahil untuk anda menemui jalan anda. Ia adalah amaran-amaran yang telah diberikan kepada saya.
Saya tidak menafikan bahawa ada banyak risiko. Sudah tentu laluan Tobolsk mempunyai banyak kelebihan dari segi keselesaan dan kurangnya bahaya fizikal tetapi kelebihan-kelebihan ini adalah kecil sekiranya ditimbang dengan bahaya keberadaan polis di sepanjang laluan ini. Saya telah memutuskan untuk berjalan di arah sungai Sosiva dan mengikuti jejaknya dan kerana peristiwaperistiwa telah membuktikan saya tidak ada sebab untuk kecewa dengan pilihan ini.
***
Sekarang hanya ada satu perkara lagi yang harus diselesaikan tetapi ia adalah hal yang paling sukar sekali. Saya harus mencari seseorang yang boleh membawa saya ke sepanjang jalan yang tidak menentu itu.
Tinggalkan kepada saya. Saya akan mengaturkannya untuk anda, kata Nikita Serapionitch setelah kami berbincang tentang perkara ini dengan lanjut. Nikita ialah seorang saudagar muda yang liberal.
Ada seseorang yang tinggal di satu tempat sekitar 40 verst dari bandar ini, seorang Siryane yang bernama Nikivor. Dia orang yang berani dan kuat. Dia bijak dan agak praktikal. Dia sanggup mengambil risiko.
Adakah dia peminum Saya bertanya dengan berhati-hati.
Sudah tentu dia peminum. Mengapa dia tidak perlu minum Semua orang minum. Minuman itu yang menghancurkan dia. Dia ialah seorang pemburu yang bagus dan selalu membawa banyak haiwan sabel dan memperoleh banyak wang. Ya, itu tidak membuat sebarang perubahan. Sekiranya dia berjanji, saya pasti dia akan menepatinya. Dia orang yang kuat. Jika dia tidak membawa anda, maka tidak ada orang yang akan melakukannya.
Kami menggariskan syarat-syarat dalam kontrak itu, antara Nikita dan saya. Saya akan membeli tiga rusa yang terbaik. Saya juga akan menyediakan kereta luncur salji. Sekiranya Nikivor membawa saya dengan selamat ke daerah perlombongan tersebut, kereta luncur salji dan rusa-rusa berkenaan akan menjadi miliknya, dan saya akan membayarnya 50 rubel sebagai tambahan.
Sebelum hari berakhir, saya telah mendapat jawapan saya. Nikivor telah bersetuju. Dia sudah pergi ke sebuah perkhemahan lebih kurang 50 verst jauhnya dan esok dia akan kembali dengan tiga rusa terbaik. Saya mesti berangkat pada esok petang. Dalam waktu yang sama, saya mesti mengaturkan segala yang diperlukan menyediakan but dan sarung kaki yang bagus diperbuat daripada kulit rusa, kot, dan juga permaidani daripada material yang sama, dan membeli makanan yang cukup buat kami selama 10 hari. Nikita telah membawa saya untuk menyediakan semua ini.
Saya beritahu anda, dia meyakinkan saya. Nikivor akan berusaha untuk menyelamatkan anda. Dia pasti akan menyelamatkan anda. Jika dia tidak peminum, saya menjawab dengan skeptik.
Semuanya akan baik-baik sahaja, dan dia tidak akan minum. Dia hanya takut dia tidak boleh menemui jalan menyeberangi gunungganang. Ia sudah 8 tahun sejak kali terakhir dia menyeberanginya. Anda mungkin mengembara sepanjang sungai ke Schominsk tetapi ia agak jauh.
Terdapat dua laluan dari Beresov ke Schominsk; satu lebih cepat meskipun terbiar satu lagi lebih mudah namun ia lebih lama, iaitu sepanjang denai sungai.
Ia bagaimanapun agak mustahil untuk berangkat pada esok hari kerana Nikivor tidak muncul dan tidak ada seseorang pun yang mengetahui khabarnya. Nikita memang tertekan.
Adakah anda telah memberikannya wang untuk membeli rusa saya bertanya.
Apa maksud anda Adakah anda fikir saya seorang kanak-kanak sekolah Saya hanya memberikannya 5 rubel, dan ketika itu isterinya ada bersama. Saya akan mencarinya hari ini. Jangan takut. Sekurang-kurangnya ada 24 jam untuk menunggu dan ketua polis mungkin pada bila-bila masa memerintahkan saya ke Obdorsk. Permulaan yang buruk!
Saya berangkat pada hari ketiga, 18 Februari. Nikita datang ke hospital pada waktu siang dan setelah menunggu sehingga saya bersendirian dalam bilik saya, dia mengatakan, dengan memberikan penekanan:
Datang ke rumah saya pada jam 11 malam ini tanpa disedari oleh sesiapa. Kita akan berangkat pada jam 12. Keluarga saya dan seluruh isi rumah akan berada di teater dan saya akan bersendirian. Anda boleh memakai baju panas anda, makan lewat malam dan saya akan membawa anda dengan kuda ke hutan di mana Nikivor akan menunggu. Dia akan membawa anda ke laluan gunung. Dia memberitahu saya bahawa 2 kereta luncur salji orang Yakutia telah ditinggalkan di laluan itu.
Adakah ini muktamad saya bertanya dengan ragu-ragu.
Muktamad dan pasti.
Sepanjang hari saya mundar-mandir di bilik saya. Sekitar jam 8 malam, saya membuat kesimpulan bahawa ia adalah lebih baik untuk pergi ke tempat teater di dalam berek ini. Dewan sudah dipenuhi orang. Tiga lampu besar digantung di siling dan di sepanjang dinding ada lilin yang diletakkan di bayonet. Ada tiga orang ahli muzik yang tidak dapat bermain instrumen mereka dengan lancar kerana pentas yang begitu sesak. Pegawai-pegawai kerajaan memenuhi ruang hadapan; duduk di belakang mereka ialah para saudagar dan peniaga, dan di sana-sini ada buangan politik. Di bahagian tepi pula duduk orang-orang biasa para kerani, borjuis kecil, dan anak muda. Tentera-tentera berada di kedua-dua sudut dinding. The Bear oleh Chekov sedang dimainkan di atas pentas. Pakar bedah yang gemuk dan kelakar, Anton Ivanovich telah memainkan peranan sebagai The Bear. Isterinya mengambil peranan sebagai jiran yang cantik. Doktor kami duduk di ruangan pembantu ingat. Semua orang bertepuk tangan apabila tirai jatuh pada babak terakhir The Bear.
Semasa waktu rehat, para buangan politik telah berkumpul dan membincangkan tentang berita terkini. Saya mendengar bahawa ketua polis meminta maaf bahawa timbalan-timbalan dengan keluarga mereka tidak dibenarkan untuk berada di Beresov. Ketua polis mengatakan ia mustahil untuk melarikan diri dari sini. Ya, tetapi itu cuma tokok-tambah. Orang-orang dibawa ke sini, justeru mereka mungkin boleh melarikan diri.
Muzik berhenti, dan tirai dinaikkan kembali. Persembahan kali ini adalah A Tragedian in Spite of Himself, satu episod cuti dalam kehidupan sepasang suami isteri. Inspektor hospital telah memainkan peranan sebagai suami yang bercuti di negara ini. Dia memakai kot dengan sutera nipis dan topi jerami pada Februari, di rantau Arctic Circle ini! Apabila tirai jatuh, saya telah mengalami neuralgia dan meninggalkan komrad-komrad saya.
Nikita sudah menunggu saya. Anda hanya ada waktu yang sedikit untuk makan lewat malam dan menukar pakaian anda. Saya sudah memberitahu Nikivor untuk ke tempat yang telah kita janjikan apabila penggera berbunyi pada jam 12 nanti.
Menjelang tengah malam, kami keluar ke halaman pagar tembok. Suasana yang sangat gelap dengan kontras bilik yang menyala, akan tetapi saya dapat melihat seekor kuda ditambat pada sebuah kereta luncur salji. Saya duduk di bahagian bawah kereta luncur salji itu setelah menelentangkan sarung kaki saya. Nikita menutup saya dengan jumlah jerami yang banyak supaya kelihatan seperti sesuatu muatan barangan. Dia juga telah meletakkan salji di jerami itu, agar ia kelihatan seperti kereta luncur salji ini telah lama berada di luar. Kehangatan nafas saya telah mencairkan salji itu dan air sejuk menitis di wajah saya. Tangan saya berasa sangat sejuk. Saya lupa untuk memakai sarung tangan dan saya tidak dapat bergerak sekarang kerana dipenuhi dengan jerami-jerami itu. Saya mendengar penggera menandakan jam 12, dan dengan segera kereta luncur salji itu mula bergerak.
Akhirnya! Saya fikir, Ini adalah permulaannya. Kesejukan yang saya alami sekarang hanyalah peringatan yang menyenangkan bahawa saya benar-benar sedang dalam perjalanan saya. Kami bergerak ke hadapan sekitar 20 minit dan kemudian telah berhenti. Wisel yang nyaring dibunyikan dari atas saya sudah tentu petunjuk daripada Nikivor. Dengan segera, saya mendengar suatu suara. Siapakah itu Saya tertanya-tanya dan agak terganggu. Nikita nampaknya rimas dan saya mendengar dia merungut sendiri. Dia tidak melonggarkan ikatan jerami saya.
Ada apa Saya berbisik, meskipun dipenuhi dengan jerami-jerami berkenaan.
Cuma syaitan itu sahaja yang tahu, Nikita merungut.
Adakah dia mabuk Saya bertanya dan hati saya jadi kecewa. Begitulah. Dia tidak dalam keadaan waras.
Pada masa sama, kedengaran ada beberapa orang yang mendekati kami. Itu tidak penting, Nikita Serapionitch, jangan risau, Saya mendengar suara itu bercakap. Tidak patut bimbang. Ini kawan saya, dan yang ini pula ayah saya. Dia tidak patut takut dengan orang-orang ini.
Nikita sambil merungut-rungut telah membuka ikatan jerami saya. Berhadapan dengan saya ialah seorang lelaki yang berbadan besar. Dia ialah seorang petani dan dengan wajah terkejut yang melampaui kelicikan dan kemabukan . Salji dan bintang telah menunjukkan ia hampir terang seperti siang hari dengan berpakaian malitsa, lelaki itu kelihatan tertekan. Terdapat seorang anak muda berdiri berhampiran dan di tepi kereta luncur salji pula berdiri seorang lelaki tua yang secara terang-terangan sedang mabuk.
Jangan bimbang encik, jangan bimbang. kata lelaki berbadan besar kepada saya. Ini kawan-kawan saya. Saya akan menjamin mereka. Nikivor peminum namun dia masih waras meskipun dia mabuk. Jangan bimbang tentang itu. Bagaimana saya boleh gagal membawa anda dengan selamat dengan menggunakan haiwan seperti itu dia menunjukkan rusa-rusa itu. Pakcik Michael Yegoritch berkata: Mengemudilah melewati gunung-ganang itu. Dua kereta luncur salji orang Yakutia telah pergi ke jalan itu tempoh hari. Saya sendiri sanggup ke gunung-ganang itu. Semua orang mengenali saya di sepanjang sungai tersebut. Saya bertanya kepada Michael Yegoritch untuk makan kek dengan saya tempoh hari. Michael ialah seorang petani yang baik. Dia mundar-mandir dan terus mundar-mandir. Diam Nikivor, dan letak barang-barang ini di kereta luncur salji anda, Nikita telah mengarahkan Nikivor. Dia mula bergegas memunggah barang. Dalam masa 5 minit semuanya sudah diselesaikan dan saya berada dalam kereta luncur salji yang baharu.
Ah Nikivor, kata Nikita dengan mencela, Saya beritahu anda untuk tidak membawa orang-orang ini. Sekarang ingat, kamu semua, Dia mengatakan kepada orang-orang yang lain itu, Anda tidak boleh mengatakan sesuatu pun tentang apa-apa.
Tidak, tidak, kami tidak akan mengatakan apa-apa, jawab petani yang muda tersebut. Orang tua itu hanya melambai-lambaikan jarinya dengan lemah dan lucu. Saya menjadi sebak kerana harus berpisah dengan Nikita.
Pergilah.
Nikivor mengatakan sesuatu; dan rusa-rusa itu bergerak, dan bermulalah perjalanan kami.
Rusa-rusa itu telah berlari dengan tangkas. Ia bernafas dengan cepat dan kuat. Jalan tersebut agak sempit, haiwan-haiwan itu kemudian merapatkan badan mereka antara satu sama lain. Seseorang pasti berfikir bahawa ia tidak akan dapat mengelak satu sama lain .
Anda harus mengaku, kata Nikita sambil berpaling kepada saya, Bahawa rusa adalah lebih baik. Ia kuat mengemudi dan kualiti yang terbaik. Ada 700 haiwan tetapi tidak ada yang boleh mengalahkannya. Michael yang tua itu tidak mendengar saya pada mulanya. Dia telah mengatakan Saya tidak mahu menyerahkan rusarusa jantan ini. Tetapi, apabila dia sudah mabuk kerana minum satu botol arak, dia mengatakan, Ambil lah ia. Namun begitu, apabila tiba masa untuk menyerahkan rusa-rusa itu, dia mula menangis. Maafkan saya, katanya, Ketua ini Nikivor ditunjukkan kepada seekor rusa yang gagah Tidak boleh dibayar dengan tunai. Jika anda datang kembali dengan selamat, saya akan membeli daripada anda semula dengan harga yang sama. Itu untuk menunjukkan kepada anda bagaimana terbaiknya haiwan-haiwan tersebut dan saya juga meletakkan harga yang baik untuk rusa-rusa berkenaan. Namun demikian, ia memang berbaloi. Ketua itu sendiri berharga 25 rubel.
Nikivor berhenti sejenak sebelum dia mula bercakap lagi.
Hanya daripada Pakcik Michael Ossipovitch bahawa seseorang boleh mendapatkan pinjaman percuma. Pakcik itu telah memberitahu saya dengan jelas. Anda ialah seorang yang bodoh, Nikivor. Ya, hanya itu yang dikatakan olehnya: Anda ialah seorang yang bodoh, Nikivor. Mengapa anda tidak memberitahu saya pada awalnya yang anda akan membawa orang ini
Siapakah yang dimaksudkan oleh anda saya mencelah.
Ya, anda sendiri sebagai contoh.
Saya mempunyai banyak peluang untuk menyedari bahawa orang itu adalah perkataan kegemaran pengemudi saya.
Kami telah pergi hampir-hampir kurang 10 verst apabila Nikivor tiba-tiba menghentikan pasukannya.
Kita harus berhenti di laluan ini dan pergi ke sebuah kem Yakutia yang kira-kira 5 verst dari sini. Ada sehelai gussi di sana untuk saya. Saya tidak akan pergi jauh dengan hanya memakai malitsa itu sebelum saya benar-benar kebekuan. Saya mempunyai nota tentang gussi tersebut daripada Nikita.
Saya terkejut dengan pemikiran yang tidak masuk akal ini. Idea untuk berhenti di sebuah kem Yakutia yang hanya 10 verst dari Beresov! Saya mengetahui yang Nikivor sepatutnya mengambil gussi itu kelmarin tetapi dia meluangkan masa dua hari lepas dengan meminum arak.
Tidak kira, Saya memberitahunya. Saya tidak ingin ke sana. Syaitan sahaja yang tahu siapa atau apa yang mungkin ada di sana. Anda patut melakukannya sebelum ini. Jika anda mula menderita kesejukan, anda boleh memakai kot bulu saya di atas malitsa anda, kot ini. Dan apabila kita tiba dengan selamat, saya akan memberikan anda kot kulit biri-biri pendek yang dipakai oleh saya sekarang. Ia lebih hangat daripada sehelai gussi.
Baguslah, jawab Nikivor dengan gembira dan setelah segera bersetuju dengan rancangan saya. Mengapa kita mahu sehelai gussi Kita tidak akan menderita daripada kesejukan ini. Ho-Ho! Dia berteriak kepada rusa-rusa itu. Kita tidak memerlukan rotan untuk haiwan-haiwan ini. Ho, ho!
Akan tetapi, kegembiraannya tidak berpanjangan. Dia telah mabuk. Dia terhuyung-hayang di atas kereta luncur salji itu dan tertidur nyenyak. Saya telah berkali-kali membangunkannya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya setiap kali, kemudian menyentuh rusa-rusa itu dengan rotan panjang dan menggumam Apakah masalahnya Haiwan-haiwan ini bagaimanapun akan menjaga kelajuan ia dan tertidur lagi. Rusa-rusa tersebut melambatkan perjalanannya, hampir terjatuh, dan hanya teriakan saya yang berkali-kali menyedarkan ia. Dua jam telah berlalu. Saya juga tertidur, tetapi bangun dalam beberapa minit kerana memikirkan yang rusa-rusa itu telah berhenti. Saya masih separuh tertidur dan percaya bahawa semuanya sudah hilang.
Nikivor! Saya menjerit sambil mengoncangkan bahunya. Dia hanya menggumam dengan tidak jelas. Apa yang boleh saya buat Saya tidak boleh buat apa-apa. Biarkan saya tidur.
Saya mula berasa tertekan. Saya hanya telah bergerak dalam 30 atau 40 verst dari Beresov. Jika kami berhenti di sini, ia akan agak mudah untuk mengejar kami sekiranya pelarian saya diketahui. Saya tidak ada niat untuk berhenti. Saya berasa saya harus memaksa Nikivor. Nikivor, Saya menjerit, menarik topi bulu dari kepalanya dan membiarkannya kesejukan. Jika anda tidak mahu bangun dan mengemudi, dengan segera saya akan membuang anda dalam salji itu dan meneruskan perjalanan sendiri.
Sama ada kata-kata saya ataupun kedinginan di kepalanya telah membangunkannya sedikit. Dia kemudian menyedari rotannya telah tercicir semasa dia tidur. Dengan terhuyung-hayang dan menggaru dirinya sendiri, dia menemui sebilah kapak kecil di kereta luncur itu setelah lama mencari. Dia telah menggunakannya untuk menebang satu pokok cemara yang muda dan mengambil rantingnya untuk dijadikan rotan. Kami meneruskan perjalanan dengan rotan baru kami itu. Saya telah memutuskan untuk mengawal pengemudi saya dengan tegas.
Tidakkah anda faham apa yang anda telah buat Saya menyoalnya dengan tegas. Ini bukan gurauan. Saya rasa anda fikir yang polis itu akan mula memuji kita jika mereka menangkap kita!
Sudah tentu saya faham, jawab Nikivor dalam separa sedar. Apa yang anda kemudi Anda tahu haiwan ketiga itu tidak bagus. Haiwan pertama tidak boleh menjadi lebih baik dan haiwan kedua juga adalah bagus, tetapi haiwan ketiga itu tidak ada yang boleh menafikan bahawa ia lemah.
Ia semakin dingin menjelang siang. Saya memakai gussi di atas pakaian kulit biri-biri saya. Ia memang selesa, namun keadaan Nikivor telah berubah menjadi semakin teruk. Mabuknya sudah hilang dan kedinginan itu telah menembusi malitsa yang dipakainya. Lelaki tua tu menggigil dari kepala hingga ke kaki.
Pakai kot bulu ini, Saya menyuruhnya.
Tidak, ia sudah terlalu lambat. Saya hanya perlu untuk menghangatkan kot bulu ini sebagaimana badan saya sendiri harus hangat.
Satu jam kemudian kami telah melihat beberapa pondok tiga atau empat teratak yang dibina dengan papan dan sudah buruk.
Saya hanya akan masuk untuk beberapa minit dan menghangatkan badan saya dan bertanya tentang jalan itu. Nikovor kemudian menghilang.
Lima minit telah berlalu sepuluh lima belas minit Satu sosok aneh, yang berselubung sepenuhnya dengan pakaian bulu mendekati kereta luncur itu, berdiri di sana dengan senyap dan tidak bergerak untuk satu tempoh, dan kemudian pergi. Siang menjelang dengan perlahan-lahan, hutan dan pondok-pondok yang buruk dan menyedihkan itu mula menjadi sesuatu yang mengancam. Apakah pengakhiran kepada semua ini saya bertanya kepada diri saya sendiri. Dapatkah saya pergi lebih jauh dengan orang yang mabuk ini Sekiranya kami pergi dengan kelajuan seperti ini, ia akan menjadi mudah untuk mengejar kami. Dan apabila dia mabuk hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang Nikivor mungkin beritahu kepada orang lain yang kemudiannya akan melaporkannya ke Beresov, dan ini bakal menjadi penamat kepada semua usahanya. Meskipun mereka tidak dapat mengejar kami, mereka mungkin mengirim pesanan telegrafik kepada semua stesen kereta api. Adakah ia berbaloi untuk meneruskannya saya bertanya kepada diri saya sendiri dengan keadaan tertekan.
Setengah jam sudah berlalu dan Nikivor masih belum pulang. Saya memutuskan untuk mencarinya, tetapi saya tidak pasti pondok yang mana satu yang telah dimasuki olehnya. Saya pergi ke pondok yang berdekatan dengan jalan dan mengintip melalui jendela yang redup itu. Api menyala di pendiangan. Di atas lantai ada sebuah cerek kecil yang mengeluarkan stim. Di atas katil-katil papan, duduk beberapa orang, antaranya ialah Nikivor. Dia telah memegang satu botol di tangannya.
Saya menumbuk jendela dan dinding itu dengan sekuat-kuatnya. Nikivor muncul setelah itu. Dia telah memakai kot bulu saya, dua inci di atas malitsa yang dipakainya.
Ambil tempat anda dan mengemudilah, kata saya dengan tegas. Anda benar, anda benar, dia menjawab tanpa membantah. Tidak mengapa saya sudah hangat sekarang marilah kita pergi. Kita akan pergi sejauhnya pada malam ini bahawa tidak akan ada orang yang melihat kita lagi. Tetapi, haiwan ketiga itu lemah kita harus melepaskan dan membiarnya lari.
Kami meneruskan perjalanan kami.
****
Sekarang sudah pun sekitar jam 5. Bulan sudah tinggi naik dan bersinar dengan terang. Fros semakin sukar untuk diterima dan seseorang boleh hampir tahu yang siang akan menjelang. Di bawah kot kulit biri-biri dan kot kulit rusa saya, saya berasa agak selesa. Nikivor nampaknya gembira, yakin dan aman dengan jalannya, dan rusa-rusa itu telah berlari dengan sangat baik. Saya terlena dan terbangun untuk sesuatu yang kelihatan sama. Kami nampaknya telah mengemudi melalui daerah yang berpaya dan tidak ada pokok kayu. Tidak ada pokok cemara atau pokok birch yang muncul daripada salji, dan jejak laluan tersebut tidak jelas. Rusa-rusa itu telah berlari dengan baik dan tidak berasa penat. Pernafasan haiwan-haiwan itu kuat dan berbunyi seperti stim yang keluar daripada lokomotif-lokomotif kecil. Nikivor telah menanggalkan topi bulunya yang berwarna putih. Kepalanya menjadi terdedah. Bulu putih rusa itu bertebaran di rambut merahnya yang kusut sehingga kepalanya nampak seperti ditutup dengan embun. Kami akan teruskan, saya berfikir. Ada perasaan gembira dalam diri saya. Mungkin mereka tidak akan menyedari untuk sehari dua bahawa saya telah melarikan diri. Kemudian ia sudah terlalu lambat untuk mengejar kami. Kami akan teruskan.
Sekitar jam 9 pagi, Nikivor telah memberhentikan rusa-rusa itu. Di tepi denai, hampir-hampir di sebelahnya, terdapat satu khemah besar Tschum yang didirikan daripada kulit-kulit rusa dalam bentuk kon yang terpotong. Berdekatan dengan khemah itu pula ada kereta luncur salji yang ditambat rusa padanya; ada kayu api di satu timbunan, kulit-kulit bulu yang telah disamak daripada haiwan-haiwan itu, dan satu kepala rusa dengan tanduk-tanduk besar yang digantung pada tali yang berhampiran; dua orang kanakkanak memakai baju dan kasut kulit rusa sedang bermain dengan beberapa ekor anjing.
Dari mana Tschum ini datang Nikivor telah berteriak dengan kehairanan. Saya berfikir kita tidak akan melihat sesiapa sehingga kita datang ke pondok-pondok Vishpurtimsk. Dia tertanyatanya. Dia menyedari bahawa orang-orang Ostiak ini telah datang daripada penempatan mereka 200 verst jauh dari tempat ini untuk memerangkap tupai-tupai untuk mengambil bulu-bulunya. Saya mengambil perkakas-perkakas kami dan merangkak masuk melalui sebuah lubang yang ditutup dengan kulit rusa, untuk menyediakan sarapan dan minum teh.
Paisi, Nikivor telah menyapa isi rumah tersebut.
Paisi, Paisi, Paisi, jawapan daripada semua orang di tempat itu.
Di lantai ada timbunan kulit merata-rata, dengan manusia-manusia bergerak di antaranya. Kelmarin adalah hari pesta dan hari ini semua orang sedang mabuk.
Di tengah-tengah bilik itu ada dinyalakan unggun api, asapnya meninggi dan melewati satu lubang di atas khemah ini. Kami telah meletakkan beberapa kayu pada api itu dan meletakkan cerek teh kami di atasnya. Nikivor telah berborak-borak dengan anggotaanggota isi rumah ini, bercakap dengan fasih dalam bahasa Ostiak. Seorang wanita dengan membawa seorang kanak-kanak yang tampak baru sahaja disusukan, datang mendekati api itu, tanpa menutup dadanya. Dia tampak mengerikan dan hodoh. Saya telah memberikannya beberapa manisan. Dengan segera, dua lagi orang datang dan mendekati kami. Mereka meminta arak, Nikivor memberitahu.
Saya memberikan beberapa spirit yang sangat kuat 95 peratus alkohol. Mereka meminumnya, membuat wajah herot, dan meludah di lantai. Wanita dengan dada yang terdedah itu juga minum. Lelaki tua itu mahu satu gelas lagi, Nikivor menerangkan, menyerahkan gelas kedua kepada orang tua Ostiak yang botak dan dengan pipi merah bersinar itu. Saya telah mengupah orang tua ini untuk 4 rubel untuk membawa kita ke pondok-pondok Schominsk. Dia akan pergi dahulu dengan pasukannya dan meneroka laluan untuk kita. Ia akan menjadi lebih mudah bagi rusa-rusa itu untuk mengekori kereta luncurnya.
Kami minum teh kami dan makan sedikit makanan. Saya memberikan kumpulan itu beberapa batang rokok. Kemudian, kami meletakkan barang kepunyaan kami di kereta luncur salji orang tua itu, mengambil tempat masing-masing, dan memulakan perjalanan. Matahari bersinar dengan berseri. Kami sudah melewati hutan. Kami gembira. Saya sudah tidak ada lagi kebimbangan. Di hadapan kami, orang Ostiak ini mengemudi tiga ekor rusa. Dia memegang rotan panjang dengan besi dihujungnya. Nikivor ada rotan baharu. Kereta luncur salji orang tua ini bergerak dengan pantas dan rusa-rusa kami menjaga kelajuannya.
Mengapa orang tua itu mengemudi dengan tidak menutup kepalanya saya bertanya kepada Nikivor, memikirkan bagaimana orang Ostiak ini begitu berani mendedahkan kepalanya kepada sejuk yang melampau.
Dia akan menghabiskan minuman kerasnya dengan cepat, jawab Nikivor. Dan dalam kurang dari setengah jam orang tua itu memberhentikan pasukannya dan merayu spirit daripada kami.
Seseorang mesti melayan orang tua itu, Nikivor menjelaskan, melayan dirinya pada masa yang sama. Anda lihat, dia sudah menambat haiwan-haiwannya.
Ya dan untuk apa
Dia telah pergi ke Beresov untuk mendapatkan arak, jadi saya berfikir jika dia ke sana dia mungkin akan mula bercakap dan saya harus mengupahnya supaya dapat memastikan kita dapat mengawalnya. Siapa tahu bila dia kembali lagi, mungkin bukan untuk dua atau tiga hari. Tetapi saya tidak takut. Sekiranya sesiapa bertanya kepada saya Adakah anda mengemudi dia, saya akan mengatakan: Bagaimana saya tahu saya mengemudi siapa Anda ialah pegawai polis. Saya ialah pengemudi. Anda mendapatkan gaji, bukan Ia adalah urusan anda untuk membuat catatan tentang apa yang diperhatikan anda. Ia adalah urusan saya untuk mengemudi. Adakah ia benar, apa yang dikatakan oleh saya
Agak benar.
Hari ini 19 Februari. Esok Imperial Duma akan dibuka. Pengampunan! Tugasan pertama Imperial Duma adalah pertimbangan pertamanya untuk memberikan pengampunan. Adakah ia akan melakukannya Mungkin. Hanya sama ia mungkin lebih baik untuk menunggu pengampunan ini seterusnya. Kita akan memastikan kita boleh menanganinya, kata Nikivor.
***
Setelah melewati pondok-pondok Vishpurtimsk, kami telah menemui satu guni ditinggalkan di atas laluan, yang nampaknya dipenuhi dengan roti-roti. Beratnya lebih daripada satu pood . Meskipun saya telah membantah dengan tegas, Nikivor berkeras meletakkan guni itu di atas kereta luncur salji kami. Saya mengambil kesempatan terhadap kondisinya yang mabuk untuk membuang guni itu tidak lama kemudian. Apabila dia bangun, dia menyedari bahawa kedua-dua guni dan rotan yang digunakannya telah hilang.
Sungguh hebat rusa-rusa ini! Ia tidak tahu lapar atau penat. Kali terakhir ia diberikan makanan adalah 24 jam lalu sebelum kami bermula dan kami sudah 24 jam dalam perjalanan tetapi ia belum makan apa-apa. Menurut Nikivor, ia sekarang dalam keadaan yang baik. Ia berlari pada kelajuan yang sama tanpa penat, meliputi 8 atau 10 verst sejam. Setiap 10 atau 15 verst, pengemudi itu akan berhenti selama 2 atau 3 minit untuk membiarkan haiwan-haiwan itu bernafas, kemudian perjalanan diteruskan. Ia dipanggil larian rusa dan jarak melalui daerah ini tidak diukur dalam verst tetapi dalam larian rusa. Lima kali larian adalah kira-kira 60 atau 70 verst.
Apabila kami sampai di pondok-pondok Schominsk, di mana kami berpisah dengan orang tua dan rusa-rusanya itu, kami sekurangkurangnya telah melakukan 10 larian. Ia adalah jarak yang bagus. Semangat saya bangkit semula.
Sekitar jam 9 malam, ketika sudah agak gelap, kami telah berjumpa dengan beberapa kereta luncur salji ia adalah yang pertama kami lihat sepanjang perjalanan kami. Nikivor cuba untuk pergi sahaja tanpa berhenti tetapi ia tidak dapat dilakukan. Laluan itu sungguh sempit. Apabila rusa-rusa kami menyimpang sedikit daripada laluan itu, ia terbenam dalam salji sehingga melepasi paras perut haiwan-haiwan itu. Kereta-kereta luncur salji yang lain telah berhenti. Salah seorang daripada pengemudinya telah mendekati dan menyapa kami dengan namanya. Anda mengemudi siapa Adakah anda pergi jauh
Tidak, tidak jauh, jawab Nikivor. Saya mengemudi seorang saudagar dari Obdorsk.
Dia nampaknya agak teruja dengan pertemuan tersebut. Syaitan mungkin telah menghantarnya untuk berjumpa dengan kita! Saya tidak pernah bersua dengannya sejak 5 tahun lalu dan dia masih mengenali saya. Mereka ialah orang Siryane dari Liapinsk, 100 verst dari sini, dalam perjalanan mereka ke Beresov untuk mendapatkan bekalan dan arak. Esok malam mereka akan berada di bandar,
Ia semuanya sama kepada saya, saya menjawab. Tidak ada orang yang boleh menangkap kita sekarang. Namun, adakah anda akan mendapat masalah ketika anda pulang
Mengapa mesti saya mendapat masalah Saya akan katakan yang saya ialah pengemudi kereta luncur salji. Urusan saya adalah untuk membawa sesiapa sahaja yang datang dan bertanya kepada saya. Ia tidak tertulis di dahi mereka sama ada mereka ialah saudagar atau terlibat dalam politik. Anda ialah pegawai polis, jadi berikan mereka pandangan yang tegas. Saya ialah seorang pengemudi dan saya akan mengemudi. Itu benar, bukan
Agak benar.
Malam itu gelap dan suram. Bulan tidak naik sehingga sudah menjelang siang. Rusa-rusa itu telah meneruskan perjalanan dengan yakin meskipun dalam kegelapan. Kami tidak bertembung dengan sesiapa. Ia mesti sudah jam 1 pagi apabila kami tiba-tiba muncul daripada kegelapan dan masuk ke dalam bulatan cahaya terang. Ada dua orang, satu tinggi, dan satu lagi rendah, sedang membongkok di tepi satu unggun api berhampiran dengan laluan itu. Air dididihkan dalam cerek, dan seorang kanak-kanak lelaki Ostiak kelihatan sedang memotong cebisan teh yang dimampatkan, dan meletakkannya ke dalam air yang mendidih itu.
Apabila kami masuk ke dalam bulatan cahaya terang yang datang daripada unggun api itu, kereta luncur salji dan rusa-rusa kami hilang seperti ada tirai yang telah jatuh antara ia dan kami. Kami mendengar bahasa yang aneh dan tidak dapat difahami yang telah dituturkan oleh orang-orang Ostiak ini. Nikivor telah mengambil satu cawan daripada kanak-kanak lelaki itu dan mencelup ia dalam air yang mendidih, menyejukkan isinya dengan sedikit salji, dan meminumnya dengan perlahan. Dia kemudian mengisi semula cawan itu dengan salji dan meletakkan ia kembali ke periuk. Dia bagaikan sedang menyediakan posyen yang misteri, dalam kesendirian yang liar di sini, di atas unggun api yang berkilauan di tengah-tengah kegelapan.
Rusa-rusa kami telah mula keletihan. Setiap kali kami berhenti, ia akan berbaring bersebelahan antara satu sama lain dan makan salji.
Sekitar jam dua, kami telah sampai di pondok-pondok Schominsk. Kami telah memutuskan untuk merehatkan rusa-rusa itu di sini dan memberikannya makanan.
Pondok-pondok itu bukan khemah nomad, tetapi kediaman tetap yang dibina daripada papan-papan. Walau bagaimanapun, ada perbezaan luas antara ia dan pondok-pondok di mana kami telah berhenti semasa di laluan Tobolsk. Di sana, ia benar-benar adalah pondok para petani, mempunyai dua bilik, dengan pendiangan Rusia, dengan satu kendi berpaip, dan kerusi-kerusi semua agak lebih kotor daripada pondok-pondok petani Siberia yang biasa. Di sini cuma ada satu bilik, dengan pendiangan yang primitif, tanpa perabot, dengan ambang pintu yang buruk, satu blok ais dan tidak ada jendela. Walau bagaimanapun, saya berasa agak gembira ketika saya menanggalkan kot kulit biri-biri, kot kulit rusa, dan kasut kulit rusa saya. Seorang wanita tua Ostiak menggantungkannya di atas unggun api untuk menjemurkannya. Saya tidak makan apa-apa sejak 24 jam yang lalu.
Ia sangat selesa untuk duduk di atas katil papan yang ditutup dengan belulang rusa, makan daging anak lembu dengan roti separuh beku, sambil menunggu untuk teh dididihkan. Saya minum satu cawan kecil brandy. Tubuh yang hangat dan semangat yang gembira telah memenuhi diri saya. Saya hampir tidak percaya bahawa ini bukan penamat kepada pengembaraan saya.
Seorang anak muda Ostiak dengan reben merah di rambut panjangnya bangun daripada salah satu katil-katil papan tersebut, dan dia keluar untuk memberikan makanan kepada rusa-rusa kami.
Apakah makanan yang akan diberikan olehnya saya bertanya kepada Nikivor.
Lumut. Dia akan membawa haiwan-haiwan itu ke satu tempat di mana ada lumut, dan ia akan menggali salji itu, dan mencarinya sendiri. Ia akan makan sehingga ia kenyang. Anda tahu, seekor rusa tidak memerlukan banyak makanan.
Bukankah ia makan roti
Ia tidak makan apa-apa kecuali lumut, melainkan ia dibesarkan dengan memakan roti, tetapi ia tidak selalu terjadi begitu.
Orang tua itu telah membangunkan seorang wanita muda, yang bangun dan keluar ke halaman. Dia menutup wajahnya dengan sedikit kain supaya saya tidak boleh melihat wajahnya. Ia adalah jelas bahawa dia akan membantu suaminya, yang memberikan rusarusa kami makanan. Lelaki-lelaki Ostiak ialah golongan yang sangat pemalas dan semua kerja keras mereka dilakukan oleh golongan wanita. Mereka bukan sahaja melakukan semua kerja yang berkaitan dengan pondok-pondok tersebut, tetapi ia juga tidak aneh untuk melihat mereka memegang senjata, memburu tupai-tupai dan sabel-sabel. Seorang pekerja hutan dari Tobolsk telah memberitahu saya bahawa terdapat beberapa cerita yang menarik tentang orangorang Ostiak mengenai kebiasaan dan adat resam mereka. Ia kelihatan dia telah menerokai daerah-daerah terpencil di wilayah Tobolsk dan telah mengupah orang-orang Ostiak sebagai penunjuk jalan. Setiap orang Ostiak yang telah diupahnya akan datang bekerja dengan ditemani oleh seorang wanita, isteri, ibu atau adik-beradik perempuan. Wanita itu akan menanggung semua beban; melakukan kerja-kerja perkayuan dan rumah tangga. Lelaki Ostiak pula hanya membawa pisau yang diletakkan di tali pinggang. Apabila mereka berhenti untuk berehat, wanita akan cepat-cepat membersihkan tempat berehat itu, mengambil tali pinggang daripada tangan lelaki tersebut yang membuka tali pinggang itu untuk keselesaannya supaya wanita itu dapat membuat unggun api dan menyediakan makanan. Lelaki Ostiak itu hanya duduk dan merokok paipnya sementara dia menunggu.
Teh telah pun siap dan saya mengambil satu cawan untuk menghilangkan dahaga. Akan tetapi, cawan itu berbau hanyir ikan. Saya telah meletakkan dua camca teh pati beri wintergreen ke dalam cawan supaya dapat menghilangkan bau hanyir ikan berkenaan.
Adakah anda tidak menyedarinya saya bertanya kepada Nikivor yang tidak melakukan apa-apa.
Hanyir ikan tidak mengganggu kita. Kita memakan ikan mentahmentah, segar daripada jaring, sementara ia masih menggelianggeliut dalam tangan. Tidak ada rasa yang lebih baik.
Wanita muda itu datang lagi, wajahnya separuh tertutup dengan kain, berdiri di tepi pendiangan dan menyusun pakaiannya, bagaikan dewi yang tidak peduli dengan kehadiran kami. Suaminya menyusuli kemudian selepas itu, dan dia mencadangkan melalui Nikivor sebagai penterjemah bahawa saya harus membeli 50 kulit tupai.
Saya beritahu anda ialah saudagar dari Obdorsk. Oleh kerana itu, dia menawarkan anda kulit tupai itu, Nikivor menjelaskan.
Beritahu dia saya akan singgah ketika perjalanan balik. Tidak ada gunanya untuk mengambilnya sekarang.
Kami minum teh dan merokok. Nikivor berbaring untuk tidur sehingga rusa-rusa itu telah selesai makan. Saya memang teringin untuk tidur tetapi saya takut saya mungkin tertidur sehingga esok pagi. Jadi, saya duduk di tepi unggun api itu dengan buku nota dan pensel. Saya telah menulis segala pemerhatian dan kejadian hari pertama kami. Bagaimana mudahnya segala urusan hampirhampir terlalu senang.
Sekitar jam 4, saya telah membangunkan Nikivor dan orang Ostiak yang telah diupahnya sebagai penunjuk jalan, dan kami bergerak meninggalkan Schominsk.
Adakah ia satu kebiasaan bagi orang-orang Ostiak untuk memakai reben dan cincin pada rambut mereka soal saya. Sudah tentu mereka tidak menyikat rambut mereka lebih dari sekali dalam setahun.
Sesungguhnya mereka perlu menyikat ia lebih kerap dari itu. Apabila mereka mabuk mereka menarik rambut antara satu sama lain sehingga yang lemah akan menangis meminta untuk dilepaskan dan sebelum yang satu lagi melepaskannya, dan mereka akan menyambung meminum arak. Mereka tidak akan memberikan satu sama lain sebarang sebab sebenar untuk bergaduh. Mereka terlalu baik untuk itu.
Kami telah berangkat ke sungai Sosiva sejurus meninggalkan Schominsk. Laluan kami membawa kami untuk menyeberang sungai dan melalui satu hutan. Angin bertiup sangat kuat, sehingga menyukarkan saya untuk menulis nota. Untuk beberapa jarak perjalanan, kami telah menemui lapangan terbuka antara kayu birch dan dasar sungai. Ia tampak suram dan membosankan. Kami dapat melihat angin itu telah mengambus laluan kami dengan salji. Rusa ketiga kami, yang tenggelam dalam salji, cuba untuk bangun tetapi menjadi semakin tenggelam, malah membuatkan dua rusa yang lain turut tenggelam. Di sungai itu sendiri, dan ketika menyeberang tanah paya yang beku, kami harus terus berjalan. Lebih malang lagi, rusa yang menjadi ketua haiwan itu yang tiada tolok banding dengan haiwan lain mula lumpuh. Dia mengheret satu kaki belakang sambil mencuba untuk bertahan dalam perjalanan yang mengerikan itu; walaupun kepalanya telah terkulai, lidahnya seakan bersemangat menjilat salji saat ia memaksa diri meneruskan perjalanan, membuktikan usahanya yang luar biasa. Tanpa sedar, kami sampai di sebuah bukit kecil dan kami mendapati kami telah bergerak antara timbunan salji yang tinggi. Rusa-rusa itu menghimpit rapat antara satu sama lain sehingga seperti kelihatan dua ekor rusa sedang mengangkat rusa yang berada di tengahtengah. Saya perhatikan kaki depan rusa yang menjadi ketua itu telah berdarah.
Saya memahami sesuatu tentang mengubati haiwan-haiwan, jelas Nikivor. Saya mengeluarkan darahnya ketika anda tidur.
Dia telah memberhentikan haiwan-haiwan itu sekali lagi, mengambil pisau daripada tali pinggangnya, dan dengan pisau itu dia telah memeriksa kaki rusa itu. Saya tidak tahu apa maksudnya ini, katanya dengan ragu-ragu. Dia mula memeriksa kuku kaki rusa itu menggunakan pisaunya. Haiwan yang malang itu berbaring dengan kakinya menghala ke atas, tidak membuat sebarang bunyi, hanya menjilat darah daripada kakinya. Ia adalah satu pemandangan yang menyedihkan. Kesan darah lebih jelas daripada salji telah menjadi tanda tempat berhenti kami.
Saya telah mendesak Nikivor supaya dia menambat rusa orang Ostiak itu di kereta luncur salji kami dan rusa-rusa kami ditambat di kereta luncur yang lebih ringan. Rusa yang malang itu mesti berada di belakang kami.
Kami sudah mendahului 5 jam di belakang Schominsk. Kami mempunyai jarak berbaki yang sama antara kami dan Ourvi, di mana kami harus mendapatkan pergantian pertama rusa-rusa daripada seorang penternak kaya, Semion Pantui. Namun begitu, adakah dia akan sanggup membenarkan haiwan-haiwannya keluar merentasi perjalanan yang panjang
Saya telah membincangkan hal itu dengan Nikivor. Mungkin kita harus membeli tiga ekor untuk satu pasukan daripada Semion.
Baiklah, Nikivor menjawab dengan gembira. Kita akan membelinya.
Dengan jelas, cara saya untuk tetap meneruskan perjalanan adalah dengan membuat tanggapan yang sama kepada Nikivor bahawa saya perlu melakukan sesuatu yang serupa sewaktu pengembaraan Phileas Fogge. Anda ingat bagaimana Phileas membeli gajah-gajah, membeli pengukus, dan apabila dia tidak mempunyai minyak yang mencukupi, dia memarakkan api dengan mengorbankan kelengkapan daripada bot-bot.
Menyebut kemungkinan kesukaran-kesukaran baharu sudah cukup untuk membuatkan Nikivor menjadi bersemangat, terutama apabila dia masih dibawah pengaruh minuman keras dia hampir sentiasa dalam keadaan itu. Dia mengaitkan dirinya dengan saya sepenuhnya, berkelip-kelip dengan sedar , berkata: Pengembaraan itu membuatkan kita harus menanggung kos dengan kopeck . Itu tidak ada apa-apa untuk kita. Duit tidak akan mengganggu kita. Haiwan-haiwan itu Jika satu menyerah, kita akan beli yang baru. Saya tidak risau untuk menggantikan haiwan-haiwan itu. Selagi ia bertahan, kita akan teruskan. Ho, ho, perkara penting adalah untuk sampai. Adakah saya benar
Dan sekali lagi saya menjawab: Agak benar.
Jika Nikivor tidak membawa anda ke sana, jadi tidak akan ada orang yang akan boleh membawa anda ke sana. Pakcik saya Michael Ossipovitch orang yang baik berkata kepada saya: Nikivor, adakah anda mengemudinya Lakukan ia. Ambil 6 rusa jantan daripada ternakan saya. Anda boleh mendapatkannya secara percuma. Dan Koperal Suslikov berkata: Adakah anda mengemudi lelaki ini Ini 5 rubel untuk anda.
Ini sangat mengejutkan. Untuk apa saya bertanya kepada Nikivor.
Supaya saya membawa anda pergi.
Tetapi mengapa dia berminat Adakah ia benar-benar untuk itu
Demi Tuhan, dia benar-benar memaksudkannya. Dia menyayangi rakannya, si koperal itu. Dia ada bersama anda, jiwa dan raga. Anda lihat, kita berfikir Untuk siapa kita menderita semua ini Untuk kemanusiaan, untuk orang miskin. Ya, dia mengatakan Ini 5 rubel untuk anda, Nikivor. Anda sendiri mengemudi dia dan anda mendapat restu saya. Anda mengemudilah dia, dia mengatakan Dan saya akan mengambil tanggungjawab itu.
Laluan itu memasuki hutan dan dengan segera perjalanan menjadi lebih lancar. Pokok-pokok itu telah menghalang angin daripada menjatuhkan salji ke bawah. Matahari sudah tinggi di langit tetapi suasana masih gelap di lantai hutan, dan ia lebih hangat. Saya telah melepaskan gussi dan hanya memakai kot kulit biri-biri saya. Orang Ostiak dari Schominsk, dengan rusa-rusa kami yang sudah keletihan, mereka sentiasa berada di tepi. Kami harus menunggunya untuk mengejar kami pada selang waktu yang ada. Di sekeliling kami, terdapat pokok cemara yang besar, pokok-pokok yang tinggi, dengan tiada ranting di batang pokok, dan berwarna kuning terang. Ia kelihatan seperti barisan lilin yang cantik. Seseorang akan berasa seperti sedang melalui taman lama yang indah permai. Suasananya sepi sekali. Terdapat juga burung-burung puyuh putih yang dengan mudahnya disalah sangka sebagai timbunan kecil salji melayang jauh ke dalam hutan. Dengan tiba-tiba, kami sampai ke hujung hutan. Laluan tersebut menuruni bukit kecil yang tajam ke sungai itu. Akan tetapi, kereta luncur salji kami telah bermasalah. Kami membaikinya lagi, menyeberang Sosiva, dan sekali lagi telah berada di lapangan terbuka. Di sini, sekali lagi ada tumbuhan yang terhambat di atas salji. Kami nampaknya berada di kawasan paya yang lain.
Berapa verst yang telah dilalui oleh kita saya bertanya kepada Nikivor.
Saya rasa sekitar 300 verst. Akan tetapi, siapa yang dapat memastikannya Siapa yang pernah mengukur jarak di sini Mungkin Achangel Michael, tetapi tidak ada orang lain. Ada pepatah lama mengatakan tentang verst ini. Seorang wanita cuba untuk mengukurnya dengan tongkat topang, namun demikian dia telah berputus asa. Ya, tidak kisah pun. Dalam 3 hari kita akan berada di perlombongan tersebut jika cuaca baik. Kadang-kadang ia boleh menjadi sangat buruk. Saya sendiri pernah berhadapan dengan ribut salji ketika berdekatan dengan Liapino. Saya hanya dapat melalui 3 verst dalam 3 hari. Semoga Tuhan melindungi kita semua daripada ditimpa kesulitan seperti itu.
Kami berada di Little Ourvi. Ia mempunyai 3 atau 4 pondok yang dalam keadaan menyedihkan, dan hanya satu daripadanya yang didiami orang. Sekitar 20 tahun lalu, kawasan ini semuanya dipenuhi oleh para penduduk. Kini populasi orang Ostiak semakin merosot. Kami seharusnya sampai di Big Ourvi dalam 10 verst lagi. Adakah Semion Pantui akan ada di sana Adakah dia akan memberikan rusarusa kepada kami Ia agak mustahil untuk melanjutkan perjalanan dengan rusa-rusa kami.
Satu kegagalan. Tidak ada seorang petani pun di Ourvi. Mereka semuanya telah pergi dengan rusa-rusa mereka ke perkhemahan nomad sekitar dua larian rusa dari sini. Kami harus mengemudi balik beberapa verst dan kemudian memotong satu bahagian di laluan itu. Jika kami berhenti di Little Ourvi dan bertanya soalan tadi, kami mungkin telah menjimatkan beberapa jam. Dengan perasaan yang terdesak, saya menunggu sementara wanita itu mencari seekor rusa untuk menggantikan rusa kami yang telah tempang.
Di sini sebagaimana di tempat lain wanita itu sedang mabuk. Apabila saya mengeluarkan bekalan-bekalan saya, mereka telah mengelilingi saya dan meminta-minta arak. Saya bercakap dengan mereka melalui Nikivor yang boleh bertutur dalam bahasa Rusia, Siryane, dan dua dialek Ostiak dan Yakutia. Orang-orang Ostiak di sini tidak bercakap sepatah pun dalam bahasa Rusia kecuali kata-kata kasar. Hanya ini dan semangat yang menjadi satu-satunya sumbangan budaya Rusia terhadap puak tersebut. Ia menimbulkan perasaan ingin tahu, di celah-celah campuran bunyi-bunyi asing yang mengandungi ucapan Ostiak, yang tiba-tiba berkobar seperti meteor, terselit beberapa perkataan Rusia tertentu yang sering digunakan di negara kami, diungkapkan dengan keunikan yang luar biasa dan tanpa sedikit pun aksen. Dan mereka tidak boleh pun mengatakan hari yang baik dalam bahasa Rusia itu.
Saya menghulurkan beberapa batang rokok kepada mereka. Mereka telah merokok seperti tidak ada apa-apa perasaan. Tekak-tekak mereka telah lali dengan spirit yang diminum. Mereka langsung tidak sensitif terhadap rokok saya yang tidak bermutu seperti sampah. Bahkan, Nikivor, yang sangat menghormati segala produk peradaban, meyakinkan saya bahawa rokok-rokok saya tidak layak dipanggil sebagai rokok. Ia bukanlah perkara yang tepat untuk dibebelkan katanya.
Kami mengemudi keluar ke perkhemahan nomad tersebut. Kami dikelilingi dengan padang gurun yang tandus: Rusa-rusa itu mesti mengharungi salji yang tebal; ia pasti akan terperangkap di pokok-pokok hutan dara ini; dan bagaimana pengemudi itu boleh mencari jalannya adalah menjangkaui pemahaman saya. Dia seperti mempunyai deria istimewa, sama seperti rusa-rusa itu, yang walaupun dengan tanduk-tanduknya, dapat mengemudi jalan lurus melalui belukar ini. Rusa baharu yang menjadi ketua dan yang diperoleh kami di Ourvi mempunyai tanduk yang besar dan tinggi. Di sepanjang laluan, terdapat ranting-ranting rendah, dan nampaknya ia mesti akan tersangkut padanya. Namun begitu, di saat-saat terakhir, ia melakukan pergerakan yang hampir-hampir tidak jelas dan tidak ada satu pun duri cemara yang tersangkut dengan tanduknya. Saya telah menyaksikan ia bergerak seperti itu berulang kali untuk waktu yang lama. Ia muncul dengan misteri yang tak terhingga kerana sesungguhnya setiap ungkapan naluri mempunyai sesuatu yang misteri untuk minda kita yang rasional.
Di sini kami menghadapi peristiwa malang lagi. Petani tua itu telah pergi dengan hambanya ke tapak perkhemahan musim panas di mana beberapa ekor rusanya telah disimpan. Dia dijangka akan balik pada bila-bila masa sahaja tetapi tiada seorang pun yang boleh memastikannya. Anak lelakinya, seorang pemuda dengan bibir sumbing, tidak berani berjanji dengan kami mengenai keberadaan petani tua itu sekarang. Kami mesti menunggu. Nikivor telah melepaskan rusa-rusa kami untuk membenarkan mereka pergi makan lumut, namun begitu untuk membezakan rusa-rusa kami daripada rusa-rusa yang lain, dia membuat beberapa goresan di belakang rusa-rusa itu, menggores parapnya pada kulit rusa-rusa itu. Dia kemudian membaiki kereta luncur salji kami yang telah hampir rosak. Dengan perasaan saya yang masih sedih, saya merayaurayau di situ untuk seketika dan kemudian masuk ke khemah itu. Saya melihat seorang budak yang bertelanjang sepenuhnya, usianya mungkin sekitar 3 atau 4 tahun, sedang duduk di samping seorang wanita muda Ostiak. Ibunya sedang memakaikan pakaian untuknya. Bagaimana mereka boleh tinggal di khemah seperti itu, dengan kanak-kanak sedangkan suhu 40 atau 50 darjah kebekuan saya bertanya dengan kehairanan.
Pada waktu malam ia semuanya baik, Nikivor meyakinkan saya. Mereka membungkus diri mereka sendiri dengan kain kulit, dan kemudian tidur. Saya pernah meluangkan masa lebih dari 1 musim sejuk di perkhemahan nomad. Orang-orang Ostiak menelanjangkan diri mereka sepenuhnya, membungkus diri mereka sendiri dengan malitsa, dan merangkak dalam timbunan kain kulit. Ia adalah cukup mudah untuk tidur, tetapi sebaliknya ketika hendak bangun pada waktu siang. Semua pakaian anda akan menjadi keras akibat beku sehingga anda perlu memecahkannya dengan kapak. Bangun pagi memang urusan yang cukup leceh.
Wanita muda Ostiak itu membungkus anak lelakinya dalam skirt malitsa-nya dan menyusukannya. Di tempat-tempat ini, kanakkanak akan menyusu sehingga berumur 5 atau 6 tahun.
Saya meminta mereka untuk mendidihkan air. Saya tidak ada masa untuk melihat suasana sekeliling dan Nikivor secara senyapsenyap telah mengambil uncang teh di dalam poket saya dengan telapak tangannya dan oh! Telapak tangan apakah itu! dan dia lantas meletakkan uncang teh itu ke dalam teko teh. Saya tidak ada keberanian untuk membantah, jadi saya terpaksa minum teh yang telah disentuh oleh tangan yang telah melakukan bermacammacam perkara akan tetapi tidak pernah dicuci untuk sekian waktu yang lama.
Wanita Ostiak tadi sudah selesai menyusukan anaknya, dia membersih dan mengeringkan anaknya dengan tatal kayu yang bagus, dan apabila kanak-kanak itu sudah lengkap berpakaian, wanita itu membiarkan anaknya berlari keluar dari khemah tersebut. Saya terkejut dengan kehalusan dan kelembutan wanita itu ketika menguruskan anaknya.
Sekarang dia sedang bekerja, menjahit malitsa daripada kulit rusa dengan urat rusa. Ia bukan sahaja tahan lama tetapi juga tidak boleh disoal kecantikkannya. Semua sudutnya telah dihiaskan dengan corak-corak daripada kepingan kecil kulit rusa yang berwarna hitam dan putih, dan terdapat jalur material yang berwarna merah pada setiap lapisan. Semua keluarga memakai pakaian-pakaian yang telah dibuat daripada kulit rusa, dan semuanya dibuat oleh para wanita di rumah. Betapa banyak kerja wanita-wanita itu!
Anak lelaki yang paling tua berbaring di atas katil di satu sudut khemah itu. Dia telah berbaring di sana sejak 3 tahun yang lalu kerana sakit. Ketika ubat diperoleh, dia akan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak, namun demikian dia masih berbaring di sini dalam khemah ini, di bawah langit yang luas, untuk 3 musim sejuk yang panjang. Dia mempunyai wajah yang cerdas dan luar biasa tajam . Penderitaan nampaknya telah meninggalkan kesan yang menyerupai orang-orang yang telah ditinggalkan dengan keadaan terlalu berfikir. Saya teringat di suatu tempat di daerah ini, di antara orang tersebut, seorang saudagar muda Beresov, Dobrovolsky, meninggal dunia setelah berbaring kerana demam yang berpanjangan, tanpa sebarang perhatian.
Pantui, lelaki tua yang ditunggu-tunggu oleh kami, mempunyai 500 ekor rusa. Dia memang terkenal di seluruh wilayah ini kerana kekayaannya. Bagi orang Ostiak, rusa-rusa tersebut adalah segalagalanya. Hal ini kerana ia telah memberikan makanan, pakaian, dan membawanya dari satu tempat ke tempat lain. Beberapa tahun dahulu, rusa berharga 6 atau 8 rubel, sekarang ia telah berharga 10 atau 15 rubel. Nikivor mengatakan bahawa kenaikan harga ini berlaku kerana wabak penyakit yang telah membunuh ratusan rusa.
***
Langit sudah semakin gelap. Nampaknya menjadi semakin mustahil untuk dapat menangkap rusa pada malam ini. Walau bagaimanapun, saya belum berhenti berharap. Tidak ada orang yang menunggu lelaki tua itu dengan ketidaksabaran sebagaimana saya sedang menunggunya sekarang.
Suasana sudah agak gelap apabila dia telah kembali dengan orangorangnya. Dia memasuki khemah dengan suasana seperti seorang tuan yang sedang pulang ke rumahnya, menyapa kami dengan sopan, dan duduk berhampiran dengan api berkenaan. Sikap dan penampilannya telah membuatkan saya agak terkejut. Ia adalah jelas bahawa memiliki 500 ekor rusa telah membenarkan dia untuk menikmati kehebatan seperti seorang raja, dan sudah tentu dia memiliki ciri-ciri seperti seorang maharaja.
Nikivor demi Tuhan, beritahu dia apa yang kita mahu! Mengapa mesti kita membuang waktu lagi
Tunggu sekejap. Mereka sedang makan lewat malam sekarang. Kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi.
Seorang petani dengan bahu yang luas datang masuk. Dia merupakan salah seorang daripada orang suruhan lelaki tua itu. Dia menyapa kami dengan suara sayu seperti ingin tahu, pergi ke satu sudut yang gelap untuk menukar alas kakinya yang basah kuyup, dan kemudian mendekati unggun api berkenaan. Wajahnya sungguh mengerikan! Hidungnya sudah tidak ada; bibir atasnya tertarik ke atas, mendedahkan gigi-gigi putih daripada bibir yang sentiasa terbuka. Saya berpaling kerana terkejut.
Patutkah kita menawarkan spirit kepada mereka saya bertanya kepada Nikivor, menghormati keputusannya dalam hal seperti ini.
Ya, ini waktu yang tepat untuk itu, jawab Nikivor.
Saya telah mengambil botol tersebut. Menantu perempuan itu, yang telah menyembunyikan wajahnya ketika orang tua itu tiba, menyalakan sekeping kulit kayu birch di unggun api tersebut dan menggunakannya sebagai obor, dan mula mencari tempat minum. Dia membawa keluar satu cawan logam yang dilap oleh Nikivor dengan bucu pakaiannya, dan memenuhkannya dengan spirit. Orang tua itu membongkok dan tanpa satu patah pun perkataan atau petunjuk, dia minum seluruh isi cawan yang telah dipenuhi dengan 95 peratus alkohol. Tidak ada satu pun otot wajahnya yang terganggu. Seterusnya adalah giliran orang besar dengan bibir sumbing tersebut. Dia minum dengan kuantiti yang sama tetapi ternyata spirit itu terlalu kuat untuknya. Wajahnya mengereyot sebelum dia meludah ke unggun api berkenaan. Lelaki ketiga telah menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia menolak bahagian minumannya setelah dihulur spirit. Nikivor membuang spirit tadi ke unggun api berkenaan untuk menunjukkan kekuatan minuman itu. Api itu marak dengan sangat terang.
Sangat kuat kata orang tua itu dengan senyap.
Sangat kuat diulangi oleh lelaki berbibir sumbing itu, yang meludah sekali lagi.
Memang sangat kuat lelaki ketiga itu memberikan keterangan.
Kemudian, Nikivor telah minum secawan dan dia juga mendapati ia terlalu kuat. Dia mencairkannya dengan teh, menuangkan teh ke dalam botol spirit, dan menggoncang-goncang botol itu melewati atas kepalanya. Setiap lelaki mendapat satu cawan lagi. Ia kemudian dicairkan lagi, dan sekali lagi untuk pusingan yang seterusnya. Akhirnya, Nikivor telah mula membincangkan urusan kami.
Saka chosa! kata lelaki tua itu.
Chosa, saka chosa! Sahut mereka bersama-sama.
Apa yang dikatakan oleh mereka saya bertanya dengan tidak sabar.
Mereka mengatakan bahawa ia adalah perjalanan yang jauh. Dia mahu 30 rubel sejauh perlombongan itu.
Dan berapa rubel untuk sejauh Nyaksimvoli
Nikivor menggumam sesuatu, dan dia seperti tidak berpuas hati. Namun demikian, dia bercakap dengan lelaki tua itu, dan menterjemahkannya kepada saya: Sejauh Nyaksimvoli adalah 13 rubel, ke perlombongan itu pula 30 rubel. Dan bila dia akan bawa rusa-rusa itu
Menjelang pagi.
Kenapa tidak membawa rusa-rusa itu sekarang
Nikivor telah menterjemahkan soalan saya dengan ekspresi yang ironik pada wajahnya. Mereka ketawa dan menggelenggeleng kepala mereka. Saya faham bahawa ia mustahil untuk meneruskannya pada malam itu. Saya keluar, dan suasana di luar adalah tenang dan hangat. Saya berjalan untuk setengah jam, dan telah baring di kereta luncur salji itu untuk tidur.
Saya telah baring sebagaimana berada dalam timbunan bulu-bulu, dengan berbungkus dalam pakaian kulit biri-biri dan kulit rusa. Ada bulatan asap di atas khemah itu. Suasana di sini tersangat hening dan menenangkan. Bintang-bintang terang telah bersinar di langit. Pokok-pokok berdiri dengan teguh. Bau kulit rusa itu melengaskan pernafasan saya, membuatkan saya sukar untuk bernafas dengan baik tetapi kulit haiwan itu jugalah yang telah menghangatkan saya. Saya telah tertidur dengan tekad untuk membangunkan petanipetani itu ketika fajar mula timbul. Jumlah waktu yang dibazirkan kami adalah mengerikan.
***
Saya terjaga beberapa kali pada waktu malam, setiap kali dengan perasaan takut dan tidak selesa, namun rahsia gelap saya masih belum terbocor. Tidak lama selepas jam 4, saya membayangkan langit menjadi lebih terang, masuk ke dalam khemah, mencaricari Nikivor dalam tubuh-tubuh yang berbaringan di atas lantai, dan membangunkan Nikivor. Terjadi sedikit hingar-bingar sejurus selepas itu.
Nampaknya dalam kehidupan di hutan, musim sejuk yang dahsyat telah menjejaskan mereka semua. Ketika setiap lelaki bangun, mereka akan mula batuk dan membersihkan kerongkong, dan kemudian meludah di atas lantai. Ia terjadi tidak berhenti-henti. Jadi, saya telah keluar untuk menghirup udara lagi. Di luar khemah, ada seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang menyembur air liurnya ke tapak tangan dan mengoles wajahnya yang kotor. Dia kemudian menyelesaikannya dengan mengeringkan wajahnya dengan segenggam tatal secara berhati-hati.
Lelaki yang tak berhidung bersama seorang lagi lelaki telah keluar dengan anjing-anjing mereka untuk membawa rusa-rusa itu. Namun, selepas hanya setengah jam barulah gerombolan pertama muncul dari hutan berkenaan.
Mereka mesti sudah memburunya, Nikivor menjelaskan. Ia tidak akan lama sebelum gerombolan pertama tiba.
Walau bagaimanapun, tidak ada justifikasi terhadap optimisme Nikivor. Ia sudah 2 jam sebelum jumlah rusa yang mencukupi muncul, yang harus dipilih untuk menyertai kumpulan kami. Rusarusa itu berlegar di sekitar khemah, merangkak-rangkak dalam salji, berdiri dalam gerombolannya, atau berbaring. Matahari sudah naik dan lapangan di mana khemah nomad ini didirikan telah bersinar dengan warna-warni. Bayang-bayang rusa itu muncul di sebalik salji, besar dan kecil, hitam dan putih, dengan tanduk atau tanpa tanduk, menjadikannya pemandangan yang indah. Anjinganjing mengawasi haiwan-haiwan itu. Pada saat gerombolan rusa itu mula bergerak menjauhi lapangan, haiwan kecil yang berbulu lebat itu akan mengejar rusa-rusa itu, menyalak, dan rusa-rusa itu kembali ke tengah-tengah lapangan.
Walau bagaimanapun, pemandangan indah ini tidak dapat menghilangkan kerisauan saya tentang waktu yang telah dibazirkan oleh saya. Pada hari di mana Imperial Duma dibuka 20 Februari adalah hari yang malang buat saya. Dengan ketidaksabaran dan kegelisahan, saya menunggu mereka untuk mengumpulkan semua rusa itu.
Betapa banyak waktu yang telah dibazirkan kami di tempat ini! Saya mula menghitung. Kami masih ada 20 atau 30 verst laluan yang sukar sebelum kami tiba di Ouvri. Jika polis mengetahui bahawa saya telah hilang setelah saya tidak muncul jika mereka bertembung dengan salah seorang daripada kawan Nikivor dan bahawa dia mabuk dan merepek tentang kami jika mereka menemui laluan kami dan mengikutinya mereka ada masa yang cukup utuk mengejar kami. Penundaan ini akan membahayakan. Kami baru mengembara sekitar 300 verst.
Saya mula bercakap dengan bersungguh-sungguh kepada Nikivor. Kami sepatutnya menawarkan lelaki tua itu lebih banyak wang, pertama-tamanya apa sahaja yang boleh mempengaruhinya untuk keluar pada malam sebelumnya. Jika saya boleh bercakap dalam bahasanya, saya mungkin sudah mengaturkan hal itu sendiri. Namun begitu, saya telah mengupah Nikivor kerana saya tidak boleh bercakap dalam bahasa itu.
Nikivor telah menatap saya dengan wajah yang serius.
Apa yang boleh dilakukan oleh anda terhadap mereka jika mereka tidak mahu melakukan apa yang diinginkan oleh anda Dia kemudian tiba-tiba menghadap saya, menatap ke arah mata saya: Jangan bimbang. Kita akan ke sana tanpa masalah.
Anda yakin, Nikivor
Saya yakin. Kita akan melakukannya dengan baik.
Dengan tiba-tiba, saya mula berasa lega dan merasa bahawa saya tidak perlu takut atau apa sahaja. Saya melihat di sekitar saya. Seluruh lapangan ini telah dipenuhi dengan rusa-rusa dan orangorang Ostiak itu keluar masuk hutan tersebut dengan kasut salji mereka. Saya berasa seperti semua kebimbangan dan persoalan saya adalah sesuatu yang bodoh dan tidak berasas. Sudah tentu kami akan melalui semua ini.
Sekarang, sebentar lagi mereka akan mendapatkan rusa-rusa yang telah ditangkap, kata Nikivor. Saya telah melihat proses berkenaan. Setiap orang Ostiak mengambil tali dan membuat jerat dengannya. Tuan rumah dan pemilik ternakan itu telah melingkar tali tersebut di sekitar lengan kirinya dengan perlahan-lahan dan dengan bermaruah. Kemudian, mereka bercakap sekejap, dengan jelas sedang membuat rancangan mereka dan memilih mangsa mereka. Nikivor sedang menolong sekarang. Dia mengemudi sekumpulan haiwan itu untuk membuatkan ia berlari melewati lelaki tua itu dan lelaki Ostiak yang satu lagi. Lelaki tak berhidung itu berdiri jauh dalam beberapa jarak. Rusa-rusa yang ketakutan lari dalam jumlah yang banyak. Lelaki-lelaki itu nampaknya sedang menyasarkan salah satu daripada haiwan-haiwan tersebut. Lelaki tua itu telah melemparkan jeratnya, namun hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya tanda kekecewaan. Lelaki Ostiak yang satu lagi juga telah terlepas rusa itu. Sekarang, haiwan-haiwan itu mendekati sekali lagi lelaki yang tidak berhidung. Saya melihat lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. Ketenangan dan keyakinannya meyakinkan kembali saya. Saya tahu sebelum dia melemparkan jeratnya bahawa ia akan jatuh tepat di mana dia menghalakannya. Tali yang dilemparkan itu bertebaran pada rusa-rusa itu dan terkena seekor rusa yang besar dan putih, dengan galah kayu yang terikat pada lehernya, cuba untuk melepaskan diri. Jerat itu bagaimanapun telah menangkapnya.
Nikivor menjelaskan bahawa mereka telah menangkap rusa yang paling licik dalam kumpulannya, dan haiwan itu yang akan membuatkan seluruh gerombolan lari jika ia berjaya terlepas. Sekarang, ia lebih mudah untuk menangkap yang lain. Orangorang Ostiak mula menggulung tali mereka lagi. Kegigihan para pemburu ini juga telah menarik perhatian saya. Saya mengetahui daripada Nikivor bahawa mereka telah menyasarkan rusa dengan kaki belakang yang besar dan tanduk yang pendek, dan saya telah menyertai mereka. Kami mengemudi ke arah sekumpulan rusa, termasuk rusa yang telah disasarkan, dengan berhati-hati. Akan tetapi, ia seolah-olah tahu bahawa ia telah dipilih. Ia berpisah daripada gerombolan rusa itu dan lari ke dalam hutan, sendiri, dan anjing itu gagal membawanya balik. Kami terpaksa mengumpul satu kumpulan rusa, sekali lagi menyebabkan rusa tadi kembali menyertai kawanan ini. Kali ini, lelaki tidak berhidung itu telah berjaya menangkapnya, lemparan jeratnya itu tepat mengena.
Kaki belakangnya bersih. Ini adalah petanda yang ia akan bekerja dengan baik.
Tangkapan yang seterusnya adalah rusa jantan. Ia terperangkap dalam dua jerat sekali gus. Kemudian, semuanya telah berhenti. Satu kumpulan rusa yang telah diasingkan untuk ditangkap telah terlepas daripada lingkaran penjagaan dan ia lari ke dalam hutan. Dua lelaki disuruh untuk mengejarnya, dan kami harus menunggu setengah jam untuk mereka kembali. Akhirnya, kami berjaya menangkap 13 ekor rusa; 7 untuk pengembaraan kami dan 6 untuk isi rumah tersebut. Sekitar jam 11, kami mengemudi pasukan itu dengan tiga ekor rusa setiap satunya. Haiwan yang menjadi simpanan diikat di belakang kereta luncur salji seorang hamba yang akan menemani kami sejauh perlombongan itu.
Rusa jantan kami yang tempang yang telah ditinggalkan di pondokpondok Ourvi masih belum pulih. Ia masih berbaring, dengan keadaan yang menyedihkan, membenarkan ia untuk ditangkap tanpa melawan. Nikivor telah mengeluarkan darahnya sekali lagi, tetapi masih tiada petanda untuk sembuh. Orang-orang Ostiak itu menegaskan bahawa haiwan itu telah terseliuh kaki. Nikivor berdiri teragak-agak untuk beberapa minit, kemudian menjual rusa itu untuk disembelih. Dia memperoleh 8 rubel untuknya. Mereka telah meletakkan tali di sekitar haiwan malang itu dan menariknya pergi. Saya berasa sedih atas nasib buruk yang menimpa haiwan itu bahawa ia penuh dengan kehidupan yang terikat pada beberapa waktu yang lalu.
Nikivor telah menjualnya tanpa berunding dengan saya, meskipun menurut kontrak kami rusa jantan belum menjadi miliknya sehingga kami tiba dengan selamat di destinasi kami. Saya bagaimanapun tidak membantah. Nikivor meletakkan 8 rubel ke dalam dompetnya dan mengatakan: Itu bererti saya telah membersihkan kerugian 12 rubel. Dia mungkin sudah lupa bahawa ia adalah saya yang telah membayar untuk rusa-rusa itu dan bahawa dia telah meyakinkan saya bahawa rusa-rusa itu akan membawa saya ke destinasi saya. Sekarang, walaupun kami telah bergerak hanya 300 verst, kami sudah mengupah rusa-rusa lain. Suhu sungguh hangat pada hari ini sehingga salji mula mencair. Salji itu menjadi ketulan-ketulan besar menyebabkan rusa-rusa kami sukar untuk bergerak. Rusa jantan bersaiz sederhana yang menjadi ketua telah kehilangan salah satu daripada tanduknya. Di sebelah kanan adalah rusa betina, dan di antara kedua-duanya adalah seekor rusa yang sedikit gemuk dan baru kali pertama ditambat. Rusa ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding keduadua haiwan yang lebih berpengalaman itu. Orang Ostiak tersebut telah mengemudi kereta luncur salji yang mengandungi barang kepunyaan saya. Dia telah memakai kain merah yang terang di atas malitsa-nya dan ia sudah tentu sangat kontras dengan latar salji yang memutih, hutan yang kelabu, dan rusa-rusa yang kelabu. Ia kelihatan seperti sesuatu yang absurd tetapi gabungannya menjadi satu pemandangan yang indah sepenuhnya. Laluan itu sungguh sukar sehingga ikatan yang menghubungkan rusa-rusa kami dengan kereta luncur salji yang pertama telah terputus dua kali. Setiap kali kami berhenti untuk membaikinya, rusa-rusa kami membeku dengan cepat. Pada akhir dua larian rusa yang pertama , rusa-rusa kami jelas sudah kepenatan.
Patutkah kita berhenti dan minum di pondok-pondok Nildinsk Nikivor menyoal saya. Kita masih jauh lagi untuk sampai di pondok-pondok yang seterusnya.
Saya tidak ingin membazirkan masa lagi, saya menegaskan kepada dia.
Seperti yang diminta oleh anda, jawab Nikivor, dan dia mengekspresikan kekecewaannya dengan menyebat rusa-rusa itu dengan kayunya.
Kami bergerak lebih kurang 40 verst tanpa bercakap sepatah pun. Apabila Nikivor sedar daripada mabuknya, dia langsung berubah muram dan berat mulut. Suhu semakin sejuk. Laluan telah membeku dan perjalanan kami kemudian menjadi semakin senang. Kami memutuskan untuk berhenti di Sangiturpal. Pondok-pondok di sini benar-benar agak mewah. Terdapat bangku-bangku dan satu meja yang dialas dengan kain minyak. Ketika makan lewat malam, Nikivor telah menceritakan kembali perbualan antara pengemudi tanpa hidung itu dengan tuan rumah kami, dan saya telah terdengar sesuatu yang menarik. Sekitar 3 bulan lepas, isteri orang Ostiak ini telah menggantung dirinya sendiri. Gantung diri guna apa saya bertanya. Dengan basta. jawabnya. Dia membuat satu simpulan di lehernya, dan hujung tali yang lain diikat di ranting, kemudian langsung dia menggantung dirinya sendiri. Cuma syaitan yang tahu kenapa. Ketika itu, suaminya berada di hutan bersama orang-orang Ostiak yang lain sedang memburu tupai-tupai. Ada seseorang yang pergi mencarinya dan memanggilnya untuk pulang kerana isterinya telah jatuh sakit. Anda lihat, mereka tidak memberitahu semua berita buruk pada satu-satu masa yang sama. Tetapi, si suami itu menjawab, Bagaimana saya boleh membantu. Ibunya ada di sana. Sebab itu dia tinggal di sana. Namun demikian, pada akhirnya dia berjaya dipujuk balik ke rumah. Ketika itu, ia sudah pun terlalu lambat. Wanita itu telah meninggal dunia. Dia ialah isterinya yang kedua, Nikivor menyimpulkan.
Adakah isteri yang pertama juga mati menggantung dirinya sendiri saya bertanya.
Tidak. Dia sakit dan meninggal dunia, sama seperti yang dijangka. Saya mengetahui bahawa kedua-dua isterinya telah menjaga kanakkanak mereka dengan baik walau bagaimanapun saya rasa jijik ketika lelaki Ostiak itu mencium bibir kanak-kanak itu apabila kami ingin berangkat, iaitu anak daripada isterinya yang pertama. Isteri keduanya hanya sempat tinggal bersamanya selama 2 tahun.
Wanita itu mesti telah dipaksa untuk mengahwini seseorang yang seperti itu, saya memberikan komen.
Tidak, dia kahwin dengan kerelaannya. Lelaki itu memberikan orang tua wanita itu sebuah hadiah perkahwinan yang bernilai 30 rubel. Tidak ada orang yang tahu mengapa wanita itu telah menggantung dirinya sendiri.
Perkara seperti itu tidak selalu terjadi saya bertanya.
Oh ya, agak selalu. Tahun lalu, ada seorang Ostiak yang telah menembak dirinya dengan pistolnya sendiri.
Dengan sengaja
Tidak, dengan tidak sengaja. Satu lagi kisah, seorang kerani polis di daerah kami dia pergi dan menembak dirinya sendiri. Dan di mana, menurut anda Betul-betul di atas menara tinjau balai polis tersebut. Dia pergi ke atas. Sekarang anda telah melakukannya, anda ialah bangsat, dia mengatakannya, dan kemudian dia telah menembak dirinya sendiri.
Adakah dia seorang Ostiak
Tidak, dia seorang Rusia dia memanggil dirinya sebagai Molodzovatov sebuah subjek Rusia . Nikita Mitrovanovich ialah namanya.
***
Hari sudah gelap ketika kami meninggalkan pondok-pondok itu. Salji sudah berhenti mencair tetapi suhu masih agak hangat. Nikivor mengatakan semua akan baik. Seseorang hampir tidak dapat mendengar bunyi tapak rusa kami dan seolah-olah kereta luncur salji kami terlalu ringan. Rusa-rusa itu telah melakukan banyak lompatan sisi dan meloncat-loncat sehingga kami terpaksa melepaskan ikatan salah seekor rusa kami dan mengikatnya di belakang kereta luncur salji lain yang sedang meluncur bersama seperti sebuah bot di kolam yang licin.
Pokok-pokok hutan itu nampak gah dalam kegelapan tersebut. Ketika memandang ke atas, saya tidak merasa kami yang sebenarnya sedang bergerak. sebaliknya kelihatan seperti pokokpokok itu telah disihir dan boleh bergerak secara terburu-buru turun menuju kami, kemudian pokok-pokok itu bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada kami. Saya rasa seperti hutan itu sedang menyembunyikan suatu rahsia yang besar. Hanya bunyi pernafasan yang kuat dan seragam oleh rusa-rusa itu Choo choo choo yang kedengaran. Ribuan melodi yang telah lama dilupakan, kembali di fikiran saya, masuk dan keluar dengan irama pernafasan yang pantas. Dengan tiba-tiba, bunyi tersebut semakin kuat, bagaikan sebuah lokomotif yang sedang bergerak dengan cepat. Saya membangunkan diri sendiri yang hampir tidur, hanya untuk mendapati bahawa pengemudi Ostiak kami hanya 5 langkah di belakang. Saya dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang menggelisahkan. Dia mungkin menganggap saya saudagar yang sangat kaya. Kami di hutan yang tebal. Malam adalah gelap dan panjang. Tidak ada seorang pun manusia bahkan seekor anjing dalam jarak 50 verst. Alangkah baiknya jika saya membawa sepucuk revolver bersama saya revolver saya sekarang disimpan dalam bagasi saya dan ia ada pada kereta luncur saljinya. Saya memutuskan bahawa di perhentian yang seterusnya saya akan membawanya bersama di dalam poket saya.
Lelaki Ostiak ini seorang yang aneh dengan jubahnya yang merah lembayung. Ia kelihatan bahawa ketiadaan hidungnya tidak menjejaskan deria baunya. Dia nampaknya arif mengenai setiap semak belukar dan pokok di hutan tersebut, dan sekarang dia bercakap dengan Nikivor. Ada lumut di bawah salji, dan rusa-rusa itu boleh makan di sini. Kami berhenti dan melepaskan ikatan haiwan-haiwan itu. Ia sudah jam 3 pagi.
Nikivor telah menerangkan bahawa rusa-rusa ini adalah haiwan yang amat licik. Jangan berani-berani untuk melepaskannya ketika memberi ia makan. Lelaki Ostiak itu mempunyai teori yang berlainan dan telah memutuskan untuk melepaskannya. Saya menunggu dengan bimbang sehingga argumentasi itu berakhir. Lelaki Ostiak itu sudah pasti sangat bermurah hati dan penuh dengan kepercayaan mereka akan tetapi, rasanya rusanya lebih suka lumut yang tumbuh berdekatan dengan rumah mereka berbanding lumut yang ada di bawah salji ini!
Akhirnya, mereka telah memutuskan untuk berkompromi. Galahgalah dipotong daripada pokok yang telah jatuh, dan diikat pada leher rusa-rusa itu sebelum ia dilepaskan. Saya berharap galah itu tidak akan menjadi terlalu ringan.
Setelah Nikivor melepaskan rusa-rusanya, dia telah memotong kayu, memijak-mijak salji untuk membuat satu ruang bulatan di tepi laluan tersebut, dan menyalakan unggun api. Kami menggantung cerek teh kami di atas unggun api itu, mengisinya dengan salji secepat ia cair. Minum teh bersebelahan dengan unggun api di tempat yang terbuka di Februari akan menjadi kurang menarik jika ada 40 atau 50 darjah kebekuan yang biasa. Namun begitu, nampaknya alam bersahabat dengan saya. Malam masih hangat.
Saya takut untuk baring dan tidur sebagaimana pengemudi yang lain. Saya duduk di tepi unggun api, menambahkan lebih banyak kayu, dan menulis catatan saya dengan cahaya yang samar-samar.
Pada saat terbitnya fajar, saya telah membangunkan pengemudipengemudi tersebut. Rusa-rusa itu telah ditangkap tanpa sedikit kesukaran, tetapi sebelum ditambat ia agak ringan. Walau bagaimanapun, keajaiban hutan hilang ketika siang hari yang membosankan . Lelaki Ostiak itu sangat mengantuk dan saya malu dengan keraguan saya pada malam sebelumnya. Pada masa yang sama, saya teringat bahawa revolver saya adalah revolver lama, dan ia hanya mempunyai dua peluru. Saya memutuskan bahawa ia mungkin lebih baik kekal dalam bagasi saya.
Kami masuk ke dalam hutan, yang lebih tebal berbanding hutan yang telah ditinggalkan kami sebelumnya; pertama daripada segala macam, pokok-pokok birch, pokok-pokok pain yang besar dan terlihat sungai di hadapan. Laluan ini bagus, rusarusa itu telah berderap dengan teratur, tetapi tidak dengan begitu semangat. Sekarang, lelaki Ostiak itu berada di hadapan, kepalanya membongkok, menyanyi-nyanyi sebuah lagu yang sedikit melankoli dengan hanya 4 nota. Mungkin dia sedang memikirkan isterinya yang telah menggantung dirinya sendiri.
Ia adalah aneh mengenai kepelbagaian yang tak terbatas yang boleh wujud di dalam sebuah hutan yang muncul dengan begitu membosankan . Di sini ada pokok fir besar di laluan berkenaan, ditutup dengan jumlah salji yang banyak, yang membahayakan kerana boleh tumbang ke bawah, ke arah kami. Pada musim panas yang lalu, pasti telah terjadi kebakaran di sini. Juga terdapat batang pokok yang besar dan berdiri terdedah, seperti batangbatang willow di sebuah perlabuhan yang penuh dengan ais. Kami kini ingin melewati satu lapangan besar yang telah mengalami kebakaran. Kami telah masuk ke hutan pain pokok-pokok besar dan berusia yang berhimpit antara satu sama lain, dan bahagian atasnya begitu rapat sehingga tidak ada cahaya matahari yang boleh menembusinya. Rusa dan manusia nampak sangat kecil di antara pokok-pokok besar yang sudah berusia ratusan tahun.
Secara tiba-tiba, pokok-pokok tersebut kelihatan menjadi kecil, dan di sini dengan salji yang menutup lapangan terbuka itu, terdapat ratusan pokok kecil yang kelihatan seolah-olah ia telah ditanam barisannya dan ruang-ruang antara mereka agak teratur. Di bahagian lain di laluan ini, kami hampir-hampir berlanggar dengan sebuah kereta luncur salji kecil yang dibuat daripada papan, ditarik oleh 3 ekor anjing dan seorang kanak-kanak perempuan Ostiak. Seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun berlari-lari di sebelah kereta luncur salji itu. Kanak-kanak itu sangat comel. Saya telah melihat sejumlah kanak-kanak yang comel dalam kalangan orang Ostiak ini. Akan tetapi, mengapa orang-orang dewasa mereka begitu hodoh
Hutan-hutan ini tidak berkesudahan. Di sini ada tempat yang telah dirosakkan oleh kebakaran, mungkin agaknya sudah lama kerana sudah terdapat tumbuhan-tumbuhan baru di antara pokok-pokok tua yang terbakar hangus.
Apakah yang menyebabkan hutan itu terbakar saya bertanya kepada Nikivor. Adakah ia disebabkan unggun api di khemahkhemah itu
Siapa yang mempunyai unggun api di negara ini dia mengatakan dengan nada mencemuh. Tidak ada orang di sini pada musim panas. Semua orang tinggal di tepi sungai itu. Kilat yang membuatkan pokok-pokok tersebut terbakar, atau satu pokok yang terlalu rapat dengan pokok lain di musim kering, panas dan berangin sehingga ia mula terbakar. Angin yang membuatkan ia terbakar, dan angin atau hujan yang memadamkannya lagi. Dalam beberapa tahun, pokokpokok yang telah terbakar itu akan jatuh dan reput.
Terdapat banyak pokok di sekeliling kami. Kebanyakannya kelihatan seperti boleh tumbang pada bila-bila masa. Sebahagiannya bergantung kepada pokok-pokok lain. Terdapat satu pokok yang telah tumbang di satu laluan itu tetapi bahagian atasnya tersangkut pada pokok yang lain. Kami terpaksa membongkok untuk melepasinya. Terdapat juga pokok-pokok fir lain dan kami kemudian secara tiba-tiba menemui jalan yang membawa kami terus ke sungai tersebut.
Pada musim bunga, jalan-jalan ini adalah tempat yang bagus untuk memburu itik-itik, Nikivor menjelaskan. Para pemburu boleh memasang jaring dari satu pokok ke pokok lain, suatu jaring yang lebih kurang seperti jaring pukat tunda. Burung-burung tersebut terbang ke bawah dari langit untuk ke sungai. Ia tidak boleh melihat jaring itu kerana gelap. Kemudian, para pemburu akan melepaskan jaring ke bawah dan memerangkap keseluruhan kawanan burung. Kadang-kadang mereka boleh menangkap sehingga 50 ekor itik pada satu-satu masa. Kemudiannya, mereka harus melakukan kerja yang pantas menggigit ia sehingga mati.
Menggigit sehingga mati saya mengulanginya dengan sungguh hairan. Apakah yang dimaksudkan oleh anda
Ya, sudah tentu itik-itik itu harus dibunuh atau itik-itik akan terbang lari lagi. Ya, seseorang harus mengoyakkan kepala kecil haiwan itu dengan giginya. Kerja ini mesti dilakukan dengan cepat. Ini kerana kita mahu mengelakkan aliran darah yang banyak di bibir individu berkenaan. Sudah tentu itik itu boleh dibunuh dengan kayu, akan tetapi menggunakan gigi adalah lebih baik..
Pada mulanya, saya merasakan wajah rusa-rusa itu lebih kurang seperti orang-orang Ostiak tersebut. Sekarang saya mula melihat bahawa setiap rusa kami mempunyai fisionominya yang tersendiri. Saya sudah boleh membezakan setiap rusa berkenaan hanya dengan melihat wajahnya. Saya mempunyai kasih sayang yang dalam terhadap rusa-rusa hebat tersebut kerana ia telah membawa saya 500 verst hampir sama seperti dengan kereta api.
Bekalan spirit kami sudah habis. Nikivor mula menjadi serius dan bermuka masam. Orang Ostiak itu menyambung menyanyikan lagunya yang membosankan. Saya berasa terdapat sesuatu perkara yang luar biasa sedang berlaku iaitu saya diri saya dan tidak ada orang lain berada di sini, di tempat yang tidak berkesudahan, dengan rusa-rusa dan dua lelaki ini semua bergerak dan terus bergerak untuk kepentingan saya. Dua orang manusia, dua lelaki dewasa telah meninggalkan rumah dan keluarga mereka, dan telah menderita semua kesusahan kerana keperluan orang ketiga, seorang yang betul-betul asing kepada kedua-dua mereka Sudah tentu hubungan seperti ini boleh wujud di mana-mana, namun tidak ada tempat di mana mereka boleh bekerja dengan sungguh kuat dalam imaginasi sebagaimana di sini, tempat yang tandus dan liar, sungguh jauh daripada manusia.
***
Kami tidak berhenti sehingga kami tiba di pondok-pondok Shangla. Di sini kami telah menemui kumpulan manusia yang paling primitif. Mereka menatap kami dengan kekaguman. Semua perlengkapan kecil saya, cerek teh dan perkakas, gunting, selimut di kereta luncur salji semuanya hampir membuatkan mereka terbit rasa kekaguman yang menggembirakan. Mereka mengekspresikannya dengan perasaan merintih ingin tahu. Untuk mengambil bearing saya , saya telah mengeluarkan peta kerajaan Tobolsk dan membaca dengan kuat nama semua pondok dan sungai yang berhampiran. Mereka melopong dan matanya terbeliak sebaik mendengarkannya, dan menyatakan sesuatu tentangnya dan Nikivor menterjemahkan bahawa ia semua agak betul. Saya tidak mempunyai wang kecil. Jadi, untuk menghargai layanan baik mereka, saya menghadiahkan setiap seorang 3 batang rokok dan sedikit manisan. Mereka terharu. Seorang wanita tua, dengan tubuh tua yang sangat bertenaga dan bersemangat, kelihatan seperti telah jatuh cinta dengan saya atau dengan barang kepunyaan saya dan menolong saya pada waktu saya berkemas untuk meneruskan perjalanan. Kami memberikan perpisahan yang mesra, berjabat tangan dan setiap kami bertukartukar kata-kata pujian dalam bahasa natif kami.
Secara tiba-tiba, Nikivor telah mengejutkan saya dengan satu soalan. Adakah ia akan lama sebelum Duma berhimpun
Ia telah berhimpun kelmarin.
Ha ha, apa yang perlu dikatakan sekarang Seseorang harus mengajar mereka biar mereka ternganga. Mereka telah mendominasi kita. Tepung sebelum ini berharga 1 rubel 50 kopeck dan sekarang ia berharga 1 rubel 80 kopeck. Bagaimana seseorang boleh hidup dengan harga yang begitu mahal Jika kita mendapatkan satu muatan jerami kita harus membayarnya dan satu muatan kayu juga. Orang Rusia dan Ostiak mengatakan negara itu milik kita. Duma harus mencadangkannya untuk kita. Sarjan kita dia bagus tetapi komisar itu kita tidak boleh bersama-sama dengannya sekalipun.
Duma tidak boleh melakukan banyak untuk anda. Melainkan ia akan dibubarkan.
Itulah sebabnya saya katakan ia akan dibubarkan. Nikivor menambah beberapa kata-kata kuat yang mungkin membuatkan teruja terhadap musuh Stolypin, bekas gabenor Saratov.
Ia masih malam apabila kami tiba di pondok-pondok Nyaksimvoli. Saya memutuskan untuk menukar rusa-rusa kami di sini, dan saya telah melakukannya meskipun dibantah oleh Nikivor. Dia memberikan beberapa hujah absurd dan cuba dalam segala cara untuk mengelak rundingan saya. Akhirnya, saya menyedari bahawa dia telah memikirkan tentang perjalanan pulangnya. Dia ingin pulang dengan rusa-rusa Ourvi itu ke khemah nomad di mana dia telah meninggalkan rusa-rusanya sendiri. Akan tetapi, saya tidak mengalah. Dengan 18 rubel, saya telah menyewa sekumpulan rusa yang bagus untuk membawa saya ke Nikito Ivdelsk, satu perkampungan mencuci emas yang besar di Urals. Ia adalah perhentian terakhir di laluan rusa berkenaan. Dari situ, saya akan pergi dengan menunggang kuda ke stesen kereta api dengan hampir 150 verst lagi . Ia adalah sekitar 250 verst ke Ivdelsk. Sehari semalam adalah perjalanan yang baik .
Kami harus berhenti di sini untuk baki malam ini. Ia adalah mustahil untuk menangkap rusa dalam kegelapan.
Kami telah berhenti di hadapan sebuah pondok kayu kepunyaan orang-orang miskin Siryane. Ketua rumah itu pernah diambil bekerja oleh seorang saudagar namun sesuatu telah terjadi dan sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan. Saya kagum dengan kebolehannya. Dia memiliki perbendaharaan yang canggih dan mampu berbicara dengan fasih. Dia telah bercakap dengan pemahaman yang menyeluruh tentang kemungkinan Duma akan dibubarkan; tentang kemungkinan kerajaan menambah pinjaman lagi. Dia bertanya kepada saya sama ada koleksi tulisan Herzen sudah diterbitkan. Bahkan, nomad yang berpendidikan ini ialah orang gasar. Dia tidak melakukan apa-apa pun untuk menolong isterinya, yang telah membuat semua kerja untuk seluruh keluarga dan banyak lagi. Isteri itu membuat roti untuk orang-orang Ostiak itu, mengisi ketuhar yang besar dengan kepingan roti. Dia juga menjaga anak-anak. Dengan jelas, dia tidak tidur pun pada waktu malam. Sebuah lampu kecil dinyalakan di tepi dinding sekat kayu, dan daripada bunyi-bunyi yang datang daripadanya, ia ketara bahawa dia sedang menguli roti. Pada waktu siang isteri itu juga sibuk memasang samovar, memakaikan baju pada anak-anaknya, dan menyerahkan kasut kulit rusa yang sudah kering kepada para lelaki. Mengapa suami anda tidak menolong anda saya bertanya apabila kami bersendirian untuk seketika.
Dia tidak mempunyai apa-apa kerja untuk dilakukan di sini. Dia tidak boleh menangkap ikan dan dia tidak pandai memburu. Tidak ada kerja-kerja membajak di sini. Tahun lalu ia adalah kali pertama semua orang cuba untuk membajak di tempat ini. Apa yang boleh dilakukannya Lelaki-lelaki kami tidak membuat kerja rumah. Seseorang harus mengakui bahawa mereka pemalas tidak jauh lebih baik berbanding orang-orang Ostiak. Oleh kerana itu gadis-gadis Rusia tidak akan mengahwini orang Siryane. Mengapa mereka mesti menghulurkan kepala mereka ke tali gantung Hanya kami wanita Siryane yang melakukannya.:
Dan adakah gadis-gadis Siryane mahu mengahwini orang-orang Rusia
Jika diperhatikan realiti sebenar, golongan petani Rusia suka untuk mengahwini wanita-wanita kami. Ini kerana tidak ada wanita lain yang boleh bekerja dengan begitu keras. Namun, seorang lelaki Siryane tidak akan mengahwini wanita Rusia, begitu juga dengan sebaliknya. Itu tidak pernah terjadi.
Anda katakan yang jiran anda cuba untuk membajak tahun lalu. Adakah ada hasil tuaian yang baik
Mereka mempunyai hasil tuaian yang baik. Mereka telah menanam satu pood dan setengah rai, dan telah menuai 30 pood. Ada yang menanam 3 pood dan telah menuai 20 pood. Rumah mereka sejauh
40 verst dari kebun-kebun mereka.
Ini adalah tempat pertama yang telah ditemui saya di mana terdapat cubaan-cubaan untuk mengerjakan tanah.
Ia sudah selepas tengah hari sebelum kami boleh meneruskan perjalanan. Seperti biasa, kami merancang akan pergi sejurus setelah hari siang. Akan tetapi, seperti biasa, kami pergi sebelum tengah hari. Seorang lelaki muda telah mengiringi kami kali ini.
Matahari telah bersinar dengan cahaya yang sangat terang. Sangat sukar rasanya untuk membuka mata walaupun sekejap. Bahkan, melalui kelopak mata yang tertutup pun cahaya matahari itu boleh menembusinya seperti logam yang berkilauan. Hanya angin yang bertiup sejuk sahaja yang menghalang salji itu daripada mencair. Tidak sehingga kami memasuki hutan itu, ia adalah mustahil untuk merehatkan mata. Hutan tersebut adalah serupa seperti hutan yang telah dilalui oleh kami sebelum ini dengan banyak laluan kecil untuk haiwan. Saya belajar untuk membezakannya dengan pertolongan Nikivor. Di sini, ada seekor arnab dengan jelas telah merayau-rayau ke hulu-hilir tanpa tujuan. Terdapat juga satu bulatan daripada banyak jejak arnab dengan laluan tunggal yang membawa ke semua arah. Seseorang mungkin membayangkan bahawa terdapat banyak arnab yang berlegar-legar pada waktu malam, dan bahawa seorang peronda telah membuatkan ia terkejut dan lari bertempiaran. Di sini juga terdapat jejak yang panjang daripada burung-burung dengan kakinya yang kecil, dan ia berhampiran laluan seekor musang bahawa haiwan itu mesti terpeleot . Di sebelah sana pula, melalui cerun tersebut yang mengarah ke sungai, ada sekawan serigala telah berlalu, satu per satu. Di mana-mana ada cahaya, hampir-hampir tidak jelas, laluan tikus padang yang bercorak renda kecil; di sana-sini terdapat banyak jalan wesel dan cerpelai seperti jika tali yang bersimpul-simpul telah direntangkan dan dijatuhkan ke dalam salji. Sekarang dan sebelum ini laluan ini telah dilewati oleh bekas jejak kaki yang besar jalan beberapa ekor rusa besar yang cemerkap.
***
Semasa waktu malam, kami telah berhenti lagi, dan melonggarkan ikatan rusa-rusa itu untuk memberikannya makan, menyalakan unggun api, dan membuat teh. Pada waktu pagi, saya dengan ketidaksabaran yang menggelisahkan telah menunggu untuk rusarusa itu dibawa masuk. Nikivor telah memaklumkan kepada saya bahawa salah seekor daripada haiwan itu telah kehilangan galahnya. Adakah ia sudah melarikan diri saya bertanya dengan bimbang.
Ia tidak pergi jauh. jawab Nikivor, dan secara tiba-tiba dia mula menyumpah seranah pemilik rusa-rusa itu yang tidak membawa tali, atau sebarang jenis kelengkapan. Saya telah memahami dengan segera bahawa memang sesuatu yang buruk sekiranya tidak ada kelengkapan.
Mereka telah menangkap salah seekor daripada rusa-rusa jantan itu tidak jauh dari kereta luncur salji. Nikivor berdengus seperti seekor rusa untuk menarik perhatian rusa jantan itu, namun begitu haiwan tersebut menjadi ragu-ragu, dan akhirnya Nikivor membuat tanjul dan menanamnya di bawah salji. Dia mendengus lagi, dan membuat panggilan-panggilan dekutan. Akhirnya, jerat telah menangkap galah yang diikat pada rusa jantan itu. Haiwan yang ditangkap tersebut telah dibawa masuk ke dalam hutan untuk dijadikan sebagai umpan bagi yang lain. Berjam-jam telah berlalu. Ia agak terang di dalam hutan. Dari masa ke masa saya telah mendengar dalam suatu jarak, suara-suara manusia, kemudian semuanya senyap kembali. Saya teringat bahawa saya telah mendengar kisah para pengembara yang harus menunggu 2 atau 3 hari sebelum haiwan-haiwan mereka tersebut boleh ditangkap semula. Apakah saya harus menunggu begitu lama Bayangkan ketidaksabaran saya.
Akhirnya, mereka telah kembali dengan semua rusa kecuali satu ekor. Rusa ini menyusuli dalam suatu jarak, melangkah seperti rusa ini ingin memarahi kami, tetapi menolak untuk menyerah kepada Nikivor. Sekurang-kurangnya, dia mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri sekejap apabila muncung haiwan itu telah tersembam dalam salji ketika dia menangkap haiwan itu melalui kakinya. Ia telah meronta-ronta dan terjatuh bersama-sama dengan Nikivor. Ah Nikivor memegang dengan pantas, dan dia telah menangkapnya.
***
Sekitar jam 10 pagi, kami telah tiba di Souvada. Tiga daripada pondok-pondok tersebut telah ditutup, dipaku mati, dan hanya satu sahaja yang sedang didiami. Di dalam sebuah rumah berkayu yang panjang, terdapat bahagian-bahagian daging yang telah dipotong daripada dua ekor haiwan yang baru sahaja dibunuh, dan terdapat juga dua ekor anak lembu kecil yang baru sahaja dilahirkan. Semua orang tertidur atau mabuk berbaring dalam satu barisan di atas papan-papan kosong. Tidak ada seorang pun yang mempedulikan kami. Kabin itu besar tetapi sangat kotor, dan tidak ada perabot. Kepingan ais yang tebal telah dijadikan sebagai jendela. Pada dinding-dinding itu, tergantung gambar-gambar dua belas hawari, Tsar, dan semua keluarganya dan satu iklan barangan getah.
Nikivor telah menyalakan api di pendiangan. Kemudian, seorang wanita Ostiak, yang masih lagi terhuyung-hayang akibat mabuk, telah bangun dan menuju ke arah kami. Mereka baru sahaja balik daripada satu pemburuan yang berjaya pada hari sebelumnya dan mereka ketiduran setelah mengadakan keraian.
Mengapa ada banyak pondok yang kosong saya bertanya dan semua orang ini berhimpit antara satu sama lain dalam satu pondok
Banyak sebab. Jika seseorang telah meninggal dunia dalam satu kabin, tidak ada orang Ostiak yang akan tinggal di dalamnya lagi. Atau jika seorang wanita yang tidak bersih memasukinya lelaki itu harus mengubah tempat kediamannya. Saat sedang menstruasi, wanita-wanita tersebut akan tinggal berasingan di khemahkhemah. Kemudian orang-orang Ostiak itu menjadi lemah sebab itu mengapa pondok-pondok itu kosong.
***
Nikivor saya fikir anda lebih baik jika tidak memperkenalkan diri saya sebagai seorang saudagar. Apabila kita mendekati perlombongan itu, anda boleh katakan yang saya seorang jurutera dengan G. Expedition. Adakah anda pernah mendengar tentang ekspedisi ini
Tidak, saya belum pernah mendengarnya,
Di sana terdapat satu projek untuk membina landasan kereta api dari Obdorsk ke White Sea. Oleh itu, produk-produk Siberia boleh dibawa ke bandar pelabuhan dan dikirim ke luar negara. Anda boleh berpura-pura bahawa saya datang ke Obdorsk untuk tujuan ini.
Hari semakin dekat. Kami tidak lebih dari 50 verst ke Ivdeli. Kami telah tiba di pondok-pondok Wogulischen di Oikapul. Saya telah meminta kepada Nikivor supaya dia meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Dia kembali setelah sepuluh minit untuk melaporkan bahawa kabin-kabin itu telah dipenuhi dengan orang yang semuanya mabuk. Orang-orang natif Wogules minum dengan ditemani oleh orang-orang Ostiak yang membawa barang-barang ke Nyaksimvoli. Saya enggan untuk masuk kerana takut dengan kesankesan minuman itu terhadap Nikivor. Saya tidak akan menyentuh apa-apa dia meyakinkan saya. Saya hanya ingin membeli sedikit untuk perjalanan kita.
Seorang petani yang tinggi telah mendekati kereta luncur salji kami dan bercakap dengan Nikivor dalam bahasa Ostiak. Saya tidak dapat memahaminya, sudah tentu, sehingga mereka mula bercakap dalam bahasa tulen Rusia. Petani itu mabuk, dan ia segera muncul bahawa Nikivor telah mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri selama sepuluh minit dia meluangkan masa di dalam salah satu pondok tersebut. Saya menyertai perbualan itu.
Apakah ia saya bertanya.
Petani itu telah memberitahu saya bahawa dia telah bertanya kepada Nikivor tentang siapa saya dan ke mana saya ingin pergi, dan sebagai jawapan Nikivor telah memberitahunya bahawa saya ingin pergi ke neraka.
Adakah anda orang Ostiak atau Rusia saya bertanya.
Rusia seorang Rusia. Nama saya Shiropanov. Saya datang dari Nyaksimvoli. Anda ialah anggota syarikat G, bukan
Saya sedikit terkejut. Ya, saya anggota syarikat G tetapi bagaimana anda mengetahuinya saya bertanya.
Mereka telah menghantar saya untuk turun dari Tobolsk pada waktu ekspedisi pertama mereka. Terdapat seorang lelaki Inggeris bersama-sama dengan mereka - Charles Williamson saya telah lupa nama keluarganya.
Putman saya mengatakan dengan pantas dan secara rawak.
Tidak, bukan Putman. Isteri Putman ada bersama, tetapi, ah, orang ini namanya ialah Kruse.
Dan apa yang sedang dilakukan oleh anda sekarang
Saya bekerja dengan syarikat Shulgin di Nyaksimvoli, mengeluarkan muatan barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, saya telah sakit selama tiga hari sakit di seluruh badan saya.
Saya menawarkannya ubat. Kami memasuki pondok itu.
Api di pendiangan itu hampir padam dan tiada ada orang yang ingin menyalakannya semula. Ia hampir gelap-gelita tetapi kelibat-kelibat manusia masih boleh dilihat, di atas katil-katil papan, di lantai, di seluruh bilik itu. Apabila kami memasuki tempat tersebut, wanitawanita itu, mengikut adat mereka, telah menutup separuh daripada wajah mereka. Saya menyalakan lilin dan menggoncang dalam tangan saya beberapa tablet sodium salisilat untuk Shiropanov.
Dengan tiba-tiba, saya telah dikelilingi oleh orang-orang Ostiak dan Wogul yang mabuk dan separuh mabuk. Semua mengadu tentang penyakit-penyakit mereka. Shiropanov bertindak sebagai jurubahasa dan saya telah berkongsi sodium salisilat dan kuinin dengan cermat untuk mengubati semua penyakit mereka.
Adakah betul bahawa anda tinggal di tempat yang sama dengan Tsar seorang lelaki tua dan kurus bertanya kepada saya dalam bahasa Rusia yang tidak lancar.
Ya, di Petersburg, saya menjawab.
Saya pernah berada di sana sekali di pameran itu. Saya melihat segala-galanya. Saya melihat Tsar ketua polis ketua duke.
Adakah anda dihantar ke sana sebagai perutusan dalam adat Wogul
Ya ya ya terdapat banyak anggukan kepala sebagai tanda setuju.
Pada waktu itu, saya muda dan kuat sekarang saya tua dan sakit.
Saya memberikannya beberapa ubat. Mereka semuanya nampak gembira, telah berjabat tangan dengan saya, meminta saya untuk minum berama mereka, dan menjadi sedih apabila saya menolak. Nikivor yang berada di pendiangan sedang minum satu cawan teh, dan satu lagi cawan, dan mengambil minuman spirit antara keduadua cawan teh tersebut. Dia telah mengabaikan semua pandangan dan panggilan petunjuk saya. Saya harus menunggu sehingga dahaganya dipuaskan.
Ia adalah hari ketiga sejak kami meninggalkan Ivdeli, kata Shiropanov, dan kami telah bergerak 45 verst. Kami telah berhenti dengan Mitry Mitrich Lialin di Ivdeli. Dia ialah orang yang hebat. Dia telah membawa buku-buku yang baharu dari perlombongan itu sebuah Kalendar Rakyat, dan sebuah suratkhabar. Pada kalendar itu, kami membaca tentang berapa banyak gaji yang diperoleh oleh beberapa rakan yang berbadan besar itu sebahagian 200 ribu dan sebahagian cuma 150. Apa yang dilakukan oleh mereka dengannya semua itu Beritahu saya. Saya tidak tahu siapa anda, encik, tetapi biar saya beritahu anda ini. Saya tidak memerlukan saya tidak mahu Duma berhimpun pada tanggal 20 dan ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kami akan melihat sekarang apa yang akan dilakukan oleh para sosialis. Saya rasa sekitar 50 orang daripada mereka akan menjadi sosialis dan 150 adalah anggota Party dan 100 kadet hanya beberapa elemen gelap tentangnya.
Jika saya boleh bertanya, parti mana yang mendapat simpati anda
Keyakinan saya membawa saya kepada demokrat sosial mereka melihat perkara-perkara melalui pandangan saintifik.
Saya menggosok-gosok mata saya. Di sini, di tengah-tengah Taiga yang terpencil, di sebuah pondok kotor yang dipenuhi oleh orangorang Wogul yang mabuk, seorang pekerja yang bekerja dibawah orang kampung yang kaya, memberitahu saya bahawa pandangan saintifik demokrat sosial telah memenangi perhatiannya. Saya mesti mengaku bahawa saya berbangga dengan parti saya.
Ia nampaknya menyedihkan bahawa anda mesti tinggal di rantau yang terpencil ini, saya katakan kepadanya.
Apa yang hendak dilakukan Saya sebelum ini bekerja di Barnaul tetapi saya telah kehilangan pekerjaan saya. Saya ialah seorang suami dan seorang ayah - jadi saya mesti keluar dari sini. Apabila seseorang tinggal di antara serigala, ia mesti melolong bersama-sama. Saya enggan pergi bersama dengan G. Expedition sebelum ini tetapi sekarang saya akan gembira untuk pergi. Jika anda memerlukan seseorang, anda boleh menghubungi saya.
Saya bersimpati dengannya. Saya ingin memberitahunya bahawa saya bukan seorang jurutera bahkan bukan anggota G Expedition, akan tetapi seorang sosialis yang menjadi orang buruan. Saya berfikir masak-masak untuk tidak mengatakan apa-apa.
Ia adalah masa untuk berangkat. Orang-orang Wogul itu telah menemani kami ke kereta luncur salji kami, dengan memegang lilin menyala yang telah diminta oleh mereka. Tidak ada angin, dan api lilin itu masih bernyala. Kami mengulangi ucapan selamat tinggal, dan seorang anak muda Ostiak cuba untuk mencium tangan saya. Shiropanov membawa keluar kulit rusa jantan dan meletakkannya di kereta luncur salji saya. Dia enggan untuk menerima sebarang wang. Saya telah memberikannya satu botol spirit bekalan terakhir dalam catuan saya. Akhirnya, kami telah berangkat.
***
Nikivor menjadi banyak bercakap sekali lagi. Untuk ratusan kali dia mengulangi cerita tentang bagaimana dia telah melawat adik lelakinya bagaimana koperal itu telah memberikannya empat rubel dan memberitahunya untuk mengemudi seseorang. Ketika cerita itu hampir berakhir, dia memulakan cerita itu semula lagi dan lagi: Sekarang saya akan memberitahu anda sekali untuk penghabisan kali bagaimana ia benar-benar terjadi.
Terima kasih Nikivor. Saya tidak akan melupakan semua masalah dan kebaikan anda. Sekiranya ia mungkin, saya akan memberi penghormatan terhadap anda dengan mencetak sesuatu pada suratkhabar-suratkhabar, sesuatu seperti ini: Saya mengucapkan penghargaan saya yang dalam kepada Nikivor Ivanovitch Cherynov. Tanpa pertolongannya, saya tidak akan dapat melarikan diri.
Mengapa anda tidak boleh melakukannya
Ya polis.
Oh ya, anda betul. Tetapi, ia tidak mengapa. Dahulu pernah nama saya sangat hampir dicetak.
Bagaimana ia boleh terjadi
Ya, ia seperti ini. Seorang saudagar dari Obdorsk menyimpan wang saudara perempuannya dan saya untuk memberitahu anda tentang kebenaran yang kurang bagus saya telah memberikan tangan.Ya, bukan tangan sebenarnya saya telah memberikan dia sedikit pertolongan. Anda ada wang tersebut saya mengatakan jadi ia mesti Tuhan yang baik yang telah memberikannya kepada anda. Ia betul, bukan
Tidak semuanya, Nikivor.
Bagus. Anda lihat bahawa saya telah menolongnya sedikit, akan tetapi tidak ada orang yang tahu apa-apa tentangnya kecuali seseorang, Peter Petrovitch Vaklakov, yang bangsat itu dia telah menghidunya. Dia pergi dan menerbitkannya di suratkhabar itu seorang perompak, saudagar Adrianov telah mencuri wang, dan seorang lagi perompak, Nikivor telah membantu, bahawa ia memang betul, dan ia telah dicetak.
Anda sepatutnya membuat suatu tindakan kenyataan bertulis untuk menentangnya saya menjawab. Mungkin anda telah mendengar tentang menteri itu, Gurko, yang telah mencuri atau menolong mencuri, dan apabila berita itu keluar, dia telah mendakwa orangorang yang dipersoalkan kerana membuat fitnah. Anda patut melakukannya juga.
Saya pernah memikirkannya tetapi orang itu kawan baik saya dan dia tidak memaksudkan sebarang ancaman. Dia melakukannya sebagai gurauan. Petani yang pintar itu, Peter, terserah kepadanya untuk melakukan apa sahaja.
***
Kami telah tiba di Ivdeli pada sekitar jam 4 pagi dan terus menuju ke kabin Lialin sebagaimana yang telah disarankan oleh Shiropanov kepada saya sebagai penyokong Narodnik Peoples Party. Dia terbukti seorang lelaki yang paling baik dan ramah, yang telah memberikan kebaikan kepada saya, dan saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih.
Kami hidup dengan sangat tenang di tempat-tempat ini, dia memberikan komen sewaktu kami minum teh bersama-sama. Bahkan, revolusi itu tidak memberikan sebarang kesan kepada kami. Sudah tentu kami sangat berminat tentang apa yang sedang terjadi, dan mengikuti perkembangan di suratkhabar. Kami telah bersimpati dengan golongan progresif dan menghantar golongan radikal ke Duma namun begitu kami belum melihat sebarang tindakan lagi. Kami tidak ada polis untuk menjaga kami kecuali gendarme tersebut yang bertanggungjawab terhadap gunung di daerah ini. Stesen telegraf pertama adalah di perlombongan Bogoslovski di mana terletaknya perhentian kereta api, sekitar 130 verst dari sini. Adakah ada pelarian di sana Oh beberapa tiga orang Laplander, seorang guru, dan seorang artis sarkas. Mereka semua bekerja dan tidak memerlukan apa-apa yang khusus tinggal dengan kehidupan yang sama tenang sebagaimana kami. Kami menjangkakan emas ketika hari siang dan pada waktu petang kami akan duduk di sekitar unggun api. Oh ya, anda boleh sampai ke Rudniki dengan mudah dari sini. Anda boleh menaiki gerabak pos Zemstvo ataupun anda boleh menyewa kereta luncur salji. Saya akan cuba mendapatkan seorang pengemudi untuk anda.
Saya mengucapkan kata perpisahan kepada Nikivor. Nikivor yang tidak boleh berdiri dengan tegak.
Jaga diri, Nikivor, saya takut jika anda kembali dalam kondisi anda sekarang, anda mungkin akan menghadapi masalah sepanjang perjalanan tersebut.
Tidak mengapa. Sekiranya perut bertahan, semuanya akan baikbaik sahaja, adalah komen perpisahannya.
Tidak ada yang heroik dalam baki cerita saya.
Keadaan nampaknya memihak saya, sebagaimana alam telah memihak saya pada pengembaraan rusa menyeberang kawasan tundra itu. Saya telah mengembara untuk suatu jarak yang boleh dipertimbangkan di dalam kereta luncur salji yang sama sebagaimana dengan seorang pegawai eksais yang telah memeriksa kedai-kedai arak di seksyen berkenaan, dan akhirnya telah tiba di Rudniki, bersama-sama kawan-kawan. Pada 25 Februari, saya telah berangkat dalam sebuah gerabak di landasan yang sempit yang terhubung dengan jalur Perm. Ini sedikit membahayakan kerana setiap individu yang dilihat dengan curiga di jalan ini akan diperhatikan dengan hati-hati, dan kemudian selalu terdapat bahaya bahawa komunikasi telegrafik mungkin datang dari Tobolsk. Namun begitu, apabila saya tiba di Perm dan menemui gerabak selesa yang boleh membawa saya ke Petersburg, saya rasakan bahawa saya agak selamat. Kereta api melewati stesen-stesen sama yang telah dilalui oleh kami beberapa waktu dahulu dengan polis, para pegawai, dan gendarme. Walau bagaimanapun, perasaan saya sudah berbeza sekarang! Dalam sekejap waktu sahaja lagi saya akan kembali di Peterburg selepas perjalanan yang panjang.
Petak-petak kereta api ini kelihatan pengap dan menyesakkan nafas. Saya keluar ke platform di mana angin berhembus melalui kegelapan malam, dan saya tanpa sedar telah melepaskan teriakan kebebasan dan kegembiraan.
Dan kereta api membawa saya dan terus membawa saya.
Leon Trotsky 103