And you can pack your bags And spread your wings
And you can tell them all That its over
But while you wave goodbye
Ill be getting closer
Without A Word, Birdy
*Catatan ini dirakam di antara Thamel, Changu Narayan, Kuil Pasuphathinath, Hanuman Dhoka sehingga SangkhuKatikele-Nagarkot, Nepal.
2 JUN 2001
JALAN DILIBAZAR dipenuhi dengan orang awam yang berdiri di luar kedai-kedai, memandang jauh ke arah Timur dari istana di Hanuman Dhoka, tempat raja baharu dikatakan dibawa ke istana Narayanhiti. Kepulan debu dan gas pemedih mata bercampuran naik ke langit. Kumpulan pemuda dengan kepala yang dicukur menjerit di belakang; Bhai marna paindaina, hatyara raja chaindaina yang berbunyi; You cant kill your brother, we dont need a murderer king, serta Hamro raja hamro desh, pranbhanda pyaro chha yang berbunyi; Our king and our country are dearer to us than our lives,.
22 MAC 2014
Di radio 93.5 sekarang berkumandang lagu-lagu Hindustan (aku rasa-lah). Biasa kalau tak berjalan seorang, aku akan sediakan program perjalanan dengan lengkap (untuk elak menyusahkan orang lain).
Tapi bila berjalan seorang, kita ada lebih banyak pilihan. Dulu di Marseille dan Berlin juga aku tak ada buku Rick Steve atau Lonely Planet. Peta pun rembat kat lapangan terbang dan stesen kereta api.
Pagi tadi lepas Google 11 minit, aku buat keputusan untuk ke Bhaktapur Durbar Square - naik bas awam. Rupanya bukan bas yang akan aku naiki, tetapi macam Magic Bus 142. Lepas 1 jam 30 minit perjalanan, bila bas berhenti di pekan Bhaktapur, aku tak tahu pun kena turun sebab orang sebelah tak turun.
Makanya bas terus mendaki naik ke Changu Narayan (membawa aku sekali), satu daripada 7 World Heritage Site di Nepal oleh Unesco. Di situ aku ditemukan dengan Master lukisan Thangka, yang mensyarahkan aku berkenaan peri penting perbuatan baik di dalam humanisme.
Petangnya, aku pulang di dalam hujan lebat, menuruni bukit dengan jalan kecil (sebab bas tak ada, entah dah habis atau kena tunggu lagi lama), dan dipenuhi dengan petani tua Nepal yang menghuni bukit Changu yang mahu turun ke Kathmandu.
Dalam hujan lebat, ketika Magic Bus kemudiannya bersesak memasuki kota yang macet akibat warga muda baru pulang bekerja, kepala aku masih keras mengingatkan mandala, kisah kelahiran Siddharta Gautama serta konsep Wheel of Life yang disyarahkan Master lukisan Thangka tadi.
Aku memerhati dan menikmati suasana ini; Petani tua, dengan sari dan songkok (daura saruwal), di celah-celah basah peluh dan hujan anak muda yang bekerja dan keluar libur hujung minggu.
Antara sebab aku semakin anti-Lonely Planet dan fix schedule adalah kerana aku punya masa untuk mendengar, melihat dan merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi sebahagian dari kumpulan masyarakat ini. Untuk ke stesen bas dari hotel sahaja - aku perlu bertanya lebih dari 7 orang (ada peta pun tak guna, nama jalan bukan dalam rumi).
Selain menaiki pengangkutan awam, aku senang sekali mendengar radio mereka sehingga lewat malam, (walaupun tak pasti bahasa Hindustan atau bahasa Nepal).
Hari kedua di Kathmandu aku belajar; Lupakan T Shirt atau Magnet. Lupakan Lonely Planet. Kemanusiaan itu duduknya di lorong-lorong kehidupan, bukan di kedai cenderamata atau helaian kertas bukan
23 MAC 2014
Pagi kedua atau hari ketiga di Kathmandu. Aku bersarapan di hostel sambil memikir-mikir hendak ke mana hari ini. Bosan melihat muka-muka putih warga Eropah berpeleseran gaya poyo di beranda hostel, aku keluar tanpa arah tuju.
Mengikut jejak langkah semalam, aku menuju stesen bas di mana terletaknya bas-bas magik tersebut. Magic Bus ini punyalah magis, boleh bawa kita ke mana sahaja dengan hanya 20 Rupees atau duit Malaysia 60 sen (walaupun ramai pelancong tak suka dengannya dan lebih gemar sewa kereta).
Terpengaruh dengan Google, hari ni Magic Bus bawa aku ke sebuah kuil paling penting untuk penganut Hindu yang juga tersenarai sebagai World Heritage Site oleh Unesco iaitu Pashupatinath Temple.
Rupanya ketika sampai, kuil ini sedang menguruskan beberapa upacara pembakaran mayat. Sebelum dibakar, mayat dimandikan di tepi sungai Bagmati. Satu jam aku memerhatikan upacara ini berlangsung.
24 MAC 2014
Namaste!
Namaste! dia menjawab sambil tersenyum.
Siapa nama awak aku bertanya sambil tanganku memegang rangka backpack yang melilit bahuku ini.
Nama saya Deepika Chaudary, nama awak jawabnya sambil menggelengkan kepalanya comel.
Sebentar, Deep..., aku bertanya tanda gagal menangkap tutur bunyinya yang laju.
Dee-pi-ka-Chau-da-ry, jawabnya sekali lagi laju tanda tahu aku gagal menangkap dengan kemas sebutannya tadi. Dia mengangkat kening lebatnya sambil tersenyum.
Oh. Deepika! aku menuturkan namanya puas.
23 MAC 2014
Kemudian Magic Bus membawa aku masuk semula ke dalam bandar, melalui rangkaian laluan kecil dikelilingi kedai. Kesemua laluan ini nampaknya seperti baru mengalami gempa bumi. Tak pasti sama ada mahu dibaiki atau bagaimana.
Lorong-lorong ini dilalui oleh semua, sama ada anda pejalan kaki, penunggang motor, pemandu teksi, pemandu kereta mahupun Magic Bus. Peraturannya hanya satu iaitu hon. Siapa hon kuat maka dia lah yang dapat jalan dulu.
1 JUN 2001
7:30 p.m.: Putera Mahkota Dipendra bermain biliard sambil minum wiski Famous Grouse.
8:00 p.m.: Putera Mahkota Dipendra bergerak ke atas mengambil bondanya, Permaisuri Aishwarya turun. Permaisuri Aishwarya berhenti untuk berbual dengan Puteri Helen Shaha di sebuah bilik kecil di dewan biliard itu. Putera Mahkota Dipendra kembali ke bilik biliard tempatnya bermain tadi.
24 MAC 2014
Nama saya Zul, umur awak berapa sambungku lagi sambil membetulkan sekali lagi backpack di belakangku ini. Perjalanan menaiki bukit ini semakin terasa lelahnya.
Jul
Tak. Z - U - L. Bunyinya ZUL,
Oh, Zul. Peliknya, umur saya 11 tahun sambungnya sambil ketawa lagi. Lesung pipit di pipinya kelihatan jelas mengatasi cahaya terang dari kaca matanya.
23 MAC 2014
Dan lorong ini rupanya adalah satu lagi dunia lain di dalam Kathmandu. Aku lihat perempuan dengan bakul besar di belakang sedang memungut bata untuk dihantar naik ke tingkat atas untuk pembinaan. Aku lihat peniaga kacang yang berebut dengan bas-bas magik untuk melintas jalan. Mungkin inilah lorong paling sibuk di dunia pada tengah hari Ahad.
Akhirnya Magic Bus ini menghantar aku di hadapan sebuah kedai buku. Harga buku secara relatif murah sehingga 60% dari Kuala Lumpur. Tanpa berfikir panjang kali ini aku terbeli Into Thin Air oleh Jon Krakauer serta buku Trailblazer iaitu Trekking in the Everest (walau semalam dah terbeli 1984 George Orwell &Forget Kathmandu Manjushree Thapa)
1 JUN 2001
8:12 p.m.: Putera Mahkota Dipendra berbual dengan Devyani Rana selama 1 minit 14 saat. Perhubungan mereka tidak direstui oleh kedua-dua ayahanda Raja dan bonda Permaisurinya. Beliau bahkan diberi kata dua oleh ayahandanya samada untuk menjadi bakal Raja dan mewarisi takhta pemerintahan Nepal atau mengahwini kekasihnya, Devyani Rana yang dikenalinya di England dan melupakan cita-citanya untuk menjadi Raja.
8:19 p.m.: Putera Mahkota Dipendra menghubungi pembantunya untuk menghantarkannya rokok istimewa, yang disediakan menggunakan hashish dan bahan tidak bernama berwarna hitam. Pembantunya memberikan rokok tersebut kepada Putera Paras untuk menghantarnya kepada Putera Mahkota Dipendra. Dilaporkan Putera Mahkota Dipendra tidak mampu berdiri tegak, kemungkinan besar mabuk kerana wiski yang diminumnya. Putera Nirajan dan Putera Paras membantunya naik ke biliknya.
24 MAC 2014
Awak tak pergi sekolah aku menyambung perbualan sambil kami meneruskan perjalanan.
Cuti, ada peperiksaan,
Oh. Awak tak pergi ambil periksa
Tak. Saya dah selesai semuanya. Awak nak pergi mana tanyanya sambil berhenti di hadapanku.
Nagarkot, jawabku sambil memegang kepala kecilnya tanda protes dia menghalang perjalananku.
Jauh tau Nagarkot kalau jalan kaki, dia menepis tanganku sambil jalan mengundur pula kini.
23 MAC 2014
Tak, aku tak pernah fikir untuk mendaki gunung Everest. Tetapi petang tadi aku telah bertanya kepada beberapa agen mengenai program 14 hari ke Everest Base Camp.
Sihir Magic Bus ini begitu kuat, sehingga menyebabkan program Trans Siberia mungkin ditangguhkan untuk beri laluan kepada Everest Base Camp dan esok akan ke Nagarkot untuk tidur berlatarbelakangkan Himalaya.
Untuk peminat Alexander Supertramp, ini bukan tribute Magic Bus 142 dan sila pergi terjun longkang jika tak kenal Jon Krakauer.
1 JUN 2001
8.25 p.m.: Rana menghubungi pembantu Putera Mahkota Dipendra setelah bercakap dengannya menyatakan suaranya tidak jelas dan meminta pembantu-pembantunya membantu Putera Mahkota tersebut. Pembantunya sampai di bilik Putera Mahkota dan mendapati Putera Mahkota Dipendra sedang bersusah payah membuka pakaian bahagian atas badannya. Pembantunya membantu beliau membuka pakaian dan menghantarnya ke bilik mandi.
8:30 p.m.: Raja Birendra Bir bikram Shah Dev sampai di istana kediaman. Beliau terus menuju bilik biliard untuk menemui tetamu lain yang kini memenuhi bilik tersebut.
24 MAC 2014
Saya tahu jauh! jawabku sambil menyambung perbualan, Rumah awak di mana
Rumah saya di hadapan sana...emm...awak ada coklat tak
Okay, sekarang aku dah tahu. Mengapa dia mengikuti aku daripada tadi. Baru aku sedar sebenarnya aku sedang mengunyah Mentos yang hanya berbaki dua di dalam poket.
Alamak, tinggal dua sahaja-lah. Baik, awak ambil semua, aku menyeluk poket seluar dan terus menghulurkan kepadanya baki Mentos itu.
1 JUN 2001
8.39 p.m.: Putera Mahkota Dipendra berbual dengan Devyani rana selama 32 saat. Ayat terakhirnya ialah; I am now about to sleep good night, well talk tomorrow. Selepas perbualan tersebut, Putera Mahkota Dipendra dikatakan mengenakan pakaian tentera dengan but tentera hitam, jaket dan seluar celoreng, sarung tangan kulit berwarna hitam serta stokin hitam.
Beliau keluar dari biliknya dengan 9mm Caliber MP-5K automatik sub-mesingan. 9 orang ahli keluarga diraja ini terbunuh malam itu, termasuk Raja Birendra, Permaisuri Aishwarya dan Putera Mahkota Dipendra sendiri.
24 MAC 2014
Matanya bulat melihat bungkusan Mentos yang pendek itu, kemudiannya menjawab, Tapi nanti awak lapar. Oh tak, saya dah makan banyak, jawabku laju. Saya minta maaf coklat tu tinggal dua sahaja, sambungku lagi dalam nada sesal.
Saya ambil satu, awak ambil satu, okay jawabnya sambil menghulurkan kembali bungkusan yang berisi sebiji lagi Mentos itu, Lagipun awak nak jalan jauh, nanti awak lapar! sambungnya sambil tersengih.
Tak. Coklat tu semua untuk awak. Patutnya saya tak makan dan beri semua kepada awak,
Baiknya awak ni. Terima kasih. Saya harap awak tak lapar nanti!
25 MAC 2014
Aku bangun pagi di Nagarkot berlatarbelakangkan gunung Himalaya yang kelabu asap dek kononnya perubahan musim dari sejuk ke musim luruh. Pagi ini aku perlu bergegas ke lapangan terbang. Perjalananku ke Delhi akan menyusul, mengingatkan aku yang akan meninggalkan daerah ini dengan penuh tanda tanya. Benarkah Putera Mahkota Dipendra menembak kesemua 9 ahli keluarganya semata-mata kerana tidak dibenarkan mengahwini kekasih hatinya, Devyani Rana
Meninggalkan Kathmandu di dalam huru hara dengan Raja Gyanendra memegang tampuk kekuasaan di sebalik peningkatan tekanan oleh pejuang Maoist. 28 Mei 2008, Raja Gyanendra terpaksa menyerahkan kedudukannya sebagai Raja apabila Nepalese Constituent Assembly memutuskan untuk memansuhkan sistem beraja dan menubuhkan Republik Demokratik Nepal. Aku dengar ada yang menyatakan Nepal akan lebih baik jika Raja Birendra, ayah kepada Putera Mahkota Dipendra masih kekal memerintah. Aku masih keliru, apakah benar Cinta ialah motif kesemua ini sehingga menimbulkan ketidakstabilan Nepal sehingga kini