SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 4
Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Melalui pemanipulasian kawasan telemore pada penghujung kromosom, Mama Juwita berjaya memanjangkan usia sel manusia tanpa mengubah aktiviti gen P53. Tinta Pujangga sudah lupa akan usianya; malah beliau tidak kisah langsung akan usianya. Selama mana Tuan Pemerintah mahukan khidmatnya, selama itulah dia akan meminta Mama Juwita untuk mengabadikan riwayat sel-nya. Lebih seratus tahun berlalu, Pujangga masih gagah walau kadangkala usia membataskan aktiviti lasaknya.

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Tangan tuanya menekan satu punat di belakang pintu; terus sebuah bilik berwarna putih teraktif. Bilik itu lengang dengan ketiadaan objek kecuali sebuah keranda warna keemasan. Keranda itu milik Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga, seperti yang terukir pada sisi keranda emas itu. Pujangga mendekati keranda itu, lalu terus memasukkan kata kunci sebelum merebahkan badannya ke dalam larutan separa cecair yang berlimpah di dalam keranda itu. Cryoprservation; itu tujuan keranda itu dicipta untuk Tinta Pujangga.

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Menghampiri suhu sub-zero, segala sel dan enzim milik Tinta Pujangga akan dibekukan, manakala kepintaran Juwita memungkinkan proses pembaikian sel berjalan ketika tubuh Pujangga direhatkan (dibekukan). Pada saat inilah minda Pujangga masih aktif mengimbau kembali zaman kuno bersama keluarganya; lebih-lebih lagi kehidupan dia bersama Tok Ayah yang pernah mengajarnya tentang Alif Lam Lam Ha.

Tapi, Nora muda lagi lah Tok Ayah, nantilah!

Ajaran Tuhan ni, kena patuh Nora. Tak kira waktu muda ke, tua ke, kena ikut syariat.

Ini zaman moden Tok Ayah! Kawan-kawan Nora, semua macam ni!

Tok ayah tak kira! Kamu mesti pergi mengaji dengan Ustaz Zaki!

Tok Ayah jangan nak paksa-paksa. You are not my father!

Nora! Kau nak kemana tu! Nora! Nora! Nora!

Nora Napisah sudah tidak kembali lagi, walaupun untuk menjenguk jenazah Tok Ayah yang meninggal kerana sakit tua. Nora Napisah sudah nekad untuk tidak lagi terpalit dengan sejarah hitam keluarganya yang dibunuh oleh pihak pelampau agama. Bersama-sama Sara Michelle; teman rapat dan teman tidurnya, pasangan merpati dua sejoli itu menetap di Boston dan tidak lagi mahu memalingkan wajahnya ke arah dataran bernama Malaysia. Nora Napisah kini menjadi Tinta Pujangga; aktivis dan sejarawan terkemuka neo-Kuala Lumpur. Malaysia hanya menjadi gulungan nostalgia yang datang ketika proses cryopreservation terjana.

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Usai sesi rawatan, dia menyuh Ridoxon-V, butler kegemarannya untuk menyiapkan sebuah air-car.

Bawa aku ke Dataran Pembebasan. Aktifkan Jalur Halimunan. Aku mahu bergerak di bawah radar. Pastikan traffic drone tidak melihat aku.

Persalinan kebaya berwarna emas dipakai anggun oleh tubuh tua Tinta Pujangga. Gambar Sara Michelle yang berbingkai hitam ditenung khusyuk, sesekali rindu akan marakan cinta seratus tahun dahulu. Ah, proto-Human memang begitu, asyik dengan asmara fantasi yang tak berkesudahan. Aku kini telah menjadi neo-Human. Aku bukan lagi Nora Napisah yang dahulu. Aku ini, telah menjadi neo-Human!

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Garaj yang menempatkan air-car milik Tinta

Pujangga mula teraktif. Kediaman Pujangga tidak terletak di atas darat; bahkan ia terapung di atas tasik Tinta; sebuah tasik buatan yang dibina khas untuk sejarawan dan pemikir ulung neo-Kuala Lumpur ini. Kediaman yang terapung ini dibina melalui pemanipulasian tarikan graviti dan elektromagnetik bumi dan menggunakan perlanggaran atom berskala kecil untuk menjana tenaga tanpa henti. Tidak seperti dataran proto-Human yang berkeladak dengan sisa arang batu untuk tenaga elektrik, kediaman Pujangga dijana oleh tenaga atom yang abadi.

Ridoxon-V, bawa aku ke Dataran Pembebasan, di bawah lingkup radar, segera!

Menurut Perintah, Srikandi MahaUsaha Tinta

Pujangga.

Air-car itu membelah laju kubah neo-Kuala Lumpur tanpa dikesan oleh radar; hanya sesetangah air-car milik aristokrat sahaja yang mempunyai kemewahan sebegitu. Sanubari Tinta Pujangga resah memikirkan pertemuannya nanti dengan Buhaira yang sehingga ke hari ini masih lagi segar bernyawa walaupun dia seorang proto-Human. Para proto-Human menggelar Buhaira sebagai Nabi Pasca Apokalips, namun Pujangga tahu, nabi itu hanya dongengan dari Timur Tengah semata-mata. Hanya Projek Keabadian Manusia ciptaan Mama Juwita yang menentukan ajal maut manusia. Atau kuasa Tuhan masih lagi berfungsi di dalam kelompok gelandangan proto-Human

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Perjalanan selama satu minit itu membawa Tinta Pujangga ke sebuah dataran di mana peristiwa bersejarah 2050 berlaku. Dia di Boston ketika Gempa Mega dan Tsunami Raya bersalaman dengan manusia kuno di jalanan ketika itu. Hanya bangunan neo-KLCC yang diganti kembali. Segala puing-puing sejarah yang berselirat dibiar pupus dan padam daripada korteks minda mereka. Dataran Pembebasan (dahulunya dikenali dengan nama Dataran Merdeka) penuh dengan gelandangan proto-Human yang berbau busuk kesemuanya.

Saat air-car diparkir terapung, kanak-kanak yang bermain tadi mula berhenti dan terus mengelilinginya. Mungkin mereka tidak pernah melihat Srikandi yang rupawan dengan harga cucuk sanggul yang barangkali mampu menyara semua umat mereka. Atau mereka terpana melihat kunjungan sulung neo-Human ke dataran mereka. Yang pasti, aura Tinta Pujangga membawa semacam ancaman baru kepada proto-Human. Pujangga mula membelah

kesunyian dengan berkata;

Sesungguhnya aku, Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga. Sesungguhnya aku, pemikir dan sejarawan neo-Kuala Lumpur. Sesungguhnya duli ku tercemar disini, maka bawakan apa mahu ku. Buhaira, sesungguhnya itu mahu sanubariku!

Maka berbondong-bondong kanak-kanak dan penduduk busuk itu bertempiaran melarikan diri atau mungkin sahaja mereka mencari nabi mereka. Bergegakgempita mereka; sudahlah ini kali pertama neo-Human bangsawan mengunjungi, malah mencari nabi mereka pula. Mereka berantakan, takut-takut perang akan tercetus sebelum Nabi Isa al-Masih turun ke bumi. Tinta Pujangga hanya memerhati, menunggu susuk tubuh Buhaira menjelma jadi.

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Assalamualaikum, lembut satu suara menegur Pujangga. Leher perempuan tua itu meremang. Ah, masakan tidak! sudah lama dia tidak mendengar frasa Timur Tengah sebegitu. Frasa yang sudah lama ditinggalkan bersama-sama dengan kenangan Tok Ayah. Frasa ketika dia masih lagi Nora Napisah. Pujangga memalingkan wajahnya ke belakang, menghadap seorang tua berjubah putih yang berdiri.

Barangkali, inilah Buhaira, getus hatinya. Lelaki tua itu berdiri dengan sokongan sebatang tongkat yang diperbuat daripada pohon kayu; sukar sekali untuk dilihat pada zaman ini. Apakah masih wujud pokok di Dataran ini Hairan Jubah Buhaira itu putih bersih, ada sepatu dari kulit binatang berwarna gelap dengan serban yang melilit longgar. Redup raut wajah Buhaira menenangkan Pujangga.

Entah mengapa. Misterinya!

Datang juga kamu ke mari ya Nora, bayu lembut memanjai jubah Buhaira.

Sesungguhnya aku Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga. Apa Nora mu itu, tidak ketahuan kuburnya. Sudah, aku datang bukan untuk mengenang celaka puak kamu. Bawakan aku berbincang, bukan di sini yang pasti! Ini mustahak, Buhaira!

Sangkaku kamu sudah mengenal Alif Lam Lam

Ha, kerana Dia itu ada di mana-mana.

Buhaira! Apa kamu fikir aku punya masa berseloka Ini urusan antara hidup dan mati!

Itu langsung hak milik Alif Lam Lam Ha, seperti yang diajar-Nya kepada Muhammad.

Buhaira! Apa kamu fikir aku berminat dengan dongengan Timur Tengah!

Maka janji Alif Lam Lam Ha itu pasti.

Hah, kamu menunggu Al-Masih! Masih menunggu

Al-Masih ya

Kita di hujung Kiamat, ya Nora. Kembalilah. Demi Tok Ayah. Demi Alif Lam Lam Ha ...

Celakanya kamu wahai Buhaira, sudah aku bilang Nora itu tak ketahuan. Dan jangan paksakan aku mengenal Alif Lam Lam Ha. Ingatkah puak kamu dahulu, menindas manusia menggunakan agama Celakalah kamu Buhaira, yang bertopeng agama tetapi jahat. Apa kamu lupa bila Sara Michelle dan ibu-bapaku dibunuh! Apa otak tuamu itu

sudah kecut dihisap usia, Buhaira Jangan sampai aku lolongkan pada Tuan Pemerintah untuk menggulung Dataran ini, Buhaira! Demi Alif Lam Lam Ha kamu yang aku tidak peduli itu, aku bersumpah akan memusnahkan kamu semua! Bawakan aku pentas perbincangan segera!

Sebatian itu diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian biasa.

Pujangga diiringi oleh pembantu Buhaira ke ceruk pedalaman Dataran Pembebasan. Pondok-pondok usang masih lagi diperbuat daripada batu-bata dengan rekaan seolah-olah zaman kuno Persekutuan Malaysia dahulu. Kediaman Buhaira tidak layak dipanggil kediaman; hanya bersebelahan pohon kurma, terikat dua ekor kambing yang kurus kering serta beratapkan kanvas yang ada lubang tercanting. Sesekali cahaya suria menerobos masuk menghangatkan suasana yang tidak langsung berpendingin hawa. Kediaman Tinta Pujangga diibaratkan sebagai syurga jika melihat kedaifan Buhaira. Pujangga hanya menelan rasa simpati sedalam mungkin; apa mungkin seorang aparat perlu menunjukkan sisi lemahnya

Jadi ini atap dan dindingmu Pujangga melihat kedaifan memuncak pada Buhaira.

Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Tuhan Muhammad itu.

Jadi, Alif Lam Lam Ha menyuruh kamu hidup begini, Buhaira

Kami begini kerana kumpulan kamu, Nor -

Pujangga! Jangan lupa!

Apa benar kamu ini sebegitu cetek, wahai nabi proto-Human Arakian kami ini sebenarnya wujud atas kesan tangan-tangan agamawan seperti kamu! Aku, malah jatuh hairan.

Khabarkan aku kehairananmu...

Bagaimana tanpa Keranda Emas, kamu masih bisa hidup!

Aku punya Alif Lam Lam Ha.

Apa teknologinya mengatasi Mama Juwita Tidak mungkin...

Malah lebih lagi, Pujangga. Malah lebih lagi.

Sudahlah, usah berbasi-basi isu picisan. Aku kemari ini kerana ingin bertanya pada kamu, Buhaira. Aku tahu kau tahu akan hal ini.

Khabarkan.

Razief, anak Mama Juwita, sering diganggu mimpi. Tafsirkan mimpinya untukku.

Apa aku ini mengamal ugama, bukannya sihir, ya Pujangga,

Apa... ada bezanya Razief itu, selalu bermimpikan bisik-bisik, yang mengatakan bahawa suatu hari nanti, manusia akan melupakan Tuhan!

Benarlah mimpi itu, demi Alif Lam Lam Ha...

Kami tidak punya Tuhan, Buhaira. Kamu jangan sengaja mendangkalkan. Malah kamu pun sejarawan seperti aku. Masakan kamu tiada tahu sejarah dan falsafah pemikiran kita. Apa kamu lupa sejak di Harvard dahulu, kita bercinta malah!

NorPujangga, nyatanya kamu ...

Sudah Buhaira! Aku di luar radar. Aku ingin berlekas pulang tanpa diketahui!

Razief itu, barangkali bakal menjadi seorang pemimpin, Pujangga.

Nabi Kamu maksudkan sepertinya dia itu Muhammad Neo-Muhammad Hahaha...

Kunci keangkuhanmu itu, Pujangga! Agama bukan bahan persendaanmu.

Kalau bukan nabi, apa lagi Buhaira!

Aku ini ilmunya terbatas. Cuma Razief itu barangkali, diperingat Alif Lam Lam Ha melalui hebahan mimpi-mimpi berulang.

Mustahil Buhaira! Cip kami tercipta melalui Sains, yang bukan dongengan!

Aku sudah laksanakan apa mahumu, Pujangga. Selebihnya, terserah!

Pujangga diam. Mata mereka bertentangan.

Apakah aku bisa mencemar duli ke sini lagi, Buhaira

Aku tak pernah menghalangmu, Pujangga.

Mahu aku bawakan kamu kemewahan sepertiku, hanya meninggalkan akad Alif Lam Lam Ha mu itu

Bagiku agamaku, dan bagimu, agamamu. Mata tua mereka saling tertancap, mengimbau kenangan zaman dahulu barangkali. Ada senyuman yang hampir terukir, disembunyikan.

Sudahlah Buhaira. Aku ingin berlekas pulang.

Assalamualaikum, Pujangga.

Sama-sama.

Sebatian arak diminum perlahan-lahan; itu bukan sebatian arak biasa.