Sokrates tidak meninggalkan apa-apa penulisan. Apa yang kita tahu mengenai Sokrates datang daripada penjelasan oleh pengikut atau penulis-penulis yang sezaman dengannya, antara yang paling popular ialah Plato. Plato banyak manghasilkan tulisan-tulisan berbentuk dialog dimana watak utama dialog tersebut ialah Sokrates. Melalui dialog Plato, kita mengenali Sokrates sebagai seorang yang sangat tajam otaknya, seorang yang beretika, dan juga mempunyai sense of humour nya sendiri. Namun perlu diingatkan juga disini bawah Plato juga menggunakan dialog-dialog ini untuk memperkenalkan ideanya sendiri, dengan menggunakan Sokrates sebagai medium penyampai dalam karya Plato. Jadi, kadang-kadang, dialog yang dituturkan oeh Sokrates sebenarnya merupakan idea asal Plato.
Pada zaman Sokrateslah bertebarannya golongan Sophist ini di sekitar bandar Athens. Seperti yang disebutkan, golongan Sophist tidak pentingkan kebenaran hakiki sesuatu perkara melainkan apa-apa yang menguntungkan. Maka ada diantara para Sophist yang mempopularkan idea bahawa yang benar ialah kuasa (might is right). Siapa yang berkuasa, dialah yang menentukan apa yang benar. Ada diantara Sophist yang menyalah ertikan maksud keberanian, dan mereka sedikit sebanyak, dengan ilmu retorik mereka melalaikan pemuda-pemudi pada zaman itu daripada menggapai ilmu yang sebenarnya. Inilah yang Sokrates ingin hentikan, iaitu penyelewengan terhadap pencarian ilmu. Misi Sokrates adalah untuk mencari definisi konsep atau teori sebenar sesuatu perkara; bukannya sesuatu yang relatif kepada sesetengah orang atau budaya ataupun zaman.
Penyampaian Sokrates amat menarik sekali, selalunya beliau berpura-pura jahil mengenai sesuatu perkara dan menanyakan sesuatu kepada para pendengarnya; yang kadang-kadang terdiri daripada rakan-rakan dan adakalanya terdiri daripada saingannya. Namun apabila Sokrates berjaya mematahkan mematahkan hujah-hujah mereka, barulah para pendengarnya tersedar bahawa rupanya Sokrates bukanlah bodoh seperti yang disangka. Ini kadang-kadang menjengkelkan para saingannya. Akan tetapi, Sokrates pada dasarnya tidaklah berpura-pura menjadi jahil, kerana memang niatnya untuk mencarikan sesuatu maksud tetap kepada konsep-konsep yang diusulkannya. Jadi, dalam dialog-dialog, Sokrates, sama juga seperti pendengarnya, merupa mereka yang menerokai ilmu, sama-sama bergerak dari daerah tidak tahu kepada tahu.
Terdapat satu kisah yang menarik dimana Sokrates diberitahu oleh nujum Delphi bahawa beliaulah (Sokrates) orang yang paling arif di dunia ini. Ketika itu, rakan Sokrates, Chaerephon bertanya kepada nujum (oracle) Delphi, adakah sesiapa di dunia ini yang lebih arif dari Sokrates, dan nujum tersebut menjawab Tidak. Sokrates menafsirkan insiden ini sebegini; dialah mahluk paling arif di dunia kerana dia sedar akan kejahilannya, manakala para Sophist yang walaupun merupakan bukan calang-calang orang tidak dianggap paling arif kerana mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak tahu, tetapi berpura-pura ataupun mempercayai diri mereka tahu.
Berbalik kepada teknik penyampaian Sokrates, kau akan lihat Sokrates mula mengenengahkan suatu isu, dan isu itu akan disambut oleh para pendengarnya. Para audiensnya akan cuba menghuraikan isu tersebut, dan Sokrates akan memberi argumen yang akan mematahkan definisi para audien nya. Dari situ, Sokrates akan dapat menghalakan perbincangan untuk menghampiri definisi yang lebih tepat.
Disini, untuk bagi kau jelas bagaimana cara dia mengajar, aku akan letakkan kau di dalam kumpulan pemuda yang sedang lepak bersama Sokrates pada suatu hari yang cerah, di dalam sebuah rumah di kota Athens, pada sekitar tahun 420 SM. Sebab aku tahu kau takut ditanya orang, aku akan berikan kau jaket halimunan Harry Potter supaya kau tidak ditanya oleh Sokrates.
Sokrates bertanya mengenai keadilan. Orang yang berdiri disebelah kanan kau menjawab, keadilan bermaksud, kau membayar kembali hutang kau dan berlaku jujur. Lebih tepat lagi, keadilan bererti mengembalikan sesuatu kepada tempat yang asal. Sokrates pula akan mematahkan hujah orang disebelah kanan kau. Dia akan timbulkan persoalan, jika seseorang yang kejam terlupa senjatanya, dan kau kembalikan senjata kepadanya, yang mana dengan senjata itu tadi dia akan berbuat jahat, apakah itu masih dipanggil keadilan Sudah tentu tidak.
Kemudian, orang di sebelah kiri kau pula cuba untuk menjawab halnya keadilan. Dia mengusulkan, bahawa berlaku adil itu membalas apa yang sesuai kepada orang yang sesuai. Kau kembalikan yang baik kepada rakan kau, tetapi untuk musuh, kau balas kejahatan kepadanya. Sokrates mematahkan hujah ini dengan mengatakan konsep ini sangat terhad kerana definisi rakan dan musuh bagi kau tak semestinya betul, i.e., rakan kau pada realitinya mungkin orang yang tidak berapa baik, dan yang kau anggap musuh, mungkin sebenarnya orang yang baik. Disini, Sokrates ingin mematahkan hujah populisme yang dipelopori oleh golongan Sophist. Sokrates ingin menilai semula erti keadilan yang sudah disalah ertikan oleh para Sophist, dan ingin menyedarkan para audiens nya perihal ini.
Begitulah cara Sokrates mengetengahkan suatu perkara, dimana dia akan membuat audiens nya bercakap lebih daripadanya, dan dengan soalan-soalan yang tajam, membuat audiens menyedari kelemahan pemahaman mereka dan akan mula mencari justifikasi yang lebih kuat untuk sesuatu ilmu. Inilah yang dipanggil Socratic Teaching atau Teknik Mengajar Sokrates dimana guru bertindak sebagai pemangkin dan bukannya hanya memberi suapan kepada pelajar. Pelajar kemudian akan terdorong untuk berfikir secara kritikal terhadap pemahamannya sendiri.
Sokrates membawa banyak idea, namun tidak cukup ruangan ini untuk menyenaraikan semuanya. Antara idea ideanya yang popular adalah
1) Mengenai pemerintah
Jika kau akan pergi kepada tukang ubat yang paling mahir dalam bidang perubatan, yang sudah mengkhatam puluhan kitab perubatan untuk mengubat sakit kau, kenapa kau boleh pula memilih pemerintah yang tidak mahir dalam pentadbiran untuk mentadbir kau
2) Mengusulkan doktrin universalisme
Para Sophist mengusulkan relativisme, sebagai contoh yang sudahpun disebut, keadilan itu relatif kepada komuniti, di Persia, keadilan itu begini, di Yunani, keadilan itu begitu. Namun pada Sokrates, keadilan adalah Keadilan, terdapat satu definisi universal untuknya. Jika di Yunani apa yang mereka praktikkan tidak menuruti definisi itu, maka di Yunani, mereka tidaklah berlaku adil. Namun doktrin ini juga penting dalam kaitannya dengan ilmu pengetahuan, bahawa terdapat sesuatu yang tetap di luar sana, tidak berubah, iaitu ilmu pengetahuan yang tetap dan bukannya subjektif kepada si pencari ilmu.
3) Berakhlak tinggi adalah sama dengan kebijaksanaan
Mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan adalah mereka yang bijaksana. Dan mereka yang bijaksana akan memiliki akhlak yang paling tinggi sekali, kerana mereka menyedari bahawa itulah yang terbaik. Maka, orang yang bijaksana akan sekaligus mengamalkan akhlak yang baik.
4) Mengenai agama
Sokrates hidup pada zaman yang percaya kepada multi-Tuhan. Sokrates tidak ada memberi doktrin yang tetap kepada agama, tapi ada kecenderungan untuk menuju kepada konsep tuhan yang esa. Sokrates mengatakan bahawa badan manusia terdiri daripada bahan yang dikumpul dalam dunia material, namun akal manusia merupakan satu bahagian daripada apa yang dia namakan Minda kepada dunia. Roh atau akal manusia sudah ada sebelum badan manusia dihasilkan,dan tetap ada jika badan ini mati,bilamana ia akan kembali berkumpul di Minda dunia. Konsep ini akan diperjelaskan lagi oleh para pengikutnya, terutama sekali Plato.
Namun, kau sendiri yang telah mengalami dialog Sokrates, sedar bukan bahawa apa yang Sokrates katakan, dan cara nya yang mematahkan hujah-hujah popular pada masa itu, membawa perasaan yang kurang senang, terutama sekali oleh saingan-saingannya. Pandangan Sokrates mengenai pemerintah juga tidak bergitu disenangi oleh autoriti masa itu. Lalu Sokrates telah dihukum mati dengan meminum racun oleh para pemerintah atas tuduhan mengkorupkan pemikiran muda mudi Athens.
Berikut merupakan dakwaan terhadapnya,
Meletus, anak kepada Miletus, dari deme Pitthus, mendakwa Sokrates, anak kepada Sophroniscus, dari deme Alopecae, keatas sumpahnya, bermaksud seperti berikut : Sokrates didapati bersalah (i) kerana tidak memuja tuhan-tuhan yang negara ini puja, tetapi memperkenalkan praktis keagamaan yang baru dan tidak familiar; (ii) dan seterusnya, merosakkan pemikiran anak muda. Pihak pendakwa raya meminta hukuman mati.
Kau tengok, tradisi membunuh seseorang yang membawa kebenaran memang sudah lama dipraktikkan. Namun zaman sekarang, mereka tahu membunuh itu terlalu ekstrem, maka mereka hanya memasukkan kau kedalam penjara. Maka pergilah seorang sosok hebat dalam sejarah ilmu tapi matinya Sokrates bukanlah bermakna matinya pencarian ilmu, kerana pencariannya disambung oleh pemikir-pemikir yang telah diinspirasi olehnya, antaranya , Plato.
Sumber Primer :
1. Republik karya Plato
Sumber Sekunder:
Rujuk Bab 2