SEMBANG TEPI JALAN - 4
22 Mac2005 Aku masih di sini kawan. Bersandar di sebatang pokok di bawah pohon yang rendang menghadap ke laut memerhati dan peka pada bunyi ombak dan alunannya. Semuanya zikir yang tanpa henti menyebut-nyebut namanya. Di seberang sana terbentang wajah Singapura sambil asyik juga memerhatikan gelagat para pengail yang begitu sabar menunggu nmpan dimakan sang ikan yang tentunya semakin bijak. Perasaanku ketika itu bagai ombak laut, kadang-kadang tenang, kadang- kadang berombak - tanpa terduga apa pun boleh berlaku; marab, benci, kesal, semua ada. Aku umpama mendayung sampan di tengah lautan yg luas dan seharusnya bijak mengawal arah dan mainan ombak. Kadang-kadang bila kenangan itu datang, aku lemas dan kalah. Tanpa alasan aku merasa terasing dalam kesendirianku. Aku bukan sesiapa pun di dunia ini- aku adalah aku dan aku tak mampu untuk menangis untuk subjek kehilangan. Mengapa dimisterikan sebuah cerita yang hanya kita saja yang tau Sesiapa pun tak mampu mengubah takdir sesudah ianya terjadi. Tapi, bagi aku kenyataannya mudali sahaja. Tidak perlu berbelit-bclit. Cumanya, ya atau tidak - itu sahaja. Ia perlu disuarakan dalam bentuk emosi atau tenang. Pilihan buatku. Aku perlu bersuara supaya tidak menjadi persoalan sehingga menjadi satu bentuk penantian dan mimpi yang tak berpenghujung. Aku pun bukan tak biasa dengan kehilangan. Semuanya resam yang telah aku pilih setelah faham sebagaimana fahamnya aku akan tugasku di muka bumi ini. Kenyataannya kita masih tidak ke mana-manapun dan tidak perlu untuk ke sana sebab kita tak punya alasan yang kukuh untuk ke situ.

Dan aku merasakan aku ini masih ctalam situasi lesu dan bodoh atas sebab enggan melepaskan dia pergi. Aku mesti mengaku aku masih senang dengan subjek kesengsaraan walau ada masanya aku akan meraung-raung dalam suasana batinku memanggil namanya sedangkan dia mungkin langsung tak endah akan semua makna itu. Dia dengan dunia dan sayap-sayap egonya kukuh tegap. Siapalah aku untuk menyapanya. Dia mungkin juga sedang mentertawakan tentang perihal bodoh aku yang masih mengenangkan sesuatu yang telah musnah dan aku tetap menerimanya sebagaimana manusia yang kalah akan satu permainan. Ada kecewa api bukan dendam dan aku tidak punya hak untuk membenci antara sesama - semuanya sebahagian daripada kejadian. Semuanya pelengkap yang dipanggil takdir. Pada saat ini takdir bukanlah temanku. Atas sebab semua ini aku masih tetap di sini. Di sini ada lagu. Duniaku yang murung. Alunkanlah melodi yang kau anggap sunyi dan sepi itu sekali lagi. Mungkin menjadi penyebab untuk sebuah pertanyaan yang masih memerlukan jawapan. Untuk selamanya dia masih tetap istimewa. Lepaskanlah aku sebagaimana namanya yang aku tulis di pasir - musnah ditelan ombak laut, mimpi di padang tritis. Engkau terlena dalam pelukan dingin malam. Matamu terpejam kembang masih erat kaugenggam. Butir pasir berterbangan, sinar bulan berkilauan. Kau tersenyum dalam diam. Kau tertidur makin lelap seperti bintang wajahmu gemerlap.

Aku dakap erat sukmamu. Aku selimuti tubuhmu. Aku terjaga petik ombak laut selatan. Matahari pagi di atas puncak bukit karang. Sebatang pohon kering membelah matahariku. Aku bertanya kepadamu, "Mimpi indahkah engkau semalam" Kiranya kini kau telah hilang musnah seperti namamu yang kutulis di pasir, diteian ombak pantai laut selatan.