DIAGNOSIS 3: MORTUARI - 4
Anak ke berapa puan

Menunjukkan tiga jari dengan tangan kanan. Senyum.

Mengandung sebelum ni ada masalah tak Kencing manis Darah tinggi

Geleng. Masih senyum.

Jadi, kali ni doktor suruh masuk wad, KIV untuk induce kan Angguk. Senyum lagi. Manis.

Ok puan. Menurut surat ni, diagnosis impending eclampsia28. Urin ada protein 3+. Tekanan darah tadi 150/90, tinggi. Tapi sekarang dah kurang, 138/90. Hmm. Ada sakit kepala lagi Sikit-sikit. Tapi kurang dah, baru dia bersuara. Lunak juga.

Baby bergerak

Tengah main bola ni! Dia berseloroh, menggosok perut. Tak henti senyum. Kami ketawa kecil.

Saya mengisi clerking sheet29 yang tersedia. Dia membelek mesej di telefon bimbit, sebelum tiba-tiba postur badannya condong ke kanan. Eh, puan

Matanya tak berkelip. Mulut separa terbuka. Telefon bimbit masih di tangan. Kejap. Condongnya kian ketara. Lima saat selepas itu seluruh tubuhnya menggigil.

Puan

Tangan-kakinya menggigil-kejang. Matanya juling ke atas, menampakkan mata putih saja. Tersentak-sentak. Diserang sawan! Puan!

Itu seminggu setelah saya di jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Posting ketiga.

Ortopedik selalu dipanggil The carpenter. Membaiki, menukul, drilling. Itu kerja mereka. Perubatan Am (Medical) dipanggil The all-rounder. Semua penyakit ada di situ- kepala hingga tumit. O&G pula, inilah The unexpected, pesakit paling sihat dan cergas sekelip mata berdepan komplikasi paling dahsyat dan menakutkan! Tak percaya

Beberapa hari kemudian, seorang wanita awal 30-an. Anak sulung. Datang ke bilik admission30 dengan ceria. Mengunyah sesuatu.

29 Borang khas untuk kemasukan pesakit baru 30 Bilik pendaftaran dan pemeriksaan awal sebelum masuk wad atau dewan bersalin.

Doktor nak keropok

Saya geleng. Mana boleh makan dalam ni, kak.

Nervous, kata dia. Akak nervous. First time ni, dia sambung dengan ketawa. Mengusik pula rakan pesakit di sebelah.

Doktor, boleh cek akak dulu tak, tiba-tiba rasa sakit sangat ni, dia mencelah selang lima minit kemudian. Wajahnya kemerahan. Nak meneran ke macam ni Akak tak biasalah.

Dia berbaring. Seorang jururawat membantu. Wajahnya tambah merah menahan sakit.

Fetal heart okey. 140 bpm, kata jururawat.

Ya Allah, os fully ! Membrane dah tak ada. Saya rasa macam kaki lah! Breech33 kak! Breech! Habis tu, nak buat apa doktor

Apa lagi! Tolak ke labour room lah! Inform medical officer! Dah nak terkeluar ni. Saya tak pernah sambut breech!

Pesakit dipindahkan ke trolley bed, segera, baring mengiring. Nak keluar ni doktor! Nak keluar! Dia menjerit. Terus ditolak ke dewan bersalin tidak jauh dari situ. Mujur. Peluh sejuk lencun di muka. Kelahiran songsang pertama saya. Pelajaran berguna, saya senyum sendirian.

Rutin di wad bersalin tak pernah sunyi. Bukan aneh. Jam tigaempat pagi, para houseman yang keletihan di kaunter bilik bersalin boleh tiba-tiba dikejutkan.

Doktor, shoulder dystocia ! (Lebih lima kali saya berdepan kes ini)

Doktor, prolonged second stage35! (Mungkin lebih tiga puluh kali saya berdepan kes ini)

Doktor, cord prolapse! (Walaupun dikatakan jarang, saya berdepan kes ini lima kali dalam tempoh empat bulan!)

Walaupun kebanyakan komplikasi telah dikenal pasti faktor risikonya, jangan terkejut jika ramai pesakit yang kurang risiko juga boleh mengalaminya. The unexpected!

Ketika hampir lima pagi, suatu hari, seorang pesakit mengalami luka bersalin yang teruk. Pendarahan tidak berhenti. Dua orang medical officer cuba menjahit. Berjaya, tetapi:

Eh, kenapa darah tak berhenti Medical officer menekannekan perut ibu muda itu. Rahim tak kecut. Uterine atony!

Jam lima pagi saya berlari naik turun dua tingkat- lima kali- membimbit beberapa beg darah untuk transfusi. Hampir lima liter darah mengalir. Macam paip air, kata medical officer yang kepenatan.

Wanita itu berjaya, sekalipun berakhir di wad ICU. Sekurangkurangnya masih panjang usia untuk membesarkan bayi perempuan yang comel itu. Dan kami juga tumbang, hampir terlepas Subuh. Astaghfirullah.

Apa khabar puan sapa Pakar Sakit Puan, suatu pagi. Ia morning round yang rutin dan klise. Saya berdoa begitu.

43 years old, grand multip. Gravida 14 Para 12. Pregnancy uneventful, lapor seorang houseman.

Doktor pakar mengangguk, sambil membelek carta pesakit. Angguk lagi dan membelek.

Ini anak yang ketiga belas Wah, berpengalaman sangat ni, seloroh doktor pakar yang agak muda itu.

Pesakit mengangguk, tersipu-sipu. Dah biasa dah bersalin, doktor.

Nanti boleh bagi motivasi sikit pada houseman saya yang tengah pregnant ni, kami ketawa. Sambut orang beranak pandai. Tapi bila sendiri nak beranak, takut. Kebetulan, dua daripada empat houseman yang mengikuti morning round mengandung anak sulung.

Pesakit itu bersembang panjang dengan mereka. Kelihatan seperti pagi yang ceria, dan menenangkan. Ah, saya malas ambil peduli.

Sehinggalah dua jam selepas itu, loceng berbunyi. The unexpected telah tiba.

Red alert! Red alert! Bertubi-tubi suara panik, entah siapa. Ada dua tiga suara dari hujung wad. Labour room! Labour room!

Red Alert adalah sistem amaran yang mengaktifkan pakarpakar O&G, pakar perubatan, dan pakar bius (berserta semua staf lain) serentak- diguna apabila berlaku kecemasan di jabatan O&G. Di wad Perubatan Am (medical), hampir setiap hari berlaku kematian. Begitu juga wad lain. Tetapi kematian seorang pesakit yang berumur lanjut, kritikal, atau dijangka tentu sekali berbeza dengan kematian seorang wanita (bakal ibu) muda dan berpotensi besar. Kematian pramatang. Di O&G, kes kematian hampir tidak boleh diterima!

All maternitiy death is preventable! Konsultan kami mengulang-ulang. Kerana itu ia menjadi indikator negara maju.

Kami bergegas ke labour room. Tidak kurang daripada 15 orang doktor yang hadir, termasuk beberapa orang pakar (semua panik, ke sana ke mari, sehinggakan saya rasa kehadiran saya hanya mengganggu pula).

Pesakit itu, ibu anak dua belas, diserang sawan hampir sepuluh minit. Ketika saya tiba keempat-empat tangan kaki masih menyentak-nyentak. Baring terlentang di atas katil bersalin. Topeng oksigen sedia melekap di muka. Mata putihnya saja kelihatan.

Os dah fully tadi, baru nak meneran, kata houseman yang menjaga.

Fetal heart ada lagi. Tapi macam bradycardia37, kata doktor pakar yang memegang probe ultrasound.

Setelah serangan sawan beransur, pesakit masih tidak sedarkan diri. Kadar oksigen dalam darahnya turun mendadak, mendesak kami untuk meneruskan dengan intubasi dan: Tolak ke ICU segera!.

Itu kali terakhir saya melihatnya. Khabarnya, bayi gagal. Dilahirkan di ICU dalam keadaan ibunya yang koma. Pesakit itu juga lumpuh separuh badan (seperti stroke) walaupun saban bulan kian pulih bertenaga.

Minggu terakhir di jabatan Obstetric and Gynaecology, saya menerima panggilan daripada Ketua Jabatan (ajaib, itu kali pertama!), diminta menghadiri maternal mortality meeting bersama dua tiga rakan lain. Sebagai audiens sahaja.

Maternal mortality meeting selalu memeningkan kepala para doktor. Setiap satu kes kematian ibu (sebelum, semasa, atau selepas bersalin) akan dibentangkan. Digeledah. Dikupas. Disiat. Digerudi. Satu. Demi satu. Demi satu. All maternitiy death is preventable- ia harus begitu.

Saya datang dengan tidak tahu apa-apa. Kata Ketua Jabatan, sebagai audiens. Saya pun datang berlenggang sajalah. Tetapi segera mati kata apabila nama saya terpampang pada slide pembentangan.

Pesakit disambut oleh Dr. Fahd. Straight-forward delivery. Minimal blood loss.

Semua mata memandang saya. Macam seribu anak panah api.

Err saya tak ingat pun kes ini- suara saya tak terkeluar. Sangkut di kerongkong.

1st degree tear, repaired by staffnurse Siti. No immediate complication, pembentangan disambung.

Benar. Saya hanya mendapat tahu akan kematian pesakit itu melalui meeting tersebut. Beberapa ketika, saya mula teringat sedikit demi sedikit. Kabur, tetapi cukup. Pesakit itu tiba pada waktu yang genting di labour room. Hampir tengah malam. Tiada risiko lain. Kelahiran yang mudah. Anak sulung. Dan itu satu-satunya hubungan saya dengan pesakit ini. Saya segera passover kepada nurse (bidan) kerana perlu menangani kes kecemasan lain (seingat saya, kes kelahiran kembar dan terlekat uri).

Selepas bersalin, dijahit, menjamah air milo dan biskut, pesakit saya telah pulang ke wad. Keadaannya stabil. Bahkan sangat stabil. Sehingga keesokan pagi apabila berlaku pendarahan teruk. Katilnya berlumuran darah. Tekanan darah jatuh mendadak. Pesakit gelisah, sebelum pengsan dan diintubasi. Cuba diselamatkan dengan transfusi darah (empat beg!), tetapi gagal. Punca pendarahan tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Luka jahitan sangat baik dan kemas. Rahim juga tidak menunjukkan petunjuk yang meyakinkan.

Post-partum haemorrhage secondary to uterine atony- ah, itu kesimpulan paling hampir, walaupun saya tahu setiap orang meraguinya.

Kandungan sempurna. Kelahiran sempurna. Tetapi tak terjangka, ia berakhir begitu. The unexpected.

Hari terakhir saya di O&G, saya dipanggil sekali lagi. Berjumpa langsung dengan Pengarah Hospital (diiringi ketua jabatan). Disoal jawab berkenaan kes tersebut (kelihatan tenang, tetapi hati saya meronta gelisah, seperti interogasi untuk kes homisid pula!). Saya melangkah keluar dengan serba salah. Tak banyak maklumat yang dapat saya kongsikan.

Uh, ia bukan penamat posting yang saya harapkan.

****

Doktor, kalau saya nak beranak di rumah boleh Dah dua kali operate. Kalau pergi hospital, nanti takut kena operate lagi.

Hmm

Boleh doktor

Hmm

Kenapa doktor

Beginilah puan. Lima tahun lepas, saya pernah empat bulan di jabatan sakit puan. Hampir setiap hari ada kelahiran yang berbahaya, sangat hampir meragut nyawa ibu dan anak. Tapi hampir kesemuanya selamat kerana dikelilingi staf yang tahu tindakan yang sewajarnya. Hampir tak nampak komplikasi atau kematian tu sehinggakan semua orang fikir, ah, beranak ni perkara biasa, tak bahaya pun.

Bakal ibu muda itu terdiam. Menggosok perutnya yang sarat.

Pendeknya, kita mahu kelahiran selamat. Mudah akses kepada sistem kecemasan. Sedangkan kelahiran paling normal pun tak terlepas dengan risiko, apatah lagi kelahiran yang memang berisiko macam puan ni. Jadi

Ah! Wanita itu memintas cakap saya. Kasar sekali. Tak apalah doktor! Saya tanya saja. Tak bagi tak apa, itu hak saya! Saya pergi dulu. Ada hal ni!

Segera wanita itu bangun, melangkah keluar tanpa sepatah kata.

Saya mengeluh- expect the unexpected.