Bulan lepas, dia datang klinik aku untuk beli alat ujian mengandung (UPT Kit). Aku tak syak apa-apa masa tu. Keesokan harinya dia call klinik. Dia kata dia dah mengandung. Aku kata baguslah. Tapi dia kata ada masalah. Anak tu bukan suami dia yang punya. Dia ada hubungan terlarang dengan orang lain. Semasa suami dia takda, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Dah kahwin pun. Ada anak dua. Isterinya sedang dalam rawatan untuk penyakit batuk kering. Maka bermulalah hubungan terlarang antara keduanya. Aku tak nak komen atau menjadi hakim. Macam kata Nabil, lu pikirlah sendiri.
Dua minggu kemudian, dia datang klinik dengan lelaki itu. Mereka kata mereka nak simpan baby itu tetapi mereka nak rahsiakan daripada suaminya. Bila aku scan, memang confirmed dah dua bulan. Itu sahaja yang aku buat. Aku malas nak campur hal rumah tangga orang.
Semalam, perempuan tu datang lagi. Kali ini dia nampak sedih. Baru tanya apa khabar, dia dah menangis. Dia kata suami dia dah tahu hal sebenar. Lelaki tu dah beritahu. Puncanya bila perempuan tu minta putus dengan lelaki itu. Lelaki tu macam orang putus cinta, jadi tak keruan. Dia call suami perempuan tu yang sedang bekerja di luar negara. Memang gila. Perempuan tu kata lelaki tu siap ugut nak sebarkan video hubungan mereka.
Aku malas nak cerita lagi dah. Patutlah dunia ni makin lama makin panas.