Pesakit percaya bahawa ada orang lain yang ingin membahayakan atau mencederakan dirinya.
Dalam cerita Solat, Razak percaya bahawa jirannya ingin membahayakan keluarga dan dirinya. Mereka menutup paip air rumah berulang kali. Akibat daripada kepercayaannya itu juga, Razak membalas dengan membaling batu ke arah jirannya.
Delusi Grandiose/ Grandiose Delusion:
Pesakit percaya dirinya mempunyai kelebihan luar biasa daripada orang lain
Contohnya, dalam cerita Psiko, Adam mempercayai dirinya adalah seorang wali dan dia dapat merawat semua pesakit yang berada di situ. Dia juga percaya bahawa kebolehannya mengatasi semua doktor yang berada di situ.
Antara delusi lain adalah:
Delusi Nihilistik / Nihilistic Delusion:
Pesakit percaya bahawa organ-organ tertentu sudah tidak berfungsi lagi atau pemikirannya sudah tidak wujud. Contohnya, pesakit mendakwa bahawa jantungnya sudah tidak berdenyut dan tidak berfungsi lagi. Jantungnya sekarang sudah mati.
Delusi cemburu / jealousy delusion : Biasanya berlaku di kalangan perempuan. Pesakit percaya bahawa pasangannya berlaku curang walaupun tanpa bukti.
Delusi amorous / amorous delusion: Pesakit percaya bahawa dirinya dicintai oleh seseorang yang kaya, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan orang itu tidak mampu untuk meluahkan perasaan cinta kepadanya. (Mungkin ada yang tersenyum sekarang. Mengharapkan artis Korea datang meminang. Hehehe, just kidding =p!) Delusi Rujukan / Delusion of Reference :
Pesakit percaya bahawa semua perkara adalah merujuk kepada dirinya dan memberi maksud yang buruk. Sebagai contoh, pesakit mendengar berita di TV mengenai polis yang mengejar seorang penjenayah dan pesakit fikir dialah orang yang dicari oleh polis itu.
Sudah jelas Jadi, apakah pula maksud halusinasi